Baru-baru ini ada satu berita yang agak mengejutkan melibatkan media; pemecatan editor New York Times, Jill Abramson, yang dihentikan serta-merta daripada jawatannya yang berprestij itu.
Berita seperti ini akan berlalu begitu sahaja dalam tempoh yang agak singkat, dan akhirnya, biasanya akan hanya berlalu sebagai satu berita aktiviti seharian sebuah organisasi akhbar.
Satu yang menarik untuk diperhatikan ialah bagaimana sudut politik gender Abramson yang kurang mendapat tempat penting dalam wacana berkaitan, dan tidak "membunyikan penggera" seperti yang sepatutnya.
Kes ini membawa ingatan kita kepada permainan politik melibatkan bekas Perdana Menteri Australia, Julia Gillard yang disingkirkan daripada jawatannya, dengan faktor jantinanya menjadi satu faktor utama.
Isu melibatkan Gillard ini juga berlalu tanpa mencetuskan debat yang "sepatutnya" lebih panas, tanpa perhatian lebih khusus daripada kalangan liberal di dunia Barat yang biasanya amat peka dengan hal ini.
Politik rendah moral yang berlangsung di Australia pada masa itu bukan sesuatu yang tersembunyi, malah sebenarnya menjadi antara berita terbesar melibatkan wanita pada tahun lalu.
Kedua-dua kes ini menunjukkan satu bukti bagaimana wacana politik gender yang berjalan dengan berat sebelah oleh kelompok aktivis Barat, malah hampir keseluruhan jentera penjaga standard liberal Barat dalam hal gender sekiranya melibatkan dunia Barat sendiri.
Kes Gillard ditenggelamkan oleh Malala Yousafzai, gadis yang dijadikan simbol penindasan wanita dalam dunia Islam, walaupun penendasan itu dilakukan oleh kumpulan yang tidak sama sekali mewakili suara majoriti dalam dunia Islam yang luas dan plural.
Malala menjadi gadis poster perjuangan mengangkat martabat wanita, dengan segala isu yang dengan sendirinya menjelaskan perjuangan ini kepada umum, yakni akses kepada pendidikan, hak kebebasan memilih dan sebgainya.
Lebih mudah lagi, kes Malala berlaku melibatkan kumpulan Taliban di Pakistan, sebuah kumpulan yang menjadi ikon penindasan dan konservatisme melampau dan di Pakistan, yang juga, di mata Barat, satu ikon kemunduran dan ketidaksamaan gender.
Kes Malala mudah dimuatkan dalam naratif yang difahami oleh Barat, yakni layanan tidak adil kepada wanita dengan menafikan hak untuk mendapat pendidikan, malah sehingga beliau sendiri ditembak oleh pihak Taliban.
Kes Malala muncul seperti satu anugerah Tuhan kepada Barat untuk mengukuhkan lagi persepsi negatif terhadap dunia Islam, selari dengan prejudis ramai di sana berhubung hak wanita di "dunia mundur masyarakat Muslim."
Malala menjadi ikon yang membenarkan lagi segala tanggapan Barat terhadap isu gender dalam dunia Islam. Hakikat bahawa isu ini dengan mudah diangkat dan disambut menunjukkan bagaimana kuatnya persepsi yang telah diterima, dengan isu Malala ini dimuatkan sepenuhnya dalam kotak penindasan terhadap wanita.
Malala dijaja ke sana sini sebagai ikon perjuangan kebebasan wanita dan kebebasan daripada konservatisme melampau dunia Islam, dan muncul pada tahun lepas sebagai ikon perjuangan hak wanita.
Hakikatnya, kedudukan sebagai ikon perjuangan hak wanita itu, wajar sekali dikongsi bersama dengan Gillard, bekas perdana menteri Australia yang berdepan cabaran yang amat getir.
Gillard juga berjuang dalam satu suasana konservatisme dan politik gender yang tidak menyebelahi beliau, tetapi amat kurang tumpuan diberikan pada sudut perjuangan wanita itu berbanding politik biasa yang sememangnya ganas dan mencabar.
Hakikat bahawa kes Gillard berlaku dalam suasana tamadun Barat menjadikannya tidak menarik seperti kes Malala, yang sebahagian besar wacana yang diperlukan sudah siap terbina dalam minda ramai yang memerhati.
Naratif Malala mudah disampaikan, disambut dan dipanjangkan kerana persepsi dan prejudis yang telah siap terbina, dan lebih mudah mengaitkan dunia Islam dengan penindasan berbanding dunia Barat yang tidak dibebankan dengan persepsi buruk berhubung politik gender.
Kelompok liberal sendiri tidak mampu dan mempunyai prejudis tersendiri yang menghalang mereka daripada menilai Malala dan Gillard menurut pertimbangan yang sama.
Malala menjadi berita antarabangsa yang besar, yang menepati profil yang dikehendaki liberal Barat, melibatkan imej-imej yang mudah untuk difahami, kedua-dua oleh penyampai mesej dan kepada orang ramai.
Malala hanya perlu ditonjolkan tanpa penerangan yang banyak, dan prejudis serta pemahaman yang telah terbina dalam minda ramai akan dengan sendirinya melengkapkan naratif yang diperlukan.
Kerana inilah, wacana yang mengaitkan segala sifat dalaman masyarakat Muslim dengan budaya dan krisis yang melibatkan Malala menjadi mudah untuk diangkat, berbanding kes Gillard yang akan menyukarkan dan menyorot masyarakat berpandangan alam Barat secara negatif.
Wacana seperti yang disaksikan dalam kes Malala membenarkan apa yang mereka pegang selama ini, dan membantu mengukuhkan lagi agenda mengukuhkan pandangan alam pilihan mereka, tidak seperti Gillard - dan kini Abramson - yang menyukarkan dan mendedahkan kepincangan dunia Barat sendiri. - Mei 17, 2014
Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Showing posts with label Hak Asasi. Show all posts

Sunday, May 25, 2014
Saturday, April 26, 2014
Dalam lawatan Obama, sejauh mana LGBT jadi agenda?
Isu hak asasi manusia pasti menjadi salah satu agenda yang dibincangkan dalam lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia bermula hari ini.
Walaupun tidak dijadual mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini mewakili suara pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan yang pelbagai, demokrasi dan hak asasi manusia ialah agenda tetap dasar luar AS, dan bermula penggal lalu, hak gay diangkat menjadi salah satu prioriti dalam agenda dasar luar AS.
John Sifton dari kumpulan Human Rights Watch dilapor berkata Obama wajar menyampaikan mesej mendesak Malaysia lebih menghormati hak LGBT, walaupun akan sedikit memalukan tuan rumah.
Menjelang lawatan Obama, tekanan semakin meningkat mendesak beliau menyampaikan mesej membela hak kelompok LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual), dengan dakwaan liwat terhadap Anwar dijadikan salah satu fokus utama isu ini.
Aktivis LGBT Malaysia, Pang Khee Teik, yang dijemput menyertai perbincangan dengan Human Rights Watch dan Kedutaan AS untuk diminta pandangan menjelang lawatan Obama walau bagaimanapun mempersoalkan agenda sokongan Obama itu, dan mendakwa hasilnya ialah komuniti LGBT menjadi bidak dalam percaturan kuasa-kuasa yang bersaing.
Dalam satu tulisan panjang yang diterbitkan di laman Facebook beliau, Pang menulis, "Saya berasa terganggu kerana LGBT semakin menjadi bidak dalam pertarungan ideologi pihak yang berkuasa,"
Beberapa wakil kumpulan hak asasi manusia, termasuk yang terlibat dalam memperjuangkan hak LGBT dijadual mengadakan pertemuan dengan Obama, termasuk Islamic Renaissance Front, IRF, dan wakil pertubuhan pemerhati pilihan raya Bersih.
Kumpulan-kumpulan tersebut ialah pertubuhan bukan kerajaan yang mesra dengan agenda hak asasi dan demokrasi yang disokong AS, dan mendapat sokongan politik dan bantuan kewangan daripada sumber AS seperti Endowmen Demokrasi Nasional, NED.
