Monday, May 16, 2011

Kes liwat Anwar uji Pakatan Rakyat

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat menjadi ujian terhadap kesabaran gabungan itu menghadapi tekanan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Pagi tadi hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Anwar membela diri dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perkembangan yang dijangka ini meningkatkan kebimbangan pihak yang menyokong kuat kepimpinan Anwar dalam PR dan melihat tidak ada calon lain yang berkemampuan seperti pemimpin berusia 63 tahun itu.

Pihak yang menyokong kuat Anwar melihat pemimpin-pemimpin lain dalam PR terutama pemimpin parti terbesar gabungan itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengetuai PAS sebagai tidak mempunyai kelayakan yang cukup dan tidak popular.

Ramai daripada kalangan itu menyifatkan PR akan berdepan masalah besar kekosongan kepimpinan yang boleh menjadi penyatu antara PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP sekiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara.

Ada kalangan dalam dan luar PAS menggesa parti itu mengambil kesempatan menguasai kepimpinan PR ekoran masalah yang dihadapi Anwar.

Wujud juga kebimbangan sesetengah pihak akan mendorong PAS meninggalkan PR ekoran masalah yang dicetuskan isu video seks dikaitkan dengan Anwar dan kes liwat yang dihadapi kini.

Ketiadaan Anwar mampu memberi kesan negatif yang besar terutama kepada parti dipimpin tokoh itu, iaitu PKR yang tidak dapat dipisahkan daripada bekas timbalan perdana menteri itu.

Isu kepimpinan Anwar merupakan satu isu yang sangat divisif dalam PAS, yang menyaksikan pertembungan golongan dikuasai ulama dengan Erdogan yang pro-Anwar.

Perkembangan ini menjadikan usaha kumpulan Erdogan dalam PAS untuk menguasai kepimpinan parti dan menjadi lebih vokal menjadi lebih penting untuk agenda tersebut, terutama disebabkan penentangan dan rasa kurang senang yang kuat dalam parti Islam itu terhadap Anwar, lebih-lebih lagi selepas timbul rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum ini, muncul kenyataan terbuka dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang menuntut penilaian semula persetujuan PR memilih Anwar sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya menubuhkan kerajaan pusat.

Ekoran pelbagai masalah yang menimpa Anwar, ada kalangan yang menggesa beliau mengundur diri daripada peranannya sebagai pemimpin pada masa ini untuk meredakan serangan Umno dan Barisan Nasional terhadap PR.

PAS menjadi parti yang paling jelas menunjukkan sikap tidak menyokong dan mempertahankan Anwar sepenuhnya ekoran muncul kes video seks, apabila ada pemimpin membuat kenyataan yang tidak membela Anwar dan menyerahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

6 comments:

Anonymous said...

AKU YAKIN .... KALAU ANWAR DITAHAN, SERIBU ANWAR AKAN MUNCUL ... BN PASTI TUMBANG DALAM PRU 13.

Anonymous said...

Siapa sahaja yang menggantikan DSAI dan dilihat berkaliber menyatukan PR akan di diserang oleh UMNO hatta ianya TGNA sekalipun.

Cari pengganti ok tetapi usah salah DSAI dalam hal ini. Memang kerja UMNO pijak kepala orang lain untuk naik ke atas.

Anonymous said...

saya yakin scrip dah diatur anwar
pasti dikenekan .PR perlu runding dan sepakat anwar perlu lawan dari luar negara memang confirm umno akan penjarakan dia sampai tak bolih lawan
lawan tetap lawan kalau perlu dari luar negara kena buat masa depan malaysia misti diutamakan anak muda kita perlu semangat yg dibawa anwar......

zarra said...

