Tuesday, July 31, 2007

Jeff Ooi diharap dapat masuk Parlimen


KUALA LUMPUR, 31 Julai: DAP berharap akan dapat melihat Blogger, Jeff Ooi dan lain-lain lagi dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri selepas pilihan raya umum bagi melahirkan Malaysia yang lebih baik.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang menyatakan demikian dalam kenyataan medianya bagi menyambut penyertaan Jeff Ooi ke dalam partinya hari ini.

Jeff Ooi, pengendali blog Screenshots sebelum ini adalah ahli Gerakan sejak tahun 2000. Beliau dikatakan mula memikirkan untuk menyertai DAP beberapa minggu lalu.

Jeff disebut-sebut akan turut bertanding dalam pilihan raya akan datang atas tiket DAP. Bagaimanapun, belum diketahui lagi kawasan mana yang akan beliau tandingi.

Bagaimanapun, beliau disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Kelana Jaya atau Serdang, Selangor.

“Ada yang berkata, penyertaan Jeff ke dalam politik merugikan blogger tetapi bagi saya ia akan menguntungkan kedua-dua pihak, blogger dan politik. Saya suka melihat lebih ramai ahli politik yang mempunyai blog sendiri dan lebih ramai blogger yang menyertai politik,” kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...