Wednesday, May 20, 2009

Selangor belajar dari Singapura untuk bangunkan sungai

SINGAPURA, 20 Mei: Kerajaan negeri Selangor akan menjadikan pendekatan Singapura membersihkan Sungai Singapura dan Kallang Basin sebagai projek contoh untuk pembangunan sungai di negeri itu.

Untuk itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengunjungi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong baru-baru ini.

Khalid juga turut berbincang dengan Lembaga Kemudahan Awam dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan untuk tujuan itu.

Dalam pertemuan dengan Lee, Khalid mempelawa kerajaan Singapura untuk turut sama melabur dalam projek pembangunan Sungai Klang yang dijangka menelan belanja RM50 bilion dan menyediakan peluang pekerjaan kepada 15,000 orang itu.

21 comments:

Unknown said...

Satu usaha murni oleh kerajaan selangor untuk menjadikan sungai sungai di selangor ni bersih dan dapat dibangunkan untuk kepentingan rakyat negeri selangor..Satu pelaburan besar bagi menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat selangor,Diharapkan sungai sungai di selangor akan kembali bersih dan airnya dapat digunakan utk keperluan kita semua.setelah berjaya dgn pemberian 20 meterpadu air percuma,tabung kelahiran dan kematian.tabung universiti,menunjukkan kerajaan pr selangor ni lebih baik dari kerajaan bn sebelumnya..

jiwakita said...

Satu usaha murni oleh kerajaan selangor untuk menjadikan sungai sungai di selangor ni bersih dan dapat dibangunkan untuk kepentingan rakyat negeri selangor..

.............................

PEMBAZIRAN WANG RAKYAT JIKA BN
YG RANCANGKAN.DAN PROJEK KRONI.
..............................
pemberian 20 meterpadu air percuma,tabung kelahiran dan kematian.tabung universiti,menunjukkan kerajaan pr selangor ni lebih baik dari kerajaan bn sebelumnya..

................................

KENYATAAN YG TIDAK BERPIJAK DIBUMI NYA.ADAKAH RAKYAT SELANGOR BUTA MATA
DAN HATI BETAPA LAGI BANYAK KEBAIKAN
KEMUDAHAN DAN BANTUAN YG TELAH DIBERI DAN DILAKSANAKAN CONTOHNYA
SETINGGAN DAPAT PENEMPATAN DAN PERUMAHAN YG LEBIH SELESA DARI
KERAJAAN BN YG LALU.

KERAJAAN PR MASIH KETINGGALAN JAUH
UNTUK MEMBUKTIKAN KEBAJIKAN YG DIWAR-WARKAN ITU.TIDAK DAPAT SAINGI
WALAU KUASA DIBERI.

PAPA GOMO said...

SALAM...
APA SUDAH JADI DENGAN KITA UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI???

SAMPAIKAN ADA PIHAK CUBA MENYERANG ISLAM.....

AYUH KITA SIAP SEDIA DALAM MENGHADAPI SERANGAN INI.

CUBAAN MENYERANG ISLAM DI TANAH MELAYU INI http://www.gomounited.com/2009/05/mmonoharamjadah-cubaanya-menyerang.html

Naruto Sensei said...

Jiwakacau

DILAKSANAKAN CONTOHNYA
SETINGGAN DAPAT PENEMPATAN DAN PERUMAHAN YG LEBIH SELESA DARI
KERAJAAN BN YG LALU.

----------------------------------
Salam..

Apakah saudara ini terang mata sangat sehingga nak menyamakan kerajaan yang berusia 51 tahu dengan kerajaan setahun jagung,

Nampak saudara tak meneliti dengan matahati sebaliknya menggulas dengan kakacauan yang melanda jiwa saudara...

Anda sememangnya tidak berpijak kepada dunia realiti yang berlaku disekeliling kita..Manakah laungan kerajaan BN lalu yang mengatakan Selangor Maju 2005 oleh Khir Toyo dahulu? Adakah Selangor sudah maju sekarang..?

