Monday, June 27, 2011

Wardina tambah senarai selebriti sokong Pakatan Rakyat

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat.

Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia.

Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi.

Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit.

Perkembangan melibatkan Wardina ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR.

Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti.

Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3.

Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu.

Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti.

Beberapa blog pro-Umno telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.

Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia.

Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya.

Perkembangan ini bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik.

9 comments:

Unknown said...

aduuuhhh wardina...nanti hang kena sepak keluaq tv3 suku...diam2 je lah..

Diyana said...

kebebasan memilih adalah hak rakyat malaysia.
namun bila ada pihak yg beria-ia menghalang,
ini pasti akan menimbulkan sekelumit persoalan,
walau jauh di benak fikiran,
adakah ini demokrasi yang diinginkan?
atau hanya sekadar gerakan komunis dalam diam,
yang jelas menghalang pemikiran,pendapat, kepercayaan dan kehendak yang berlainan,
wallahualam.....

Anonymous said...

Kan banyak orang cerdik sokong Pakatan Rakyat

Wardina brpengalaman jadi moderator rancangan spt WHI, MHI dan banyak rancangan ilmiah. Jadi, dia dapat banyak maklumat dan pandang isu-isu masyarakat dengan mata hati.

Kalau betul apa yang dilaporkan, tahniah Wardina...

Anonymous said...

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir....

Sedarlah "Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, Sungguh leih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" Al-Ana'm #32

Bermainlah kamu.... saya tidak terpedaya dengan dunia yang sementara..kerana saya yakin pada yang Esa...Itu kekuatan saya.

-Wardina Safiyyah-

Anonymous said...

Habis awat ada tajuk mcm ni??patut ko marahkan blog pro pembangkang sbb depa yg habaq ko sokong pembangkang...Apa rr :
Wardina tambah senarai selebriti sokong Pakatan Rakyat :

Anonymous said...

Blog-blog UMNO menunjukkan kebodohan dan kegelojohan hendak menghukum Wardina kerana nampak menyokong Pakatan. UMNO masih rasa sangat berkuasa dan tak boleh ada artis atau selebriti sokong pihak selain UMNO. Apa salahnya Wardina sokong mana-mana parti? Itu haknya. Parti-parti itu pun sah penubuhannya. Ini demokrasi.

Para Pencari Tuhan said...

tahniah! bagi sesiapa yang menyadari bahawa hidup di dunia adalah permainan (games, entertainments dll) dan hidup sebenar adalah hidup di akhirat. betapapun hebat dan banyaknya kenikmatan yang di dapati di dunia ianya adalah sedikit, perhatikan firman Allah:
[نُمَتِّعُهُمْ قَلِيلاً ثُمَّ نَضْطَرُّهُمْ إِلَى عَذَابٍ غَلِيظٍ ]
(We let them enjoy for a little while, then in the end We shall oblige them to (enter) a great torment.) (31:24)
pernyataan Numatti'hum, bermaksud akan melimpah-limpahkan kenikmatan, namun ianya tetap sedikit jika dibandingkan dengan kenikmatan akhirat.
Semoga Allah membantu setiap orang beriman untuk istiqomah dalam kebenaran.

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

kalu boleh kita sama-sama rujuk orang2 tua kita dulu memberi tunjuk ajar kepada keadaan yang berlaku .., Insya'llah.

Pembangkang nih hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ghairah terlebih-lebih. Minah tu tak cakap apa pun bukan saja dah tempah kad kawin tapi dah suruh pasang kanopi - heboh! Tapi boleh jugak ajak Brother Bob Lokman beri ceramah.

UMNO lak macam orang gila talak. Siasat tidak, tanya tidak, apa pun tidak - terus kecam Minah ni macam2 - macam pulak Minah ni bini dia.

Kesimpulan - dua-dua pihak bodoh macam telor; muka tak malu

Aku tengok Minah ni steady saja. Tidak nampak dia melatah walau pun Melodi jadi batu api.

Anonymous said...

Tak kisahlah kalau Wardina nak sertai Pakatan Rakyat samada PAS, DAP atau PKR kerana tokoh filem terkenal Datuk Jins Shamsudin juga adalah ahli UMNO yang punya jawatan dalam parti di peringkat bahagian di negeri Perak, malahan beliau juga pernah jadi senator, tapi tidak pula dia heboh-heboh dan buat ceramah di sana sini memperkenalkan dirinya sebagai ahli UMNO. Itulah, nak berpolitik itu perlu ada asas yang kukuh, iaitu jati diri samada berpolitik untuk agama, bangsa dan negara atau politik untuk populariti. Kalau sekadar ceramah di sana sini, menayang diri sebagai ahli politik tertentu tanpa sumbangan yang berkesan kepada negara, tak guna, lebih-lebih lagi bila menjadi perosak kepada negara, terikut-ikut dengan ceramah maki hamun ala-PAS, PKR dan DAP, lagi haru itu semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...