KUALA LUMPUR: Penentangan pihak tertentu terhadap perlaksanaan undang-undang Syariah di negara ini tidak ada kena mengena dengan persoalan hak asasi yang dilaung-laungkan, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu
"Trend yang berlaku ialah hanya perlaksanaan undang-undang Syariat yang menjadi sasaran pihak-pihak tertentu.
"Tetapi, apabila berlaku pencabulan terhadap hak asasi manusia misalnya dalam kes wanita yang dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi di dalam lokap polis, tidak ada suara penentangan yang berapi-api dari golongan itu.
"Tidak perlu dibangkitkan soal orang kena tahan yang mati dalam lokap polis atau orang yang disiasat didera oleh para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Penentangan terhadap perkara sedemikian tidak ada dalam agenda mereka," katanya.
Menurut beliau, walaupun ada ilmuan yang menyatakan undang-undang Syariat di negara ini tidak boleh disamakan dengan hukum takzir sekalipun, tetapi oleh kerana undang-undang Syariat itu dikaitkan dengan Islam, penentangan terhadap undang-undang itu begitu berapi-api.
Malah, katanya, orang yang melakukan kesalahan di sisi undang-undang Syariat diangkat sebagai mangsa malah kerap kali mereka menjadi wira dan glamour sekelip mata.
"Perkara itu terbukti dalam apa yang berlaku dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarno yang memperlihatkan permainan media arus perdana dan media-media yang sememangnya mempunyi sikap negatif terhadap Islam telah meletakkan beliau sebagai mangsa.
"Saya tidak tahu apa sikap sebenarnya perempuan itu, tetapi itulah yang dilakukan media yang saya sebutkan itu," kata beliau.
Malah, lebih buruk lagi, pihak yang menguatkuasakan undang-undang Syariah pula yang dipersalahkan.
"Semua pihak masih ingat bagaimana al-Marhum Datuk Ishak Baharum dipecat dari jawatannya sebagai mufti Selangor dan pemecatan beliau dikaitkan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya," kata Mohamad.
Begitu juga, katanya, apa yang berlaku terhadap para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu kelab The Zouk.
Dalam serbuan pada pukul satu pagi 13 Januari 2005 itu, kira-kira 100 orang beragama Islam telah ditahan termasuk penyanyi Jeslina Hashim.
"Ada pihak yang menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh JAWI itu adalah salah," kata Mohamad.
Akhirnya, saman JAWI di bawah Akta Kelakuan Tidak Sopan dibatalkan 17 Februari 2005 setelah diarahkan oleh Kabinet.
Begitu juga, katanya lagi, apa yang berlaku dalam penangkapan pada 10 Jun 2000 di sebuah pub, The Ship di Damansara Utama yang membabitkan lebih 30 penguatkuasa JAIS Petaling, Rela, Badar dan polis.
Seramai 53 orang ditahan termasuk di beberapa premis lain di Petaling Jaya, ekoran lebih daripada 12 aduan yang dibuat masyarakat sekitar.
"Seperti biasa, apihak yang menangkap dikecam habis-habisan dan dipersalahkan dan orang yang ditangkap pula mendakwa mereka hanya minum air suam dan fresh orange," katanya.
Berikutan kecaman orang ramai itu Pengerusi Badar (Badan Amal Makruf Nahi Mungkar) Puchong, Mohd Sharif Iskandar tampil membuat pendedahan sambil menyerahkan lebih sedozen gambar foto yang jelas menunjukkan gelas-gelas dan jag-jag arak, serta wanita-wanita dan pondan yang berpakaian tidak sopan.
Bagaimanapun akhirnya, berikutan kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin kerajaan pusat sendiri, Menteri Besar Selangor ketika itu membatalkan tuduhan ke atas mereka yang terbabit.
31 comments:
ALLAH BERI AMARAN;
muslim yang menolak quran tempatnya di neraka, yg persenda hukum allah tempatnya di neraka, yg hina rasul tempatnya di neraka, yg mengamalkan rasuah tempatnya di neraka, yg menggalakkan zina, judi, arak tempatnya di neraka, yg menghalalkan yg haram tempatnya di neraka, yg mengharamkan yg halal tempatnya di neraka, yg mempermain2kan ayat2 allah tempatnya di neraka, yg ragu2 dgn ayat2 allah tempatnya di neraka, yg memisahkan islam dan iman tempatnya di neraka, yg fasik tempatnya di neraka, yg munafik tempatnya di neraka, yg tolak pemerintahan islam tempatnya di neraka, yg menyokong dan merelakan maksiat2 disebut atas tempatnya di neraka.
