Thursday, March 6, 2008

Siar kenyataan Chandra: Media akan alami nasib yang sama macam saya - Zulkifli

KUALA LUMPUR, 6 Mac: “Orang yang tidak boleh dipegang dan dipercayai kata-katanya adalah Dr Chandra Muzaffar, bukannya Anwar Ibrahim,” kata Zulkifli Sulong, bekas Ketua Pengarang Harakah.

Zulkifli yang didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh mahkamah di bawah Akta Hasutan berkata, apa yang berlaku kepada beliau adalah kerana percaya kepada kenyataan Dr Chandra.

Zulkifli didapati bersalah sebagai penyunting Harakah apabila menerbitkan berita yang berasaskan kenyataan Dr Chandra ketika beliau menjadi Timbalan Presiden PKR.

“Yang saya sangat kesal adalah Dr Chandra tidak bersediapun untuk menjadi saksi dalam perbicaraan saya untuk mempertahankan tulisannya itu. Jika tulisan itupun beliau tidak berani pertahan, saya percaya media yang menyiarkan kenyataannya terhadap Anwar akan menghadapi masalah yang serupa dengan saya apabila disaman oleh Anwar nanti,” kata Zulkifli.

Pada tahun 1988 lalu, Harakah yang diketuai Zulkifli menyiarkan kenyataan media yang dibuat Chandra.

Ekoran itu, pada 12 Januari 2000, selepas pilihan raya umum 1999, Zulkifli didakwa di bawah Akta Hasutan dan didapati bersalah kemudiannya dan didenda RM5,000 atau enam bulan penjara.

Zulkifli membayar dendanya itu.

Pencetak Harakah juga didakwa dan mereka mengaku bersalah dan didenda RM4,000.

3 comments:

SABAR MEDIA said...

Saya setuju dgn sdr Zulkifli Sulong, bekas Ketua Pengarang Harakah.Dr Chandra memang tidak boleh dipercayai.
Saya mempunyai pengalaman sendiri.Di Lunas sewaktu kempen utk sdr Saifudin,seharian saya ditugaskan untuk menolak kerusi roda OKU Chandra dari satu pusat mengundi ke satu pusat yg lain.
Masih ingat lagi kata2 semangat yang di luah kan oleh beliau...
Tapi semuanya HAMPAS belaka.
Penatnya tak terkira lah..
Menyesal.Benar2 menyesal. Kalau ku tahu begini orangnya,ku tolak saja ke bawah bukit.

soleh mohamad
http://keadilanbandar.tripod.com

Pak Sheikh said...

Mangkok hayun ni sifat dia dah macam munafiq dah.....

Unknown said...

Gua dalama angin dengan semua statement si mamak ni,cakap selalu pusing2..dia boleh di kategori sbgai seorg yang oppurtunist,tapi blagak seorg hero yang prihatin dengan rakyat!Blahla Chandra!!

AdiL AMK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...