Saturday, September 6, 2008

BN benar-benar dalam panik

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau telah meluluskan permohonan 75 anggota kelab penyokong BN untuk mengadakan lawatan keluar negara mulai 7 hingga 19 September ini melambangkan kepanikan BN.

Ini kerana, dalam kenyataannya juga Abdullah berkata, "Saya tidak akan biarkan mereka membentuk kerajaan pada 16 September."

Walaupun para pemimpinnya menyatakan cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pada 16 September sebagai mimpi siang hari namun tindakan pemimpin BN melambangkan kepanikannya menjelang tarikh itu.

Bahkan, Bernama terpaksa membuat kenyataan rasmi mengatakan mereka bukan di belakang SMS yang mengatakan satu sidang akhbar akan diadakan oleh parti-parti BN di Sabah petang Jumaat semalam.

Semua ini disifatkan oleh ramai pemerhati sebagai tindakan panik BN terutama di kalangan pemimpin dan medianya "dan ini boleh menghilangkan lagi keyakinan kepada Abdullah," kata seorang pemerhati.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) BN, Tiong King Sing mengesahkan pihaknya merancang untuk melawat luar negara tidak lama lagi dan sedang memilih antara Taiwan atau China sebagai destinasi mereka.

Ada juga laporan yang mengatakan mereka akan berkunjung ke New Zealand atau Australia.

Hilang keyakinan kepada Abdullah diperkuatkan lagi semalam apabila hampir kesemua bahagian Umno di Pulau Pinang berdiri teguh di belakang Datuk Ahmad Ismail yang menolak arahan pemimpin Umno agar memohon maaf kepada masyarakat Cina ekoran kenyataannya.

Ahmad mempertahankan kenyataannya adalah benar walaupun beberapa hari lalu timbalan presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon maaf bagi pihak beliau. Abdullah juga dikatakan telah meminta Ahmad memohon maaf kerana permohonan Najib itu dikatakan tidak mencukupi kerana yang membuat kenyataan itu bukan Najib tetapi Ahmad.

"Abdullah adalah presiden dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang. Kalau semua pemimpin Umno negeri itu sudah menolak arahan dia agar Ahmad meminta maaf, apa lagi credibelity yang ada pada Abdullah," kata seorang bekas profesor sains politik dari Universiti Malaya kepada Siasah.

Sudahlah menolak untuk meminta maaf, Ahmad dalam sidang medianya mempertikaikan pula pemangku presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon dan berkata, "Saya kenal siapa awak dan awak adalah aktor yang baik."

Ahmad berkata, dia tidak salah. Yang salah adalah media dan pemimpin politik yang membuat tafsiran dari kenyataan media itu.

Kenyataan yang disiarkan secara panjang lebar dalam Buletin Utama TV3 malam tadi membayangkan ia dipersetujui oleh Umno, kata seorang pemerhati.

Kenyataan Ahmad dengan mendapat sokongan penuh Umno Pulau Pinang ini disifatkan sebagai mencabar kedudukan Gerakan dalam Barisan Nasional dan jika parti itu masih mahu kekal dalam gabungan itu ia benar-benar menghina anggota parti itu terutama dari kaum Cina.

"Jika sebelum ini Gerakan mengkaji kedudukannya dalam BN, dengan sidang akhbar Ahmad bersama para pemimpin Umno Pulau Pinang dan disiarkan secara besar-besaran dalam media yang dikawal Umno malam tadi, Gerakan boleh dianggap tidak ada 'telor' lagi kalau masih mahu kekal dalam BN," kata seorang pemerhati.

"Sekarang ini bukan Cina sahaja yang marah dengan kenyataan Ahmad itu bahkan India juga," kata bekas pensyarah sains politik UM itu yang sebelum ini adalah penyokong kuat Datuk Seri S Samy Vellu, presiden MIC.

Bagi beliau, masyarakat Malaysia tidak terkejut selepas ini jika semua orang bukan Melayu akan meninggal pemimpin mereka yang mahu kekal dalam BN.

"Ini lagi teruk. Lebih baik semua parti bukan Melayu ini tinggalkan BN secara blok dan serta Pakatan Rakyat," tambah beliau.

216 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 216 of 216
MD said...

