Wednesday, May 6, 2009

Lebih 200 peguam berhimpun bantah tangkapan lima peguam

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Bermula dari beberapa orang sahaja, akhirnya lebih 200 peguam menghitami lobi komplek mahkamah Jalan Duta pagi ini bagi membantah penangkapan lima rakan mereka semasa menjalankan tugas.

Lima rakan peguam mereka, Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar ditangkap polis semalam ketika membantu mereka yang ditangkap kerana mengadakan vigil untuk Wong Chin Huat yang ditangkap sebelum ini.

Turut berada di perhimpunan tanpa dirancang pagi ini adalah Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan dan beberapa peguam kanan termasuk Haji Sulaiman Abdullah, Tommy Thomas dan Ranjit Singh.

Mereka menunggu ketibaan kelima-lima peguam yang ditangkap itu yang dijangka akan dibawa ke situ untuk permohonan perintah reman oleh polis.

Usaha polis untuk menyuraikan mereka mendapat tentangan sengit dan polis terpaksa berundur.

Mereka kemudiannya bersurai kira-kira jam 11.30 pagi selepas diberitahu kelima-lima peguam itu akan dibebaskan dengan jaminan polis.

17 comments:

jaam said...

HA..HA...HA.

PEGUAM PUN TAK BOLEH PAKAI...
KEKADANG TUH!

PUTAR2...
YANG PENTING MENANG.

Mesra Sokmo said...

Polis heret keluar Sivakumar satu jenayah!
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Thu | May 07, 09 | 6:40:25 pm MYT
Kurang daripada dua bulan setelah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, Najib sudah menggadaikan slogan beliau sendiri, "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Kini amat jelas bahawa slogan itu hanya suatu gimik politik, dan beliau tidak menghormati rakyat langsung. Apa yang dilakukan oleh wakil-wakil BN pagi tadi merupakan satu konspirasi terpendam dan berbahaya yang dirancang oleh Najib untuk memusnahkan demokrasi di Negeri Perak.

Lagipun, penggunaan mahkamah dan polis untuk campur tangan dalam hal ehwal di bawah Dewan Undangan Negeri adalah jelas suatu percanggahan doktrin pemisahan kuasa yang diiktiraf oleh setiap kerajaan demokratik.

Malah, tindakan membawa masuk polis ke dalam dewan untuk mengheret keluar Speaker V Sivakumar adalah satu perbuatan jenayah.

Persidangan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini adalah sangat memalukan dan merupakan titik hitam yang terbaru dalam politik Malaysia. Rakyat negeri Perak telah memilih wakil-wakil mereka dalam bulan Mac 2008, tetapi Umno-BN tidak mengikut peruntukan Perlembagaan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah.

Rakyat negeri Perak tentu akan menuntut Najib untuk bertanggungjawab di atas peristiwa hitam dalam sejarah negeri itu.

* Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat

anonymous said...

PAS harus kekalkan dan jaga nama baik nya. Jangan bertindak keterlaluan. PAS cuma ada 6 kerusi sahaja dalam DUN negeri Perak.

DAP sangat bijak, walaupun mempunyai lebih banyak kerusi, mereka mendiamkan diri sahaja dan biarkan PAS/PKR nampak memberontak.

Sekarang PAS lebih nampak tidak setia dan patuh terhadap Baginda Sultan. Orang melayu yang sedar sudah bertambah ramai akan menolak PAS.

Demi bangsa agama dan negara PAS harus berkorban dan bersatu memerintah dengan BN/UMNO di negeri Perak.

Sebagai contoh buruk perangai DAP di P Pinang, walaupun PAS ada 1 kerusi DUN tetapi telah di pinggirkan.

Jika PAS tinggal kan DAP hamba rasa sokongan melayu/Islam terhadap PAS makin bertambah ramai di seluruh negara.

Mehzalan Saran said...

Jaam , semoga Allah mengampunkan dosa saya dan kamu.....

Naruto Sensei said...

salam?

Kenapakah Polis sering bertindak di luar batas undang2 yang ditetapkan..

Bukankah Peguam yang ditahan itu tiada apa2 kesalahan pun malah ingin pula nak memberi khidmat Guaman percuma..

Janganlah Polis seringkali menjadi pemenang pihak yang takut nak bertarung secara adil dan saksama..