MAKA BERTAUBATLAH KERANA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MENGASIHANI.
masalahnya ada golongan yg mempertahankan perbuatan mungkar tersebut kerana pada mereka "biarlah, itu hak masing2. lagi pon kalau bertaubat nanti allah masukkan ke syurga la. tak payah la kacau hak asasi org lain.."
bila pemimpin2 nafsu diagung2kan,undg2 islam diperlekeh & dihina...bertaubatla kpd mereka2 yg masih jahil...Hanya krn ALLAH tmpat kite dikembalikan..
goku...
dr tabuan phd kata,
"Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari tanah kau datang, kepada tanah kamu akan kembali"
dr tabuan phd kata dia kembali ke tanah...
NAMA AJE NEGARA ISLAM TAPI MASIH MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG BRITISH YANG TELAH DIALIHBAHASA, UNDANG-UNDANG SYARIAH SEKADAR TEMPELAN DIPANDANG HINA OLEH REGIM AMENO!!!
biar betol tabuan dtg dari tanah.adakah tabuan spesis tabuan tanah..
memang malaysia negara sekular dulu,kini tapi tak mungkin selama-lamanya.
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.
Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.
Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi 4,097 undi dgn Majoriti: 2,333 undi.
Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.
Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.
Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR), Isya'Allah peluang utk PAS pula.
Menurut Bernama, anak lelakinya Hairol Asfani, 22, berkata bapanya meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah.
BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Dalam pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).
Pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disambut dengan hati berbelah-bagi dan berhati-hati oleh mahasiswa.
Mahasiswa sudah lama kekeringan idea daripada kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa hanya memperolehi penerangan sesuatu isu melalui internet atau secara sembunyi-sembunyi menghadiri penerangan pembangkang.
Segala isu terkini dan semasa akan dihadam dan dikaji oleh mahasiswa tanpa halangan atau ketakutan untuk membicarakannya.
Oleh yang demikian, mahasiswa perlu menggunakan ruang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan hari ini dengan bijaksana dan profesional. Janganlah hanya pemimpin kerajaan sahaja dijemput ke program di kampus sedangkan pemimpin pembangkang dipinggirkan - dan sewajarnya begitulah juga sebaliknya, jangan hanya pemimpin pembangkang diundang.
GMUKM melihat pindaan akta itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif serta menyiapkan diri mahasiswa untuk memimpin negara kelak.
Benarlah bahawa jiwa muda mahasiswa akan memberontak sekiranya mahasiswa ditekan dan dihalang hak asasinya oleh mana-mana pemerintah seperti yang berlaku di Indonesia.
Justeru, pindaan ini boleh memberikan nafas baru kepada semua IPTA dalam merealisasikan matlamat menaikkan pemeringkatan universiti masing-masing di mata dunia.
Di samping itu, pengumuman menteri berkenaan bahawa melalui pindaan itu, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah dan akan hanya dihadapkan di tribunal universiti.
Jika dahulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti, kata Mohamed Khaled.
Tetapi, mahasiswa sebenarnya tertakluk juga pada undang-undang negara. Jika mahasiswa didapati melakukan rasuah dan penyelewengan, maka Akta Pencegahan Rasuah 1997 akan terpakai kepada mereka.
GMUKM juga menyambut baik pindaan AUKU yang membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin, termasuk digantung oleh pihak universiti, mengambil peperiksaan. Jelas bahawa Seksyen 15 (D)(1) akta yang kini akan secara automatik tidak terpakai.
Sebelum pindaan, seseorang mahasiswa yang dituduh atas satu kesalahan akan digantung daripada menjadi mahasiswa sehinggalah keputusan prosiding jenayah itu diselesaikan. Maknanya jika tujuh tahun masih lagi tidak diselesaikan kesnya, maka pelajar tersebut akan terus menganggur dan hilang status kemahasiswaan.
