Wednesday, May 11, 2011

Ulama PAS masih boleh pengaruhi pemilihan timbalan

Walaupun selesa dan yakin dengan sokongan yang sedang diterima melalui pencalonan, pesaing jawatan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu masih boleh digugat oleh kenyataan dan tindakan ulama untuk memastikan jawatan nombor dua itu terus diduduki agamawan.

Minggu lalu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib menyatakan sokongan kepada presiden dan timbalan presiden dan menggesa mereka dikekalkan.

Sebelum itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan menyokong Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan timbalan.

Tuan Ibrahim - yang mempunyai hubungan keluarga dengan Nik Abdul Aziz - walau bagaimanapun telah menolak untuk bertanding jawatan itu.

Pemerhati dalam parti masih melihat laluan yang kelihatan mudah bagi Mohamad kini akan berdepan halangan besar ekoran satu kenyataan atau halangan lain dikemukakan oleh golongan ulama dalam parti.

Pencalonan diterima Mohamad dilaporkan melebihi jumlah diperolehi Nasharudin Mat Isa, penyandang timbalan presiden.

Pencalonan walau bagaimanapun tidak boleh dijadikan ukuran utama sokongan yang bakal diterima dalam undian di muktamar.

Tindakan oleh ulama mampu memberi kesan besar kepada pengundian parti disebabkan suara mereka yang lebih didengari di peringkat akar umbi dan kalangan yang mengundi di muktamar.

Tempoh sehingga awal Jun yang panjang memungkinkan sebarang usaha dilakukan untuk menjejaskan sokongan terhadap Mohamad.

Antara isu yang dicetuskan oleh penentang Mohamad kini ialah timbalan presiden bakal menggantikan presiden sekiranya beliau tidak dapat menjalankan tugas.

Mohamad menerima sokongan meluas berdasarkan penolakan beliau terhadap sebarang rundingan dan kerjasama dengan Umno dan rasa tidak puas hati terhadap Nasharudin yang berleluasa.

Golongan ulama walau bagaimanapun masih terbuka untuk berunding dengan parti terbesar pemerintah itu dalam isu-isu tertentu seperti perpaduan Melayu dan isu berkaitan Islam.

2 comments:

sokong ulama sbg pemimpin said...

hentikanlah cerita kerajaan perpaduan, ianya adalah dendam yg tak berkesudahan... memimpin parti perlu ilmu, bukan kerja main2... sy yakin majoriti perwakilan yg faham perjuangan islam melalui usrah tarbiyah akan undi ustaz nasarudin... islam takkan menang jika sekadar semangat je, tapi pengisian dalaman ahli2 dgn ilmu2 islam masih kurang (tarbiyyah)...

Anonymous said...

....berbangga dgn tarbiah yg semakin hampas...! Besar kmungkinan PAS kalah teruk dlm PR13 stengah ramalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...