Agenda yang selari dengan AS juga menyebabkan mereka mudah diangkat oleh Washington. Satu contoh, Sisters in Islam disebut beberapa kali sebagai satu kuasa progresif yang penting oleh Setiausaha Negara Hillary Clinton dalam satu majlisnya semasa melawat Malaysia pada 2010.
Pertemuan Obama dengan kumpulan-kumpulan ini bakal mencetuskan debat yang panas berhubung agenda liberal yang diperjuangkan. Kelompok konservatif akan menilainya sebagai sokongan kuasa asing terhadap kumpulan terbabit, dan pihak liberal dijangka mempromosikan pertemuan tersebut sebagai satu bentuk endorsmen daripada AS, yang masih dinilai sebagai sesuatu yang berprestij di sini.
Pada masa sama, lawatan Obama ke Kuala Lumpur ini juga bakal diangkat sebagai satu perakuan terhadap Malaysia di bawah pentadbiran Najib yang berdepan pelbagai tekanan berhubung isu-isu hak asasi dan demokrasi, dan ini dikuatkan lagi oleh keputusan Obama tidak bertemu dengan Anwar.
Malaysia juga berada di kedudukan yang selesa pada masa ini dalam hubungan dengan AS, pada masa hubungan Washington dengan negara Islam lain seperti Turki - yang dilihat sebagai model negara Islam progresif - dan Mesir berada pada tahap agak kurang baik.
Najib dilihat mempunyai hubungan yang baik dengan Obama dan telah beberapa kali bertemu di majlis berprofil tinggi. Najib konsisten dalam usahanya menngemukakan imej Muslim moderat dalam usahanya merapatkan hubungan dengan Obama.
Obama dalam lawatan ini berusaha mengimbangi sokongannya terhadap Najib dan kumpulan-kumpulan liberal, dengan kedua-dua pihak tidak akan dapat mendakwa kemenangan sepenuhnya dalam usaha mendapatkan restu Obama.
Kumpulan-kumpulan bukan kerajaan walau bagaimanapun sentiasa mendapat perhatian AS dan tetap akan mendapat manfaat masing-masing hasil lawatan Obama.
Aktivisme kumpulan terbabit bakal terus meningkat, memandangkan agenda demokrasi dan hak asasi yang kekal menjadi tonggak dasar luar AS, dan juga akibat pengaruh kumplan-kumpulan ini di negara membangun seperti Malaysia.
Agenda seperti LGBT dan hak asasi manusia dan demokrasi, yang ditolak oleh konservatif akan kekal kuat diperjuangkan, memandangkan iklim politik global masa kini.

Wednesday, April 23, 2014
Lawatan Obama ke Asia: Harapan dan implikasi
Oleh HARIS ZALKAPLI
Lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia dan tiga negara Asia lain ialah sebahagian daripada satu agenda besar AS di Asia-Pasifik, pada masa China sedang pesat bangkit dan sekutu-sekutu di Asia-Pasifik berdepan masa depan yang sukar.
Hal ini mungkin kurang dirasakan di Malaysia disebabkan kedudukan Malaysia yang agak jauh dari China, dan kejayaan pemerintah mengimbangi hubungan dengan kedua-dua kuasa AS dan China dalam mengemudi hubungan luar negara.
Dari segi Obama sebagai presiden yang berada di penggal terakhir, harapan yang besar bagi beliau ialah menyempurnakan atau sekurang-kurangnya membawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, TPPA, ke peringkat akhir.
Tanda-tanda menunjukkan agenda ini tidak mudah, terutama ekoran isu yang masih tidak selesai dengan Jepun, sekutu kuat AS sendiri, antaranya melibatkan akses untuk produk pertanian dan pembuatan automobil, dua bidang yang menjadi tunggak penting ekonomi kedua-dua negara.
Pada masa sama, Obama berdepan tentangan kuat daripada dalam Parti Demokratik sendiri, yang melihat janji-janji seperti peluang pekerjaan akan hanya tinggal janji, seperti yang telah disaksikan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, Nafta.
Malah, menjelang lawatan Asia Obama, tiga anggota Kongres AS daripada Demokrat, George Miller, Rosa DeLauro dan Louise Slaughter menulis dalam akhbar Los Angeles Times, menyimpulkan, "Kita tidak patut secara membuta mengesahkan lebih banyak perjanjian-perjanjian seperti Nafta yang tidak adil, yang dirundingkan di balik pintu yang tertutup, yang membawa ancaman mengkhianati para pekerja Amerika, membawa sektor pembuatan kita ke negara luar dan mempercepatkan gaji dan faedah pekerja menjunam jatuh."
Malaysia yang terlibat dalam rundingan TPPA dan dilihat sebagai tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan dan semakin tertekan, mungkin boleh terselamat daripada tekanan untuk segera menyempurnakan perjanjian ini ekoran masalah yang masih tidak selesai melibatkan sekutu kuat AS sendiri dan tentangan dalam kalangan Demokrat di AS.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dielakkan faktor
operasi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang, dipercayai
di Lautan Hindi, yang melibatkan bantuan yang besar daripada AS dan juga
sekutu kuatnya Australia.
Tragedi pesawat MH370 telah merapatkan lagi Malaysia dengan AS, dan menampakkan keperluan terhadap kemampuan bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana tentera AS di rantau Indo-Pasifik, mengulangi dan menegaskan apa yang ditunjukkan melalui tsunami 2004 dan taufan di Filipina hujung tahun lalu.
Isyarat berhubung kedudukan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam yang maju - dan juga isu Islam yang lebih besar - dijangka
menjadi salah satu tumpuan penting dalam lawatan Obama nanti, pada masa
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mahu menonjolkan imej
Malaysia sebagai negara Islam progresif.
Ucapan Obama di Kaherah itu ditunggu-tunggu untuk menilai pandangan pentadbiran baharu AS terhadap dunia Islam, dan menariknya, perubahan politik yang besar kemudian berlaku di Mesir, dan sesetengah pihak mengaitkan ucapan Obama dengan perubahan yang tercetus lebih setahun selepas itu.
Lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia dan tiga negara Asia lain ialah sebahagian daripada satu agenda besar AS di Asia-Pasifik, pada masa China sedang pesat bangkit dan sekutu-sekutu di Asia-Pasifik berdepan masa depan yang sukar.
Hal ini mungkin kurang dirasakan di Malaysia disebabkan kedudukan Malaysia yang agak jauh dari China, dan kejayaan pemerintah mengimbangi hubungan dengan kedua-dua kuasa AS dan China dalam mengemudi hubungan luar negara.
Dari segi Obama sebagai presiden yang berada di penggal terakhir, harapan yang besar bagi beliau ialah menyempurnakan atau sekurang-kurangnya membawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, TPPA, ke peringkat akhir.
Tanda-tanda menunjukkan agenda ini tidak mudah, terutama ekoran isu yang masih tidak selesai dengan Jepun, sekutu kuat AS sendiri, antaranya melibatkan akses untuk produk pertanian dan pembuatan automobil, dua bidang yang menjadi tunggak penting ekonomi kedua-dua negara.
Pada masa sama, Obama berdepan tentangan kuat daripada dalam Parti Demokratik sendiri, yang melihat janji-janji seperti peluang pekerjaan akan hanya tinggal janji, seperti yang telah disaksikan dalam Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, Nafta.
Malah, menjelang lawatan Asia Obama, tiga anggota Kongres AS daripada Demokrat, George Miller, Rosa DeLauro dan Louise Slaughter menulis dalam akhbar Los Angeles Times, menyimpulkan, "Kita tidak patut secara membuta mengesahkan lebih banyak perjanjian-perjanjian seperti Nafta yang tidak adil, yang dirundingkan di balik pintu yang tertutup, yang membawa ancaman mengkhianati para pekerja Amerika, membawa sektor pembuatan kita ke negara luar dan mempercepatkan gaji dan faedah pekerja menjunam jatuh."
Malaysia yang terlibat dalam rundingan TPPA dan dilihat sebagai tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan dan semakin tertekan, mungkin boleh terselamat daripada tekanan untuk segera menyempurnakan perjanjian ini ekoran masalah yang masih tidak selesai melibatkan sekutu kuat AS sendiri dan tentangan dalam kalangan Demokrat di AS.
