Pihak pembangkang jelas meletakkan keselahan semuanya di atas bahu kerajaan Barisan Nasional melalui media dikuasai mereka, Utusan Malaysia.
Umno dan BN pula meletakkan pihak bukan Melayu dan pembangkang sebagai kumpulan yang bertanggungjawab sepenuhnya memburukkan keadaan melalui kenyataan dan tindakan mereka.
Walau bagaimanapun, dalam isu yang sangat dicorakkan oleh politik kepartian dan kumpulan, mudah untuk berlaku kedua-dua pihak sama-sama menyumbang dalam memburukkan keadaan.
Dalam hal ini juga, mudah untuk dipersalahkan kumpulan-kumpulan atau pemimpin-pemimpin Melayu, sedangkan pihak bukan Melayu juga mempunyai peranan dalam hal ini.
Sikap rasional dan tidak dipengaruhi sentimen parti atau kumpulan mesti mengatasi semuanya dan membolehkan pandangan yang lebih waras dibuat.
Pihak ektremis yang mengambil kesempatan wujud di kedua-dua pihak; Melayu dan bukan Melayu.
Pandangan pemerhati politik dan cendekiawan awam Allahyarham Rustam A Sani menarik utnuk diperhatikan semula dalam suasana politik yang mencabar pada masa ini.
Rustam, dalam satu tulisan pada bulan Mei, 2007 bertajuk Peristiwa 13 Mei, Patut Dilupakan Atau Dikaji? mengingatkan persamaaan wacana politik yang hampir sama pada masa itu dengan semasa menjelang peristiwa 13 Mei, 1969.
Rustam menulis beliau terpangil untuk menulis satu rencana mengingatkan tentang bahaya peristiwa hitam itu berulang kerana terdapat "ciri-ciri serta keriuhan wacana dan percaturan yang seringkali terjadi sekitar waktu itu amat kuat mengingatkan saya akan persamaannya yang mengerikan dengan suasana sekitar waktu tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada Mei 1969.
"Oleh itu saya berasa khuatir bahawa percaturan politik yang demikian itu akan membawa kepada kesan politik dan sosial yang sama seperti yang telah terjadi pada tahun 1969 itu."
"Di satu pihak terdapat golongan racist Melayu. Mereka ini tetap melihat Peristiwa 13 Mei itu sebagai sesuatu yang wajar dicetuskan oleh orang Melayu – demi mempertahankan kedudukan dan hak mereka sebagai kaum peribumi," menurut pemerhatian Rustam lagi.
"Di hujung yang lain pula terdapat pandangan golongan racist bukan Melayu yang menganggap Peristiwa 13 Mei itu sesungguhnya sebagai suatu pertanda jelas tentang sifat perkauman dan sikap menindas di kalangan orang Melayu (atau satu kelompok pemimpin mereka yang bersifat facist)."
Tegas Rustam, "Bagi saya sikap perkauman dalam politik Malaysia bukanlah monopoli orang Melayu atau parti pemerintah sahaja. Sikap itu, hingga ke hari ini, merupakan ciri asasi kehidupan sosial dan politik yang dominan di kalangan semua pihak dan kelompok di negara ini."Menurutnya, yang menghasilkan buku bertajuk Failed Nation: Concerns of a Malaysian Nationalist pada penghujung hayatnya: "Penerusan sikap ini, bagi saya, merupakan bukti kegagalan kolektif kita semua untuk melakukan penyimpangan daripada struktur sosial yang telah diwariskan oleh situasi kolonial dalam proses pembinaan bangsa kita selepas kemerdekaan. Penerusan sikap perkauman yang masih wujud hingga kini merupakan pertanda tentang kegagalan cendekia kita semua."
1 comment:
Slogan 1Malaysia membawa mesej sublimina akan masalah perkauman dalam negara. Sejak slogan ini diperkenalkan ia tidak berjaya memupuk perpaduan, malah mengakibatkan ketegangan perkauman yg lebih meruncing.
Tidak spt slogan wawasan 2020, 1Malaysia bakal membawa negara kearah ketidakstabilan yg nyata. Apatah lagi dgn media massa yg sering melaga serta memperbesarkan lagi isu ini kpd umum. Tatkala itu berlaku (ketidakstabilan, rusuhan) pembangkanglah yg akan dipersalahkan.
Post a Comment