Friday, May 27, 2011

Nasrudin jawab kritikan Erdogan

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menjawab kritikan-kritikan kumpulan Erdogan yang menuntut perubahan besar dilakukan melibatkan pemimpin-pemimpin PAS, sekaligus mempertahankan presiden parti.

Nasrudin memberikan jawapan panjang dalam blognya hari ini.

Dalam satu forum 25 Mei lalu, akademik pengkritik kuat kumpulan ulama Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata PAS memerlukan pemimpin yang boleh membawa perubahan, merujuk kepada tokoh-tokoh Erdogan, sambil menyifatkan PAS kini seperti "gajah tanpa kepala."

Dalam forum itu, Abdul Aziz meneruskan kritikan kerasnya menuntut Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berundur, sambil menyifatkan Abdul Hadi telah diberi marching order atau didesak berundur oleh ahli.

Ahli-ahli panel lain turut menyimpulkan bahawa apa yang dikenali sebagai kem Erdogan ialah kumpulan yang properubahan, memberi implikasi kem ulama tidak mahukan perubahan.

Sambil menegaskan perubahan perlu berhati-hati, Nasrudin juga menggesa supaya perubahan tidak didesak hanya untuk mendapatkan posisi tertentu.

Menurutnya lagi, perubahan tidak sepatutnya dituntut hanya berdasarkan rasa tidak puas hati.

"Gerakan perubahan tidak boleh bertolak dari rasa tidak puas hati, sebaliknya ia mesti berpaksi di atas kesedaran dan keinsafan yang tinggi terhadap cita-cita perubahan tersebut serta memiliki matlamat dan objektif yang jelas, tepat dan benar."

Menurut Ketua Pemuda PAS itu lagi, perubahan juga bukan hanya mesti bermakna menukar individu tertentu, dan memberi ingatan agar perbezaan pendapat tidak mendasari tuntutan perubahan itu.

"Membawa perubahan bukan untuk menyalahkan orang selain daripada kita atau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh orang lain untuk jamaah. Perubahan juga tidak hanya terhenti pada menukar susuk tubuh pemimpin kepada pemimpin yang lain."

"Saya tidak prejudis dengan gerakan perubahan namun sebagai peringatan kepada semua termasuk diri saya sendiri, jika gerakan perubahan itu hanya bermula dari rasa tidak puas hati dan pertelingkahan politik serta perselisihan pendapat, saya yakin gerakan perubahan itu hanya seperti angin pantai yang meniup secara bermusim," tegas Nasrudin.

Forum melibatkan semua moderator dan ahli panel sealiran pendapat itu menjelaskan lagi pandangan-pandangan kumpulan Erdogan dalam PAS, yang menolak label itu dengan menggantikannya dengan properubahan.

Moderator dan penganjur, Wan Saiful Wan Jan walau bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan kesatuan dan penegasan tuntutan Erdogan.

Dalam satu tulisannya, Wan Saiful menegaskan, "But the so-called ‘reformists’ in PAS have failed to even outline what reform they want to bring to the party. If they really want to bring reform, they should start speaking up now."

3 comments:

Pak Mat said...

Lain kali jangan buat dekat orang baru orang lain tak buat dekat kita. Dulu bukan main hampa tukaq pemimpin la kena batang hidung sendiri Tau plak tak mau Turun.Dulu hampa buat perubahan atas nama apa? Tak Puas hati ka Gila Kuasa? Cuba Tanya Stopa Ali....Tak releven....

Waris said...

Kalau begitu cara pemikiran ustaz pas ni, biarkan saja umno perintah sampai kiamat. Tak perlu berubah...

Anonymous said...

Ahli Forum yang berat sebelah 4 orang. Tetapi membincangkan isu antara kedua belah puak. Kalau benar PAS dah berpuak.

P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...