Malaysia memang bercelaru. xtau sapa yang boleh memimpin dan memperbaiki negara. Pak Lah dan najib ada kelemahan dan rakyat dah tak sokong. Ku Li rakyat biasa dalam UMNO. Muhyidin tak nak bertanding. DSAI pun banyak skeleton masa dia jadi menteri kewangan dan DPM dulu. PAS belum mendapat sokongan padu lagi di Malaysia...Catch 22

kalis said...

putra revolusi said...
Orang bulan posa nie sibuk beramal di masjid & surau, tapi kaum ajaran sesat Hadhari Ayah Lah pula sibuk nak pi makan angin di Taiwan. Kalo pi Mekah buat umrah bulan Ramadhan nie tak pa juga, banyak berkatnya, yang depa pi Taipei buat umrah Hadhari tak taulah apa berkatnya.


Lepas ni bleh la "Ayah Lah" tubuh kerajaan langit...lagi hangit....

AJK-UMNO said...

saudara SAYA...

HANG NIE BARCAKAP MCM BN@UMNO YG DAH TAK MUNCUL KERANA MALU MENGELUAR KAN FAKTA2 MEREPEK.. KER KO NIE BN@UMNO YG DAH MALU NAK GUNA NICK NAME BN@uMNO/???/

nak tanya sikit.. bukan ker sekarang nie sekutu paling besar malaysia adalah amerika syarikat???? siapa pelabur paling besar kat malay sia nie???/ mai tolong jawab sat!!!!

JANGAN LA NAK TIPU ORG KAMPUNG YG TAK TAU BAB EKONOMI..


___________________________________


Blogger saya said...

Perjanjian Anwar dengan penaja, sekiranya jadi PM

Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak wang, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004. Bermula dari Hospital Munich, Jerman (2004), Paul Wolfowitz, pemikir dan Zionis Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar.

Walaupun Wolfowitz ketika itu sibuk dengan tugasannya sebagai Timbalan Setiausaha Amerika, namun beliau sanggup membatalkan semua temujanjinya di Amerika semata-mata untuk berjumpa dengan Anwar di Munich, Jerman.

Pertemuan empat mata, hampir tiga jam itu merupakan titik permulaan karier politik Anwar di arena antarabangsa dengan naungan dan suaka politik daripada Amerika Syarikat.

Bacaan lanjut, hubungan Anwar-Wolfowitz itu, baca semula tiga artikel yang pernah ditulis sebelum ini iaitu "Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia"; "Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)" dan "Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar"

Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja itu sekiranya Anwar berjaya jadi PM, 16 September ini ?

Secara umumnya tiga tuntutan yang telah diminta oleh penaja Amerika dan sekutunya iaitu pertama Malaysia mesti bersekutu kepada Amerika; kedua Pluralisme Agama dan ketiga menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) .

September 9, 2008 6:55 AM

ketam said...

Saya merujuk kepada kes Ahmad Ismail dimana beliau mengatakan bahawa Kaum Cina di Malaysia dahulu adalah PENUMPANG.Lebih jelas lagi adalah PENDATANG. Ahmad Ismail memang betul tetapi tidak semua Kaum CIna adalah PENDATANG kerana lihat daripada sejarah KESULTANAN MELAYU ramai kaum CINA di terima oleh SULTAN-SULTAN sebagai rakyat mereka. Tetapi kemasukan Kaum Cina dan India ke Tanah Melayu adalah kerana mereka datang untuk berkerja sama ada datang sendiri atau dibawa oleh pihak BRITISH dan JEPUN.
Bagi saya secara rasionalnya apa yang dikatakan oleh AHMAD ISMAIL adalah benar belaka tetapi ia adalah didalam konteks SEJARAH.
Jika dia memainkan isu perkauman maka memang di patut dihukum tetapi apa yang ditekankan semasa ceramah dia di PErmatang PAuh adalah untuk mengingatkan Kaum CIna supaya bersyukur kerana mereka diberi STATUS KERAKYATAN yang sebenarnya ditentang oleh kebanyakan orang-orang melayu yang dibawah naungan SULTAN-SULTAN,itulah sebab utama ORANG MELAYU menolak MALAYAN UNION,namun begitu atas semangat timbangrasa ORANG MELAYU maka mereka dapat menerima ORANG-ORANG BUKAN MELAYU diberi HAK KERAKYATAN DI TANAH MELAYU.

HAK KERAKYATAN ITU ADALAH SUCI DIDALAM PERLEMBAGAAN, maka tiada sesiapa pun yang layak dan berhak menafikan HAK KERAKYATAN seseorang itu sama ada dia itu MELAYU,CINA atau INDIA atau apa-apa BANGSA pun.

Demikian juga sama hal nya dengan HAK KEISTIMEWAAN MEALYU DAN ISLAM yang terkandung didalam PERLEMBAGAAN.. TIADA SIAPA PUN LAYAK DAN BERHAK UNTUK MEMPERSOALKAN HAK ITU SAMAADA ORANG MELAYU,CINA ATAUPUN INDIA.

