Monday, May 30, 2011

Isu KUIN, muktamar PAS perlu tangani kenyataan MB Kedah

Oleh ZOMBI KG PISANG

Hanya beberapa hari menjelang muktamar PAS 2011, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selaku menteri besar Kedah yang mewakili PAS sebagai kerajaan negeri telah mengeluarkan satu kenyataan yang rata-rata dilihat tidak berhemah malah mampu mencalar maruah serta kredibiliti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi PAS.

Kenyataan berbunyi, “Insaniah (Kolej Universiti Insaniah - KUIN) bukan hak PAS, presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," dikeluarkan oleh menteri besar Kedah sebagai mengulas isu enam orang pelajar KUIN yang dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pentadbiran kolej universiti tersebut.

Kenyataan berkenaan telah dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh beberapa laman web lain seperti Malaysiakini.

Menurut seorang pemerhati politik tempatan, kenyataan tersebut boleh disalah anggap sebagai memperlekeh wibawa jawatan presiden malah PAS itu sendiri dalam keadaan menteri besar Kedah itu adalah wakil yang dilantik oleh PAS untuk memerintah kerajaan negeri Kedah.

Jika kenyataan itu dijadikan sandaran, maka apakah locus standi semua ahli politik di dalam negara ini sama ada daripada kalangan parti pemerintah atau parti pembangkang untuk mengulas atau mengkritik apa-apa isu bersabit dengan institusi pengajian tinggi apabila diminta berbuat demikian oleh mana-mana pihak?

Jika keperluan locus standi yang disebut oleh menteri besar Kedah itu barangkali merujuk kepada aspek undang-undang dalam keadaan pelajar-pelajar terbabit memilih pendekatan penyelesaian bukan undang-undang iaitu merujuk kepada pemimpin tertinggi parti yang memerintah negeri Kedah, adakah beliau akan memberikan jawapan yang sama sekiranya pelajar-pelajar terbabit bertindak merujuk perkara tersebut kepada Sultan Kedah, yang juga dari aspek undang-undang tidak mempunyai locus standi?

Tidak diketahui jika kenyataan Azizan itu berkaitan dengan perebutan jawatan sempena muktamar PAS 2011, walhal fakta mengesahkan bahawa menteri besar Kedah itu tidak dicalonkan untuk bertanding jawatan presiden PAS oleh mana-mana kawasan.

Ada pun hanya terdapat seorang sahaja yang diketahui umum sejak beberapa ketika begitu tegar dengan dalilnya supaya ahli-ahli PAS seluruh negara menabalkan Azizan Abdul Razak sebagai presiden PAS jika mahukan PAS berjaya berkuasa di Putrajaya.

Orang yang sama juga sejak sekian lama begitu ghairah mengkritik malah ke tahap memperlekeh kepimpinan Abdul Hadi sebagai presiden PAS.

Orang itu merupakan seseorang berjawatan profesor bidang undang-undang perbandingan (comparative laws) iaitu salah satu daripada puluhan cabang bidang undang-undang. Profesor ini juga dianggap sebagai pakar salah satu lagi cabang undang-undang iaitu undang-undang perlembagaan (constitutional laws) malah sering menulis terutamanya di akhbar-akhbar alternatif serta memberi pandangannya berkaitan isu-isu perlembagaan.

Laman web Malaysiakini turut melaporkan bahawa akibat kecewa dengan cara pengendalian isu tindakan tataterbib terhadap enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah, sekumpulan mahasiswa mengugut untuk menggegarkan isu itu dalam muktamar PAS 2011.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, sekiranya dalam tempoh terdekat kepimpinan PAS masih berdiam, pihaknya akan memastikan ia menjadi antara isu utama yang dibahaskan.

Zombi Kg Pisang ialah nama samaran seorang pembaca SiasahDaily. Beliau percaya pada motto "Tiada sokongan tanpa kritikan."

4 comments:

Undertaker said...

Azizan harus di rehatkan dah sasau.Minta perwakilan dan juga AJK pusat ambil tindakan.Sikap Azizan bertentangan dengan Amal Jemaai

Anonymous said...

tolong jgn berfikiran kolot...kenyataan azizan itu sedikit pun tdk mengecilkan presiden pas tp kenyataannya menunjukkan ketelusan azizan. KUIN adalah milik kerajaan Negeri bukannya PAS.apabila maksudnya hak milik kerajaan ianya bebas dari kongkongan parti politik & maksudnya ialah hak rakyat tanpa mengira ideologi politik.Keadaan ini berlaku kerana KUIN masih tertakluk kpd AKTA atau undang2 Institut/universiti jd ianya mesti mengikut undang2 bknnya mengikut hawa nafsu sendiri.Tindakan yg dikenakan kpd pelajar tersebut adalah mengikut undang2 tp isunya di azizan mengatakan mereka boleh merayu bukannya mereka ini dibuang terus dari belajar...gunalah otak sikit...

Anonymous said...

eh eh marah tiga macam nampak. Senang2 tuduh orang kolotlah, guna otak sikitlah.

apa hang pentadbir kuin tu ka?

amboi hujah undang2, ketelusan konon tapi apa beza ngan umno? bila umno buat hang kata macam2 tapi kena pas buat kot mana?

Apa salah pelajar tu semua? Merompak? Merogol? Demo? Aikk .., parti pas ni "raja bab demo". cuma azizan kot tak pernah gi demo macam al-marhum ustaz fadhil.

pasai student dah jelak nak bincang tu lah depa rujuk presiden pas & langkah ini untuk selesai masalah tanpa guna saluran undang-undang termasuk mahkamah.

Budak2 nampak lebih berhemah dan wibawa.

Rakyat Kedah memang masih suka pas perintah tapi mb kena tukar yang lebih baik.

Dengar kata dewan pemuda pas akan bawa isu ini di muktamar & disokong kuat salah seorang naib presiden.

Anonymous said...

MMG PATUT TANGANI!(XPYAH DOK CAKAP SAJA)PENTADBIR & SEKUTUNYA(perosak/p'hura hara)dlm KUIN..hampa nk melingkop ka mampos ka,lantak hampa la!.tapi tolong jangan libatkan pelajar2 KUIN yang tak bsalah..depa bayaq yuran punya mhai,hampa dok jadi sarkas apa dalam KUIN??apa punya bodoh la manusia ni.dah tua nk mati dah pun,xsedaq dri lagi..rumah kata p,kuboq kata mai..dok sibuk wat onar pasaipa??dulu xpenah dngaq mcam2 msalah,skrang xabis2 hampa dok merosak KUIN..hat yang xsdaq diri tu heran aku..pelajar xsuka pun dok situ lagi,muka tembok ka muka tumbok hah??pengerusi,rektor sama ja..hampa jwab la apa yang Allah tanya nanti ya..klu bodoh sangat,xpyah la dok ada kt sana.orang xblajaq tnggi pun tau pkiaq,hampa jd pntdbir pun bodoh..wat malu la wehh..bek hampa dok umah solat taubat slalu ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...