Adakah laungan setinggan sifar telah berjaya kerajaan BN lalu capai, sedangkan masih lagi ada perkampungan setinggan di Selangor..Malah semasa kerajaan lama BN memerintah semakin banyak pula setinggan dibuka tetapi yang peliknya oleh Warga Asing pula.

Di mana pula Perumahan kos rendah, kenapa perumahan kos pertengahan dan Mewah banyak dibina dizaman BN, Adakah rakyat bawahan mampu memilikinya..?
Sedangkan Rakyat bawahan hanya mampu memiliki ramah pangsa kos rendah yang cukup rendah kualitinya.

Adakah itu pencapaiaan yang baik, diberi peluang selama 50 tahun pun masih gagal memberikan air percuma, gagal mencarumkan sesuatu demi kebajikan rakyat.Apa yang kerajaan BN lakukan sehingga Selangor yang sepatutnya sumber airnya banyak tetapi rakyat pula terpaksa membayarnya, sedeangkan Keistimewaan pula BN berikan kepada Syarikat Syabas untuk mengurus dan membolott pula keuntungannya.

Lihat sahaja gaji Pengerusi Syabas memang tak masuk akal sehingga beratus ribu sebulan, sedangkan rakyat terpaksa pula membayar pula harga air yang sumbernya Allahswt anugerahkan pula secara percuma kepada Selangor. Bagus inilah keadilan BN ..Tak cukup memperbodohkan rakyat pula..

Lihat perubahan setahun PR di Selangor cukup banyak bayangkan jika prestasi ini dikekalkan sehingga 50 tahun. bayangkan pula kemajuan yang di capai dan terbelanya nasib rakyat di negeri Selangor...

Kepada Jiwakacau kalau nak membandingkan sesuatu biarlah setara..apakata anda dan ahli2 UMNO yang lain memenangkan PR untuk 45 tahun lagi.Barulah masa itu anda layak menilai prestasi kerajan BN dan PR yang mana lagi hebat..

Apa2 pun

PR cool je bertanding..

Naruto Sensei said...

GOMO..!

Tak payah la nak meracuni pemikiran orang, HINDRAF tu marah dengan UMNO dan BN sahaja ..

Korang MelayuUMNO yang cari pasal korang jawab lah sendiri...

Dah robohkan kuil ,lepas tu tangkap mana hindraf tu tak marah.. lagi pun dia marah kat UMNO saja bukan marah pada melayu Islam jangan nak jadi batu apilah ..orang tak tahu cerita bolehlah anda menipu...

Tak sudah2 menyebar fitnah...

Apa2pun

PR cool bertanding...ha ha ha

Unknown said...

Lari kesini pula jiwakacau ni..fakta2 rambang dia tadi pun tak dihuraikan dgn bukti dan contoh yg jelas..
Memang kita akui kerajaan PR ni tak dapat menandingi Kerajaan BN dulu dalam memakan rasuah..rumah wakil pun tak besar dan tak semewah yg dimiliki oleh exco BN..kita pun tak sanggup menghalau penduduk setinggan ke rumah2 flat yang sempit dan dibebani dengan bermacam macam bayaran..selesakah,cuba ko tinggal..dan operasi penghapusan setinggan ni pun masih ada yg tdk dapat rumah gantian kerana masalah pinjaman bank..Ada yang merempat,menumpang dan menyewa ditempat lain..bukalah mata dan lihat corak kepimpinan yang baru ni..Kalau tak sesempurna mana pun,mereka dalam proses pembaikan dari masa ke semasa memandangkan baru berusia setahun lebih..apa apa pun,kita cool kerana mendapat pemimpin yang dekat dihati rakyat ..segala masalah senang diajukan kerana wakil rakyatnya sentiasa turun kebawah..

Unknown said...

