Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Tuesday, December 6, 2011
Game changer?: Selebriti dan parti politik (Bahagian 1/3)
1. Selebriti dan parti politik
Golongan selebriti, termasuk pelakon, penyanyi dan pengacara, kini semakin terlibat dalam politik di kedua-dua belah pemerintah dan pembangkang secara terbuka, dan menjadi sebahagian berita politik negara.
Tidak seperti satu masa dahulu, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjadi perdana menteri, kaitan penggiat seni dengan pembangkang mendatangkan akibat yang buruk, seperti dihalang muncul di media dikuasai pemerintah, yang disebut sebagai "kena gam."
Pada masa ini, walaupun tidak bebas sepenuhnya, ramai selebriti semakin berani menunjukkan sokongan terbuka atau menyertai parti pembangkang.
Seperti ditunjukkan dalam kes Bob Lokman, penyertaan dalam pembangkang memerlukan tindakan meninggalkan industri seni yang disertai, menunjukkan kebebasan sepenuhnya maih belum wujud.
Pihak industri kelihatan masih tidak terbuka kepada pernyataan sikap politik yang jelas oleh penggiat budaya popular, yang sebahagiannya disebabkan oleh perkiraan pasaran.
Penyertaan dalam PAS setakat ini kelihatan, selain sikap politik juga berkait dengan kesedaran penghayatan cara hidup Islam oleh penggiat seni, seperti dalam kes Bob Lokman dan juga selebriti lain.
Hal seperti ini menjadi satu faktor industri yang sebahagian besarnya tidak mesra dengan elemen konservatif seperti itu kelihatan tidak terbuka dengan kecenderungan tersebut.
Walau bagaimanapun, kewujudan "budaya popular Islam" atau dalam industri seni dapat memberi ruang kepada elemen hiburan yang lebih konservatif, walaupun politik yang sangat jelas mungkin sukar diterima.
Industri yang lebih Islamik ini masih baharu dan tidak seluas industri dominan yang turut menyaksikan peranan syarikat multinasional yang lebih mempunyai modal besar.
Dalam hal ini, dari satu sudut, penglibatan aktif dalam politik pembangkang (selagi parti-parti terbabit masih menjadi pembangkang) memerlukan tindakan keluar daripada industri, dan mencari ruang atau pasaran lain untuk aktiviti seni.
Tetapi pembangkang, tidak seperti parti pemerintah, mempunyai tarikan popular seperti elemen anti-establishment atau penentangan terhadap autoriti dan penentangan terhadap korupsi dan penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan pemerintah.
Peningkatan populariti pembangkang (dan mungkin prospek menjadi pemerintah pusat dalam masa terdekat) menjadi satu faktor yang menarik semakin ramai penggiat seni menyertai dan menunjukkan sokongan.
Sumbangan terbesar yang dapat segera diberikan oleh selebriti ialah melalui tarikan popular mereka sebagai selebriti.
Budaya popular ialah sesuatu yang paling meluas, paling dapat diterima oleh paling ramai audiens, berbanding semua isu lain daripada inflasi hingga ke perincian urus tadbir negara.
Selebriti penggiat budaya popular membantu meningkatkan imej parti politik tanpa perlu berkata apa-apa, tetapi cukup dengan menghadiri majlis parti tersebut.
Kehadiran itu ialah satu endorsement dan kempen bersifat popular untuk menarik orang ramai menyokong parti terbabit.
Kerana faktor inilah parti-parti politik berlumba-lumba berusaha untuk mengaitkan selebriti dengan parti mereka.
Sebagai perbandingan, pemerintah yang satu masa dahulu mengekang dan memotong rambut panjang pemuzik rock, hari ini parti pemerintah yang sama bersedia melakukan apa sahaja untuk dilihat bersama mana-mana pemuzik rock.
Kerana perkiraan inilah Umno berusaha memperlihatkan penyertaan Bob Lokman dalam PAS dan kehadiran Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot sebagai hal yang sangat negatif.
Tetapi, perkiraan yang sama juga yang mendorong mereka berusaha mendapatkan Lisa Surihani menghadiri perhimpunan Umno untuk menerima anugerah.
Bahagian 2: Selebriti dan kempen politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kembalilah kpd hukum Allah. Ulamak yg patut diagungkan bukannya artis. Artis yg memilih kembali ke jln yg diredhai adalah sbg hidayah + nur yg dipilih Allah..bersyukurlah. Kpd artis2 terutama lelalki yg msh blum insaf & sedar, moh lah..
Bersama menegakkan syiar & syariat Allah dan bukannya bersekongkol dgn parti @ pemimpin yg menolak Islam (agama separuh, Islam separuh).
Ingatlah....brg siapa yg ada w/pun sedikit terdetik dihatinya menolak bahkanmeragui ayat2 Allah, nescaya KAFIR laknat lah ia.
Jgn hina Hudud..jgn lekehkan ulama..jgn agungkan artis (ini tanda akhir zaman).
Sebelum ada PAS ...banyak pendakwah datang biasa lah...kita tak kisah pun ..terus buat amal kebajikan seperti Allah suruh sejak azali.
Tapi sejak PAS ujud..huruhara terutama melayu dan Islam...artis pun dipolitikan atau guna saluran politik bukan mau taubat tapi agenda tersembunyi..hee...ngaku je cara ikhas!!
salam..saya nak ambil kesempatan kat sini nak bagi sikit pandangan.. apakah yang dimaksudkan dgn mengenang budi tu..? knapa bila tak sokong parti pemerintah tak kenang budi ke? mcm tu? kalau mcm tu nampaknya saya kena jadi ahli seumur hidup lah parti pemerintah baru lah kenang budi... sendiri mau ingatlah.. Allah bagi udara, air dan macam2 nikmat secara percuma berapa ramai orang yang pernah bersyukur denganya? Allah sediakan undang-undang dalam Quran orang tolak dgn mcm2 alasan. baca Quran hari2 tapi sampai bab kena laksanakan apa yang dibaca ditolak.. jadi kalau saya lah lebih rela dicap tak kenang budi manusia dari tak bersyukur nikmat Alah..sebab neraka Allah amat dahsyat. setakat dicap oleh manusia bukan satu tiket ke neraka..apa nak takutkan
Post a Comment