Monday, March 3, 2008

Hotel Nikko penuh sesak dengan anak Kelantan

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Jelas majlis Anak Kelantan Pas di hotel Nikko, KL lebih berjaya dan bersemangat berbanding majlis Anak Kelantan Umno di Stadium Juara, Kelana Jaya, tulis Mohd Sayuti Omar dalam blognya.

Laungan bersemangat takbir dan sindiran kebencian kepada Umno bergema di dalam dewan yang boleh memuatkan kira-kira 4,000 orang itu. Dari segi kehadiran juga majlis di Nikko lebih hebat berbanding majlis di Bukit Kiara itu. Mungkin dua kali ganda.

Setiap kali penceramah mengusik ilusi mereka, bergemalah laungan dan sindiran atau dalam dailek Kelantan 'juah' kepada pemimpin Umno. Dua orang pemimpin yang menjadi ejekan dan dijuah malam tadi ialah Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin.

Kelancangan mulut Khairy yang menuduh Kelantan miskin, tidak ada pembangunan dan Pas gagal membawa sebarang kebajikan kepada rakyat mengesalkan penceramah dan menimbulkan kemarahan para hadirin. Rata-rata yang hadirin terdiri daripada anak-anak muda, pelajar dan mereka berkerja sendiri di Kuala Lumpur.

Berbeza dengan wajah-wajah yang hadir pada majlis anak Kelantan Umno, terdiri golongan veteran, ahli korporat dan mereka yang hadir sekadar mempamirkan diri kepada Annuar dan Abdullah Ahmad Badawi.

“Paling merujakan saya, ada mereka yang hadir pada majlis di Bukit Kiara itu juga turut sama hadir di Nikko malam tadi. Mereka nampaknya releks dan tersenyum bila melihat saya,” tulis Sayuti.

Jelas daripada apa yang mereka tuturkan, mereka lebih seronok dan senang bersama majlis anjuran Pas itu. "Kita anak Kelantan Pas, bukan Umno..." begitulah ujar salah seorang dari kumpulan anak muda itu secara berseloroh.

Apa yang dapat disimpulkan secara mudah, jika kedua majlis itu dijadikan kayu pengukur, maka sah Pas akan mendapat undi majoriti daripada anak-anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang. Mereka hadir bukan untuk bermuka-muka dengan pemimpin Pas seperti mana mereka yang hadir pada majlis di Bukit Kiara, tetapi hadir dengan semangat dan mengatakan komitmen mereka kepada negeri kelahiran mereka sendiri.

Suara-suara dan wajah yang dipamirkan menjelaskan mereka lebih rela Kelantan ditadbirkan Pas dan janji-janji yang ditawarkan oleh BN menerusi manifeso khasnya Kelantan Baru - Kelantan Maju, sedikit pun tidak membuka selera mereka.

2 comments:

azab kubur said...

syabas....semuga allah merahmati keihlasan mereka

jebatderhaka said...

Tahniah Tok Guru
Assalamualaikum Tok Guru.Tok Guru tak payah pedulikan cakap2 Khairy.Buang masa je.Dia ni penagih dadah.Hisap ganja kuat,hisap syabu pun kuat.Sebelum datang Kelantan untuk ceramah Belia Banci Dadah,dapur ganja dan dapur aisnya masih berasap.
Agaknya yang buat Pak Lah selalu tertidur dalam perhimpunan tu pun pasal selalu sangat terkena asap ganja dan ais siKhairy ni...apa dia nak takut?Menteri Dalam Negeri bapa mertua dia.Ketua Polis ayah kawan baik dia.Kali ni taulah nasib dia,Dato' Sri Syed Hamid yang pandai undang2 jadi Menteri Dalam Negeri.Gani Patail pun tak bolehlah sewenang2nya memperolok2kan undang2 lagi.Kalau tak dulu tengoklah sendiri kes Dato'Ramli dan pegawai2nya yang dituduh memalsukan dokumen.Mula2 digembar gemburkan dengan rasuah dan RM27juta.Sampai mahkamah,langsung tak disebut segala apa yang digembar gemburkan itu.Macam tu jugak dengan 3 pegawainya ynag dituduh memalsukan dokumen.Kenapa pulak BPR yang ambil kes?Langsung tak ada kena mengena dengan BPR.Goh Cheng Poh@Tengku seorang penjenayah yang dibuang daerah keJeli telah pun dibebaskan tanpa melalui prosudur mahkamah yang kononnya dokumen yang dikemukakan oleh pegawai Polis itu palsu,sedangkan 3 pegawai Polis itu belum pun dibicarakan untuk menentukan kedudukan sebenar dokumen itu.Yang nyata pemberi maklumat telah membuat pengakuan bertulis dihadapan Hakim mengatakan dokumen yang dibuat oleh 3 pegawai Polis itu adalah yang sebenarnya.Tak ke naya pegawai2 Polis itu?Dokumen itu adalah dibawah Akta Rahsia Resmi yang hukumannya dibawah ISA.Gani Patail kena jawab selepas ni,kenapa dedahkan maklumat yang RAHSIA ni.Yang jadi tanda tanya,APA HAL DIA JUMPA ADIK GCP@TENGKU DIGENTING HIGHLAND sebelum dia meminta dokumen itu dari salah seorang pegawai Polis yang terlibat dan serahkan kepada BPR?Kenapa KPN biarkan perkara ini?Kalau dulu mangadu pada Pak Lah sama macam mengadu kat tembok KLCC.Sekarang Dato' Syed Hamid tolong beri perhatian kepada pegawai2 Polis yang teraniaya ini.Siapa yang wajar dikenakan tindakan ISA?Kaji semula kes Goh Cheng Poh@Tengku dan pertimbangkan untuk menggugurkan segala pertuduhan terhadap Dato'Ramli dan pegawai2nya.SEKARANG BUKAN MASANYA MEMBELA NASIB PENJENAYAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...