Tambah sikit lagi..apa apa pun kita tak sanggup merobohkan surau dan kuil kuil kaum lain..kita nak semua kaum bersatu padu dan telah dapat dilihat sekarang ni hasilnya...dan juga kita tak sanggup menghadiahkan penyapu kepada pihak yg gagal menjalankan tugas..hu hu hu..dah kena gantung dia tu,tak bleh masuk dun setahun..huk huk huk cool je kat luar..hu hu

Naruto Sensei said...

Sg Buloh : 2 hari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan iaitu pada 11 September 2007, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khir Toyo sekali lagi menunjukkan 'belang'nya dengan merobohkan rumah rakyat di Jalan Hospital, Sg Buloh. Jelas Khir Toyo langsung tiada kasihan belas kepada rakyat kerana rumah yang mereka roboh antaranya dipunyai oleh orang-orang tua bekas pesakit kusta dan lain-lain.

Salah seorang mangsa adalah Pakcik Ahmad (gambar) seorang OKU yang cacat tangannya. Rumah(pondok) yang dirobohkan itu adalah satu-satunya kediaman untuk beliau tinggal dan pondok yang ada itu pun bila-bila masa akan menyembah bumi. Menurutnya Pak Cik Ahmad, pada tahun 2004, rumah-rumah di kawasan tersebut pernah sekali dirobohkan.

Seminggu sebelum dirobohkan bekalan air dan api dipotong di mana ada pesakit kusta yg tinggal di kawasan rumah tersebut meninggal dunia kerana masalah bekalan air.

Sebahagian mangsa terpaksa tinggal dalam khemah kerana tidak mampu tinggal di rumah kerajaan. Lebih-lebih kebanyakan mereka suami isteri tiada pekerjaan tetap dan tidak ada slip gaji bagi membolehkan permohonan rumah yg disediakan itu diluluskan oleh pihak bank.

Tinjauan kami mendapati ada di kalangan mangsa adalah orang tua, kanak-kanak dan bayi yang berumur 2 bulan. Di manakah mereka berteduh dari panas terik dan hujan ribut. Mujur juga PAS Kawasan Subang bertindak cepat mendirikan khemah-khemah sementara itu mereka berteduh.

Inilah kezaliman kerajaan Umno Islam Hadhari tanpa mengira kesengsaraan rakyat. Sepatutnya pihak kerajaan mesti bertolak ansur dengan rakyat yang dhaif ini sedangkan dengan BABI DI MELAKA MEREKA BOLEH BERTOLAK ANSUR. TIDAK ADA SEEKOR PUN BABI YANG DIHALAU DARI KANDANGNYA.

Di saat kedatangan Ramadhan sepatutnya Khir Toyo mesti insaf dalam keadaan bulan baik ini supaya tidak mabuk kuasa dengan bertindak sesuka hati merobohkan rumah rakyat. Ini bukan kali pertama kerajaan Khir Toyo meroboh rumah rakyat. Sebelum ini penduduk Kg Berembang dan lain-lain juga menjadi mangsa kekejaman kerajaan Selangor.

Naruto Sensei said...

Tontoya

My fren
Salam..

Lega sikit malam ni boleh lawat2 blog lain kalau tak nak melayan puak bebal ni je..

Diorang dah malulah tu...

Apapun

PR cool je bertanding...

masjid tinggi said...

Naruto Sensei dan tontoya...aku sokong pendapat hampa berdua.

Pakatan Rakyat baru memerentah tak sampai setahun dah banyak membuat perubahan untuk rakyat tanpa mengira parti mana mereka anuti.

Ini lah gentlemen nama nya.

Kalau nak perbandingan biar lah apple to apple. Baru adil.

Jangan banding kan UMNO / BN yang dah memerentah 50 tahun dengan Pakatan Rakyat yang baru tak sampai setahun. Itu pun PR dah banyak mambuat perubahan perubahan untuk kepentingan rakyat jelata.

Itu lah orang yang tidak tamakan kuasa cara berkerja memerentah.