Kenapa perlunya menyekat dan menangkap rakyat sendiri yang belum pun membuat apa2 kesilapan pun malah kebanyakkan yang ditahan kebanyakkannya orang yang tak berdaya..Senjata pun tiada yang ada senjata sulit sahaja..

Sepatutnya rakyat dibenarkan memerhati perjalanan DUN tersebut dengan bebas dan dengan kawalan Pihak Polis bukannya menangkap dan menghumban mereka kedalam lokap..

Ingatlah wahai anggota polis lokap atau penjara bukanlah tempat untuk rakyat yang tak bersalah tetapi adalah tempat untuk penjenayah yang mengancam kaamanan negara seperti Warga Asing yang jahat,Perompak ,Perasuah,Perogol dan Pembunuh... Jangan samakan taraf rakyat yang tak bersalah setaraf penjenayah ini...

Fokuslah pada tugas anda anggota polis kerana jenayah di negara kita dalam keadaan yang amat membimbangkan.. ketenteraman negara sekarang diperkotak katikkan oleh
penjenayah2 ini dan Warga asing yang sudah tidak takut membuat onar dibumi tercinta ini...

Jaga keamanan negara dari jenayah bukan jaga hal-ehwal politik negara.. Biar ahli politik yang selesaikan masalah politik negara sendiri...

Wassalam..

PKR Negeri Sembilan said...

Umno/Bn lebih teruk drpd penjajah British...Umno adalah penjarah hak rakyat...

mymz said...

salam...

cadangan...ape kte kite kurangkan perhimpunan,...kita buat kerja...kita bantu orang..kadang2 tu ade gak orang yang akan ambil kesempatan disebalik perhimpunan tu...matlamat org yang anjur tu mungkin baik ..tapi bila ade agenda yang tersirat tu yang sedih...pada pandangan sye la...

Naruto Sensei said...

mymz saudaraku!!

Memang saya setuju.. kadang2 ada sahaja orang yang kita tak tahu apa tujuan dia menyertai perhimpunan tersebut...itu yang kadang2 yang aman menjadi kacau apabila adanya pihak yang tak bertanggungjawab membuat provokasi..

Tetapi kita sebagai rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman..Ianya telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan yang kita semua Patuhi..

Problemnya simple sahaja..jika ada apa permasalahan rakyat kerajaan harus bertindak segera..

Janganlah sampai menimbulkan rasa tidak puashati rakyat..Rakyat hanya meluahkan sahaja rasa tidak puashati mereka.. dan tak salah sebab perbezaan pendapat itu adalah perlu untuk menyuburkan sistem Demokrasi yang kita amalkan..

Malah jika berhimpun pun, Polis bolehlah memainkan peranan dengan mengawal himpunan tersebut supaya berjalan dengan lancar dan aman...Masalah yang berlaku sekarang rakyat dihalang malah ditangkap pula ..

Sudah tentulah akan menambah kebencian rakyat kepada pihak berkuasa sampaikan himpunan yang sepatutnya aman akan bertukar menjadi kacau kerana rakyat juga mempunyai kesabaran yang terhad..

Kita lihat dinegara2 luar yang maju seperti di Jepun, Amerika ataupun di London mereka bebas berhimpun secara aman malah Polis disana begitu Profesional menjalankan tugas dengan mengawal perhimpunan tersebut sehingga begitu aman sampai tamatnya himpunan itu
dan rakyat berpuashati hasrat mereka dapat diluahkan..

Sudah tentulah rakyat berpuas hati kerana mereka berjaya meluahkan apa yang ingin mereka sampaikan..

Walaupun kita lihat kadang2 perkara yang nak diluahkan adalah rasa tak puas hati kepada kepimpinan negara mereka..

Jadi disini lah kerajaan harus bersikap Profesional dan mendengar luahan hati rakyat..kerana rakyat akan hormat sesebuah kerajaan yang berani mendengar luahan hati rakyat!!

Sebenarnya Demokrasi itu cantik jika kita benar2 menghayatinya..

Pemimpin yang tak mahu mendengar luahan hati rakyat yang tak sehaluan dengannya malah lebih suka dipuji dan di puja maka pemimpin seperti itu hanya akan menunggu masa kejatuhannya..

Dan harus kita ingat rakyatlah yang melantik sesebuah kerajaan. Maka kerajaan harus mendengar dan memenuhi kehendak rakyat kerana dalam Demokrasi rakyat adalah Tuan..


