Sunday, March 23, 2008

Politik Terengganu semakin panas, Pemuda Umno mahu adakan perhimpunan esok

KUALA TERENGGANU, 22 Mac: Politik Terengganu semakin panas apabila Pemuda Umno negeri dijangka akan mengadakan perhimpunan khas di Batu Buruk pagi esok, Ahad 23 Mac.

Menurut sumber, perhimpunan itu diadakan bertujuan untuk menyokong Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang tidak mendapat perkenan Sultan Terengganu untuk menjadi MB.

Dalam pada itu, Adun Umno yang diketuai Datuk Rosol Wahid telah membuat sidang akhbar khas sebaik sahaja pengumuman Ahmad Said dilantik sebagai MB Terengganu.

Rosol berkata berkata, mereka akan memboikot majlis anjuran Istana Terengganu itu.

Majlis Penasihat Raja Terengganu dalam kenyataan mereka hari ini memaklumkan, Datuk Ahmad Said telah dipilih sebagai MB Terengganu yang baru.

Majlis mengangkat sumpah jawatan beliau akan dibuat di Istana Tamu esok.

"Adun Umno tidak perlu datang kerana ini majlis angkat sumpah melantik MB bukan Exco. Selepas jadi MB, saya yakin berbondong-bondong wakil rakyat Umno akan bersama Ahmad Said untuk menjadi Exco. Ketika itulah baru ujian sebenar akan dilihat," kata seorang pemimpin PAS Terengganu mengulas isu ini.

Dalam pada itu, Adun Umno juga telah membuat laporan kepada BPR tentang penyelewengan yang berlaku dalam dua projek di Kijal, Terengganu yang dipercayai ditujukan kepada Ahmad Said.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah berkata, semua calon BN telah lulus pemeriksaan BPR dan tidak ada siasatan BPR yang berjalan ke atas calon-calon BN itu.

Di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung Umno yang baru, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberi amaran kepada Ahmad Said agar jangan mengangkat sumpah sebagai MB kerana watikah telah diberikan Oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah kepada Idris untuk menjadi MB.

Ketika ditanya, bagaimana dengan kes Perlis, Abdullah juga memberikan watikah kepada Datuk Seri Shahidan tetapi Datuk Dr Mohd Isa Sabu yang dilantik menjadi MB, Adnan berkata, majoriti anggota BN di Perlis menyokong Md Isa bukan Shahidan.

Tetapi, di Terengganu, majoriti Adun BN menyokong Idris.

Oleh itu, jika Ahmad terus mengangkat sumpah, tindakan disiplin akan diambil oleh Umno ke atasnya, kata Adnan.

7 comments:

Cucu Adam said...

Suatu situasi yang hangat, menarik dan juga anih. Ternyata berlakunya rebutan untuk jawatan MB Trengganu, yang terus berlarutan.

Kenapa Sultan Trengganu tidak mahu melantik Idris Jusof terus mentadbir negeri Trengganu. Adakah Sultan membuat kesilapan yang besar apabila berkenaan melantik Datuk Ahmad Said sebagai MB bagi menggantikan Idris Jusoh.

Persoalannya setelah mengangkat sumpah sebagai MB Trengganu yang baru, dan tindakan diambil ke atasnya, sepertimana disebut oleh Setiausaha Agung UMNO yang baru 'Tengku' Adnan bin 'Tengku' Mansur. Jika Ahmad Said mematuhi arahan UMNO, bererti Ahmad Said akan dimurkahi oleh Sultan. Apakah pilihan yang baik yang perlu diambilnya dengan tidak menjejaskan dirinya.

Sebenarnya rakyat di negara ini sudah bosan, meluwat dan jemu dengan karenah UMNO, yang menampahkan UMNO di ambang kejatuhan sepertimana tersungkurnya kerajaan zalim pada masa yang lalu. Inilah balasan Allah kepada BN/UMNO yang membelakang agama Islam dan mementingkan hiburan dan tidak ambil kesah dengan perjudian, rasuah, keruntukan akhlak, jenayah, salahguna dadah dan berbagai lagi karenah buruk yang mereka lakukan.

Bernasib baik dan bertuah sungguh bagi negeri-negeri yang tidak lagi ditadbirkan oleh BN/UMNO.

anakperlis said...

Nampak gayanya apa yang Umno buat tu tak respek langsung pada pihak istana Trengganu. Di Perak mereka marah kat Lim Kit Siang kerana memboikot majlis angkat sumpah MB baru dari PAS. Tapi di Trengganu mereka memboikot kerana mereka BN/Umno sewenang-wenangnya.

AGRO BISTRO said...

Satu lagi wajah UMNO terpancar di sini. Dalam pada UMNO dan media tali barutnya memngasak kerajaan 5 negeri milik Barisan Rakyat, mereka sendiri begitu hodoh dan bobrok. "Kokok berdegar-degar, ekor bergeumang tahi, Paku Dulang Paku Serpih, mengata orang sendiri yang lebih.
Ini kah wajah MB baru Terengganu?? Gedebe yang suka bergaduh dalam DUN Terengganu musim lalu?? Malu rakyat Ganu. Mungkin pihak Istana Terengganu terlepas pandang peristiwa gedebe ini di DUN yang lalu. Mungkin Ganu dah tak ada lagi tokoh yang layak dan berkualiti seperti yang di bariskan oleh Barisan Rakyat. Selangor, Perak, Penang, Kedah dan Kelantan tenang sahaja tapi negeri yang dikuaai BN, porak peranda

Unknown said...

sememangnya wajah UMNO cukup hodoh dimata rakyat masakini.Yang nyata Trengganu sudah ketandusan pemimpin yg ada hanyalah haprak .Itulah kehebatan UMNO yg berjaya melahirkan para pemimpin haprak akhirnya amat tidak disukai rakyat.Kita tunggu apa burung kakak tua UMNO yg sekian banyak akan mengangguk-angguk mengiyakan sebarang kata Imam Hadhari mereka.Sesungguhnya bertuahnya rakyat yg dinaungi pemimpin BA kerana terlepas dari kezaliman pemimpin BN/UMNO yg hanya menindas rakyat selama2nya.Nyahkan UMNO dari bumimu Terengganu.

Unknown said...

Dulu mengata si Lim Kit Siang "Kuang Ajau" menghina istana sebab dia pulaukan istana waktu angkat sumpah menteri besar perak..

La ni, adun-adun terengganu 23 orang kesemuanya memulaukan istana terengganu waktu angkat sumpah menteri besar..
Kita dah tau siapa yang betul-betul KUANG AJAU YANG MELAMPAU.

Kalo ada pengikut BN yang masih lagi dapat menerima BN lagi setelah melihat sume ini.. Ternyata mereka ini memang 101%banggang, buta, tolol dan seangkatan dengannya

UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by the author.
UMNO PARTI PENJARA said...

Semalam Adalah Sejarah. Hari Ini Adalah Hadiah.
Esok Adalah Misteri.... Jangan permudahkan
;-)
>>> Blog 1 Malaysia <<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...