Hal inilah yang berlaku kepada tujuh pelajar yang diseret ke mahkamah selepas membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun pindaan akta masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik. Ia mungkin untuk menjadikan mahasiswa bersifat non-partisan tetapi bagi GMUKM, mahasiswa wajar juga didedahkan dengan organisasi politik.
Maknanya, mahasiswa wajar diberikan hak berpolitik sepenuhnya seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Pindaan itu nanti bagaimanapun menyediakan satu alternatif - mahasiswa dibenarkan menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik.
Aktivis mahasiswa sedang ternanti-nantikan perbahasan di Dewan Rakyat bukan ini agar suasana demokrasi - walaupun tidak sepenuhnya - dapat dihirup di IPTA.
GMUKM berkeyakinan penuh bahawa pindaan AUKU ini akan tetap disokong oleh 222 ahli parlimen kita termasuklah Pakatan Rakyat walaupun ada peruntukan AUKU yang masih mendiskriminasi mahasiswa.
Jelas, mahasiswa masih terjajah dengan pindaan AUKU ini dan ia dilakukan secara kosmetik dalam suasana kerajaan BN sudah tidak diterima umum terutamanya oleh mahasiswa.
Semasa Gerakan Memansuh ISA, baru-baru ini pun kena tangkap lagi...nampak gayanya SPR kena tukar umur mendaftar mengundi dari 21 tahun kpd 25 tahun.
Hal inilah yang berlaku kepada tujuh pelajar yang diseret ke mahkamah selepas membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kira-kira tujuh tahun lalu.
Perawi said...
aku pun pelik, kenapa bersentuh dgn perempuan diMsia tak batal wudud, kentok pun sama, rupanya rakyat Msia sudah bertukar Mazhab, nak amal bukan salah tapi tahukah rakyat Msia setakad tamat darjah enam lepas itu hisap dadah/gam. Nak faham cara, Shafie pun kelam kabut, utk 4 mazhab lagi bingung.
Nak amal tak salah, contoh: Wudud -ambil cara Mahzab Hanafi & kena tahu pembatalan wudud mengikut mazhad Hanafi.
Bukan ambil wudud cara Shafie pembatalan cara Hadhari, pegang kulit bahu Micheal Teo pun boleh...hehhh
September 4, 2009 3:33 PM
Mesra Sokmo said...
Bodoh punya Mufti Perlis...Jubah & Kopiah Sunah Nabi dihina tetapi kot & songkok pula dikatakan pakaian istimewa - sunnah ke tu?
JAWAB TABUAN SOALAN DIATAS, KATA NAK TUNJUK JAGUH....ILMU ALLAH KALAU NAK DIBANDINGKAN HANYA SETITIK TINTA DIDALAM LAUTAN. ITULAH UMPAMANYA...TAKKAN HABIS ILMUNYA...TERKINI KAJILAH H1N1...
TANIAH UNTUK KERAJAAN SELANGOR
SHAH ALAM, 27 Ogos - Kerajaan negeri SELANGOR akan menyediakan bantuan sebanyak RM30 sebulan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di negeri ini.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar terpilih bermula bulan ini hingga tiga bulan akan datang membabitkan 1,974 pelajar UPSR dan 1,029 pelajar PMR yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini.
Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300 ribu bagi tujuan tersebut.
“Tiap-tiap bulan kita akan masukkan di dalam BSN, bank mereka semua yang kita sudah dapat maklumat ini. Dan untuk tiga bulan ini, mulai bulan merdeka ini kita akan masukkan duit –duit ini kepada anak-anak muda kita,”katanya.
Dr Xavier Jayakumar berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di Shah Alam, petang semalam.
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkata pemberian wang berkenaan sebagai derma daripada kerajaan negeri untuk membiayai pelajaran mereka di sekolah.
SHAH ALAM, 28 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 200 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam semalam.
Penyampaian sumbangan ini juga bersempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat.
Pelajar-pelajar yang menerima sumbangan terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, fakir dan miskin.
Masing-masing menerima RM100 seorang.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud dan Pengarah Politeknik Shah Alam, Puan Asmara Sulong.
Turut diadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
http://www.blogtokguru.com/
Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan:
“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”
Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:
“Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).”
Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. Ia boleh menukarkan “Asyhadu” ; langsung tidak berfungsi. Sepatutnya secara pengertiannya yang bergerak, dia(Asyhadu itu) memberi erti bahawa kita yakin sampai sanggup menjadi saksi. Perihal seriusnya kalimat syahadah ini sampai ia tidak boleh diwakili kepada orang lain untuk dilafaz.
Ucapan dan pegangan pemimpin Umno yang sebeginilah sebenarnya yang perlu direnung oleh seluruh umat Islam. Inilah salah satu puncanya sehingga saya berani membuat penegasan bahawa Umno ini membawa Islam dari benih kacukan. Islam dari jenis palsu dan plastik. Memang tepat sungguh sikap PAS yang telah menolak sebulat suara teori Kerajaan Perpaduan.
Jika samalah kedudukan rakyat yang ada agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha maka apa pula halnya dengan mereka yang berfaham Atheis yang langsung tak beragama? Apa pula kedudukan golongan komunis yang menolak agama dalam kerangka pemikiran Rais? Sama? Tak serupa? Atau serupa tapi tak sama? Yang peliknya, dalam hal semangat Melayu, pemimpin Umno bermati-matian pula mempertahankan ketuanan Melayu. Apakah Rais bermaksud, faham kebangsaan Melayu itu berada di atas dari segala-galanya termasuk Islam itu sendiri? Malu sangatkah untuk iktiraf ketuanan Islam? Tidakkah Islam itu tempatnya di atas dan tiada yang mengatasi ?
Sedarkah kita bahawa jika dilayan logik pemikiran pemimpin bertaraf Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini, maka bila semua agama ini serupa tidakkah Hukum Murtad sudah tidak lagi diperlukan? Kubur muslim dan Non- muslim pun sudah menjadi tidak perlu kerana semua orang boleh ditanam bersekali? Mayat muslim pun apakah halal dibakar?
Sedarkah kita bahawa pemikiran jenis ini boleh membawa kita kepada fenomena perkahwinan campur antara muslim/non-muslim yang berleluasa tanpa perlu menukar agama. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah tidak diperlukan lagi. Tak timbullah isu sebat Kartika sama ada perlu dibedal atau tidak mengikut peraturan dan syariat Islam. Pendek kata, kenyataan ini sudah tidak syak lagi telah menimbulkan keresahan yang bukan sedikit kepada umat Islam.
Jika begitu apa pula fungsi tilawah, perarakan maulidurrasul atau sambutan maal hijrah di sisi Umno yang dianjurkan selama ini? Dalam hubungan ini, jangan salahkan rakyat jika mereka menuduh Umno sebagai parti yang hanya pentingkan kuasa. Segala komitmen terhadap projek-projek agama hanya bertujuan kosmetik, pameran atau bahan perhiasan semata-mata untuk tujuan-tujuan materialistik.
Sebenarnya, inilah yang mendorong saya untuk mengatakan bahawa Umno ini sebuah parti politik sekular yang oportunis. Ia gemar dan selalu menggunakan faham kebangsaan dan Islam bagi mengelirukan orang Melayu. Umno menggunakan kesempatan sistem sekular yang memisah agama dengan kehidupan dan kadang kala mencampur adukkan segala benda itu untuk hidup sepenuhnya dalam tubuh pergerakan Umno. Ini yang menjadikan perjuangan mereka berkecamuk, tidak berhaluan dan tidak berdasar. Dasar Umno ialah “tiada dasar”.
Inilah juga alasannya ; saya mengistilahkan Umno ini sebagai parti yang mengamalkan Islam dari baka kacukan. Inilah juga Islam palsu yang saya telah namakan kepada parti Melayu ini kira-kira dua minggu yang lalu. Saya kata Umno ini beramal atas Islam plastik, dia memfitnah saya pula yang kononnya saya mengatakan mereka mengamalkan Islam Palestin. Inilah susahnya bermain dengan parti yang tidak menjaga agama dan menjadikan dosa pahala sebagai dasar, agenda dan program perjuangan.
Sambil-sambil beriktikaf di masjid dalam bulan yang semulia ini, eloklah juga kita semua membuat renungan bagaimanakah cara yang sebenar untuk menyelamatkan Islam dan umat Islam dari tipu daya rakan-rakan kita dari Umno ini?