Wassalam

mymz said...

ada pro dan kontra sdr....betul gak ape sdr bagitau...mudah..settle masalah sebelum rakyat bertindak...tapi kalau perhimpunan yang mendtgkan masalah yg kesiannye..peniaga2 melayu kite kt tepi jln..,pemilik teksi bumiputera kite payah nak carik rezeki...sye teringat mase hindraf buat perhimpunan...yg paling sye kesian tgok peniaga2 kte kt tepi jln tu tpakse tutup kedai..byangkan tu jelah cre dia org carik rezeki...

mymz said...

sya bersyukur sangat2 kerana perhimpunan aman atau perhimpunan haram tak berlaku di Sarawak...alhamdulillah rakyat Sarawak...kita harus kekalkan budaya sihat seperti ini...kalau nak berhimpun biarlah dengan aman tanpa ada kerosakan pada harta atau nyawa...kerajaan yang memerintah laksanakan janji2 kepada rakyat sebelum rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan...

Unknown said...

Salam,

Saya ada berborak dengan pegawai atasan (bhg pengajian) Universiti,antara dailognya;

....(menegur saya) Amacam diPerak?...(Soalan Sindir!)

Saya,....dah jadi kelamkabut! itulah akibat tak ada majoriti banyak!(nak jaga hati..prof)

Kata dia..."Tak apa,sekarang dah nampak ok...BN dah dapat balik "Speaker Dewan"....Aku bukan apa,aku tak suka si India tu....aku tak boleh pandang dia,suka buat "Besak Kepala",orang India kalau ada jawatan ,suka besak kepala!

Kata Saya.(dalam loghat Penang)....Dak aih,..depa ....lantik tu pasal dia ada kebolehan , ada ketokohan dan juga ada pelajaran...saya rasa dia layak, sebab itu depa lantik.

Kata dia..."apa pun aku tak suka sebab dia orang "India"...

Saya jawab...BN lantik nama apa ye?(saja buat tanya...la)

Kata dia..."Tak tahu lak saya, janji BN tu orang Melayu"

Kata saya..."Saya dengar namanya Ganeson...tak tahu pulak bangsa apa?...(saja perli)
Kawan saya yang ada disebelah hanya tersenyum!!

Ada juga bijak pandai ...yang diperbodoh akibat,,tidak mau ambil berat terhadap isu semasa!
Mereka ini dikongkong mindanya..IPT tak dibenarkan berpolitik.....???

Unknown said...

assalamualaikum...
pihak editor..
anda menanggung dosa sume org yg menghantar komen..
sbb anda mmbenarkn kata2 keji disini..
anda tidak mengambil tindakan atas org yg memberi komen dgn menggunakan kata2 keji..
maka anda snggup menanggung dosa mereka sume..

Naruto Sensei said...

Aurora

siapa anda hendak menghukum orang dalam siasah ini ...? anda tak berhak suruh orang menanggung dosa sesiapa pun.. semua nya tanggungjawab manusia masing2..

Tolonglah ulas kalau ada idea yang bernas bukan seperti begini yang terus menghentam dan menghukum seseorang....

maaf jika terasa

wasalam

Bujang_AlFongsuri said...

bodoh siaq aurora ni..
da mcm belangkas

nwo_wolfpac said...

Hi, Naruto.
aku sokong hujah hang 200%.Ini dikatakan akai PAKATAN RAKYAT,kalau geng BN/UMNO main hantam je tak guna otak.Naruto hang habaq mai hang dok mana?Lain kali kot kot lah aku lalu kat tempat hang, aku belanja makan.

HIDUP NARUTO
HIDUP PAKATAN RAKYAT

Naruto Sensei said...

nwo_wolfpac Sahabatku..

Semoga sahabatku sihat sejahtera!!

Terima Kasih kerana menyokong saya.. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga..

Kata2 Mutiara!!Untuk kita warga PR semua..

"Jangan bicara tentang perjuangan jika takut dengan risiko.." Anwar Ibrahim..

Wassalam...

meon_peon said...

HA..HA...HA.

PEGUAM PUN TAK BOLEH PAKAI...
KEKADANG TUH!

PUTAR2...
YANG PENTING MENANG.

TERUTAMA SKALI GANI PATAIL TU...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...