Monday, May 4, 2009

Ahli lebih berhak tentukan timbalan presiden - Abdul Hadi

SHAH ALAM, 4 Mei: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, biarlah pemilihan jawatan Timbalan Presiden parti itu ditentukan sendiri oleh kematangan semua ahli PAS di seluruh negara menjelang Muktamar PAS ke-55 pada awal Jun depan.

(Gambar: Abdul Hadi mendengar taklimat dari Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamudin Yaakub)

Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau tidak boleh mengatakan begitu dan begini kerana dengan berbuat demikian ia dikira akan mengganggu kelicinan proses pemilihan untuk jawatan kedua tertinggi dalam parti.

“Apa yang berlaku sekarang adalah pertelingkahan pendapat yang sememangnya dibenarkan di dalam PAS, dan kita yakin suasana ini akan kembali pulih sebaik sahaja selesai muktamar seperti mana selalu,” ujarnya yang menjelaskan isu pemilihan antara ulama dan professional ini berlaku sejak dari PAS ditubuhkan lagi.


Haji Abdul Hadi yang juga Adun Rhu Rendang, Terengganu berkata demikian ketika melayani warga media Syarikat Karangkraf Sdn Bhd, dekat sini yang dikunjunginya selama dua jam bermula jam 10.30 pagi tadi.

Rombongan Presiden PAS itu telah disambut oleh Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Ketua Pengarang Kumpulan, Encik Jalil Ali, pengurus-pengurus besar dan kakitangan di mana sidang media itu diadakan selepas sesi lawatan dan taklimat mengenai operasi syarikat berkenaan.

Turut serta di dalam kunjungan itu adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Haji Salleh dan Setiausaha Akhbar Presiden, Roslan Shahir dan pegawai-pegawai parti.

Perkara ini berbangkit dari soalan wartawan yang ingin mendapatkan penjelasan secara peribadi dari hati Presiden sendiri; apakah berpuas hati dengan khidmat dan kerja buat Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selama ini?

Ustaz Abdul Hadi dengan tegas mengatakan, persoalan ini biarlah ahli PAS sahaja yang menentukannya kerana merekalah yang paling berhak memilih kepimpinan mereka di semua peringkat dan beliau tidak boleh memihak.

Wartawan itu tidak berpuas hati lalu bertanyakan soalan tambahan, bagaimana pula dengan pendapat peribadi presiden mengenai perkara tersebut, Tuan Guru sekali menegaskan, ‘urusan peribadi terserahlah pada diri saya sendiri’ sambil meletakkan dua tapak tangannya ke dada.

Dalam pada itu, Abdul Hadi juga berkata, terdapat satu lagi kaedah pemilihan pimpinan yang dapat menyelesaikan banyak masalah berbangkit dengan mengadakan system syura iaitu pemilihan secara dalaman oleh jawatankuasa yang dilantik untuk tujuan berkaitan.

Dalam pada itu, Datuk Hissamuddin berkata, pihaknya terutama akhbar Sinar Harian tidak memihak ke mana-mana kerana bagi mereka urusan mendidik umat dengan mengenengahkan bahan berilmu ke tengah masyarakat adalah diutamakan.

Ustaz Abdul Hadi juga meluangkan masa bergambar dengan rombongan pelajar-pelajar dari Maahad Al-Hamidiah, Kajang yang kelihatan sangat gembira berpeluang bergambar bersama Presiden PAS itu.

9 comments:

AZRI said...

ini lah kelebihan bila berada di bawah jemaah pas......sy sokong presiden dan timbalan presiden dari kalangan ulama........

TEKONG DARAT said...