Malah, lawatan Obama juga dilihat sesetengah pemerhati
sebagai lebih bersifat simbolik berbanding substantif berhubung agenda
TPPA, dan lawatan ini berlaku agak lewat, dalam penggal kedua selepas
dasar berpasak di Pasifik dimulakan semasa penggal pertama Obama.
Tragedi pesawat MH370 telah merapatkan lagi Malaysia dengan AS, dan menampakkan keperluan terhadap kemampuan bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana tentera AS di rantau Indo-Pasifik, mengulangi dan menegaskan apa yang ditunjukkan melalui tsunami 2004 dan taufan di Filipina hujung tahun lalu.
Hubungan yang semakin rapat ini memudahkan lagi usaha
untuk Malaysia menyelaraskan dasar dan tindakan dengan AS, terutama
melibatkan dua bahagian yang saling melengkapi dalam infrastruktur untuk
berdepan kebangkitan China di rantau ini, iaitu TPPA melibatkan
perdagangan dan kerjasama dan penyusunan politik dan ketenteraan yang
lebih rapat, termasuk melibatkan Asean.
Dalam bab kerjasama keselamatan, ancaman China yang jelas
kepada negara-negara jiran yang terlibat dalam pertikaian di Laut China
Selatan dan Timur menjadikan peranan AS semakin diperlukan, seperti
yang ditunjukkan oleh Filipina terutamanya.
Tindakan-tindakan China kebelakangan ini merapatkan
persefahaman negara-negara Asia Tenggara yang terlibat dalam pertikaian,
walaupun persefahaman yang lebih bersifat formal - seperti kenyataan
sesetengah pemerhati yang membayangkan penubuhan "Nato Asia" - sukar
untuk dilihat berlaku, memandangkan keperluan memelihara hubungan dengan
China, yang dijangka akan terus bangkit dari sudut ekonomi dan juga
ketenteraan.
AS juga dinilai lebih menumpukan pada rantau Asia Barat
selama ini, walaupun mengisytiharkan tumpuan pada rantau Asia-Pasifik,
sehingga menimbulkan kebimbangan sekutu-sekutu, kebimbangan yang masih
tidak dapat dihilangkan oleh lawatan Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel beberapa minggu lalu.
Negara-negara Asia termasuk Malaysia, lokasi
laluan penting perdagangan Selat Melaka, menyedari keperluan pragmatik
dan realistik memelihara hubungan dengan China, memandangkan faktor
geografi yang tidak dapat dielakkan dan perdagangan.
AS kini berada dalam peringkat pengunduran atau secara
relatif semakin merosot kuasanya berbanding negara-negara baharu muncul
dan pesat membangun, dengan China menjadi ancaman yang paling jelas dan
kredibel pada masa ini.
Dari sudut persaingan dalam pembentukan orde baharu dunia, China ialah ancaman yang paling perlu ditangani, kerana ia
melibatkan kedua-dua ekonomi dan juga politik yang sentiasa berkait.
China menjadi pesaing ekonomi dan perdagangan kepada AS, dan pada masa
sama berhubungan baik dari segi politik dengan Rusia dan Iran yang
mempunyai pandangan alam yang bertentangan dengan visi AS.
Malaysia, dalam perkembangan yang rancak ini, jelas
kelihatan lebih cenderung untuk bersama AS, walaupun tidak secara jelas
merendahkan kerjasama dengan China akibat keperluan praktikal, dan
lawatan Obama bakal menjelaskan lagi hal ini.
Selain dua isu ini, kehadiran Obama juga menuntut
pemerhatian terhadap isyarat-isyarat penting lain, khususnya melibatkan
agenda liberal kebebasan, termasuk penyebaran demokrasi yang menjadi
tonggak dasar luar AS.
Malaysia menjadi satu-satunya negara Islam dalam siri
lawatan Obama kali ini, yang bakal menyaksikan mesej berhubung hal ini
disampaikan, walaupun mungkin tidak menyamai "ucapan kepada dunia Islam" di Universiti Kaherah di Mesir pada 4 Jun, 2009.
Ucapan Obama di Kaherah itu ditunggu-tunggu untuk menilai pandangan pentadbiran baharu AS terhadap dunia Islam, dan menariknya, perubahan politik yang besar kemudian berlaku di Mesir, dan sesetengah pihak mengaitkan ucapan Obama dengan perubahan yang tercetus lebih setahun selepas itu.
Tuesday, December 31, 2013
Politik global 2013: Isu, idea dan tokoh
Politik dunia Islam: 10 isu utama
10. Hukuman mati Abdul Kader Mullah dan krisis politik Bangladesh
Abdul Kader Mullah, bekas pemimpin Jamaat-e-Islami Bangladesh dijatuhi hukuman mati - selepas melalui proses yang kontroversi - setelah didapati bersalah oleh tribunal menyiasat jenayah semasa perang kemerdekaan Bangladesh pada 1971. Abdul Kader pada mulanya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, tetapi kemudian hukuman itu digantikan dengan gantung sampai mati. Semasa dan selepas dijatuhi hukuman, perhimpunan dan protes besar-besaran diadakan oleh kedua-dua pihak yang menyokong dan memprotes. Tribunal yang matlamat asalnya untuk mencari keadilan akhirnya didakwa menjadi senjata politik parti pemerintah. Protes terhadap proses yang didakwa selektif dan bermotif politik itu telah menyebabkan puluhan mati, dan mengheret kembali Bangladesh ke dalam krisis politik.
9. Pertembungan Erdogan-AKP dengan gerakan Gulen
Selepas beberapa tahun, perselisihan melibatkan Recep Tayyip Erdogan dan partinya Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP, dengan Fethullah Gulen yang mengetuai gerakan antarabangsanya meletus secara terbuka. Imej Erdogan tercalar agak teruk akibat siasatan korupsi melibatkan pentadbirannya, sesuatu yang disifatkan perdana menteri popular itu sebagai satu konspirasi yang turut melibatkan pihak asing, merujuk kepada Gulen dan Amerika Syarikat, yang menjadi tempat tinggal tokoh itu. Gerakan Gulen yang berpengaruh telah menunjukkan kekuatannya, dan bakal memberi kesan kepada pilihan raya presiden pada 2014, pilihan raya yang Erdogan, sebelum episod ini tercetus, dijangka bertanding dan berpeluang besar untuk menang, dan mengukuhkan lagi kuasanya di Turki.
8. Rundingan Iran-Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat
Iran menerima pemimpin baharu tahun ini, Presiden Hassan Rouhani yang disifatkan sebagai lebih liberal berbanding pemimpin sebelumnya, Mahmoud Ahmadinejad. Rouhani menunjukkan perbezaan yang dijangka itu apabila memulakan dialog dengan AS dan kuasa-kuasa Barat berhubung isu nuklear, walaupun menerima tentangan daripada dalaman Iran sendiri. Rundingan masih di peringkat permulaan dan berdepan halangan, tetapi merupakan satu permulaan yang diperhatikan banyak pihak, terutama sekutu-sekutu pihak yang terbabit seperti Arab Saudi, monarki Arab di Teluk Parsi dan Israel, sekutu-sekutu utama AS di dunia Arab yang bakal berdepan kesannya sekiranya hubungan Iran-AS pulih dan mengubah dasar luar Washington dan Tehran, terutama berkaitan aliansi di Asia Barat.
7. Pencerobohan Israel di Palestin
Ekoran dasar baharu pemerintah Israel, warga Yahudi kini diberikan hak lebih luas untuk memasuki dan beribadat di kawasan Haram al-Sharif di Baitulmaqdis, sehingga mencetuskan ketegangan dan kekerasan. Dengan perlindungan pasukan keselamatan Israel, penganut-penganut Yahudi kini dapat memasuki dan menggunakan tempat ibadat Muslim dan mendapat perlindungan pasukan keselamatan Zionis. Tanpa mendapat liputan media antarabangsa, pencerobohan Zionis ke atas Palestin semakin meningkat hari demi hari, dan pada masa pihak berkuasa Palestin dan kumpulan politik utama Palestin semakin lemah disebabkan politik dalaman dan pelbagai perkembangan serantau. Satu undang-undang baharu juga dicadangkan untuk membolehkan Yahudi dan Muslim berkongsi kawasan ibadat di Haram al-Sharif.
