Tuesday, May 17, 2011

Pemilihan PAS, fasa pertama selesai, tunggu 26 Mei

Keputusan calon-calon yang layak bertanding jawatan-jawatan dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi penggal 2011-2013 diumumkan di Kuala Lumpur hari ini, memberi gambaran saingan sengit di semua sayap parti kecuali Dewan Ulama.

Presiden menang tanpa bertanding kerana tiada pencabar.

Persaingan akan menjadi lebih jelas selepas tarikh akhir penerimaan pencalonan pada 26 Mei nanti, tarikh akhir penerimaan pencalonan untuk bertanding oleh mereka yang dicalonkan.

Pencalonan memperlihatkan perwakilan seimbang daripada semua golongan - ulama, profesional dan aktivis - dalam PAS.

Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan untuk penggal kelima berturut-turut, mencerminkan kedudukanya yang stabil dan terus mendapat sokongan walaupun berdepan tekanan sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.

Jawatan timbalan presiden yang disebut-sebut bakal mempertemukan penyandang dengan Mohamad Sabu menyaksikan enam calon layak bertanding termasuk penyandang Nasharudin Mat Isa.

Berikut calon-calon yang disahkan untuk Jawatankuasa Kerja Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat untuk penggal 2011-2013.

Presiden (menang tanpa bertanding)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan presiden (6 layak bertanding)

1. Mohamad Sabu
2. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
4. Nasharudin Mat Isa (penyandang)
5. Datuk Husam Musa
6. Salahuddin Ayub

Naib presiden [3 kerusi] (14)

1. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
2. Datuk Husam Musa
3. Salahuddin Ayub (penyandang)
4. Nasharudin Mat Isa
5. Mohamad Sabu
6. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (penyandang)
7. Idris Ahmad (ketua penerangan)
8. Datuk Mahfuz Omar (penyandang)
9. Mazlan Aliman
10. Datuk Nik Mohd Amar Abdullah
11. Dr Mohd Hata Ramli (bendahari)
12. Dr Mujahid Yusof Rawa
13. Nik Zawawi Nik Salleh
14. Datuk Seri Nizar Jamaluddin

Jawatankuasa Kerja Pusat [18 kerusi dipilih, (6 lagi dilantik)]

82 layak bertanding

Ketua Dewan Ulama (menang tanpa bertanding)

Datuk Haron Taib

Timbalan ketua ulama (2)

1. Datuk Ahmad Yaakob
2. Mohd Zain Abdul Rahman

Naib ketua ulama (menang tanpa bertanding)

Datuk Dr Mahfudz Mohamed

Jawatankuasa Kerja Ulama [18]

26 orang layak bertanding

Ketua Dewan Pemuda (4)

1. Nasrudin Hassan (penyandang)
2. Azman Shapawi Abdul Rani (timbalan ketua)
3. Suhaizan Kayat
4. Mohd Firdaus Jaafar

Timbalan ketua pemuda (9)

1. Ahmad Sabki Yusof (naib ketua)
2. Azman Shapawi Abdul Rani (timbalan ketua)
3. Mohd Firdaus Jaafar
4. Mohd Nor Hamzah
5. Nasrudin Hassan (ketua pemuda)
6. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
7. Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kayat

Naib ketua pemuda (12)

1. Azman Shapawi Abdul Rani (timbalan ketua pemuda)
2. Mohd Firdaus Jaafar
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
5. Ahmad Sabki Yusof (penyandang)
6. Khairi Faizi Kamil
7. Mohd Nor Hamzah
8. Mohd Sany Hamzan
9. Nasir Zakaria
10. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
11. Riduan Mohd Nor
12. Suhaizan Kayat

Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda [12 kerusi]

Seramai 68 orang layak bertanding

Ketua Dewan Muslimat (4)

1. Nuridah Salleh (penyandang)
2. Dr Siti Mariah Mahmud
3. Dr Asiah Ali
4. Siti Zailah Mohd Yusoff

Timbalan ketua muslimat (6)

1. Siti Zailah Mohd Yusoff (penyandang)
2. Dr Asiah Ali
3. Mumtaz Md Nawi
4. Dr Siti Mariah Mahmud
5. Wan Hasrina Wan Hassan
6. Nuridah Salleh (ketua muslimat)

Naib ketua muslimat (11)

1. Aiman Athirah al-Jundi
2. Dr Asiah Ali
3. Mumtaz Md Nawi (penyandang)
4. Mastura Mohamad
5. Dr Najhatussolehah Ahmad
6. Normala Sudirman
7. Nuridah Salleh (ketua muslimat)
8. Rohani Ibrahim
9. Dr Siti Mariah Mahmud
10. Siti Zailah Mohd Yusoff (timbalan ketua muslimat)
11. Wan Hasrina Wan Hassan

Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat [17 kerusi]

Seramai 54 orang disah layak bertanding

5 comments:

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

Terdapat 2 perkara yang perlu pengamatan berkaitan Muktamar PAS kali ini.