Org pas nak mcmana lg?
Tak nak ulama jadi pemimpin?
Nak jadi mcm puak umno?
Ulamak jadi tkang azan?
Nak ulamak jadi tkang doa?
Pastu yang jadi ketua adalah perompak?
Yang jadi ketua kaki cipap?
Kita nak ketua yg blh jd bos kt pejabat, imam smayang, blh berkhutbah, blh menahan org bawahan dari buat perkara bcanggah ngn agama...
Baru teguh peribadi..jgn jd bebal mcm puak satu lagi..

anakjatiperak said...

aku sokong Tekong darat.
Perwakilan perlu bijak menentukan pemimpin.Tangan anda yang mengundi akan menjadi saksi di akhirat kalau tersalah pilih.Presiden kita di kalangan ulama.Timbalan profesional pun tak apa.Ulama adalah yang berilmu.Ulama kita dah banyak profesional dan profesional kita pun banyak dah layak jadi ulama.So Tak jadi hal lah kalau Mat Sabu nak cuba nasib.Dia sedia memikul amanah yang akan di tanya di akhirat kelak. Aku tak sanggup..cukup dulu jadi pemimpin dalam rumahtangga dan masyrakat bawahan saje. TAKBIR.

Naruto Sensei said...

Salam ?

Saya menyokong sesiapa sahaja yang menang nanti asalkan matlamat kita menegakkan Islam tidak tersasar..

Perbezaan pendapat adalah perkara biasa didalam PAS malah telah berlaku sejak dahulu lagi. Memanglah dahulu walau panas macam mana pun muktamar PAS tak siapa pun yang peduli maklumlah PAS semasa itu tak banyak mendapat kemenangan dan sokongan orang ramai tidak seperti sekarang..

PAS kini menjadi perhatian bukan sahaja kerana PAS berjaya dalam beberapa pilihanraya tetapi ketelusan PAS dalam pentadbiran dan kepimpinan itu sendiri diakui berjaya menambat hati rakyat dan penyokongnya.

Malah perbezaan pendapat inilah yang mematangkan PAS selama ini..
Begitu terbukanya dan menjunjung prinsip demokrasi sehinggakan Jawatan Presiden tak perlu takut untuk di pertandingkan.. Inilah yang dikatakan mengambil kira suara akar Umbi..

Memberi Peluang membuat teguran, malah amalan inilah yang menyuburkan demokrasi didalam PAS dari dahulu sehingga kini..

Inilah yang dicemburui oleh UMNO malah menggunakan Isu perbezaan pendapat ini untuk memburuk2kan imej PAS sahaja.. contoh boleh dilihat dalam komen di pihak UMNO sendiri..

UMNO sepatutnya malu dengan PAS. disaat ahlinya dikongkong dengan berbagai peraturan sehingga Jawatan Presiden pun tak di tandingkan disaat itu jugalah PAS mengorak langkah lebih kedepan dengan memberikan kebebasan kepada ahlinya menentukan pimpinan yang mereka kehendaki sendiri..

Ingatlah jika pemimpin takut dikritik atau mendengar pandangan yang berlawanan dengan pandangannya malah lebih suka dipuji dan di puja memanglah pemimpin itu menempah kejatuhannya..

Ibnu Abas said...

Dalam PAS, mereka bertelingkah umpama adik beradik yang berebut nak jaga mak ayah yang dah tua.

Dalam UMNO, mereka berperang sebab berebut harta pusaka!

=)

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS bukan parti demokrasi...atas alasan- kalau lawan itu bererti lawan ulama..kalau lawan ulama bererti lawan Allah...


propaganda ini pernah digunakan oleh penganut kristian era renaissance di Eropah.....

PRgombak said...

Bodoh punya MIE TERJAH,
Akal takde, kalau adapun, letak kat kaki.
berambus kau dari sini natang.

susu soya said...

timbalan presiden biarlah ulama..
bukan apa kalu apa2 jadi dekat presiden kan timbalan yg ganti...
kene mat sabu yang menang timbalan..
kalau hj hadi terjadi apa2..
x kan mat sabu yang jadi presiden pas...
sungguh x sesuai...

Unknown said...

Mr Terjah...........PAS bukan parti demokrasi,?

"Gerombolan mana yang menetapkan...jawatan presiden tak boleh tanding?"
....kehulu kehilir...kampen...minta sokongan tak yah tanding....sampai menangis atas pentas!

........mungkin dah lupa,
sebab itu gerombolan melayu...mudah lupa!

"propaganda ini pernah digunakan oleh penganut kristian era renaissance di Eropah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...