Tuesday, September 16, 2008

Eli yakin pertukaran kerajaan akan berlaku sebelum Oktober

SHAH ALAM, 16 Sept: "Saya yakin pertukaran kerajaan akan berlaku." Apakah Oktober atau November? "Lebih awal dari itu," kata Elizabeth Wong, Ketua Penerangan Wanita PKR yang baru pulang dari Taiwan.

Elizabeth juga berkata, 'lawatan' mereka ke Taiwan untuk menemui anggota Parlimen BN yang dihantar untuk melancong sambil belajar pertanian di Taiwan memberikan hasil yang baik dan "jelas BN sangat gabra," katanya.

"Bayangkan, kami sampai jam 9.30 pagi di Taipeh. Mereka banyak program hari itu di situ tetapi tergesa-gesa keluar dari Taipeh jam 2.30 petang kerana takutkan kami," kata Elizabeth kepada Siasah.

Antara program yang dibatalkan oleh anggota Parlimen BN di Taipeh adalah pertemuan mereka dengan Speaker Parlimen Taiwan, kata Elizabeth.

Elizabeth bersama dengan beberapa lagi pemimpin PKR ke Taiwan baru-baru ini bagi menjejaki 41 anggota Parlimen BN yang dibawa keluar ke Taiwan itu antara 9 - 19 September.

Antara yang bersama beliau adalah Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Saifudin Nasution Ismail (Pengarah Strategis) dan beberapa orang lagi pemimpin PKR.

"Kami terpaksa menggunakan pelbagai hubungan kami untuk berkomunikasi dengan mereka di sana. Semua telefon bimbit anggota rombongan telah dipegang oleh ketua rombongan (untuk menghalang mereka berkomunikasi)," kata Elizabeth lagi.

8 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

ELI dah balik taiwan? pergi tengok ribuk yea.

simpan ribut tu dalam beg dan bawa pulang kat malaysia..kita buat-buat ribut yea..

kat Taiwan ada tidur sekatil dengan Tian ke? Dengar khabar tak sempat tidur sebab kena jumpa gang katak...kesian. kat Malaysiapun boleh buat sambung...

Muhd Aizat said...

abe mie poyo!

nalapambu said...

Ini 'abe mie' gila punya orang!

Dulu 'tugu' punya depan ada duduk,
kwmudia 'muka' ada jadi sebelah, mata pun sudah tinggal 1, isrupa jin.

Iskarang 'badan' pun tinggal sebelah, apa, takut mau tunjuk orang ka? Isrupa pencuri besar, main sorok2.

Banyak bodoh punya orang, cakap pun ada isrupa tara akal punya orang.

Islam kunun, cakap busuk bulan puasa punya dalam.

mudz said...

Semoga Allah swt memberi hidayah kepada abe mie 'terjah', manusia sesat.

anjar said...

menyalak la lagi abe mie, sementara boleh menyalak, tak lama lagi salakan tu dah orang tak peduli....

Anonymous said...

salam reformasi..bairkanlah abe mie tu..
dia tak dapat terima realiti apa yang telah berlaku.dia masih dibuai dengan fantasi yang kerajaan BN terus berkuasa di Malaysia sampai bila-bila.realitinya BN ibarat tongkang yang dah nak tenggelam dipukul oleh ombak-ombak reformasi.kita harap abe mie diberi kaunseling untuk pemulihan paradigma.

saud said...

biar lewat sedikit dri tarikh 16 sept, yg penting peralihan kuasa berlaku dgn segera, aman n melalui proses undang2. kami di sabah tetap menanti demi perubahan n kebebasan kerajaan amino/bn yg penipu rakyat sabah.

saud said...

biar lewat sedikit dri tarikh 16 sept, yg penting peralihan kuasa berlaku dgn segera, aman n melalui proses undang2. kami di sabah tetap menanti demi perubahan n kebebasan kerajaan amino/bn yg penipu rakyat sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...