KETEREH, 21 Mei: Anggota Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong menjelaskan sejak peristiwa kontroversi membabitkan dirinya dicetus, kini beliau berasa lebih tenang dan bersemangat.
Beliau berkata, biar pun terus diserang, namun tidak mudah patah semangat untuk meneruskan perjuangan bersama rakyat.
“Apa yang mereka lakukan ialah untuk menghalang saya dari melaksanakan tanggungjawab. Ini memang boleh dilihat. Semasa saya bercuti, tidak ada cerita atau gambar atau khabar angin tersebar.
“Apabila saya pulang dan mengambil keputusan untuk menerima tawaran dari kerajaan Selangor, bermulalah serangan,” katanya Adun Bukit Lanjan itu ketika ditemui selepas ceramah di Taman Puspa, Kok Lanas, baru-baru ini.
Menurutnya selepas kejadian itu beliau tidak membaca blog-blog mengarut dan media konvensional yang cuba menyerang peribadinya. Oleh itu beliau mencabar pihak terbabit kalau beriya-iya mahu menentangnya tunggu pada pilihan raya yang akan datang.
Beliau juga mengakui sebagai anggota Exco wanita beliau sering terdedah kepada fitnah daripada pemimpin parti lawan.
Bagaimanapun beliau menghargai hubungan pimpinan Pakatan Rakyat yang terus menyokongnya ketika berada dalam tekanan baru-baru ini.
“Orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat boleh mendekati orang Islam, masing-masing mampu memahami antara satu dengan lain.
“Kita mahu menghormati orang Islam, memahami orang Islam dan belajar dari orang Islam,” katanya.
Beliau juga memberitahu amat menghargai nasihat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditimpa musibah.
“Tuan Guru Nik Aziz menasihati saya supaya jangan dendam, jangan dengki. Saya dengar, saya menerima nasihat Tuan Guru. Saya rasa ini nasihat yang amat tepat.
“Orang mengenakan saya, tapi saya tak dendam dan tak nak dengki juga, dan itu menyebabkan saya lebih tenang sekarang,” katanya.
14 comments:
Mengkritik dan memberikan pandangan berbeza dalam politik adalah tidak mengapa. Bahkan merupakan satu keperluan. Jika membabitkan hak rakyat, maka rakyat perlu dibela. Apatah lagi dalam ‘reka bentuk’ politik demokrasi yang diamalkan. Namun, memaki-hamun, mencerca, sehingga ada yang mencarut adalah bertentangan dengan syarak. Lebih buruk lagi ada yang mengutuk sifat peribadi orang lain yang Allah ciptakan seperti memperrsendakan ‘botak’, ‘hidung besar’, ‘mamak’ dan berbagai lagi. Makian, kutukan, sendaan itu dijadikan bahan ketawa yang ‘dikongsi dosa’ bersama pengikut dan penyokong.
Emmmmmmmmmmm......
YB Eli diharap belajar dari kesilapan anda.. Jadikan nasihat Tuan Guru sebagai Pedoman..
Ingat jangan disengat dua kali..
Belajarlah dari kesilapan anda..
Hati2 kerana anda di perhatikan oleh rakyat...Semoga berkhidmat lebih baik dan berubah kepada yang baik...
Nak tujukan kat siapa tu lembut..?
Boleh saja saya posting balik gelaran2 anda pada kami yang indah2itu..
Cakap tak serupa bikin..!
Tak dapat bertanding dapat tumpang komen pun jadilah ye..
apa2pun
PR cool je bertanding.. ha ha
jaam...
aku terpegon baca komen hang.. sejak bila hang jadi ustaz?? selalu dok kata kat orang ja... hehehe...
elizabeth tahniah kerana anda berjaya mengharungi pelbagai cabaran,serangan dan tohmahan dari pihak BN.teruskan perjuang anda untuk membela nasib rakyat kawasan anda khasnya dan rakyat selangor umumnya. ikutla segala nasihat yang diberikan oleh tuan guru nik aziz moga dapat memberi anda lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada rakyat.
salam semua...
supaya tiada lagi isu eli dan mengaitkan TGNA ni baginda nak bagitau secara terang berderang!
1) soalan media pada TGNA ~ APA KOMEN TGNA DENGAN PENYEBARAN GAMBAR BOGEL ELI?
TGNA jawab ~ PENYEBARAN GAMBAR BOGEL TU, ELI TAK BERSALAH, YG BERSALAH IALAH ORANG YANG MENANGKAP DAN MENYEBAR GAMBAR ITU...
2)KALAUlah ini soalan media - APA KOMEN TGNA TENTANG RAKAN PR, MISS ELI BERSETUBUH DENGAN MELAYU...