Unknown said...

wassalam naruto...memang diorang ni malu bila parti dia dah jadi penakut nak berlawan di penanti..banyak alasan yg diberi tidak munasabah..malu kot mereka ni nak mengaku ahli umno..apa pun selepas PRK nanti,kalo PR menang,kita tak boleh nak mengata kat orang umno lah..sebab mereka tak bertanding..itu lah taktik umno ni kot..
Kisah di sg buloh di zaman khir toyo yang ko paparkan tu cukup bagus utk dijadikan bukti betapa zalimnya semasa era bn dulu di selangor..Banyak puak2 umno yg bodo bodo ni cuba memperlekehkan kerajaan PR di selangor dgn membandingkan semasa dibawah BN.Kita kena berikan fakta mengenai kegagalan BN dahulu yg telah gagal mengurus tadbir negeri selangor dgn baik sehingga dijatuhkan rakyat...Pakatan rakyat tetap cool je..khir toyo yang gelabah sekarang ni..tapi hairan dgn sprm membiarkan saja dia walaupun bukti telah disertakan..mereka berminat pada lembu sahaja...kita tetap cool kerana kita tak bersalah..

Naruto Sensei said...

Tontoya My fren

kes lembu dengan kereta MB pun nampak dah senyap dah apasal tak dakwa2 lagi nih...takde bukti ke SPRM..?

PR cool je bertanding..

dewatawanberapi said...

hoi...gay 2 ekor

kalau kau 2 nak sembang...sembang dalam kelambulah...

dah takde orang tu baik kau 2 orang buat projek...tak de orang nak ganggu...hihihihihihihi

Unknown said...

Salam buat semua,
Belajarlah dengan sesiapa pun andai ilmu itu bermanfaat untuk kita. Semua ilmu itu datangnya daripada Allah yang Allah agih-agihkan kepada semua manusia tak kira bangsa dan agama. Maka tak hairanlah ada ungkapan "Tuntutlah ilmu itu hingga ke negeri Cina".
Membangunkan sungai merupakan salah satu usaha kita sebagai khalifah di bumi ini untuk memakmurkan alam sekitar dengan lebih baik dan terancang. Manfaatkan kemudahan alam yang Allah sediakan untuk kebaikan semua.

Naruto Sensei said...

mat gerento

Alhamdulillah semoga tangan anda yang menulis tuduhan kotor tu mendapat balasan Allah...

Tak dapat bertanding, dapat tumpang buat fitnah di siasah ni pun jadilah ye....

Budak bawah umur mana boleh mengundi dik... pergi main jauh2...

Apa2pun

PR cool je bertanding....

JEBAT tak DERHAKA said...

salam semuer...

aku tak paham ler, masih ada org nak memperlekeh usaha kerajaan negeri selangor, untuk membersihkan serta menjernihkan sungai2 kat selangor...

tak baik ker usaha tuu???

bersih, jernih kan sesuatu yang indah.

sungai2 kat negeri lain bersih sangat ker??

fik017 said...

naruto & tontoya,
teruskan komen anda.


apa2 pun..
aku sentiasa cool je..

salam.

Unknown said...

Indah sungguh bahasa orang umno seperti mat gerento@kelentong ni...orang kecewa le katakan.dah malu ngan parti penakut umno ni.apa apa pun biarle dia nak kata apa pun..kita boleh balas dengan lebih lagi..tapi kita taknak menambahkan lagi kekecewaan dihati dia..kita cool aje..

Naruto Sensei said...

Tontoya

Betul,betul,betul

Jangan ikut perangai buruk mereka..Kita teruskan sikap cool kita, biar depa yang meroyan disini..orang tengok komen2 mereka.

Biasalah Parti kalau dah teruk ahlinya pun terikut sama...

Diaorang tak dapat bertanding, dapat tumpang buat fitnah di siasah ni pun jadilah ye....

Apa2pun

PR cool je bertanding....

jiwakita said...

salam..naruto,

Selangor tak maju?anda masih dizaman 80an kot?

