Tuesday, June 28, 2011

Umno bimbang kurang dapat sokongan selebriti?


Walaupun kurang dibincangkan secara mendalam, selebriti merupakan golongan yang mahu dilibatkan dan dilihat sebagai penyokong oleh pemain-pemain politik.

Dalam permainan simbol yang penting dalam dunia politik, populariti mendapat penilaian sangat penting, dan ini menjadikan tokoh-tokoh dalam dunia budaya popular dan lapangan seni lain penting kepada pemain politik.

Seperti juga endorsement produk melalui iklan, sokongan yang ditunjukkan oleh selebriti atau seniman terhadap kumpulan politik tertentu juga memberi kesan sama.

Budaya popular ialah ruang paling mudah untuk menyampaikan sebarang mesej yang mudah dan ringkas, berbanding ucapan politikus, ceramah agamawan dan pelbagai cara lain.

Budaya popular lebih mudah didekati tanpa sebarang rasa negatif oleh pelbagai golongan, disebabkan sebahagian besarnya merit popularitinya. Selebriti pula memiliki lebih kuasa memujuk berbanding ramai ahli politik.

Selebriti, penggiat budaya popular dan seniman hanya perlu meminjamkan populariti kepada parti-parti politik untuk meraih sokongan, ada kalanya tanpa perlu sebarang penjelasan berhubung dasar-dasar parti terbabit.

Dalam dunia politik tanah air, interaksi politik dengan budaya popular menjadi semakin hangat sejak kebelakangan ini, dan menjadi satu isu yang ditangani dengan serius oleh parti-parti politik.

Pada awal kemunculan Mawi, PKR dan kemudian PAS segera mendekatkan diri dengan anak muda itu, dan mendapat respons segera Umno yang kemudian bergegas menariknya melalui beberapa program. Sebelum itu, penyanyi terkenal Siti Nurhaliza cuba dilibatkan dalam Puteri Umno.

Terbaru, penyertaan Bob Lokman bersama PAS mencetuskan reaksi kurang senang pihak dalam parti pemerintah.

Suasana yang semakin demokratik kini membolehkan penggiat seni budaya menunjukkan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik tanpa takut kepada sekatan seperti satu masa dahulu, walaupun tidak dinafikan masih wujud cabaran ini.

Malah, dalam aliran seni tertentu, seperti sesetengah muzik yang bukan arus perdana, ciri anti-establishment menjadi ciri penting, walaupun tidak semestinya bermakna sokongan untuk parti-parti pembangkang.

Pada masa sama, sokongan yang ditunjukkan Sasterawan Negara A Samad Said kepada pembangkang sejak beberapa tahun lalu juga memberi tamparan kepada Umno.

Sebelum ini, Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mengejutkan dunia seni dan politik tanah air dengan kemunculan novel satira politik Shit.

Tentangan oleh sasterawan, yang melibatkan bukan sahaja hal politik tetapi juga isu bahasa Melayu mendatangkan isu yang sukar dijawab oleh Umno.

4 comments:

Anonymous said...

Bayangkan selebriti ramai2 kempen untuk Pakatan. Pening kepala Umno, jenuh nak gam.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat melalui PAS bila Bob Lokman sertai PAS melalak sekeliling kampung menjaja kononnya berjaya dakwahkan artis, sedangkan apakah semua artis di Malaysia ini tak berakhlakkah sebagaimana yang dijaja oleh Bob Lokman itu?

Dalam UMNO golongan artis telah lama beri sokongan, malahan pelakon terkenal Datuk Jins Shamsudin adalah salah seorang ahli UMNO dan memegang jawatan dalam parti di bahagian beliau di negeri Perak, tapi tidaklah pula Datuk Jins Shamsudin melalak di sana sini dan berceramah di sana sini sebagaimana Bob Lokman yang serban sebesar bakul, jubah hingga ke tanah, tetapi ceramah di sana sini menuduh industri hiburan dengan berbagai tuduhan melulu sedangkan dia dahulu pun dua puluh tahun lebih makan hasil kerja dalam industri hiburan, kalau tak ada hasil dalam industri hiburan, sudah lama kebulur dan jadi arwah sebab tak ada makanan, jadi jangan hina orang industri hiburanlah, kalau nak tegur itu tak salah, tapi jangan hina kerana bukan semua artis tiada akhlak. Bob Lokman tidak patut jadi macam kata pepatah, "Ayam telur sebiji riuh sekampung" kerana takbur dengan PAS, sedangkan Datuk Jins Shamsudin, bukan setakat jadi ahli UMNO, ada jawatan dalam parti, malahan pernah jadi senator, tidak pula berperangai macam Bob Lokman itu. Jadi sedarlah diri.

Anonymous said...

ko yang komen ni ,,,ish3,,ko bute ke,,ko xlihat mcmana artis kita skrg,,,kamon la,,,datuk jins samsudin buat ape slama ni walau dia masuk politik pon,,ada dia tegur artis xttp aurat,xsmayang,minum arak,,,ada ker der,,kamon la memg dia xkate semua artis truk,,tp sape mkn cili dia rsa la beb.,hahaha,,ko ni klau tulis ikut DUNIA memg bgini la jdinya,,,blik blajar agama byak2,,ko akan tahu ap yg bob ckap tu smua betol,,,,nak pkir kisah dlu bagus la klau bob dh bertaubat,,,ingt,,,Allah dah gtau care2 nak jadi org beriman,,,ko sesuaikan la dgn ap yg ptot,,jgan nak kira 'yam betelor kau je'

Anonymous said...

betul betul betul...yg benar jgn dibilang salah yg salah jgn dibilang benar biar jujur jgn sombong....selalu muhasabah diri semuga cepat sedar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...