Sebagai penutup, izinkan saya berundur dengan menumpang doa Nabi Allah Ibrahim a.s. yang berbunyi, “ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim : Ayat 41).
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
dr tabuan phd kata..
"Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari tanah kau datang, kepada tanah kamu akan kembali"
dr tabuan phd kata dia kembali ke tanah...
...................................
iron7,itulah jenis2 nye Manusie yg sering mentafsir dgn menggunekn dalil akal semate,yg sentiase merasekn dirinye bijak,yg sentiase merase dirinye hebat n yg sentiase ddk bersame-same KETAKBURAN IBLIS.Dan inilah akibatnye bile mengaku pandai,ayat semudah itu pun dah terslh tafsir,PHD????
Mereke kate mereke beriman dgn Al-Quran,tetapi dlm mase yg same mereke menolak dgn menggunekn dalil akal mereke yg terlalu cetek itu.
Didlm AyatulQursi itu terang2 telah diberi tahu kite tdk akn tahu ape2 melainkn setelah kite diberi tahu,jd dimane letaknye Manusie ini pandai,n bkn kah SIFAT BODOH itu adelah PAKAIAN kite selaku Manusie.
Allah jue yg mempunyai sifat BIJAKSANE,MENGETAHUI SEGALE YG DI LANGIT , DI BUMI N TIAP2 SESUATU.Dan bkn kah andai kite MEMAKAI PAKAIAN ALLAH itu kite telah pun melakukan SYIRIK kpd Allah dgn sesuatu.
Walaupun asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah liberalisme dan demokratik tetapi ia diketatkan dengan kerangka tradisional kerajaan-kerajaan negeri Melayu serta peruntukan-peruntukan yang membolehkan adanya undang-undang yang jauh daripada apa yang disifatkan sebagai liberalisme dan demokratik.
Akta seperti Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) dan Akta Mesin cetak digubal daripada suasana menentang komunisme. Maka tidak hairanlah kongkongan adalah kuat terhadap kepelbagaian politik di mana parti-parti kiri, bukan saja PKM diharamkan atau pemimpin-pemimpinnya ditangkap hingga parti lain tidak dapat beroperasi.
Maka vakum politik inilah diisi dengan mudah oleh Umno. Pada awalnya iaitu tahun 1955, pihak penjajah juga tidak tahu sama ada rakyat, iaitu kebanyakannya orang Melayu akan menyokong Umno atau Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Datuk Onn. Kedua-duanya tidak banyak berbeza. Perikatan Umno-MCA-MIC adalah tidak banyak berbeza dengan IMP.
Maka apabila Umno menang, parti ini terus memegang kuasa. Walaupun kemudian negara mencapai kemerdekaan, undang-undang, dan lebih penting lagi amalan serta sikap politik yang bersifat mengongkong. Justeru walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, amalan mengongkong ini masih berterusan. Ia diteruskan antara lain kerana masih berlaku darurat. Dalam erti kata bahawa kemerdekaan sebagai kebebasan, hari itu tidak memberi makna besar.
Akhirnya Darurat berakhir pada tahun 1960, iaitu dua tahun selepas kemerdekaan. Terdapatlah tambahan kebebasan. Tetapi peraturan dan banyak undang-undang darurat masih dikekalkan kerana saki-baki komunis masih ada. Yang pasti parti komunis walaupun dalam bentuk damai tidak diizinkan. Ini berbeza daripada Jepun dan India di mana parti-parti komunis mereka bebas. Rundingan Baling yang merupakan kunci kepada kemerdekaan Tanah Melayu menafikan komunis daripada hak menubuhkan parti politik.
Namun begitu, Umno sebagai kerajaan telah menggunakan ISA yang bagi aktivis pembangkang sebagai menekan mereka. Pemimpin-pemimpin PAS, Parti Rakyat dan Parti Buruh telah ditahan di bawah ISA. Politik tekanan ini membuatkan Umno berada dalam kedudukan kuat.
Justeru hari ini walaupun Umno ditekan dengan kebangkitan pembangkang tetapi banyak undang-undang warisan Darurat masih ada. Justeru, Umno tidak akan jatuh secepat LDP. Ini kerana selama ini ia memerintah dengan menolak nilai liberalisme dan demokratik, tidak seperti LDP. Maka pada tahun-tahun mendatang, keadaan lebih kritikal dan peralihan antara sistem satu parti kepada sistem dua parti adalah lebih memeritkan berbanding dengan Jepun.