Pertama, keghairahan malah ke tahap ketaksuban terlampau Pak Haji MSO (mantan Siasah PAS) menolak Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden - malah ke tahap memperlekeh. Pada waktu yang sama, MSO dilihat tegar cuba heret Tuan Ibrahim masuk kancah setelah usaha untuk memperkasa Nasharuddin jadi sekadar nasi sejuk.

Kedua, apa yang dikatakan kompromi Mat Sabu dengan puak Erdogans terutama bersandar kenyataan2 Mat Sabu sendiri yang begitu terkesima dengan DAP (baca undi bukan Islam/Melayu).

Seorang wartawan kanan berteori (dan teori politik beliau selama ini lebih 90% betul)-(ini meminjam kaedah selidik amalan MSO bila berhujah) bahawa Mat Sabu masuk perangkap Erdogans sekali lagi.

Muktamar lepas puak Erdogans telah cuba memecah dominasi puak agamawan dengan meletakkan Husam Musa bertanding Timbalan Presiden.

Dengan secara terbuka (yakni bukan rahsia) Erdogans kini dilihat menyokong Mat Sabu kali ini dan memang mahukan Mat Sabu menang kerusi Timbalan Presiden PAS - Erdogans sebenarnya menggunakan Mat Sabu sebagai kayu hayun pemecah pintu kota.

Jika ini berlaku, Mat Sabu sebenarnya membangkit kemarahan puak agamawan dengan mengalahkan Nasharudin.

Sekali lagi Muktamar - Erdogans akan mengenepikan Mat Sabu dengan meletakkan calon mereka, sama ada Husam Musa atau orang lain - malah mungkin terus beralih ke jawatan Presiden parti.

Apabila Erdogans menguasai PAS maka keberadaan PAS di dalam PR hanyalah untuk mengikut telunjuk malah dalam keadaan sekarang pun perkara ini merupakan rahsia yang semua orang tahu.

Selamat Bermuktamar.

Anonymous said...

salam..

Biarlah PAS terus di pimpin oleh golongan ulama. Kenapa kita mengubah perkara kebaikan. Ustaz Nasharudin Mat Isa layak terus bergandingan bersama presiden parti. Apa kurangnya beliau.

tak usahlah kita terikut budaya parti lain yang tidak memberikan tempat kepada golongan ulama. semoga ulama terus memimpin PAS.

Nama Baru said...

setuju dengan ahmad khairul

genz commando said...

PAS PASCA ustaz Fadhil Nor kini dilhat sbg TIADA TIANG SERInya lagi.kini dilambung, diperkotakkatikan, dilihat JELAS mengIYAkan MATLAMAT ANWARISM yg mendukung PLURALISM & LIBERALISM dan WAHABIISME yg amat JELAS MENCEMARI perjuangan Aqidah yg diperjuangkan PAS selama ini.PAS kini menjadi MALU DAN TIADA SERInya lagi apabila bercakap berkenaan MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM berbanding dahulunya, lebih mendahulukan soal politik semasa drp tunggak aqidah. dlm soal HUDUD,MURTAD,ARAK,JUDI,dan selainnya DIMANA PAS hari ini?? amat malang lg PAS kini dilihat lebih mementingkan soal kemenangan drp memperjuangan aqidah. dulu kita SANGGUP KALAH MALAH SYAHID semata2 Aqidah perjuangn didahulukan. hari ini apa yg dikatakan ANWAR semuanya diiyakan.Segala KEBATILAN anwar yg smakin JELAS dibela secara amat BODOOH sedangkan kebenaran dilihat semakin JELAS,ibarat sudah jelas lagi disuluh.. SEMOGA ALLAH MEMBANGKITAKAN SEMULA SEMANGAT ISLAM SEBENAR DAN MENGGANTIKAN ISLAM HIPOKRIT DALAM PAS memimpin PERJUANGAN MULIA ini. .tanpa mempertahankan AQIDAH apakah maknanya PAS. . ya Allah HANCURkan lah kumpulan Erdogan dlm PAS ! !

ikhlas said...

tanpa talian hayat pimpinan lantikan presiden,ust nasa susah nak menang.
Yang memberi komen di atas cuma berretorik atas semangat sahaja,hakikat di bawah tidak di perhalusi janji matlamat menghalalkan cara.amat malang sekali.

di NS PJ nya yg pro nasa sedang bergelut dengan ahli bawahan.
di selangor PJ nya yg pro nasa pun sama,cuma kekuatan di peringkat kawasa yg selalu di motivasikan ole PJ nya.
terengnu tak payah cakapla,gone case,syok sendiri dalam kelompok nya,dah tepu.

kita amat perlu perubahan di peringkat atas.
kami mahu tim presiden asalkan bukan ust nasa.
cuba tengok di peringkat UPU,siapa yg mangatur strategi? erdogan ke yg jenis beretorik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...