TGNA akan jawab @ baginda pun boleh jawab - bersetubuh tak kira melayu/cina/india yg bukan muhrim adalah salah di sisi agama... kalau hukum ISLAM sebat yang beragama ISLAM yang agama lain ikut lah cara mereka sendiri...
3) tapi MEDIA totoq UMNO dan Mr LEE memperbesarkan - Saya nak tanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz apa hukumnya orang yang belum berkahwin tidur bersama tapi Nik Aziz kata tak salah, inilah keadaannya sejak PAS kawan dengan DAP tidur dengan perempuan bukan bini pun boleh" kata Ali Rustam (bila die tanye soalan macam ni?)
4) MEDIA totoq UMNO juga memperbesarkan - GAMBAR BOGEL adalah sama dengan VIDEO BOGEL dan adalah sama dengan ELI PAKAI SINGLET... (bile pulak ELI berbogel nye?)
jelas semua kawan2? ini yang berlaku dan lain yg diperbesarkan...
Pergi mampos la korang juak juak PR.ELI tu dah kena dah dengan....
is
Semoga perkataan kamu tulis menimpa balik kepada diri kamu sendiri..mengucaplah siap2 kerana kamu meyumpah dirimu sendiri..
Syabas Eli,
Ikut Islam kamu selamat dunia akhirat.
Salam buat semua,
Pandangan Encik Jaam di atas amat saya sokonglah. Kalau boleh elakkan menggunakan gelaran-gelaran yang kurang elok pada seseorang di sini. Saya rasa, perbahasan dan penghujahan kita masih lagi relevan sekiranya kita menggunakan gelaran yang baik-baik, contohnya, 'Encik Zamri', 'Encik Nizar' dan sebagainya. Yang penting mauduk atau isu yang kita tekankan itu perlu jelas untuk di ketengahkan dalam perbincangan di sini. Jangan risaulah tentang kalah menangnya sebab di sini tiada panel hakim yang hendak memberi markah isi-isi yang kita sampaikan, tak macam pertandingan bahas di sekolah. Apa yang penting, bagaimana kita boleh memberi kesedaran kepada pembaca-pembaca blog ini tentang fakta yang kita hendak ketengahkan. Maknanya 'hakim' itu ada pada hati pembaca itu sendiri. Jika dia yakin dengan sesuatu hujah itu, dia akan berat kepada menyokong pandangan itu. Berhemah dan bersopan santunlah dalam meluahkan pandangan. Jika tidak bersetuju gunalah kata-kata yang elok, sebagai contoh.."Saya kurang setuju dengan pandangan saudara Jaam yang mengatakan bla..bla..bla, sebaliknya bagi saya tindakan pihak BN/UMNO itu adalah..bla-bla...bla.."
Saya rasa tak salah dengan cara itu. Malah, masih lagi dianggap santai berbual di dalam blog ini. Apa-apa pun ini sekadar cadangan saya saja. Teruskan penghujahan kalian semua. Semoga 'cool' semuanya...
Salam buat semua,
Nampaknya, kesan dakwah yang bijaksana, orang-orang bukan Islam sudah mula mendekati golongan ulama Islam untuk mendapat pandangan dan sebagainya. Semalam, seorang pelajar lelaki kristian berjumpa saya dan bertanya, "Adakah berdosa seorang kristian terbuka tudung rakan perempuan Islamnya, maksud saya adakah perbuatan saya itu haram." Lalu saya memberitahunya secara hikmah agar tidak terasa hatinya, "Dalam Islam hukum wajib, haram, dosa dan pahala itu hanya untuk orang Islam sahaja." "Habis tu, bagaimana dengan tindakkan saya tadi, adakah saya haram dan berdosa?" dia bertanya balik. "Itu terserahlah dalam agama awak untuk menghukumnya.."kata saya. Dia mengangguk faham. Ini sekadar nak berkongsi pengalaman...
BAGUS PESAN TOK GURU TU. KITA TAK BOLEH DENDAM TERMASUK KEPADA UMNO. YANG PENTING SKARANG. NEGARA MESTI PULIHKAN EKONOMI. KALAU DENDAM MACAMMANER NAK PULIH. JOM PULIHKAN EKONOMI KITA KAT SINI: $6.00 Welcome Survey After Free Registration!
eli,u will be judge on the judgement day.
is...bile lu nam mampos ekk...nyesal makbapak lu dpt anak perangai cam lu...bodo tak sudah
bagus YB Eli...sentiasa mintak nasihat dari Tok Guru...hati boleh tenang
Post a Comment