Sunday, June 19, 2011

PRU 13, Khairy sabotaj Najib?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipersalahkan ramai pihak dalam parti pemerintah itu akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.

Khairy dipersalahkan kerana didakwa mempengaruhi Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi perdana menteri membuat keputusan-keputusan yang menyumbang kepada kekalahan.

Kemunculan pemuda yang juga menantu Abdullah itu dilihat dengan kurang senang oleh banyak pihak dalam Umno, dikaitkan dengan pelbagai tanggapan termasuk mempunyai hubungan sangat baik dengan pihak negara asing.

Kini, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang kritikal untuk kelangsungan pemerintahan Umno dan BN, Khairy sekali lagi dilihat melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan pemerintah.

Terbaharu, Khairy menerusi Twitter mengkritik Dialog Antarabangsa Langkawi yang muncul hasil inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai program yang tidak perlu dilaksanakan lagi.

Khairy mengkritik keras kehadiran Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, salah seorang diktator yang mahu dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa ekoran tindakannya terhadap warga berketurunan Eropah di negaranya.

Mahathir sebelum ini pernah dikritik kerana apa yang dilihat sebagai hubungan baiknya dengan Mugabe, yang berdasarkan persepakatan dalam beberapa isu dunia ketiga. Kedua-dua pemimpin disamakan sesetengah pihak ekoran sikap keras mereka, termasuk terhadap dominasi Barat.

Dialog Antarabangsa Langkawi ialah satu program penting Mahathir untuk membina dan mengekalkan imej positifnya dalam dunia ketiga, dan pemberhentian program itu akan menghapuskan satu legasi bekas perdana menteri itu.

Tindakan Khairy meningkatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang berdepan pelbagai serangan daripada pembangkang Pakatan Rakyat.

Kritikan keras Khairy itu juga akan meneruskan malah meningkatkan perpecahan dalam Pemuda Umno, keseluruhan parti dan komponen BN.

Pandangan Khairy tentang diktator terbabit - yang dipersetujui masyarakat antarabangsa terutama Barat - mungkin boleh diterima beberapa pihak dalam komponen pemerintah.


Isu subsidi bahan bakar petrol dan diesel, kenaikan tarif bekalan elektrik dan kenaikan harga barang keperluan lain terus menjadi isu yang menghambat pentadbiran Najib.

4 comments:

Anonymous said...

kerajaan pemerintah terdiri dari segala komponen parti politik yang menang p/raya termasuklah pembangkang.

Duit kerajaan terdiri dari semua hasil cukai samada kerajaan atau pembangkang (tiada pengecualian)

oleh itu amanahlah....

Cakcebor said...

Kerajaan gagal menangani isu-isu yang ditimbulkan oleh rakyat. Cara kerajaan mengangani isu-isu tersebut menambahkan rasa beci rakyat kepada kerajaan. Kerajaan mahu rakyat sentiasa akur kepada tindakan kerajaan sebagai tanda terima kasih, walaupun sesetengah tindakan tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat.

Anonymous said...

Saudara/i Cakcebor, pihak Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional telah berusaha sedaya upaya dan bertungkus lumus untuk memulihkan keadaan di negara ini agar stabil dan rakyat boleh hidup aman damai. Tetapi malangnya, ada juga jenis orang tak reti bahasa yang sentiasa nak menyusahkan orang lain dengan bermacam-macam masalah dia buat, lepas satu masalah, dia buat masalah lain pula, pihak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Pakatan Rakyat.

Cakcebor, rakyat boleh hidup sejahtera kalau rakyat mempunyai pekerjaan, punya pendapatan, mendapat kemudahan itu dan ini. Untuk semua itu, perlukan ekonomi yang baik supaya peluang pekerjaan dan peluang perniagaan banyak, bila perniagaan mendapat untung yang banyak mereka akan membayar cukai yang banyak pada kerajaan, maka hasil cukai berkenaan akan digunakan untuk membantu rakyat. Sekiranya ekonomi caca marba, perniagaan banyak gulung tikar, maka ramai pekerja akan hilang pekerjaan, pendapatan kerajaan akan menyusut kerana cukai kurang di sebabkan kerajaan terpaksa bergantung kepada syarikat milik kerajaan yang bantu untuk program pembangunan. Ini semua terjadi bila keadaan tidak aman, maka rakyat akan mendapat susah. Keadaan tidak aman ini disebabkan terlalu banyak pihak yang suka menimbulkan kekacauan, huru hara melalui ceramah maki hamun, hasut menghasut dan demotnrasi liar hingga menyusahkan orang ramai dan merosakkan keamanan hingga ekonomi terjejas. Rakyat di Malaysia terlalu dimanjakan hinggakan hanya berfikir apa saja yang mereka boleh dapat dari kerajaan tetapi tidak menyumbang kepada kerajaan bagi membentuk sebuah negara yang kuat dan aman damai. Contohnya di hari kemerdekaan, nak kibar Jalur Gemilang pun berkira bukan main, sedangkan inilah negara kita. Tak cukup dengan itu, ada pula yang sanggup jadikan Jalur Gemilang tempat alas kaki, kain buruk lap meja dan lain-lain perkara yang menghinakan Jalur Gemilang. Itu baru satu, banyak lagi yang rakyat Malaysia terlalu berkira, dengan negara hendak itu dan ini, tapi nak berkorban untuk negara, jauh panggang dari api. Masa dalam keadaan ekonomi yang tengah bergelora ketika ini pun nak kerajaan beri harga barang murah, sedangkan harga barang ditentukan oleh pekedai, bukannya kerajaan, kalau nak marah harga barang naik, pergi marah pekedailah, buat apa marah kerajaan? Generasi muda kini terutama generasi Y dan Z, telah hidup dalam keadaan serba serbi mewah, tidak tahu mengenang kesusahan, maka sesuka hati pondok telefon dibakar, pehentian bas dirobohkan, papan tanda jalan dirosakkan, tong sampah awam dibakar dan sebagainya. Renung balik berkenaan perkara ini dan lihatlah apakah yang telah negara sumbangkan pada kita dan apakah sumbangan kita pada negara.

murad said...

Anonymous...anda terlalu melalut. Saya menyokong penuh pndpt cakcekor's. Jgn salahkan org lain ats sebab2 yg berlaku yg telah anda nyatakan td. Org Melayu berpecah & berdemonstrasi pn disebabkan mantan PM dr UMNO juga. Rkyt bangkit menyatakan ketidakpuashatian mereka trhdp tindakan maha zalim lagi menghina individu yg kita belum tahu salah @ tidak. Hanya Allah shj yg Maha Mengetahui (itupun jika anda seorg Islam).
Ingatlah...kebenaran pasti akn muncul sama ada di dunia ini @ akhirat kelak. Anda jgn terlalu bongkak & sombong mcm pemimpin yg anda sanjungi itu.
Insyaallah, jika ditakdirkan Allah PR mng election ke13 ini, kami akn londehkan segala kejahatan, kekejian, kemunafikan, kefasikan yg telah dibuat oleh kerajaan yg ada skrag. Ingat....ALLAH MAHA BESAR LAGI MAHA BIJAKSANA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...