...Malah, lebih buruk lagi, pihak yang menguatkuasakan undang-undang Syariah pula yang dipersalahkan...Mat Sabu.
Inilah yg berlaku bile membezekn Politik dgn Agama,mendahulukn kepentingan lain dr hukum yg ade dlm Al-Quran.
Pelek la jgk,org yg didapati bersalah dah beria-ia DGN RELE utk di hukum tp tak dihukum2,sebaliknye yg tak bersalah smp mati kene HUKUM.
Woi! dengo sini semua pencacai ameno, kalau ameno tumpo sekali lagi kat Bagan Pinang, haraf semua pencacai2 ni terjun sungai, mandi buang siyae
nenek,
maaf cakap la ye. apa kata kita sama2 menghayati ayat surah an-nasr 1-3. kita harus bersyukur kita menang tapi jangan jadikan kemenangan itu satu kepuasan dan menimbulkan riak dan angkoh. kita harus terus berusaha memenangkan perjuangan islam dan mendirikan pemerintahan islam di malaysia. seandainya kita diperangi baru lah kita attack (dgn hujah) puak2 umno ni nanti.
dh byk kemungkaran yg umno buat yg kita dan tegor dan ingatkan. selebihnya terpulang pada depa nak terima ke tak. at least kita tak dapat dosa bersubahat. serendah2 iman ialah melawan dengan hati. tapi dlm politik sebijak2 melawan adalah dengan undi.
ye tak nenek...
PETIKAN DARI
ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 23/08/2009
SELEPAS KUASAI EKONOMI...
ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu.
Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini.
Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?
Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti? Awang lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal.
Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara.
Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.
Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa.
Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.
Awang bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.
Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.
Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politik?
...................................
Fahamkan tu, jgn asyik nk begocoh sesama bangsa dan agama saja.
Kasihan sungguh aku pd kamu semua yg kuat mengumpat tak kira siang malam dan bulan ramadhan..walau pun kamu ada ilmu mengenai islam serta konon2nya memperjuangkan islam, tetapi perangai awak semua kebanyakannya tidak bernilai dari segi islam. Kasihan, sia2lah ibadah yg kamu lakukan. Apakah syariat islam yg kamu patuhi jika hati kamu hanya penuh umpat dan keji. Apabila agama sendiri dicaci pihak lain, kamu tak rasa apa-apa pun dihati. Sayang, segala pahala yg kamu ada, insyaAllah akan pergi menjadi hak org yg kamu caci dan ingat, dosa2 mereka juga akan jadi kepunyaan kamu jika pahala yg kamu ada sudah tidak ada lagi. Sia-sialah pengetahuan agama kamu yg tinggi tidak kamu gunakan sebagaimana sepatutnya, malah kamu tidak menunjukkan akhlak islam sebenarnya. Maka kamu juga adalah didalam golongan orang2 yg sedang dalam kerugian.
pungkoq kata,
"Fahamkan tu, jgn asyik nk begocoh sesama bangsa dan agama saja"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
pungkoq juga harus fahamkan fakta ni;
1. kenapa deb gagal mencapai target 30%? kenapa hanya golongan terpilih (kroni) yg mendapat manfaat? berapa ramai usahawan melayu yg berjaya? AP siapa yg banyak dapat melainkan kroni2.
2. kenapa daripada 53 billion saham bumiputra, 52 billion diberikan pada sekelompok kroni? sepatutnya semua melayu diberi sama adil sama banyak saham tu tanpa mengira latarbelakang politik.
3. kenapa kuota 30 peratus ekuiti bumiputera ditarik balik? MCA membidas resolusi Dewan Pemuda Pas yang mahu kerajaan mengekalkan kuota 30 peratus ekuiti bumiputera kerana ia disifatkan sebagai tidak membantu memajukan negara dan lebih berkepentingan jangka pendek.
ada melayu2 lain menentang dasar ni?
4. kebergantungan melayu adalah pada raja2. kenapa ditelanjangkan kekebalan dan kuasa raja2? tak ke itu melemahkan melayu? kenapa semasa krisis ni berlaku raja2 ini dimalukan? bayangkan jika tiada lagi raja2 melayu yg bijak seperti sultan mizan, sultan azlan shah, sultan abd halim, dan sebagainya.
