Monday, May 23, 2011

Tanah runtuh hangatkan lagi persaingan rebut Selangor

Belum lama tragedi tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa Sabtu lalu, kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sudah mempolitikkan kejadian itu.

Kedua-dua pemimpin BN dan PR berlumba-lumba untuk menjadi atau mengakui menjadi yang terawal di lokasi, menjelaskan lagi kedudukan Selangor sebagai medan pertempuran paling sengit sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Di kalangan penulis blog kedua-dua kumpulan, serang-menyerang telah tercetus, dengan pemblog pro-PR menyerang kenyataan menteri BN dan blog Umno mengecam dan membalas kritikan blog pro-PR itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil dilapor berkata rumah anak yatim yang menjadi mangsa tidak berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Mayarakat, kenyataan yang dieksploit pihak PR untuk mengkritik kerajaan BN.

Kecondongan sebuah portal berita, Malaysiakini juga terlihat melalui kedudukan berita melaporkan kenyataan Shahrizat dan sebuah berita lain melaporkan kerajaan Selangor diterajui PR akan membantu mangsa bersebelahan.

Media cetak dikuasai Umno pula meletakkan laporan sangat positif beserta gambar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat tempat kejadian.

Kedua-dua BN dan PR kelihatan bersaing untuk menunjukkan keprihatinan dengan mengumumkan bantuan yang akan diberikan kepada mangsa.

Kejadian ini dijangka akan dipergunakan oleh kedua-dua BN dan PR dalam usaha mengukuhkan pengaruh masing-masing di Selangor.

Perkembangan ini dikecam hebat beberapa pemerhati, dan ada yang menyifatkan perlumbaan melibatkan kedua-dua kumpulan politik itu sebagai "memualkan."

2 comments:

IlyTrolak said...

Politik, politik, politik, dah memang jenis gitu... sikit lagi pemimpin parti bersandar kat tiang pun dijadikan isu...

Anonymous said...

tapi, tak boleh buat camner... takkan PR yang tadbir negeri tak datang.. tak patut pulak...

BN yang terhegeh2 tu buat apa?

tak per laa, yang untung tetap rakyat, malahan yang sedang ditimpa musibah pulak tu...

Fastabiqul-khairat... maka hendaklah kamu berlumba-lumba berbuat kebajikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...