6. Rampasan kuasa di Mesir
Selepas protes besar-besaran di bandar-bandar utama, pihak tentera akhirnya merampas kuasa daripada Presiden Mohammed Morsi, mencetuskan kekacauan dan suasana tidak stabil yang berterusan hingga ke hari ini. Gaza, wilayah Palestin dikuasai Hamas menjadi mangsa awal implikasi kejatuhan Ikhwan al-Muslimin di Mesir, apabila pihak yang diharapkan dapat membantu hilang kuasa, dan tindakan kepungan digiatkan semula oleh tentera. Ikhwan berdepan cabaran paling getir sejak perubahan politik pada awal 2011 ekoran perkembangan ini, dan telah dilabel sebagai sebuah pertubuhan teroris oleh pihak berkuasa. Mesir, negara yang mendapat tumpuan dunia ini juga sedang menyaksikan satu lagi perkembangan yang merancakkan perbincangan berhubung gerakan Islam dalam politik masa kini.
5. Serangan dron di Yaman, Pakistan dan Somalia
Serangan dron yang direkodkan menurun berbanding tahun sebelumnya - terutama tahun 2010 yang menyaksikan serangan terbanyak - tetapi semakin mendapat perhatian dan memberi kesan kepada hubungan AS dengan sekutu, terutama Pakistan yang kelihatan semakin tidak sehaluan dengan Washington dan menunjukkan sikap itu secara terbuka. Kritikan terhadap Presiden Barack Obama - dan juga dasar peperangan Washington - semakin meningkat disebabkan jumlah kematian orang awam yang besar, dan persoalan perundangan serangan tersebut. Operasi dron juga semakin menjadi isu yang memberi kesan kepada pengendalian peperangan oleh AS. Serangan terburuk di Yaman berlaku pada 12 Disember lalu, ke atas satu konvoi majlis perkahwinan, mengorbankan sehingga 17 nyawa yang sebahagian besarnya orang awam.
4. Rohingya di Burma
Kezaliman terhadap etnik Rohingya di Burma berterusan pada 2013 tanpa mendapat perhatian sewajarnya, dan menjadi mangsa percaturan politik dalaman akibat pendekatan berhati-hati tokoh yang diharap menjadi pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi. Akibat persaingan geopolitik antara China dan AS di Burma, pengabaian terhadap pencabulan hak asasi manusia terus berjalan seperti sebelum Burma dilihat sebagai memasuki fasa baharu menuju politik yang lebih demokratik. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, Asean, turut sama menunjukkan kelemahan apabila tidak mampu bertindak, malah tidak mengeluarkan kenyataan yang tegas terhadap kekejaman disokong rejim di Burma. Burma menjadi tuan rumah sukan antara Asean, Sukan Sea, tanpa sebarang insiden protes dan bantahan keras daripada negara-negara anggota Asean.
3. Campurtangan ketenteraan Perancis di Mali dan Republik Afrika Tengah
Tahun 2013 menjadi tahun aktif dasar luar Perancis apabila dua negara Afrika, Mali dan Republik Afrika Tengah menjadi medan operasi tentera negara Eropah itu. Perancis, bekas penjajah di banyak negara Afrika dan Asia Barat - termasuk Mali dan Republik Afrika Tengah - kembali menggiatkan dasar luar campurtangannya, sebelum ini di Libya dan kemudian ke Mali dan Republik Afrika Tengah. Campurtangan Perancis di Mali bermula pada Januari, dan di Republik Afrika Tengah pada penghujung November lalu, dengan satu alasannya menghalang konflik sektarian antara Kristian dan Muslim berterusan, tetapi kini didakwa menyebelahi kumpulan Kristian dalam konflik itu. Perkembangan ini menandakan peningkatan peranan Perancis di dunia Islam, pada masa bekas jajahannya di wilayah Syam, masih bergolak dan tidak lepas daripada perhatian Paris.
2. Keganasan sektarian di Iraq
Sentimen sektarian melibatkan Muslim Sunni dengan Syiah semakin meningkat di seluruh rantau Asia Barat, malah seluruh dunia, akibat pelbagai isu yang berakar daripada konflik di Syria. Iraq yang menjadi titik mula sentimen sektarian ini melalui tahun 2013 dengan mencatat jumlah korban keganasan politik yang sangat tinggi, jauh mengatasi tahun-tahun sebelumnya. Selain Syria, Iraq menjadi medan utama pertembungan antara mazhab di dunia Islam, melibatkan militan daripada kedua-dua kumpulan Sunni dan Syiah. Menurut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebanyak 7,818 orang awam telah terkorban sepanjang 2013 di Iraq, berbanding 3,238 pada 2012. Mangsa utama ialah komuniti Syiah, yang sering dijadikan sasaran pada masa hari sambutan keagamaan. Keganasan di Iraq memberi petunjuk kepada peningkatan sentimen sektarianisme Sunni-Syiah, dan permainan politik kuasa-kuasa serantau.
1. Konflik Syria
Konflik Syria menjadi isu sentral dunia Islam akibat kedudukannya yang merupakan manifestasi dasar luar kuasa-kuasa serantau, dan kesan yang diberikan kepada rantau sekitar dan kepada kuasa-kuasa dunia. Negara jiran kepada Lubnan yang selama ini mempengaruhi negara kecil itu kini bergolak dan berdepan bencana kemanusiaan yang dahsyat, akibat kezaliman pemerintah dan tindakan kuasa-kuasa asing. Pada masa sama, kesan konflik telah menampakkan kesannya di Lubnan. Konflik Syria menemukan pemain-pemain utama dunia Islam - terutama Arab Saudi, Qatar, Iran dan Turki - dan kuasa-kuasa global - AS, Rusia - dan menguji hubungan antara negara, pada masa sama menunjukkan perubahan aturan kuasa global. - Disember 26, 2013
Pembetulan: Angka dalam tajuk Keganasan Sektarian di Iraq sebelum ini dinyatakan sebagai "lebih daripada 7,000 orang." Angka sebenar, melibatkan kematian orang awam menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ialah 7,818. Pembetulan telah dilakukan dalam tulisan di atas.

Sunday, December 22, 2013
Kebangkitan Arab: Antara demokrasi, perubahan dan kesinambungan
Pada Disember 2010, peristiwa yang disifatkan permulaan gelombang kebangkitan menuntut demokrasi bermula di dunia Arab, di Tunisia.
Secara mudah, siri protes di negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara itu disifatkan sebagai proses pendemokrasian yang baik untuk kesejahteraan warga dunia Arab.
Demokrasi dijadikan kata kunci utama dalam perbincangan mengenai kebangkitan Arab, dan Tunisia diterima sebagai titik mulanya.
Kini, selepas tiga tahun, perbincangan tentang kebangkitan Arab memerlukan perhatian yang lebih luas daripada sekadar demokrasi dan menuntut penilaian yang lebih kritikal.
Tulisan di bawah ini, yang ditulis pada Januari tahun ini, menimbulkan persoalan-persoalan berhubung konsensus yang diterima apabila membincangkan kebangkitan Arab, dan menekankan perhatian lebih pada perubahan dan kesinambungan dalam perkembangan ini.
Kebangkitan Arab: Demokrasi, perubahan dan kesinambungan
Oleh HARIS ZALKAPLI
Dunia
Arab yang meliputi Asia Barat dan Afrika Utara menjadi perhatian dunia
sejak tercetus kebangkitan yang menjatuhkan pemerintah di Tunisia, yang
disebut sebagai permulaan peristiwa besar dinamakan “Arab spring.”
Dua hal di sini ditetapkan dan diterima ramai; iaitu kebangkitan bermula di Tunisia, dan diletakkan di bawah tajuk besar satu kebangkitan baharu dalam politik dunia.