5. kenapa ushawan melayu (peniaga2 kecil) disusahkan mendapat lesen? bukankah perniagaan besar bermula dari perniagaan kecil2an?
6. siapakah yang membuat perkara2 di atas? yg menyebabkan melayu terus ketinggalan di tangan kaum lain? sudah tentu jawapannya umno! kerana 52 tahun memerintah malaysia umno gagal melonjakkan ekonomi melayu. hanya kroni2 yg mendapat manfaat.
pungkoq, sbb tu la umno dah tak relevan dengan melayu....kalau setakat baca dan fahami tetapi tiada penghayatan dan tindakan atas apa yg dibaca, maka tak de gunanya pungkoq....
pungkoq berdakwah,
"Apakah syariat islam yg kamu patuhi jika hati kamu hanya penuh umpat dan keji. Apabila agama sendiri dicaci pihak lain, kamu tak rasa apa-apa pun dihati"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
bukan umpat, bukan keji, hanya marah pada yg tak reti2...nas dah ada. bukti dah disedia, dalil dah bagi tapi masih buta hati. just like u...
sekuat2 iman gunakan tangan (berperang ke, berpedang ke, merotan ke, melempang ke, mengundi ke), dan selemah2nya dalam hati. tapi di antaranya boleh menggunakan mulut berhujah dengan fakta. is it right pungkoq..
pihak mana pulak yg MENCACI islam ni pungkoq? kau faham apa maksud mencaci? adakah pihak yg mengatakan hudud itu kuno? yg mengatakan islam dan agama lain tiada yg terbaik di antaranya? yg menghina janggut dan serban nabi? yg mempersenda ayat2 allah mengatakan 'sup tangan'? yg menolak hukum quran kononnya tidak sesuai dlm masyarakat majmuk? yg mengharamkan yg halal dan menghalalkan yg haram? yg memcerca agama lain supaya islam juga dicerca?
atau yg cuma meminta sebidang tanah utk didirikan sebuah kuil atau tokong? atau yg cuma ingin belajar mengenai islam dan ayat2 allah?
yg MENCACI islam aku tentang dan lawan......how about u pungkoq?
terima kasih coz mengingatkan ttg adab berhujah.
puak2 munafik...korg xnk defend ke psl undg2 nafsu yg pemimpin2 korg laksanakan ni hahahaha...nk tgk sket sejauh mane mentaliti korg...hahahaha...
goku,
umno diasaskan berdasarkan perkauman. maka selama2nya lah mereka ini akan berpangsikan perkauman. dont worry goku, riwayat umno-bn akan no more and be end mcm senario politik jepun baru2 ni. kita akan berusaha bongkar segala salahlaku dan penyelewengan umno-bn dan akan berjuang dgn lebih gigih untuk menjatuhkan kerajaan zalim ni. dalam masa yg sama kepimpinan pr harus lebih tekun, telus, jujur dan amanah. kalau kita ikhlas insyaallah allah akan bantu..
Pemindahan kuil ke Seksyen 23 dibekukan: MB
SHAH ALAM: Cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 dibekukan sementara, sehingga lokasi lain yang lebih sesuai ditemui.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian pada sidang media di kediaman rasminya sebentar tadi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
seandainya hindu lebih bertoleransi selepas ni, sedangkan melayu islam berdemo kepala lembu, alangkah hinanya melayu yg memijak, meludah dan menendang kepala lembu tu....jika hindu pon berdemo jugak maka sama je lah melayu islam berdemo tu dgn hindu berdemo. 2X5.....
D.Azurah,
Kalau betullah Rais Yatim cakap macam tu. Berat tu...kekadang inilah rupanya pemimpin Islam yang lebih sangat tuntutan ilmu dunianya. Pegangan pemimpin umno yang sebegini, orang islam pulak tu amat merisaukan. Kalau tak reti agama tutuplah mulut tu. Teruskanlah dengan ilmu loyar buruk tu...neraka wel tengah tunggu tu.
Adakah sekarang PAS bersama JAIS,MAIS berani melaksanakan undang-undang islam tanpa tunduk kepada tekanan politik mana-mana pihak??
