Friday, May 6, 2011

Harun Taib sokong Nasharudin

Ulama PAS mula menunjukkan sokongan menjelang pemilihan kepimpinan parti yang bakal diadakan Jun ini apabila Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib menyatakan sokongan kepada gandingan presiden dan timbalan sedia ada.

Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu dilapor berkata demikian dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Keputusan itu dilaporkan dipersetujui PAS Kawasan Hulu Terengganu yang diketuai beliau.

Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka tidak dicabar, mengekalkan tradisi tidak mempertandingkan jawatan tertinggi itu dalam PAS.

Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dicabar sekali lagi, dengan hanya Ahli Jawatankuasa Pusat Mohamad Sabu menyatakan kesediaan bertanding jawatan nombor dua itu.

Kenyataan Harun itu boleh memberi kesan negatif kepada Mohamad dan menegaskan lagi tradisi mengekalkan timbalan daripada kalangan agamawan.

Harun sebelum ini pernah mencabar Nasharudin sebagai timbalan ekoran pendirian timbalan presiden itu yang dikatakan bertentangan dengan perjuangan parti.

Nasharudin ketika itu dilihat sebagai sebahagian kumpulan - yang selepas Pilihan Raya Umum ke-12 digelar Erdogan - yang didakwa mempunyai agenda berasingan daripada PAS.

Sokongan Harun itu menepati tanggapan ramai bahawa ulama PAS akan berperanan memastikan kedudukan timbalan dipegang oleh tokoh berpendidikan agama.

Nasharudin dalam pemilihan dua tahun lalu menerima perakuan daripada Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din, yang menegaskan kepimpinan ulama mesti dipertahankan dan diperkukuhkan melalui tapisan terhadap mereka yang bertanding.

Haron membuat kenyataan itu dalam ucapannya, Memperkukuh Kepimpinan Ulama dalam majlis sambutan jubli perak kepimpinan ulama PAS pada Mac 2009, tidak lama sebelum muktamar.

Mohamad kini dikatakan menerima pencalonan banyak dan melebihi pencalonan diperolehi Nasharudin, walaupun tanggapan ini tidak dapat disahkan secara rasmi.

3 comments:

Anonymous said...

Puak UG mesti lah saling menyokong

Hamdan Rukun said...

BUKAN SOAL NASHA. ISUNYA MAT SABU NORMA NI AKHLAKNYA, MASYAALLAH !

DIALAH ORANG PERTAMA MEMANGGIL NUAR BRAHIM DENGAN PANGGILAN AL JUBURI.

HARI INI MATI MATI PERTAHANKAN NUAR..

matpanah said...

Dap tak akan sokong.
Tanpa sokongan Dap...habislah Ustaz Nasa.
Pas sendiri pun sama. Apa Dap kata kena dengar dan kena ikut.
Kesiannn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...