Hakikatnya,
Tunisia boleh dianggap permulaan satu gelombang baharu kebangkitan di
dunia Arab, tetapi sebelum Tunisia, kebangkitan telah berlaku di Yaman
pada 2009, dalam pertembungan terbaharu pemberontak Houthi di utara
dengan kerajaan, dan di Bahrain, melibatkan warga yang majoritinya
beraliran Islam Syiah.
Kebangkitan
di dunia Arab telah berlaku banyak kali sebelum Disember 2010 di
Tunisia, yang tiba-tiba mendapat perhatian khusus media Barat dan dunia
dan dijadikan satu permulaan episod baharu warga dunia Arab menuntut
demokrasi dan kebebasan.
Bahrain
kini menjadi satu kisah kebangkitan yang gagal, akibat ditekan hebat
oleh pemerintah monarki negara itu dan kuasa serantau Arab Saudi, yang
turut menghantar tentera untuk membantu rejim mematahkan protes rakyat.
Protes
di Bahrain, yang menerima tekanan kuat dan tindakan keras pemerintah
kini tenggelam daripada perhatian dunia dan juga umat Muslim sedunia
yang secara umumnya berminat memerhatikan perubahan yang sedang melanda
dunia Islam di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.
Apa
yang menarik di sini ialah sekiranya berlaku perubahan pemerintahan di
Bahrain, perubahan yang berlaku itu berpotensi menjadi perubahan yang
paling besar, melibatkan perubahan sistem dan bukan sekadar perubahan
pemimpin seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir, dua kes perubahan
yang paling menarik minat dan dijadikan contoh perubahan di dunia Arab.
Lebih
memburukkan keadaan, kebangkitan di Bahrain dan di negara-negara
monarki Arab Teluk Parsi diberikan wajah sektarian oleh pemerintah
monarki terbabit, dengan menuding kepada pengaruh asing dari Iran.
Elemen
Syiah dan pengaruh Iran dijadikan isu yang utama, mencetuskan sentimen
sektarian di dalam negara terbabit dan juga mempengaruhi pemerhati dari
luar dalam kalangan sesetengah umat Muslim.
Permainan
politik monarki Arab itu terlepas daripada pandangan dan penilaian
kritikal banyak pihak, lebih-lebih lagi akibat sentimen yang sudah
terbina dan perhatian yang dihalakan ke Syria, yang bertentangan dengan
Bahrain yang majoriti Syiah tetapi berpemerintah Sunni, dikuasai
pemerintah daripada sekte minoriti dengan majoriti penduduk beraliran
Sunni.
Kebangkitan
di Bahrain terus tenggelam daripada pemerhatian umat Muslim pada masa
ini, ekoran pertembungan yang lebih rancak di Syria dan seluruh wilayah
Syam, tempat terletaknya Palestin yang melibatkan isu sentral dunia
Islam.
Kebangkitan
di Bahrain yang terkini, bermula pada 2010 itu tidak berakhir dan
diteruskan setelah episod yang dinamakan kebangkitan Arab itu bermula.
Kini, selepas lebih dua tahun gelombang dinamakan “Arab spring”
itu berlangsung, Bahrain terus tenggelam, ditenggelamkan sentimen
sektarian dan perhatian media yang jauh lebih kecil berbanding kisah di
Syria.
Pengalaman
menuntut demokrasi dan kejayaan yang bermakna juga tidak bermula dengan
Tunisia, seperti yang mungkin tergambar hasil wacana yang berleluasa
pada masa kini.
Pada
2006, Hamas, kumpulan Islam yang dilabel teroris oleh Barat memenangi
pilihan raya parlimen di Palestin berdepan dengan Fatah, kumpulan
sekular yang didukungi Barat.
Peristiwa
ini, selepas episod kemenangan kumpulan Islam di Algeria pada pilihan
raya 1991, menunjukkan pengalaman demokrasi yang tidak asing kepada
dunia Arab, tetapi berdepan halangan termasuk akibat tidak sehaluan
dengan kuasa-kuasa Barat.
Peristiwa-peristiwa
itu tidak diletakkan di bawah tajuk demokrasi yang sewajarnya, dan
tidak disambut seperti kebangkitan terkini yang bermula di Tunisia,
tetapi masih berada di bawah tajuk “ancaman Islamis” dan sama ada Islam
dan demokrasi itu selari, yang sering kali bermaksud adakah Islamis akan
mengancam nilai-nilai demokratik dan mencabulhak asasi manusia.
Di Iraq pula, yang dinamakan sesetengah pemerhati sebagai “Arab spring”
pertama, pada Januari 2005 menyaksikan pilihan raya pertama
pasca-Saddam Hussein, yang hasilnya meletakkan kepimpinan baharu yang
jauh berbeza komposisinya, melibatkan aliran ideologi politik dan sekte
agama.
Tetapi,
episod ini juga dilihat dari sisi sektarian dan bukan kebangkitan
menuntut demokrasi. Pemimpin Jordan, Raja Abdullah dalam satu wawancara
dengan akhbar Washington Post memberi amaran tentang ancaman pengaruh Iran yang bakal diberi ruang besar hasil pilihan raya itu.
Abdullah
memberi amaran tentang kewujudan kawasan di bawah pengaruh Iran yang
dinamakan bulan sabit Syiah, meliputi kawasan berbentuk seperti bulan
sabit dari Syam (Lubnan, Syria) hingga ke Teluk Parsi.
Amaran
ini telah membentuk dan mempengaruhi wacana berhubung hubungan
Sunni-Syiah dan pengaruh Iran, mempengaruhi sikap rejim-rejim Arab,
Israel dan kuasa-kuasa Barat.
Perkembangan
melibatkan Syria, Hamas dan hubungan Arab dengan Iran pada masa ini
mendapat sumbangan besar daripada wacana yang diperkukuhkan oleh amaran
Raja Abdullah pada Disember 2004 itu.
Wacana
yang meletakkan kebangkitan bermula di Tunisia sebagai satu permulaan
baharu dalam politik dunia juga mengabaikan kebangkitan-kebangkitan di
Asia Tengah dan Kaukasus yang bermula sejak hujung 2003.
Bermula di Georgia pada 2003, Ukraine pada 2004-2005 dan Kyrgyzstan pada 2005, mood kebangkitan dan protes telah bermula, dan menjadi satu ciri politik terkini.
Pada
masa sama, Amerika Syarikat juga meningkatkan kempen penyebaran
demokrasi di seluruh dunia, melalui usaha bersepadu kerajaan dan
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan program latihan
dan pendidikan hal-hal berkaitan demokrasi dan hak asasi manusia.
Usaha
penyebaran demokrasi ini menyumbang satu bahagian besar kepada
kebangkitan yang disaksikan di seluruh dunia, termasuk di dunia Arab.
Ini
menjelaskan bahawa kebangkitan itu terhasil daripada banyak faktor dan
bukan berlaku dengan berasaskan kesedaran yang datang tiba-tiba,
walaupun tidak dapat dinafikan penyertaan sebahagian besar massa hanya
tercetus selepas protes bermula.
Malah,
pada 2010, berlaku satu lagi kebangkitan yang mengubah pemerintah di
Kyrgyzstan, menjadikan dekad yang lalu dipenuhi kisah kebangkitan
rakyat, yang sering disebut dengan takrif popular revolusi.
Tanpa menafikan kepentingan kebangkitan Arab dalam mencetus dan meningkatkan mood
perubahan, protes dan kebangkitan di dunia Arab tidak boleh dilihat
secara terpisah daripada trend kebangkitan di seluruh dunia, yang
tercetus hasil kesedaran politik yang semakin meningkat dan berleluasa.
Selepas
lebih dua tahun berlalu, janji-janji perubahan yang muncul pada
peringkat awal kebangkitan juga perlu dinilai dengan lebih mendalam.
Sebarang
perubahan politik yang dramatik dan emotif pasti akan mencetuskan
sekali harapan-harapan besar, seperti disaksikan di Tunisia dan Mesir
terutamanya.
Tunisia ialah negara
Rachid Ghannouchi, pemikir Muslim yang popular dalam kalangan ahli
gerakan Islam. Begitu juga Mesir yang menjadi medan Ikhwan al-Muslimin
dan Dr Yusuf al-Qaradawi.
