Tuesday, May 31, 2011

'Majlis Syura wajar buat endorsement pemilihan parti'

Veteran PAS, Subky Abdul Latif berpendapat Majlis Syura Ulama parti wajar membuat perakuan (endorsement) calon jawatan-jawatan tertinggi parti untuk dijadikan panduan oleh ahli dalam membuat pilihan.

Menurutnya, pemerkasaan Majlis Syura untuk menjalankan fungsi ini perlu supaya ahli-ahli parti mempunyai panduan untuk memilih pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

"Majlis Syura mesti diperkasakan untuk menjadi pemandu kepada parti. Majlis Syura boleh menunjuk calon-calon yang dilihat layak untuk jawatan-jawatan tersebut supaya ahli mempunyai panduan siapa hendak dipilih," kata Subky kepada SiasahDaily.

Bekas pemimpin PAS Wilayah Persekutuan ini menjelaskan, sekiranya soal pemilihan calon untuk pilihan raya perlu melalui penilaian Majlis Syura, tidak ada sebab pemilihan kepimpinan parti tidak boleh mendapat perakuan majlis itu.

Katanya, Majlis Syura perlu menilai setiap calon dan memberikan perakuan untuk calon-calon pilihan supaya disokong oleh ahli dalam pemilihan di muktamar.

Beliau turut menegaskan lagi keperluan dua jawatan tertinggi parti dipegang oleh tokoh berkelulusan agama kerana berpendapat orang nombor dua ialah pemimpin yang dipersiapkan untuk menggantikan presiden.

Tegasnya lagi, ini bermakna semua anggota Majlis Syura mestilah berada pada kedudukan kuat berbanding ahli-ahli Jawatankuasa Pusat supaya pandangan kolektif mereka dihormati dalam parti.

Penulis prolifik ini menegaskan, untuk mencapai tujuan itu, Mursyidul Am kini perlu mengambil tugas memperkuatkan Majlis Syura supaya mempunyai suara yang lebih besar dan berkemampuan memandu hala tuju parti.

Pandangan Subky ini selari dengan pandangan yang disampaikan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din pada 2009 dalam ucapannya Memperkukuh Kepimpinan Ulama pada majlis sambutan jubli perak kepimpinan ulama PAS.

Haron mencadangkan calon-calon bertanding pada pemilihan parti melalui penapisan oleh Majlis Syura seperti diamalkan dalam memilih calon pilihan raya.

Dua cadangan utama Haron dalam kertas itu ialah calon-calon pemilihan perlu disemak oleh Majlis Syura dan ahli Jawatankuasa Pusat hanya sah jawatan mereka setelah diperakukan oleh majlis itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

IKLAN TEKS

Kem Bimbingan Remaja al-Quran 2011 (KEBAL)
7 hingga 11 Jun, 2011,
Untuk remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun.
Pengisian: Tahfiz 5 ayat lazim, solat jamaah, tadarus,/qiraah al-Quran dan surah Yasin, al-Rahman dan al-Mulk, zikir Asma al-Husna, al-ma'thurat, qiamullail, dhuha, rawatib, sesi muhasabah, pengajian aqidah dan fiqh, munajat khitamah. Sesi akhir bersama ibu bapa.
Anjuran: Raudhatul Huda, Maahad Tahfiz Ibbdurrashad, no 16 Lorong Lampam, 13700 Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Pendaftaran hubungi Puan Sue 019-4716165/019-4748165

4 comments:

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

Cadangan yang ada pro & kontranya. Perlu dicanai & peroleh konsensus tapi LEWAT bagi muktamar 2011 ni.

Peliknya Harun Din dah kemuka sejak 2009.

Ni lah PAS - leceh & lembab dari aspek pentadbiran. Tiga biji macam Harakah jugak.

AloQStaQ said...

Aku ada hadiah nak bagi kat hangpa puak PAS Kedah yang nak pegi muktamar ...

SILA KLIK DI SINI : ADA HADIAH & BUAH TANGAN UNTUK PARA PERWAKILAN PAS BAWA SEBAGAI USUL TERGEMPAR DI MUKTAMAR PAS LUSA ... SATU LAGI KEJAYAAN PAS KEDAH MENTADBIR NEGERI ! ...

hehehe ... ada brani?


AlOQStaQ

Anonymous said...

Lintang dari Belitong komen Zombi Kg Pisang.

Walaupun terlewat tp tak semestinya terlambat, yang penting mulakan langkah pertama.
Buat apa yang patut untuk memperkasakan majlis syura PAS terlebih dahulu, antara cadangan yang boleh difikirkan pastikan mursyidul am PAS yang menjadi pengerusi majlis syura tidak dibenarkan memegang apa2 jawatan peringkat eksekutif dalam parti maupun pentadbiran kerajaan seperti pesuruhjaya, ajk pusat, mb, exco, Yb dan sebagainya.
Kemudian dihalusi lagi dengan perkara2 lain seperti krateria orang yang akan menduduki majlis syura, bidang kuasa dan lain2.
Sekiranya perubahan ini dapat dilakukan oleh PAS terlebih khususnya di bawah pimpinan Abdul Hadi banyak kekalutan serta kecelaruan dapat dirungkai.
Kemudian untuk pemilihan akan datang, bolehlah dipraktiskan seranan Subky latif itu malah diperluaskan dalam perkara2 lain juga.

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang komen Lintang dari Belitung.

Lewat dan lambat = sama dan serupa.

Namun saran tetap bernas lagi praktik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...