Tuesday, January 27, 2009

Rombongan PAS masuk Gaza malam ini

ARISH (MESIR), 30 Jan: Rombongan 20 anggota pimpinan dan anggota Parlimen PAS tiba di Arish pagi tadi dan mula melawat hospital yang menempatkan mangsa serangan Israel ke atas Palestin.

Di hospital itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengetuai rombongan itu telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan Zionis Isreal.

Demikian tulis Dr Mujahid Yusof, salah seorang anggota Parlimen PAS yang turut serta dalam rombongan itu, kepada Siasah melalui SMS.

Arish adalah bandar berhampiran dengan sempadan antara Mesir dengan Palestin.
Mereka bercadang untuk ke Rafah malam ini (pagi di Mesir) iaitu sempadan antara Mesir dan Palestin dan berusaha untuk masuk ke wilayah Palestin.

20 pemimpin dan anggota Parlimen PAS itu berlepas dari KLIA jam 10.30 malam 28 Januari lepas untuk melihat sendiri kemusnahan di Palestin akibat serangan tentera Zionis Israel sambil memberikan bantuan moral dan kewangan.

3 comments:

TokBatin X said...

eh.. eh.. dah ta' bolih masuk lak..? Pakai jer ilmu ghaib PAS tu..

Cekedis said...

tengok...
walaupun menghadapi kesukaran PAS tetap berusaha untuk memberi sumbangan ke saluran yg betul.
takbir...!!!

MofiR said...

Tahniah keppada Ahli2 parlimen PAS...
smoga sumbangan disalurkan pada saluran yg betul...


اللهم انصر المجاهدين في غزة
اللهم عليك باليهود ومن عاونهم
آمين

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...