Kedua-duanya
diharapkan oleh gerakan Islam, sekurang-kurangnya di negara kita, untuk
memainkan peranan yang lebih dalam pemerintahan negara masing-masing
selepas berlaku perubahan.
Kini,
kelihatan harapan yang diletakkan pada mereka terlalu besar, dan telah
melampaui jangkaan-jangkaan realistik, melibatkan pentadbiran, pembinaan
negara dan juga hal ehwal hubungan luar.
Malah
sehingga kini, banyak komentar dan pemerhatian terhadap perkembangan di
dunia Arab mengabaikan pemerhatian lebih teliti terhadap perubahan dan
kesinambungan.
Jangkaan dan bacaan
salah ini sehingga mencetuskan dakwaan kebangkitan Islam secara
berlebihan, sehingga ada yang mengaitkan pemerintahan baharu di Mesir
dengan kebangkitan semula khalifah Islam.
Kes
Mesir ialah yang paling mudah untuk menjelaskan pemerhatian berhubung
perubahan dan kesinambungan selepas kebangkitan yang mengubah
pemerintah.
Antara isu utama yang diperhatikan dalam hal ini ialah hubungan negara-negara terbabit dengan Israel.
Satu
kesilapan dalam hal ini ialah menjangka perubahan akan berlaku dengan
segera dalam hal hubungan dengan Israel dan Barat, dan juga sama ada
perubahan boleh berlaku.
Pemerintahan
oleh Mohammad Morsi daripada Parti Kebebasan dan Keadilan yang berkait
dengan Ikhwan hakikatnya tidak membawa haluan baharu yang fundamental.
Pemerintahan
pasca-Mubarak dijangka membina hubungan lebih rapat dengan Hamas,
membantu Gaza berdepan tekanan dan kepungan Israel.
Tetapi kepentingan nasional terbukti terlalu kuat untuk diabaikan, termasuk oleh pemerintahan daripada gerakan Islam.
Setakat
ini belum dapat dilihat tindakan tegas dan jelas daripada kerajaan
Morsi yang menunjukkan perubahan besar dalam hubungan dengan Israel.
Kaherah
telah menghantar duta baharu ke Israel, meneruskan hubungan Mesir
dengan Israel seperti biasa, walaupun tidak dinafikan kemungkinan sikap
kritikal terhadap Israel dalam kalangan pemerintah baharu.
Pentadbiran
Morsi telah memanggil pulang duta dari Israel ekoran serangan tentera
Zionis ke atas Gaza pada November 2012, tetapi hal yang sama juga
dilakukan pentadbiran Hosni Mubarak ekoran serangan ke atas Gaza pada
Disember 2008 hingga Januari 2009.
Hal
yang sama juga dapat diperhatikan pada tindakan Turki, ekoran serangan
ke atas kapal bantuan Mavi Marmara pada 2010, yang menjelaskan tentang
perubahan dan kelangsungan.
Hubungan
Turki dengan Israel terjejas, dan mendapat sorakan ramai umat Muslim
pada masa itu, yang mengangkat Turki dan Perdana Menteri Recep Tayyip
Erdogan sebagai wira umat.
Tetapi
pemerhatian terhadap Turki dalam hal hubungannya dengan Israel semakin
kurang mendapat perhatian selepas lama peristiwa itu berlalu.
Sejarah
sebenarnya telah menunjukkan hubungan baik Turki di bawah Parti
Keadilan dan Pembangunan dengan Israel, dan kemerosotan hubungan
kedua-dua pihak pernah berlaku semasa pemerintahan tentera, yang
mempunyai hubungan lebih baik dengan Israel dan Barat.
Isu
berkaitan Palestin dan Israel sememangnya mampu mencetuskan emosi dan
sentimen, yang berdasarkan sejarah, sering kali hanya bersifat bermusim,
iaitu sekitar masa serangan berlaku.
Kesimpulannya,
kebangkitan Arab perlu dilihat dengan lebih mendalam dari sudut
perubahan dan kesinambungan, supaya dapat melihat dengan lebih jelas dan
tepat tentang kesannya, dan mendapat penilaian yang lebih adil dan
bukan dikuasai sentimen.
Konsensus
media, sama ada Barat atau Islamis, mempunyai kecenderungan
masing-masing, memperbesarkan sesetengah hal dan memperkecilkan hal-hal
lain menurut ideologi dan kecenderungan masing-masing.
Banyak
peristiwa perubahan politik di seluruh dunia, yang sesetengahnya belum
lagi lama berlalu dalam catatan sejarah, dapat memberi pengajaran
berguna dalam usaha memahami perubahan yang berlaku.
Perubahan
yang dramatik tidak bermakna berlaku pendemokrasian yang seiring,
melainkan ada turun naiknya berdasarkan persaingan dalaman dan juga
luaran melibatkan kuasa-kuasa serantau dan global.
Contoh
seperti negara-negara bekas Soviet yang janji-janji revolusinya tidak
tertunai seperti Georgia, Ukraine dan Kyrgyzstan perlu diambil kira
sebagai pengajaran.
Ukraine
menyaksikan pihak yang sama-sama berjuang dalam revolusi menjatuhkan
rejim lama terlibat dalam persaingan dalaman hingga menjejaskan kerajaan
yang terbina hasil kebangkitan rakyat itu.
Kyrgyzstan
juga mengalami pengalaman yang sama, dengan kerajaan baharu terbukti
gagal menunaikan janji dan bersikap sama dengan rejim lama yang
dijatuhkan sebelum itu.
Perubahan
yang segera dan dramatik jelas sekali satu perubahan memasuki fasa
baharu, tetapi tidak bermakna semestinya proses demokrasi lebih mudah
selepas itu.
Malaysia, yang sedang menyaksikan mood
untuk perubahan yang membuak-buak, perlu melihat perubahan-perubahan di
dunia Arab tersebut untuk mendapat pengajaran yang berguna berhubung
perubahan dan kesinambungan.- Januari, 2013
Monday, November 18, 2013
Mungkinkah berlaku perang merebut sumber air?
Oleh BRAHMA CHELLANEY
Dalam dunia yang semakin merosot bekalan air, sumber air yang dikongsi menjadi satu alat kuasa, mewujudkan persaingan di dalam dan antara negara serta memberi kesan segera kepada ekosistem.
Sidang Kemuncak Air Budapest tidak lama dulu merupakan satu inisiatif terbaharu mencari jalan mengharungi cabaran ini. Perhatikan beberapa fakta yang menyedarkan:
1. Air minuman dalam botol di kedai kini lebih mahal daripada minyak mentah di pasaran.
2. Lebih ramai orang hari ini memiliki atau menggunakan telefon bimbit berbanding mereka yang mempunyai akses kepada bekalan air bersih.
3. Air tidak bersih ialah pembunuh terbesar dunia, tetapi satu perlima daripada manusia masih tidak mendapat akses air minuman bersih.
4. Lebih daripada separuh populasi global hari ini hidup di kawasan yang berdepan kesukaran bekalan air, jumlah yang dijangka meningkat kepada dua pertiga dekad akan datang.
Kekurangan air yang dahsyat yang berpotensi berlaku di kawasan padat penduduk di Asia, Asia Barat dan Afrika Utara - kawasan paling kering di dunia - boleh menghasilkan jumlah besar "pelarian air" dan menyebabkan banyak negara tidak mampu menampung kesan pelarian itu. Persaingan merebut sumber air telah pun meningkatkan tekanan dalam negara dan antara negara.
Mesir yang kedudukannya di hilir Sungai Nil menggunakan sebahagian besar air sungai tersebut, tetapi ia kini mahu bertindak balas terhadap Ethiopia yang sedang membina sebuah ampangan besar.
China, negara paling banyak ampangan dan kuasa hidro terulung, telah meluluskan pembinaan 54 ampangan baharu - sebahagiannya di sungai-sungai yang menjadi talian hayat beberapa negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan - dalam usahanya membina kawalan strategik ke atas aliran air antara sempadan.