Pemimpin & penyokong PR harus tahu siapa sebenarnya musuh. Benar, ada beberapa pemimpin dan suara2 sumbang dpd PAS yg membuat kenyataan yg saya istilahkan bodoh, PKR jg sama. Why must you (Mustapha & Azmin) talk to Umno controlled media? Agenda sebenar kt sebgai rakyat, jelas mahu menukar Kerajaan! Jika rakyat di bawah faham dan tahu akan peranan mereka utk diterjemahkan dlm PRU13 nanti, apakah pemimpin PAS & PKR naif? Suasana & keadaan politik, ekonomi, sosio-budaya, pendidikan, agama negara amat kritikal skrng & perlu dipulihkan segera. Tahap rasuah, salah guna kuasa & penyelewengan dlm sistem negara terlampau & unbearable! Sedarkah kt, kenaikan harga barangan perlu spt gula RM2.30 sekilo, RON97 seliter RM2.70 (kali ke-7) bebrapa hari lalu dan sebelum ini amat membebankan kehidupan rakyat marhain di bawah yg sedia tertekan dgn kos hidup semakin meningkat & menghimpit selain sistem negara yg sungguh bobrok & jelek, institusi2 negara diperkuda semahunya dan rakyat diperbodohkan, latest High Court judge decision to call Anwar Ibrahim to bela diri, apakah isu2 ini sukar sangatkah difahami pemimpin; PAS, PKR & DAP makanya perlu membuat kenyataan bodoh? Tidak nampak lagikah betapa tidak beradab & bermoralnya pemimpin negara yg mengaku beragama merestui video sex konon membabitkan seorng tokoh dipapar saban hr di media elektronik & cetak? Sedarkah, jenerasi anak-cucu kt skrng amat terdedah dgn gejala buruk & jijik ini yg seolah2nya sengaja ditaja. Apa nak jadi dgn kt, sebagai rakyat beragama & bermaruah? Tidak malukah kita? Sedarlah bangsa2 lain sedang mentertawakan kt. To PR leaders, we need you to lead, the path has bn laid crystal clear, we wl follow .... Be focus, we are capable to make a change. All the ingredients for change in Egypt ada di sini! Sama2 kt lakukan. Enough is enough! Umno-BN has to go, 53 yrs too long!

Anonymous said...

Azman, Ampang, Selangor.

DSAI perlu lari ke luar negara secepat mungkin. Kalau di Amerika, suara beliau akan lebih di dengar di peringkat antarabangsa seperti Suu Kyi. Mungkin lebih dirasa dampaknya kepada politik Malaysia.

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

Anwar tidak harus menyeret semua pihak terutama PR dalam kemelut apa-apa tuduhan skandal pun sebaliknya wajar ambil cuti daripada pentas politik.

Pada waktu yang sama, PKR dan sekutu mereka dalam PR harus merangka tindakan yang lebih kemas demi menangani perjuangan menegak keadilan - termasuk kes Anwar.

Sama ada tuduhan liwat atau video seks - PR tidak seharusnya berperanan atau berpendirian ia semata-mata fitnah kerana belum ada kepastian. PR seharusnya pula memperlihat wibawa sebagai wadah politik yang berjanji menegak keadilan.

Keadilan ikut mana apabila orang tuduh kita curi kambing - kita tuduh pula orang curi lembu.

Keadilan ikut mana apabila orang tuduh kita mesti ikut syarak 4 saksi adil - tapi bila kita tuduh orang tak cerita seposen pun pasal 4 saksi.

Pimpinan kanan PAS seperti Mustafa Ali, Harun Taib dll letak keadilan kena pada tempatnya - iaitu tidak membuat sebarang pendirian sebelum siasatan yang adil belum selesai.

Kot mana Azmin Ali nak paksa PAS terus bela (ikut konsensus konon) dengan tuduh semua itu fitnah sedangkan siasatan belum selesai.

Memang tuduhan liwat dan video seks Anwar boleh menguji setiakawan PR, terutama apabila Anwar dan PKR terlalu mendesak.

Tidakkah seharusnya ujian ke atas PR lebih menjurus kepada keserasian dasar dan hala tuju perjuangan tanpa apa-apa layanan istimewa terhadap mana-mana pimpinan sekutu dalam PR?

Tidakkah ujian PR ialah membuktikan mereka sebagai siasah politik mampu menjadi pilihan yang lebih baik berbanding parti yang sedang memerintah?

Tidakkah akhirnya, kataksuban dan keterlaluan membela susuk individu yang sekaligus mengheret sentimen rakyat sebenarnya hanya memperkuda sokongan serta harapan rakyat?

Tidak berpadakah selama ini dengan segala sumpah laknat serata negeri, sholat hajat berimam tokoh ulamak bertaraf global termasuk tok-tok guru tempatan di medan-medan seluas stadium dengan ratusan ribu mengaminkan doa - kemelut ini masih gagal ditangani secara lebih berhemah dan bijaksana?

Tidakkah bertindak dengan tunjuk saja jam Omega itu, atau kemuka saja saksi-saksi (alibi) berbanding melengah-lengahkan urusan menunjukkan siapa sebenarnya yang tidak yakin kepada rakyat?

Tidak tahukah semua pemain kemelut ini bahawa rakyat sebenar-benarnya teramat bosan dan jijik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...