Setinggan sifar boleh dicapai jika
BN masih memerintah Selangor....
kekangan lalu kerana ada pihak dari anda nak jadi jaguh pertahankan
setinggan dan tanah yg diduduk secara
haram.

nak berumah yg lebih baik(murah,mahal dan mewah)..warga akan mengukur baju sendiri.tak salah
membina rumah berbeza bentuk dan harga.

air percuma berpilih...warga dapat
merasa semua ke?anak syarikat negeri
pegang ekuiti- dapat laba,masih ada
warga dinafi kebajikannya....

memang sumber dan galian Allah anugerahkan...datangnya hasil tidak percuma..RM masih di balas dengan RM
barulah RM membawa kepda pembangunan.

Kemenangan rakyat bukan terletak kepada siapa yg memerintah tetapi
kemenangan rakyat muktamat terletak
pada kesanggupan pemimpin tepati semua janji...

janji madu...gula2 jua yg diberi!

Naruto Sensei said...

jiwakita

salam..

Maju sampai nak beri air percuma pun susah ye, Maju sampaikan nak bukakan akaun untuk rakyat pun payah ye, Maju bila peluang kerja pun terpaksa bersaing dengan warga asing.. nasib baik kerajaan PR kenakan cukai setiap pekerja asing,
kalau tak lebih banyak RM menyeberangi lautan Malaysia.

Sedap je cari makan tetapi duit hantar bulat2 ke negara masing2 tanpa cukai. Ada BN kisah benda ni semasa zaman mereka..?

ha ha macam mana ye setinggan warga sendiri boleh dihambat dan dihalau setinggan warga asing bebas pulak.. kenapa jadi begitu..?

Nak mencapai matlamat bukan menghalalkan cara kenalah menjaga kebajikan juga bukan menghalau lepas tu lepas tangan.

Ada pula tu pampasan yang diberi langsung tak menjamin masa depan penghuninya..menjamin kepentingan syarikat besar itu sudah kemestian BN. kalau tak takkan KG Berembang sampai penghuninya ditipu pula..
Apakah setinggan yang dihalau tu bukan warga Selangor..?

Memang tak salah membina rumah bentuk dan harga berbeza tetapi menjadi masalah jika pilihan lebih banyak yang tak mampu dari mampu..lihat sahaja projek perumahan diZaman BN kawasan manakah yang banyak sangat perumahan kos rendah..?Semuanya di zaman Tun Razak dan Hussein On dah pun penuh yang kosong sekarang..?

Yang banyak dibina hanyalah kos sederhana dan mewah yang pasti mereka yang mengukur baju sendiri adalah kebanyakkannya orang kos rendah..jawapnya tak mampu..!

Air untuk semua rakyat tetapi dibawah 20 meter padu, kalau berniaga kenalah cukainya sebab mendapat untung berkali-ganda .

Memang Anugerah itu percuma sahaja cumanya RM untuk kos mengurus sahaja, Tak salah sedikit bayaran dikenakan tetapi yang salah mengaut untung berlipat ganda rakyat pula menderita tertekan.

Sedangkan Bos syarikat gaji beratus ribu adilke..? Sebab tu cadangan diambil alih jika tak kerana halangan Pusat sudah pasti bukan 20 meter padu lagi percuma. malah ditambah lagi dan selagi PR memerintah adalah percuma.

Selangor negeri yang kaya banyak sumber hasil negeri kalau dah pandai mengurus sudah tentu lebih gemilang lagi.

Kemenangan rakyat bukan terletak kepada janji sahaja.Kemenangan rakyat terletak kepada kerajaan yang menjamin Kebajikan dan masa hadapan mereka. Bukan semasa pilihanraya berjanji lepas tu langsung tak nampak hasilnya, yang nampak hanya kroni semakin kaya rakyat makin tertekan. Pemimpin pula berumah mewah 19juta..!


Janji bantu rakyat, yang dapat untung, kroni jugak..!

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...