Turki, seperti juga China, sedang cuba mengukuhkan dominasinya melibatkan aliran air serantau dengan mempercepatkan usaha membina ampangan besar yang bakal mengurangkan aliran air ke negara jiran Syria dan Iraq.
Perang dalaman Syria dan keganasan sektarian di Iraq telah mengurangkan tentangan serantau terhadap rancangan Turki itu.
Sementara itu, pertikaian perkongsian air antara negara semakin sengit, walaupun sebelum ini kurang menerima liputan media antarabangsa. Konflik air dalam negara yang budayanya pelbagai seperti Afghanistan, Pakistan, Yaman dan Sudan sering memunculkan dimensi etnik, lalu meningkatkan lagi cabaran keselamatan dalaman.
Tetapi seperti yang ditunjukkan oleh pertikaian, misalnya, di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Australia, konflik air dalam negara tidak terhad kepada negara membangun sahaja. Konflik air AS telah merebak dari kawasan barat yang kering ke sebelah timur.
Keganasan melibatkan konflik air, walau bagaimanapun, berlaku kebanyakannya di dunia membangun, dengan kesukaran sumber air sering menggalakkan kerosakan alam dan memanjangkan lagi kemiskinan.
Akses yang cukup kepada sumber semulajadi, dalam sejarah, menjadi faktor kunci dalam masa aman dan peperangan. Air, walau bagaimanapun, sangat berbeza daripada sumber-sumber lain.
Ada alternatif untuk beberapa sumber lain, termasuk minyak, tetapi tidak ada alternatif bagi air. Negara-negara boleh mengimport, malah dari negara yang jauh, bahan bakar fosil, bijih galian, dan sumber dari biosfera, seperti ikan dan kayu balak.
Tetapi air tidak dapat diimport, terutama dalam bentuk yang besar. Air secara asasnya ialah sumber setempat dan sangat mahal untuk diangkut melalui kapal merentasi lautan.
Satu paradoks air ialah ia sebagai penjamin kehidupan tetapi ia juga boleh memusnahkan apabila membawa bakteria bahaya atau muncul dalam bentuk tsunami, banjir kilat, dan ribut.
Banyak bencana alam pada masa kini berkaitan air. Satu contoh terbaharu ialah bencana Fukushima di Jepun, yang kemudian mencetuskan bencana nuklear pula.
Akibat pemanasan global, air minuman bersih bakal menjadi semakin terhad walaupun pada masa sama aras laut meningkat dan cuaca ekstrem semakin kerap.
Perkembangan penduduk dan ekonomi telah pun menjadikan air minuman bersih sebagai isu besar di banyak tempat di seluruh dunia. Perubahan gaya hidup, sebagai contoh, telah meningkatkan penggunaan air perkapita dalam bentuk penggunaan industri dan pertanian.
Perkembangan-perkembangan inilah yang menjadi latar perang air dari sudut politik dan ekonomi yang telah pun berlaku melibatkan negara di beberapa rantau, termasuk melalui pembinaan ampangan di sungai antarabangsa, dan melalui cara diplomatik menghalang pembinaan ampangan seperti itu. Perisikan AS telah memberi amaran tentang perang air yang mungkin boleh bertukar ganas.
Menurut satu laporan yang menggambarkan penilaian agensi-agensi perisikan AS, penggunaan air sebagai senjata dalam perang atau alat terorisme semakin berpotensi menjadi kenyataan dalam dekad-dekad mendatang di beberapa rantau.
Sebuah panel, melibatkan lebih daripada 30 bekas ketua negara dan kerajaan pula menggesa tindakan segera, mengatakan beberapa buah negara berdepan risiko gagal menghadapi masalah kekurangan air. Jabatan Negara AS pula telah menaiktaraf air sebagai "satu isu penting dasar luar AS."
Kekurangan bekalan air semakin menelan kos sosioekonomi yang tinggi. Keputusan kerajaan negeri dan komersil di banyak negara untuk membina stesen janakuasa atau kilang semakin tersekat oleh keadaan kekurangan air di kawasan terbabit.
Bank Dunia menganggarkan kos ekonomi masalah air China sebanyak 2.3 peratus daripada KDNK negara itu. China, walau bagaimanapun, belum lagi berdepan tekanan penggunaan air - yang ditakrifkan dan dipersetujui di peringkat antarabangsa sebagai kesediaan bekalan kurang daripada 1,700 meter padu air setiap orang setiap tahun.
Ekonomi yang telah sedia mengalami tekanan penggunaan air, dari Korea Selatan dan India ke Mesir dan maghribi, membayar harga lebih tinggi dalam menghadapi masalah air mereka.
Bekalan air boleh diperbaharui tetapi bukan tidak terhad. Kemampuan tetap alam untuk memulih semula bekalan air tawar kini hampir 43,000 bilion meter padu setiap tahun. Tetapi populasi manusia telah berkembang hampir dua kali ganda sejak 1970-an, dan ekonomi berkembang lebih pantas lagi.
Pertambahan penggunaan ialah faktor tunggal terbesar menyebabkan situasi kekurangan bekalan air. Pendapatan meningkat, contohnya, menggalakkan perubahan pemakanan, terutama peningkatan makan daging yang penghasilannya sangat memerlukan banyak air.
Sekitar 10 kali ganda banyak air diperlukan untuk menghasilkan daging berbanding protein dan kalori berasas tumbuhan.
Akibatnya, air kini menjadi cabaran keselamatan dan ekonomi terbaharu dunia.
Walaupun tidak pernah berlaku lagi perang di zaman moden akibat perebutan air, sumber ini menjadi faktor sampingan dalam beberapa konflik bersenjata.
Risiko perang air kini kembali selepas era bekalan air murah dan banyak berakhir, dan dunia kini menyaksikan bekalan yang meningkat dan kualiti yang merosot.
Untuk mengelakkan perang air memerlukan kerjasama berdasarkan peraturan, mekanisme perkongsian air dan penyelesaian pertikaian. Walau bagaimanapun, masih tidak ada undang-undang antarabangsa berhubung air yang berkuat-kuasa, manakala kebanyakan perjanjian air serantau tidak dikuatkuasakan. Lebih buruk lagi, banyak pihak cenderung untuk bertindak secara bersendirian.
Masalah ini menunjukkan yang masyarakat antarabangsa menghadapi satu masalah yang lebih besar daripada bekalan minyak yang hampir kering, kelembapan ekonomi dan pelbagai cabaran lain yang selalu disebut-sebut.
Menangani masalah asas ini menjadi kunci kepada menangani cabaran-cabaran lain kerana kaitan rapat air dengan pemanasan global, kekurangan tenaga, tekanan pada bekalan makanan, tekanan populasi, pencemaran, kemerosotan alam, epidemik global dan bencana alam.
Brahma Chellaney ialah pakar geopolitik dan strategi terkemuka India. Buku terbaharu beliau ialah Water, Peace, and War: Confronting the Global Water Crisis terbitan Rowman & Littlefield, 2013. Artikel ini dipetik daripada akhbar Japan Times.

Wednesday, November 6, 2013
Protes jatuhkan pemerintah: Aktivis perlu bijak pilih taktik dan strategi
Oleh ERICA CHENOWETH
Sejak beberapa tahun lalu, kita sudah biasa dengan ikon-ikon protes. Semasa kebangkitan Arab, imej-imej peserta demonstrasi menjeritkan slogan, mengangkat sepanduk, dan berkonfrontasi dengan pasukan keselamatan menjadi sesuatu yang biasa dilihat.
Tetapi kita juga melihat protes-protes yang gagal dan membawa kesan sebaliknya, seperti di Mesir dan Libya, dua kes paling jelas. Kebangkitan demonstrasi di Sudan baru-baru ini menimbulkan persoalan fundamental: Bagaimana protes rakyat menjejaskan kerajaan autoritarian? Adakah demonstrasi benar-benar kunci untuk menjatuhkan pemerintah autokratik?
Kajian menunjukkan, hakikatnya, demonstrasi hanyalah satu daripada banyak alat kebangkitan rakyat yang boleh digunakan untuk perubahan. Gerakan-gerakan yang berjaya menggunakan pelbagai cara menekan kerajaan yang menentang mereka dan tidak membahayakan aktivis.
