Sunday, March 16, 2008

MB Perak angkat sumpah esok

IPOH, 16 Mac: Menteri Besar Perak, Ir. Mohamad Nizal Jamaludin akan mengangkat sumpah jam 11.30 pagi esok, 17 Mac, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Majlis itu diadakan selepas ditangguhkan baru-baru ini ekoran masalah salah faham antara ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan iaitu DAP, PKR dan PAS.

15 Mac lalu, ketiga-tiga parti telah mencapai kata sepakat dan menghantar surat kepada Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, menyokong Nizal sebagai MB dan mahu membentuk kerajaan bersama.

Ketiga-tiga parti juga bersetuju komposisi Exco berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi mereka iaitu komposisi DAP 6: PKR 3: PAS 1

3 comments:

nas said...

Alhamdulillah...
Semua pemimpin BA (saya lebih suka kalau dipanggil Barisan Rakyat) harus bersatu demi keadilan untuk semua. DAP mesti memahami kemenangan mereka juga adalah sokongan pengundi Melayu Islam melalui PAS dan PKR. Jika berhasrat ingin terus relevan dalam arena politik Malaysia hak-hak Melyu Islam patut dijaga (buka seperti BN dan DEB)dengan lebih cemerlang disamping adil kepada kaum lain dengan tidak meminggirkan mana-mana kaum yang miskin untuk mendapatkan bantuan kerajaan. Syabas PAS dan parti pakatan yang lain termasuk calon Bebas.

Unknown said...

Tahniah Barisan Ayahpin (BA)

alynn said...

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali melancarkan Tabung Bantuan untuk Mangsa 8 September di Pejabat PAS Terengganu baru-baru ini. Suwandi (gambar pada tabung) terkena tembakan peluru hidup polis dalam apa yang dinamakan sebagai Tragedi Batu Burok 8 September lalu.
**** saya tak suka tgk gambar pemimpin kalo nak derma amik gambar n tunjuk duit camtu..
semua dah kelabu mata sekarang..
semua tak buleh pakai!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...