Wednesday, May 20, 2009

Husam tarik diri?

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dikatakan bimbang dengan trend kempen dan laporan media sekarang seolah-olah PAS berpecah kepada dua kumpulan ulama dan profesional.

Jika beliau kalah, masyarakat akan beranggapan profesional ditolak dan jika beliau menang seolah-olah ulama pula ditolak.

Apabila ini berlaku, ia tidak baik kepada parti.

Laporan penuh Siasah Jumaat ini.

7 comments:

Unknown said...

Syabas Datuk Husam kerana meletakkan kepentingan Parti melebihi kepentingan diri...

Unknown said...

Salam untuk semua,
Semoga tindakan Husam ini membawa seribu hikmah. InsyaAllah.

nazar Akmal said...

biarkan mereka memberi komen...
baca dan buat2 xtau...
makin dilayan,dengan kita sekali menjadi bodoh..
hujah kelakar dgn mengatakan cool aje.. betul ke cool..
setiap hujah mesti bersifat ilmiah,bukan bersifat warung kopi..
wallahu a'lam..

Unknown said...

Salam untuk semua,
Sekali-sekala seronok juga baca hujah yang bersifat "warung kopi" sebagai sketsa dalam blog ini. Hehehe..Selepas kita letih baca yang bersifat ilmiah, sketsa 'warung kopi' ni untuk merehatkan minda. Setuju tak En. Penyet? Tapi asalkan tidak guna bahasa yang melampau-lampau le..

Unknown said...

Salam untuk semua,
Sekali-sekala seronok juga baca hujah yang bersifat "warung kopi" sebagai sketsa dalam blog ini. Hehehe..Selepas kita letih baca yang bersifat ilmiah, sketsa 'warung kopi' ni untuk merehatkan minda. Setuju tak En. Penyet? Tapi asalkan tidak guna bahasa yang melampau-lampau le..

supir said...

Mengapa pulak D'Husam nak tarik diri? Jangan beri alasan kerana terdapat 2 golongan dalam parti PAS membuatkan beliau hendak tarikh diri dari pertandingan jawatan Timb. Presiden PAS. Kepimpinan PAS telah menjelaskan bahawa tiada 2 golongan yang berlainan dalam PAS.

Adakah kerana D'Husam terasa peluangnya untuk menang terlalu tipis selepas pelbagai pendedahan yang dibuat di Kelantan mengenai perangai pemimpin PAS Kelantan yang menggunakan pendekatan rasuah bagi memenangi calun mereka bagi pemilihinan peringkat PAS kawasan? Kenyataan terbuka oleh Yang Dipertua Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato Muhamad Daud Iraqi mengenai rasuah ini mendapat perhatian dari seluruh ahli-ahli PAS. Masakan kenyataan sedemikian oleh seorang yang bertaraf ulamak boleh dipandang sepi oleh ahli-ahli PAS?

Dari segi perjuangaan PAS, siapa lebih hebat diantara Dato' Asri dengan Dato' Husam? Kalau Dato' Asri pun gagal membawa arah tuju PAS di persada politik tanahair, adakah Dato' Husam mampu? Dato'Asri menggunakan 'pendekatan rasuah' semasa memimpin PAS yang mana melantik individu-individu tertentu yang rapat dengannya dengan pelbagai jawatan dan ini adakah tidak wujud di era Dato' Husam? Tengoklah pelbagai jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri terutamanya PMBK, KPK dan sebagainya. Tengok juga syarikat yang ditubuhkan oleh Dato'Husam seperti Jihad Ternak, Tabung Tok Kenali yang mana wang dari pelbagai sumber disuntik atas alasan kepentinganh parti, tetapi apa kesudahannya?

Oleh itu, Dato' Husam tiada pilihan melainkan teruskan niatnya untuk bertanding jawatan TP keran dia telah mula memalukan gendang 'bersilat'.

wassalam.

sinar07 said...

utk apa dato husam nak tarik diri... tak perlu... dengan jelas mereka tak byk keterampilan.. byk teori dari praktikal... teruskan dato husam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...