Taktik demonstrasi yang kita biasa lihat hanyalah satu daripada banyak taktik. Kempen yang berjaya menggunakan lebih daripada satu taktik.
Saya dan Maria Stephan telah menjalankan kajian mengenai satu persoalan yang luas: "Bila kebangkitan rakyat berjaya?"
Keputusannya menunjukkan kempen pembangkang berjaya apabila dapat menggunakan tiga perkara: (1) menarik penyertaan yang ramai dan pelbagai (2) menbangunkan strategi yang membenarkan mereka mengelak tekanan; dan (3) mencetuskan pembelotan, perubahan kesetiaan atau ketidakpatuhan dalam kalangan elit rejim dan/atau pasukan keselamatan.
Yang paling penting menarik penyertaan, kerana kemampuan untuk mencetuskan pembelotan dan menewaskan gerakan lawan bergantung pada sama ada gerakan kebangkitan disertai ramai peserta dari pelbagai latar belakang. Faktor terpenting ialah kadar penyertaan.
Sepanjang 1900 hingga 2006, dalam 300 kempen aman dan bersenjata seluruh dunia, tidak ada kempen yang gagal selepas menarik penyertaan aktif dan berterusan 3.5 peratus daripada populasi - dan ada yang berjaya dengan jumlah kurang daripada itu.
Sudah tentu, jumlah 3.5 peratus bukan jumlah yang kecil. Di Amerika Syarikat hari ini, jumlah ini ialah 11 juta orang. Tetapi bagaimana sesebuah gerakan itu dapat menarik penyertaan sebesar ini, terutama di negara di mana menyertai protes massa ialah sesuatu yang sangat berisiko?
Satu cara untuk menarik penyertaan ialah dengan menggunakan juga taktik yang lebih selamat dan oleh itu lebih menarik kepada mereka yang tidak berani berdepan risiko. Contohnya, mengajak "protes elektrik" dengan cara menutup bekalan elektrik secara serentak pada satu masa atau mengetuk periuk pada waktu malam untuk memberi isyarat penyertaan yang ramai.
Penyertaan dalam bentuk ini akan menarik lebih ramai yang mempunyai perasaan bercampur-campur dan pada masa sama memberikan mereka rasa identiti dengan gerakan dan matlamatnya.
Di Chile di bawah Pinochet, contohnya, demonstrasi sangat bahaya. Dalam satu kes, Pinochet berasa terancam dengan makna tersirat sebuah lagu popular lalu mengharamkannya dinyanyikan secara terbuka.
Tetapi dengan cara mengetuk periuk, ramai boleh melakukannya dengan selamat di rumah, dan semakin kuat tanda protes, penggerak anti-Pinochet menjadi semakin berani dan beralih kepada aksi yang lebih mengganggu dan terbuka.
Satu gerakan hampir sama sedang dijalankan di Mesir, dengan ribuan orang mengetuk periuk dan kuali di rumah setiap hari tepat jam 9 malam.
Dalam keadaan rejim menekan dengan keras, jumlah yang ramai boleh membantu mewujudkan rasa selamat. Aksi seperti ini boleh memberi isyarat kepada setiap peserta yang mereka tidak berseorangan, dan menyukarkan kerajaan bertindak terhadap peserta protes tersebut.
Apabila rakyat telah mula bergerak, kesan kepada politik dalaman rejim menindas amat kuat. Seperti dihujahkan oleh Gene Sharp, tidak ada rejim yang monolitik.
Setiap pemimpin diktator bergantung 100 peratus pada kerjasama, kepatuhan, dan bantuan mereka yang membentuk tunjang sokongan rejim: pasukan keselamatan, media kerajaan, elit bisnes dan pendidikan, pihak berkuasa agama, dan birokrat awam.
Apabila orang daripada golongan ini mula menilai semula peranan rejim dalam kepentingan jangka panjang mereka, mereka boleh ditarik meninggalkan sokongan kepada rejim. Ini lebih mudah berlaku apabila semakin ramai bergerak menentang kerajaan.
Kenapa? Kerana tidak ada penyokong kuat rejim yang hidupnya terpisah sepenuhnya daripada rakyat kebanyakan. Mereka mempunyai rakan, keluarga, dan hubungan-hubungan yang akan kekal dalam jangka panjang, sama ada pemimpin diktator kekal atau sebaliknya.
Satu contoh di Serbia, dalam kebangkitan rakyat menentang Slobodan Milosevic, yang akhirnya dijatuhkan pada Oktober 2000. Apabila jelas bahawa ratusan ribu rakyat Serbia berarak ke Belgrade untuk menuntut Milosevic meletak jawatan, anggota polis mengabaikan arahan melepaskan tembakan ke arah demonstran. Bila ditanya kenapa, salah seorang daripada mereka menjawab: "Saya tahu anak saya antara yang berarak itu."
Anggota polis itu bukan keseorangan di Serbia dan di mana-mana pun. Kami mendapati, umumnya, pasukan keselamatan cenderung untuk berpaling tadah apabila menghadapi kempen aman (berbanding kebangkitan bersenjata), terutama apabila angka peserta meningkat.
Pasukan keselamatan mempunyai kecenderungan untuk berpaling tadah sebanyak 60 peratus apabila berdepan protes-protes terbesar, dan berkecenderungan sebanyak 30 peratus dengan kempen aman bersaiz sederhana.
Antara contoh ialah pasukan keselamatan Iran semasa kebangkitan anti-Shah, pasukan bersenjata Filipina semasa kebangkitan anti-Marcos dan dalam kalangan tentera Israel semasa Intifadah pertama Palestin. Peralihan kesetiaan ini penting dan memberi kesan kepada hasil kebangkitan. Tindakan ini meningkatkan peluang kejayaan sebanyak lebih 60 peratus.
Tetapi demonstrasi dan gerakan massa secara umumnya menyaksikan jumlah yang gagal dan berjaya yang sama banyak. Tetapi yang jelas gagal - seperti Medan Tiananmen, kebangkitan Hungary pada 1956, atau Revolusi Safron di Myanmar - beberapa corak dapat diperhatikan.
Kempen-kempen yang gagal tidak melibatkan jumlah populasi yang besar dan tidak mengubah taktik daripada yang berisiko kepada yang lebih selamat. Mereka juga gagal mewujudkan strategi jangka panjang untuk menjadikan kempen boleh berterusan, yang sangat penting dalam berdepan dengan rejim yang ganas.
Purata tempoh kempen aman ialah antara dua tahun setengah hingga tiga tahun, tetapi hanya sedikit yang mempunyai strategi jangka panjang, selain harapan besar kemenangan mereka akan membuatkan rejim menurut permintaan mereka.
Kempen-kempen kebangkitan rakyat sedang berjalan di banyak tempat seluruh dunia, dari Bahrain ke Maldives, dari Turki ke Bulgaria. Dalam semua kes ini, perancang gerakan perlu menganalisis kesan-kesan politik daripada strategi seperti demonstrasi.
Sekiranya taktik ini gagal meningkatkan simpati di dalam dan luar negara, mempelbagaikan peserta, dan mengalakkan elit rejim berpaling tadah, maka taktik-taktik itu tidak membantu menjayakan kempen.
Tetapi tidak perlu menghentikan perjuangan kerana demonstrasi tidak lagi berjaya. Banyak lagi cara aman protes boleh digunakan.
Kempen yang akhirnya berjaya ialah yang benar-benar mengendahkan amaran Sun Tzu: "Taktik tanpa strategi ialah kekecohan menjelang kekalahan."
Erica Chenoweth ialah profesor madya di Sekolah Kajian Antarabangsa Josef Korbel di Universiti Denver dan pengelidik kanan bersekutu di Pusat Kajian Keamanan Oslo. Beliau, bersama Maria J Stephan ialah penulis buku Why Civil Resistance Works: The Strategic Logic of Nonviolent Conflict. Artikel asal ini terbit di majalah Foreign Policy.

Subscribe to:
Posts (Atom)