Tuesday, March 11, 2008

Lima negeri BA bergabung bentuk koridor ekonomi baru

KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mencadangkan agar lima buah negeri yang dikuasai Barisan Alternatif (BA) sekarang bergabung membentuk koridor ekonomi di negara ini.

Cadangan ini dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini Selasa lepas.

Negeri-negeri itu adalah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

“Kalau perlu kita boleh buat rel keretapi laju atau lebuhraya antara Pulau Pinang dan Kelantan merentasi Kedah dan Perak,” kata Husam.

Ketika ditanya media, apakah ia boleh dilaksanakan, Husam berkata, ia boleh dilakukan dengan kerjasama para pelabur dan lima kerajaan negeri yang terlibat.

“Kita kena explore segala peluang yang ada untuk kepentingan rakyat,” kata Husam.

Menurutnya, menguasai lima negeri tersebut bukan perkara kecil.

“Kita kena bayangkan apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara. Lima negeri akan mendesak pengerusi agar membuat reform dalam pembangunan kewangan.

“Begitu juga dalam mesyuarat Majlis Raja-raja. Lima sultan dan MB dari negeri-negeri ini akan terlibat secara langsung dalam mesyuarat itu. Bolehlah kita bayangkan apa yang berlaku?” kata Husam.

Oleh itu, katanya, apabila lima negeri bergabung, kelima-limanya bakal menghasilkan persaingan dengan negeri-negeri di bawah BN dan kesatuan di kalangan negeri-negeri BA ini.

6 comments:

davud said...

alo....u ingat ini kerja senang ka? lu orang mana pernah tadbir ini multi racial states sebelum ini....lu orang jangan mimpi lah....itu kelantan state you boleh maintain pasal orang kelantan tak kisah itu negeri jadi itu macam( ada semangat kedaerahan yang tinggi melampau...bukan keislaman yang melampau).....saya bet sikit hari lagi you all baru rasa 'oh...ada banyak susah mau tadbir....lagi senang bangkang saja), ini pendapat saya saja....sorry ah..

azmi@chewang said...

tahniah, satu cadangan yang amat menarik. kejayaan berbuah dari usaha, usaha lahir dari perancangan, perancangan datang dari cadangan. semoga gagasan idea ini disambut baik oleh semua negeri barisan rakyat.

hati said...

alo davud..lu ni bodoh sikit la..Ini BA baru 5 hari tubuh la. BN sudah berpuluh tahun pun masih x blh tadbir ini negeri. Kita bagi chance la sama ini BA tgk apa macam. Kalu 5 tahun tak ok jugak, nnti PRU 13 kita mesti kasi undi lagi sama dia BA kasi chance 5 tahun lagi.Mesti ok punya.. Islam adil pada semua. Jangan takut pasal ini BA bukan BN. Never give up to seek the truth.

astrosurge said...

Saya sebagai penyokong kuat BA berbangsa cina malaysia amat berbesar hati menerima pimpinan PAS sebagai MB di perak. Di awal sebelum perlantikan tersebut, pelbagai pihak telah membuat spekulasi dan tidak terkecuali media BN yang sentiasa cuba mencari ruang untuk memecah-belahkan BA dengan mengatakan terdapat perpecahan dalaman dan kerapuhan dalam pakatan tersebut. Harap BA mengambil ikhtibar dari keruntuhan BN agar tidak mengulangi kesilapan yang mereka lakukan agar rakyat menyanjung tinggi prinsip dan keikhlasan pakatan tersebut.

Sebagai anak jati perak, apa yang saya harapkan kali ini ialah barisan kerajaan campuran BA dapat menyempurnakan janji-janji yang mereka canangkan dalam manifesto. Kita sedia maklum, wakil yang menang tidak dari kira dari mana kaum, menang adalah disebabkan benteng sentimen perkauman yang dimainkan jentera media BN dapat dipecahkan dan diketepikan, lalu rakyat telah menyahut cabaran ini dengan mengundi mana mana calon tidak kira dari parti mana asalkan mereka dari BA. Ini sedikit sebanyak menunjukkan pengundi malaysia sudah mantang dan bijak menggunakan hak mereka dan berjaya memecahkan jurang perkauman dengan membua pilihan yang betul.

Saya berharap peluang dan mandat yang 'dianugerahkan' ini dapat digunakan oleh BA perak khususnya MB perak dari PAS untuk membuktikan kepada rakyat khususnya chauvinis cina dan india yang pimpinan PAS sememangnya boleh berlaku adil kepada semua orang tanpa mengira kaum. Saya percaya sekiranya ini berjaya, kaum cina dan india tidak akan berasa was-was lagi untuk mengundi calon PAS dan memenangkan mereka dengan majoriti yang lebih besar kelak.

Diharap juga BA dapat menggunakan mandat ini dengan sebaik mungkin dan cuba-cubalah elakkan sebaik mungkin sebarang perselisihan demi memantapkan pentadbiran. Banyak ruang untuk musyawarah dan sekiranya komponen BA bijak menggunakan saluran diplomasi yang telus dan bijak untuk meyelesaikan masalah, kelak model ini akan dijadikan contoh dan seterusnya menjadikan BA sanjungan rakyat sampai setiap masa.

Keutamaan sekarang adalah rakyat, dan tolong jangan kecewakan mereka.

PRU 2008 adalah kenangan manis untuk kaum minoriti di malaysia dan bagi saya, saya seperti dilahirkan semula sebagai anak bangsa malaysia!

Selamat mentadbir bagi semua kerajaan BA baru! Semoga negara kita lebih aman dan adil untuk semua bermula sekarang sampai bila-bila.

royalsilvery said...

dey davud wa ingat lu bukan sikit bodoh mcm otairock kata tapi maximum bengong tapi wa support 110% otairock..davud! memang lu boleh bg pndpt tp lu tarak otak..otak taruk sana lutut..rakyat sudah kasi peluang berapa puluh tahun sama BN tapi apa diorang dapat..tak tau la mungkin lu sudah cukup kaya sama dasar2 BN dengan DEB la..Islam Hadhari la...mcm2 lagi tapi Melayu tunggu lama sangat dari 1971(masa tu wa pun belum lahir)nak keluar dari kemiskinan & masih lg bangsa paling miskin kalu dibanding dengan bangsa lain..ini lu kata BN boleh tadbir ke mendenye..lu kena tengok background pemimpin2 yang diletak dinegeri2 BA dapat mcm mana..semua clean bro. wa malas nak bebel byk2 lps ni kita tunggu apa perubahan yang kerajaan BA laksanakn..kasi muka sikit bro pd orang baru jgn tibai je...

Cucu Adam said...

Rasa meluwat dan jijik membaca komen mereka yang masih setia kepada BN/UMNO yang menurut mereka BA tidak mungkin dapat mentadbir 4 negeri yang mereka perintah sekarang dengan baik dan lebih berkesan daripada BN/UMNO.

Semata-mata tidak mempunyai pengalaman bukan satu isu. Kerana kononnya berpengalaman dan memerintah Malaysia 50 tahun yang lalu, berbagai karenah dan kesusahan yang rakyat jelata terpaksa tanggungi. Sekadar menamakan beberapa saja - kehakiman, jenayah, ugama Islam, rasuah dan berbagai lagi. Takan nak biarkan gejala ini berterusan. Fikir-fikirlah sadikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...