Tuesday, September 16, 2008

Sanglang kembali kepada PAS, Manir juga kekal

PUTRAJAYA, 16 Sept: Calon PAS di Sanglang, Ustaz Hashim Jasin diisytiharkan sebagai pemenang yang sebenarnya untuk kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri Perlis itu oleh Mahkamah Persekutuan yang bersidang hari ini.

Penal tiga hakim yang bersidang, Datuk Zulkifli Ahmad Makinudin, Datuk Ariffin Zakaria dan Datuk Alaudin Sharif memberikan keputusan sebulat suara mengisytiharkan Hashim menang kerusi itu.

Dalam kes ini, Hashim diwakili Mohamed Hanipa Maidin, Iqbal Shipudin dan Zulmi Sabri. Calon BN diwakili oleh Jegakarupiah manakala SPR diwakili oleh Datuk Kamaludin Mat Said dan Puan Rozi Bainun.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas menerima petisyen dari Hashim.
Namun Hashim membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan agar mengisytiharkan beliau adalah calon yang menang dalam pilihan raya itu kerana kedua-dua pihak mengaku berlaku kesilapan pengumuman pemenang dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Hashim menang dengan majoriti 45 undi mengalahkan calon BN Abdullah Hassan. Pada 8 Mac lalu, SPR mengumumkan Abdullah menang.

Sementara itu, Ustaz Harun Taib juga disahkan sebagai pemenang untuk Dun Manir, Terengganu oleh Mahkamah Persekutuan yang sama.

Mahkamah Persekutuan itu bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini yang menolak petisyen calon BN dengan alasan petisyen itu cacat kerana tidak menyatakan pertuduhan rasuah secara yang khusus.

17 comments:

umnotua said...

dah tu?senjata mkn tuan,dulu kemain lagi mat sabu koyak petisyen kat pej spr.pastu pas duk kutuk,dakwa badan kehakiman tidak telus dan mcm2 lagi.skrg?sudah terbukti kerajaan tidak pernah campur tangan dlm bidang kehakiman.penyokong pas,apa nak ckp lagi?

aoazmi said...

Nampak sangat SPR ni pembohong. Benda yang sample nak umum calon kemenangan pun sengaja nak buat silap. Kalau nak bohong lebih baik tambah peti undi hantu, senang-senang UMNO menang.Sebenarnya nak menipu pun kena belajar.

Dimana kredibiliti SPR sekarang? Sana sini protes dalam mahkamah.

Apa nak jadi dengan Malaysia?

anjar said...

umnotua..

Senjata makan tuan? UMNO memang dah kena makan dengan senjatanya sendiri? Memang SPR ngan kehakiman telah di guna2kan oleh UMNO

Sekarang senjata tu dah tak boleh guna sangat lagi sebab rakyat dah tak percaya, UMNO merancang Allah juga menentukan.

Sephia said...

sudah2 lah tu umno tua.. dah sedar diri tu tua insaf2lah dgn dosa2 yang telah dilakukan tu..

nalapambu said...

sdr 'sephia',

tau usah cakap itu macam,
ada hormat sikit sama worang tua.

Itu budaya 'timur' kita!

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS majoriti 45 undi?
fu yooo hebat tu...

kalau buat pilihanraya kecil. boleh menang ke? mungkin kalah majoriti 450 kot..

nalapambu said...

Dey! abe nie, lu pigi mati la,
lu apa susa, worang menang 1 atau 2 undi lu apa piduli.

itu pun kira ada menang juga, apa lu ingat, Bodo punya worang.

Bulan Penuh 2012 said...

alhamdulillah!

umnotua said...

anjar dan sephia,Anwar merancang Allah juga menentukan.jgnlah rakus sgt smpai nuzul esok pun tak ambik tau langsung.mana programnye?umno ada gak buat program tp faham2 je la,org pkr taksub mana nak gi.

fadlah said...

yang penting menang jugak abemie oiiii.bodo tol da kalah macam2 cakap tak leh terime kanyataan tol org umno2 ni..

Anonymous said...

Allah berpihak kepada orang yang benar.inilah akibat SPR dan BN terlalu kuat menipu dalam pilihanraya.Menipu adalah amalan BN & SPR yang diamalakan tiap-tiap kali pilihanraya di Malaysia.Pilihanraya kali ini dah susah nak menipu,sebab rakyat dah tahu yang BN & SPR penipu besar.pecah lobang beb..

atzmand said...

fadlah..
aney banyak suka sama lu punya kucing. apa nama itu kucing?

muraisenja said...

Blogger abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS majoriti 45 undi?
fu yooo hebat tu...

kalau buat pilihanraya kecil. boleh menang ke? mungkin kalah majoriti 450 kot..

September 16, 2008 1:20 AM

abis tu masa sblm ni spr umum BN menang baper majoriti plak.... 45 ke 450 ke 4500 ke 45000 ke 450000 ke 45000000 ke 450000000000000e ...

Unknown said...

