Tuesday, May 7, 2013

PRU 13: Mampukah Anwar gerak protes besar-besaran?

Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkatkan usaha menggerakkan protes besar-besaran menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang didakwa tidak bersih.

Satu perhimpunan besar akan diadakan di Kelana Jaya malam esok dalam usaha memulakan mobilisasi memprotes pilihan raya yang didakwa penuh dengan penipuan itu.

Kehadiran di perhimpunan itu akan menjadi satu pengukur sejauh mana protes yang mahu digerakkan oleh Anwar itu dapat dijalankan dengan berkesan.

Anwar sejak awal melalui akaun Twitter telah membina sentimen penyokong Pakatan Rakyat dengan menegaskan bahawa gabungan PR telah menang dan menggesa Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak merampas keputusan tersebut.

Rafizi Ramli, strategis PKR kini menjadi penggerak penting kempen ini apabila ditugaskan mengetuai siasatan penipuan yang didakwa itu.

Bersih, kumpulan pemerhati pilihan raya pro-PR dalam satu kenyataan menegaskan belum bersedia mengiktiraf kerajaan baharu Barisan Nasional yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13, menggambarkan pendirian yang selari dengan Anwar dalam hal ini.

Bersih yang bekerjasama dengan PR mempunyai kemampuan untuk menggerakkan protes pascapilihan raya yang boleh menggugat pemerintah, mengikut model yang pernah dilakukan di beberapa negara.

Aktivis pro-PR telah menggerakkan kempen memprotes keputusan pilihan raya umum yang baharu lepas di laman sosial, termasuk dengan meletakkan gambar bertema gelap sebagai gambar profil.

Suruhanjaya Pilihan Raya didakwa bekerjasama dengan pemerintah BN melakukan pemalsuan pilihan raya sehingga membolehkan BN mengekalkan kuasa.

Antara dakwaan yang dibuat termasuk menyeludup masuk 40,000 orang "pengundi ragu" dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang walau bagaimanapun telah menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam mesej di akaun Facebook beliau, Abdul Hadi menulis: "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba."

Sebahagian besar pemimpin PR walau bagaimanapun telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing, termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang.


5 comments:

Anonymous said...

Tahniah Anwar Ibrahim kerana beliau terbukti mampu menggerak manusia melalui cetusan emosi yang memukau.

Cuma beliau dinasihati ambil langkah berhati-hati kerana terdapat kekecewaan disebalik "apa lagi Cina mahu?"

Sentimen itu lebih besar daripada non-issue seperti blackout dan bangla. Kalau sentimen "apa lagi Cina mahu.." itu benar-benar meresap masuk, Kelana Jaya akan ranap dengan api perkauman.

Sebenarnya banyak peperangan dalam dunia disebabkan isu perkauman dan agama.


Kalau ANWAR mahu jugak buat perhimpunan raksasa di Kelana Jaya, jangan mintak sebarang pertolongan dari pihak Polis dan Askar. Hanya tinggal orang Melayu dan Orang Cina dalam lautan manusia......

ANWAR, JANGAN. DON'T. UNLESS YOU DON'T GIVE A DAMN!

Anonymous said...

saudara Anwar Ibrahim nak ubah kerajaan apakah demi rakyat atau diri sendiri?
jika demi rakyat, utk rakyat yg mana satukah? jika ingin ubah apakah arah perubahan itu?
setiap parti politik mahupun kerajaan akan sennatiasa mengaku masin2glebih pandai dn akan menawarkan bermacam2 tawaran yg dilihat boleh dipercayai dn disukai oleh rakyat..
namun kemanakah arah Malaysia utk kerajaan pembankang yg dilaungkan sedara Anwar?..
Malaysian Malaysia..ini yg tuan laungkan setiap hari, ..hak melayu tidak perlu dn tidak perlu dn tidak penting lagi, melayu sama dgn cina dn india. Agama tidak boleh dipaksa, dn kredibiliti kuasa agama Islam, ingin anda kurangkan dgn membenarkan menyama tarafkan semua agama. Perjuangan lesbian dan gay, juga mendapat sokongan anda...mebnerikan seluas2 keupyaan bangsa Cina yg dah memang kuat dn tiada apa yg septutnya mereka merungut lagi, ingin anda layani dn berikan kuasa membesarkan ekonomi bagi siapa yg mampu tanpa had?..apakah tidak sekrang ini bangsa Cina sudha memiliki hampir seluruh kekayaan Malaysia??..
saya juga hairan kemanakah tuan2 guru agama dlm Pas ingin membawa rakyat Malaysia bersama slogan politik Malaysian malaysia...yg anda war2kan dan layangkan dn bayangkan seolah2 melayu yg menindas bangsa Cina dn India??..
apakah tidak Melayu bangsa asal dan asli tanah melayu..namanya pun tanah melayu..
Apakah tidak salah dr sisi agama tuan guru2 Pas bersekongkongkol dgn kumpulan anti_Islam dn punya ide sosialis dn komunis yg ingin mengenepikan hak2 anak watan..??
dan menamaratakn agama??...agama Islam mesti dijinakkan??

apalagi sebenarnya? slogan rasuah dn korupsi? bukankah bangsa Cina juga popular dgn korupsi....
soalan saya lagi..

apakah bangsa Cina yg sama2 mengaku bergabung dgn PR dn inginkan keadilan..boleh berubah?
boleh mengubah sikap double standar mereka selama ini terhadap bangsa melayu dn india..
apakah mereka boleh ambl pekerja melayu tanpa prejudis kepada bangsa cina? berapa banyak pekerja melayu dlm syarikat mereka, tangga gaji yg sama dgn bangsa cina? jwatan2 tinggi orang2 melayu dlm company besar Cina?...

apakah mereka boleh berjanji menghapuskn segala rumah pelacuran dn kelab malam? rumah perjudian dna rumah urut? boleh mereka buat aku janji terlebih dahulu??

boleh mereka buat aku janji tkkan gangggu orang azan di masjid dgn bunyi yg lantang dr mikrofon...?

mereka yg kata bersatu hati dgn PR, kenapa mereka tk cuba turunkan harga2 barang keperluan asasi yg mereka kuasai...tnpa diminta kerajaan? jika mereka juga benar2 syg Malaysia dn adil pd semua bangsa? atau mereka hny memikirkan kekayaan dn keuntungan semata2?

mengaoa hany demi protes politik dn korupsi..mereka seolah2 bukan warganegara Malaysia? bendera Malayisa di terbalikkan dn lagu kebangsaan diejek2..?

boleh tlg bagikan jawapan2?

Anonymous said...

Apa lagi Anwar mahu, pilihanraya telah berlalu, keputusan telah diumumkan. Bagi mereka yang jadi KTO. untuk menipu dalam PRU terlalu sukar.Perbuatan saudara boleh membangkitkan kemarahan rakyat luar jangka. Memang benar saudara boleh mengumpul manusia 2, 3 ratus manusia, tapi jangan lupa puluhan juta rakyat Malaysia duk memerhati...

Anonymous said...

buktikan PR BOLEH

Anonymous said...

bila korang ni jadi matang.. patutnye korang kena yakin dengan spr.. kalu tak yakin .. x payah sibuk nak pilihanraya... spr ni takde mase nak menipu.. korang tanya la petugas spr sendiri.. ade mase ke nak menipu.. tambah undi..

kalu dah kalah.. terima je hakikatnye.. kalu betul la spr menipu ... takkan anwar menang.. kit siang menang.. selangor menang.. kelantan menang.. penang menang.. kalu spr tak jujur.. dah tentu semua negeri bn pegang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...