Najib: Umno is an Islamic party
Sep 10, 09 10:54pm
Prime Minister Najib Abdul Razak said Umno is truly an Islamic party although it does not use the 'Islamic label' in championing the cause of Islam and the country.
===================================
Comments......
Bagan Pinang...Bagan Pinang.
Hapuskan saja Undi Pos.Undi Pos inilah sebenarnya"hantu'.Aku pun tak faham dan betul2 tak faham..
Dalam Pilihan Raya Kecil diIjok kalau nak diikutkan Polis berapa kerat je?Undi Pos yg datang kononnya 'anak Ijok yang bekerja diluar'.Ini bermakna Undi Pos olih pasukan keselamatan,dihantar ketempat asal mereka?Layakkah anggota Polis mengundi secara Pos?Mereka ada MYkad sepatutnya kena daftar sebagai pemilih.Dulu kalau Zaman Tun Ghazali Shafei sebagai Menteri Dalam Negeri dan Tun Haniff Omar sebagai KPN,Pegawai dan anggota Polis hanya menggunakan Kad Kuasa manakala kad pengenalan mereka dilupuskan setelah menyertai pasukan bersenjata.Undi Pos sebenarnya tidak rahsia.Mereka bolih menyemak parti mana yang dipangkah dalam pilihan raya.Nasib tak baik,dari bertugas dicawangan trafik,ditukarksn kebahagian penjaga lokap kerana mengundi PAS.Alasannya pertukaran biasa kerana sudah lama berkhidmat disitu.Tapi tak ada la diberitahu kerana mengundi PAS...sendiri mau ingat la...
Kita sambang lagi Undi Pos..
Undi Pos..kita ambil Kuala Lumpur sebagai contoh.Terdapat banyak daerah Polis dalam KL.Antaranya Sentol,Cheras,Dang Wangi,Brickfeilds dan banyak terdapat balai dan pondok Polis dibawah balai2 tersebut.Dalam PU mereka mengundi diIPKKL dalam tempoh yang ditetapkan(mungkin seminggu)mereka datang secara berperingkat2.Karung2 kanvas tertulis 'N' (negeri) dan 'P'(Parlimen) tersedia dimana terdapat juga 'kawasan' seperti Bukit Bintang,Kepong,Seputih dan macam2.Dalam slip Undi Pos tertera serial no.Yang herannya,anggota tidak tinggal setempat.Ada yang tinggal Sg Besi,Keramat,Pantai dan tah mana lagi.Tempat tugas pun asing2.Tapi dalam slip Undi Pos telah tertera kawasan mana mereka kena mengundi.Ada yang bertugas sama tempat,tinggal pun sama tempat mereka kena mengundi kawasan berasingan.Hinggakan mereka bertanya sesama sendiri-kau kena mana?kau pula kena mana?Tak dihantar pun ketempat kelahiran atau tempat asal mereka kan?Kalau kawasan panas (pembangkang kuat,maka penuhlah kantong tu)
Nasib kaulah Bagan Pinang...tak bolih nak buat apa..Pilihan Raya kecil...nak buat macamana..?Kalau tak ada Undi Pos belum tentu nasib Pak Samad..Tapi,kalah PAS pun bermaruah..Macamana pun Tahniah dan Syabas kepada calun PAS.Kalah tak bererti gagal.Kuatkan semangat juang! Dalam PU nanti Undi Pos akan berpecah.Kalau sekarang pilihan raya kecil dibuat diRembau,memang kelaut calun BN!!!!!!!!!!
salam..........
Tak payahlah Kerajaan BN hemburkan perkataan hak asasi...hampeh semua tu!
Cuntohnya dalam satu2 kes perbicaraan kes jenayah atau dadah diMahkamah.Segalanya telah dirancang olih Pendakwaraya.Sebelum tarikh perbicaraan semua anggota dan pegawai Polis yang terlibat dipanggil olih pendakwaraya dan diberi taklimat.Segala keterangan yang akan diberi olih saksi(Polis)dizMahkamah telah dirancang.Tidak semestinya betul sepertimana yang berlaku ditempat kejadian.Perkara ini sebenarnya menyalahi undang2.Tanyalah pengamal undang2,..
Post a Comment