Monday, May 4, 2009

Mujahid sedia tanding naib presiden

KEPALA BATAS, 4 Mei: AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berkata, beliau sedia bertanding untuk jawatan naib presiden PAS jika ada pencalonan untuknya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agong PAS kawasan Kepala Batas bagi kali ke 31 yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Bakau Tua, Penaga, Kepala Batas.

Mujahid disebut-sebut sebagai salah seorang calon yang sesuai untuk menggantikan Salahudin Ayub sebagai ketua pemuda PAS.

Menurut Mujahid, beliau sudah lama meninggalkan exco Dewan Pemuda PAS.

Oleh kerana itu agak sukar bagi beliau untuk kembali menerajui kerusi tersebut yang akan dilepaskan oleh ketuanya yang ada.

"Namun begitu sekiranya ada pencalonan bagi saya meneruskan khidmat sebagai naib presiden maka saya akan menerima pencalonan tersebut.
"Tapi itu bergantung kepada pencalonan yang diterima apabila berakhirnya mesyuarat agong kawasan-kawasan tidak lama lagi," katanya.

4 comments:

jaam said...

Isu pokok ialah prestasi. Bukannya soal kepimpinan ulamak atau profesional. Ada ulamak lembab. Ada profesional lembab. Ada ulamak tergila-gila nak berpakat dengan Umno. Ada profesional yang mabuk kat Umno.

Itu sahaja. Prestasi!!!!

Aku minta mana2 PAS Kawasan yang belum mesyuarat tu, calunkan lah Mujahid nih.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Yang nak ganti Timbalan Presiden tu bukan kerana benci kat Ulamak. Yang sokong orang lain bukan kerana dia profesional. Isunya nak cari calun yang boleh melonjakkan nama Pas dalam persada politik Malaysia. Senang aja bib. Tak perlu sangat nak berfalsafah soal kepimpinan. Ha ha.

Kalau ikut huraian Ustaz Idris Ahmad, payah rasanya nak cari ulamak dalam Pas. ha ha.


Baca di sini.
http://keraspedal.blogspot.com/2009/05/pengertian-ulama-dan-ciri-ciri-ulama.html

jab sp said...

amat mengkagumkan.budaya umno-pkr telah meresap dalam PAS.kalau dulu budaya menonjol diri tidak begitu terserlah,kini ia ibarat wabak.
walau pun taraf kepimpinan hanya layak untuk jadi jurucakap kampung,sikap aku amat layak untuk memimpin parti menyebabkan setengah individu lupa melihat cermin sebelum keluar bilik untuk memberi sesuatu kenyataan.
ditambah budaya syok sendiri atas ulasan membodek bloger berbayar,kesan negatif tidak difikir sama sekali.andai kata ditegur ,tanpa segan silu akan betandang ke media hakprak untuk memberi ulasan.
lebih malang ada yang betul betul meniru konsep umno-pkr dalam menentu diri kekal sebagai pemimpin kampung sebelum menunjul diri keperingkat yang leboh tinggi.
amalan menidak pencalunan percabar telah dipraktikan,perwakilan hantu juga dibenarkan.

Unknown said...

Elok juga dirasakan kalau ust mujahid nak bertanding naib presiden.Dia boleh memantapkan kepimpinan ulama.Pertandingan didlm pas adalah satu amalan biasa semenjak dahulu lagi.Cuma skrg sengaja digemburkan oleh pihak lawan utk memecahbelahkan pas.Dari mana dtg nya istilah endorgan pun tak diketahui.Umno yg menggelarnya,sbg yg pro kpd anwar.Tujuannya agar pas berjaya dipecahkan dari pakatan rakyat.Itulah matlamat mrk selepas pru12,dgn taktik mengajak pas bergabung dgn umno.Ttp pas takkan termakan dgn muslihat umno ini.TG Nik Aziz seorang yg berpengalaman dpt membaca permainan umno.Beliau bersama2 Datuk Asri yg pernah menyertai BN,masih tdk dpt melupakan penipuan yg dilakukan pada 1973.Stelah berjaya mengucar kacirkan pas,parti pas ditendang keluar dari bn pada akhir 1977 dan merampas kelantan setelah mengistiharkan darurat keatas negeri itu.Skrg taktik tersebut cuba dimainkan semula.

faizalzainol said...

saya rasa Dr. Mujahid lebih sesuai bertanding Ketua Pemuda PAS Pusat,

Dr. Mujahid tidak dilihat perlu utk mengisi jawatan Naib Presiden, sebaliknya perlu untuk jawatan Ketua Pemuda PAS untuk meneruskan kesinambungan PEMERKASAAN kepimpinan Pemuda PAS, BELIAU LAYAK!

posisi Naib Presiden kita serah kepada Ir Nizar, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Ahmad Awang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...