Thursday, April 28, 2011

'Hadi mesti turun, ganti Husam, Nizar'

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menolak pencalonan jawatan presiden dalam pemilihan kepimpinan kali ini, dan perlu digantikan dengan tokoh muda seperti Datuk Husam Musa atau Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Pandangan ini dikemukakan oleh Wan Saiful Wan Jan, pemimpin sebuah pusat pemikir libertarian yang pernah aktif dalam gerakan pro-PAS semasa menuntut di United Kingdom.

Wan Saiful berpendapat PAS perlu dibawa ke tahap baharu untuk menghadapi masa depan dalam politik Malaysia dengan lebih berkesan.

Pandangan yang diterbitkan di beberapa media tempatan hari ini meningkatkan lagi tekanan ke atas Abdul Hadi menjelang pemilihan parti Jun nanti.

Kritikan Wan Saiful itu ialah yang kedua dikemukakan oleh pemerhati dari luar parti selepas pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak lama dulu.

Menurut Wan Saiful, walaupun mempunyai kelebihan sebagai tokoh gerakan Islam yang dikenali, Abdul Hadi dibebani persepsi tidak mapu menjadi pemimpin peringkat nasional.

"PAS memang meiliki individu-individu yang boleh membawa parti itu ke satu tahap baharu. Husam Musa dan Nizar Jamaluddin hanya dua nama yang biasa dicebut.

"Sudah pasti ada tokoh lain yang juga boleh melakukannya dan perlu dipertimbangkan," tulis Wan Saiful.

Husam sebelum ini menolak pencalonan jawatan presiden oleh PAS Kawasan Bukit Bintang sambil menegaskan sokongan kepada Abdul Hadi.


6 comments:

DEMI MELAYU said...

hang buat parti sendiri la.... kami ada pemilihan... awat la buat komen cara bangang???

Unknown said...

Sri Raya,
Bukankah PAS parti Islam, ulamaklah yang layak memimpin. Macam tu nanti samalah gula tanpa manis. Bukanlah gula namanya. Sabarlah, kita yang di bawah nilah yang harus perkuatkan.

AMINUDDIN BIN ALIAS said...

anai2 sedang cuba merosakkan PAS buersuara

Lankas007 said...

Let the party members decide..hatta dr aziz bari ke atau wan saiful ke maupun dr mahathir tidak boleh ganggu..janganlah orang melayu berperanan memecahkan parti islam yang berteraskan Melayu..TG Hadi telah memainkan perananya untuk meyelamatkan umat Melayu Islam..Penting sangat dia kekal disitu..Kuatnya melayu di malaysia akan menyelamatkan Islam..bukannya sebagaimana Dr Zul Ahmad kata bahawa PAS perlu tumpang populariti DAP dan PKR..Pari Islam Melayu MESTI tumpang populariti Allah dan Muhammad sahaja..TG Hadi teruskan islah PAS dengan Tarbiah bukan Politik Barat

kpmisemenyih@yahoo.com said...

aku ni tak suka kerajaan perpaduan,yg di warwarkan tu semua beri laluan kepada umno menang besar pada pilihanraya je..tapi aku tak suka tuan guru tak jadi presiden...hidup tuan guru!..imej parti kita tu...cuma tuan guru kena cari gandingan yang mantap..takkan presiden kena buat semua

Anonymous said...

Apakah ada jaminan Husam dan Nizar itu akan menguatkan PAS?

PAS di tubuhkan tahun 1951 kerana sebahagian besar ahli UMNO yang berlatar belakang Islam tidak puas hati kepada UMNO yang tidak menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.

Mereka keluar UMNO dan menubuhkan PAS. Selepas itu kekuatan PAS di dokong oleh pemimpin yg ada latar belakang Agama termasuk Pondok.

Muncul Husam dan Nizar selepas menang dalam Pilihanraya, bukan muncul kerana kekuatan peribadi.

ternyata penulis sengala membuka ruang untuk pecahkan PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...