Wahai teman2 PR

Kan ke abemie siam tu dah ngaku, umno/bn ni memang menipu je kerjenye.

abemie 'terjah' said...

PAS majoriti 45 undi?
fu yooo hebat tu...

kalau buat pilihanraya kecil. boleh menang ke? mungkin kalah majoriti 450 kot..

Memanglah kalau pilihanraya kecil umno/bn boleh menang, pasal MENIPU.

1. Gelanggang tak sama rata. SPR duk sebelah dia. umno/bn tak perlu susah payah nak dapat permit untuk kempen. Kalau pembangkang punyalah susah nak dapat.
Radio, TV, surat khabar pun ikut kempen. Pembangkang tiada ruang. ada surat khabar pun kena cantas.
2. Guna semua jentera kerajaan. KEMAS, RTM, Polis macam dia punya.
3. Guna peruntukan kerajaan pancing undi. Masa tulah umum projek.
4. Tipu harga projek. Projek repair surau misalnya 100,000, tapi bayar kat kontraktor 60,000 je. Itu untuk satu surau belum lagi repair masjid, balai raya, turap jalan dll. Kalau tidak mana nak datang duit untuk ditabur bagi memancing undi.
5. Pengundi Hantu. Orang dah mati pun bolih mai ngundi. Ada tu yang berdaftar tak le ngundi, pasal dah ada orang lain tolong undi. Itu pun nasib baik ada nama, kalau tidak nama hilang terus atau pun dipindahkan kat tempat lain.
6. Pengundi pos. Berapa kes dah berlaku. Masa kira mula2 dah kalah, tapi pas tu datang bag undi pos, menang lah pulok. Undi pos tak telus, kerana slip pengesahan mengundi yang ditandatangan oleh ketua unit dimasukkan sama dalam envelope (kalau pangkah pembangkang, silap2 tak naik pangkatlah jawabnya).

Kecuali PR kecil P.Pauh, walau pun terlalu hebat kempen umno/bn tapi dah terbukti rakyat tak suka kat dia. Yang sokong/undi umno/bn tu samada terpaksa, terhutang budi (dapat 50 hinggit ngan pelikat), kena tipu, minda celaru atau pun yang buta hati(dah hitam dan berkarat, kerana terminum air rebus bendera umno) macam abemie dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya. Ada hati pulak kata, pilihanraya adil dan telus serta macam2 lagi (Nak cover la tu). Macamlah rakyat marhain ni bodoh dan buta. kah kah kah.

bunga melati said...

abg mie terjah said:

PAS majoriti 45 undi?
fu yooo hebat tu...

kalau buat pilihanraya kecil. boleh menang ke? mungkin kalah majoriti 450 kot..

bunga melati said:

hebat tak hebat lah jadi jugak YB yer.. dari org yg kalah tu menung je lah kat umah, nape lah aku kalah 45 undi je.. kui...kui...

kalah tetap kalah abg mie oiii...

terima je lah kekalahan dgn hati yg terbuka.. bak kata pak lost kan negara kita ni negara demokrasi jadi tak salah klu menang walau undi dibezakan dgn 1 majoriti...

negara demokrasi kan, tak kan abg mie tak terima kot...

kuang...kuang....kuang...

masminkadad said...

Askum, dua wakil Pas yg diistiharkan menang US.Harun dan US Hasim adalah mangsa penipuan p/raya yg ketara.Saya percaya di Sabah juga demikian.Kes Pansiangan,juga penipuan yg ketara.Lalu klu SPR sudah demikian apa lagi dan siapa lagi yg dapat dipercayai.SPR yg diharap jujur mengendali pilihanraya sebaliknya penipu yg sering menyebelahi pemerintah.Saya yakin jika SPR itu dikendalikan oleh PBB di malaysia sudah lama BN berkubur di Malaysia.Utk itu,SPR pd masa akan datang biarlah dikendalikan oleh orang luar.Sbb org dalam malaysia sendiri sukar dipercayai.Pengundi hantu,pemalsuan ic,kes pengundi yg dah mati masih mengundi,pendatang mengundi di negara ini,dll.semua dihalalkan yg penting menang.maka eloklah SPR yg ada dicadangkan bubar diganti dgn yg lain diluar negara.Klu mo manusia yg jujur OM dari Floris{org TIMUR}.Rasyid kenalah belajar jujur dari OM-OM dari Flores.Utk kes ini maka "belajarlah jujur sejak dari kecil lagi".Mahkamah juga diminta supaya belajar jujur mulai sekarang.Rosak Malaysia dgn ketidakjujuran apalagi dipihak KDN.Rasanya terlalu panjang masa utk mereka menjadi jujur.Tapi paling tidak ada usaha menjadi manusia jujur.Jgn sampai para Qodhi,Mufti,menteri2 Agama juga turut menjadi manusia penipu demi pangkat,jwtn,gaji dll...Salam utk pengerusi SPR.Puncak Damai KGU.

media said...

bab menipu bagi UMNO

http://video-politik-malaysia.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...