KENAPA?? KERANA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN ISLAM ADALAH BALASAN HAK KERAKYATAN DIBERI KEPADA ORANG BUKAN MELAYU. MAKA KITA HARUSLAH MENGHORMATI HAK MASING-MASING.

JADI JANGAN LAH SESIAPA PUN BERANI MEMPERTIKAIKAN HAK MASING-MASING.

MEMANG SEKARANG KITA NAMPAK UMNO MENGGUNAKAN HAK KEISTIMEWAAN ITU SEPENUHNYA TETAPI ADAKAH IA SALAH? TIDAK KERANA IA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. ADAKAH ORANG MELAYU MENGHALANG ORANG CINA DAN INDIA MENERUSKAN HIDUP MEREKA ATAU MENGHALAU MEREKA KELUAR DARIPADA NEGARA INI? TIDAK SAMA SEKALI..

Jika AHMAD ISMAIL dikatakan bersifat perkauman,bagaimana pula KARPAL SINGH dan LIM KIT SIANG yang hendakkan Artikel 153 dihapuskan,bukankah itu satu sikap PERKAUMAN?? Dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN..

Bagaimana pula dengan Teresa Kok yang ingin supaya Tulisan Jawi di buang di semua PapanTanda Jalan di Lembah Kelang? Bukankah itu satu sikap PERKAUMAN (buat pengetahuan orang bukan melayu bahawa bahasa melayu dahulu adalah ditulis dalam bahasa JAWI (arab) bukan rumi).

Maka pada pendapat saya sesipa pun yang mengungkit perkara yang mempertikaikan HAK-HAK YANG TELAH TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN dia harus di tahan menggunakan ISA sama ada orang itu orang politik atau tidak.

Jika kenyataan orang politik itu boleh menjurus kepada rusuhan maka tahan dia baik UMNO,MCA,DAP,MIC,PKR,PAS,SAPP,PBS,LDP,PPP dan semua NGO's.

If we dont like the government just vote againt them in next election,dont stir up problem that can cause chaos.
I dont hate my chinese and indian neighbour,in fact we are very good to each other plus other children go to school together.

Sometimes if you all POLITICIAN ask too much,question too much,complaining too much,arguing too much,thats what actually divide US.

I think and this is i think the most appropicate way for us,all malaysian,to be together is to abolish all other school except the NATIONAL SCHOOL so that our children can life and learn together.Is that what all of us want,isnt it!! Stop training to fight for your right to practice MANDARIN or TAMIL because you can also learned it in the NATIONAL SCHOOL.Make it a MUST to have the SUBJECT in MANDARIN and TAMIL.Then all of our children can speaks 4 languages.

Oelh itu kawan-kawan semua HORMATI lah HAK-HAK yang ada pada kita.JAngan cuba mempertikaikan HAK orang lain kerana HAK anda juga akan dipertikaikan.


Sayangi diri anda,keluarga anda,jiran anda,bangsa anda,bahasa anda,agama anda dan paling utama sekali kesejahteran,keharmonian,keamanan dan kedamaian NEGARA KITA MALAYSIA..

john rambo said...

serang......!!!!!!

passelamanya said...

bukan kebetulan,tapi dirancang
memang tgh takut pon sekarang ni

passelamanya said...

bagus kalis
bengong betul la
bulan2 pose ni la kelam kabut p taiwan,perabis duit rakyatla 2

minda iman ventures said...

Salam.
BN- 140 kerusi (MP Islam - 89 kerusi ; MP Bukan Islam - 51 kerusi)
Pakatan Rakyat - 82 kerusi ( MP Islam - 43 kerusi ; MP Bukan Islam - 39 kerusi )
Katakanlah apa yang diimpikan oleh DSAI menjadi kenyataan, 30 MP BN melompat kepada Pakatan Rakyat dan semuanya bukan Islam, maka kerusi Pakatan Rakyat akan menjadi MP Islam masih 43 kerusi manakala MP Bukan Islam menjadi 69 kerusi. Jika inilah yang DSAI mahukan maka dia akan memusnahkan Islam dan Melayu di Malaysia. Bersama-samalah kita berdoa agar impian dan angan-angan ini hanya jadi omong kosong.InsyaAllah.
Renung-renungkanlah kita bersama-sama.............

masminkadad said...

Bila panik ada lakonan yg akan dilayarkan kpd rakyat."Perkauman"_tajuk filem,pengarah filem Si Botak dari Johor, para pelakun beberapa bintang filem dlm BN UMNO.Klu adengan seks Soui Leek,Saiful.Dulu diPerak jalan cerita kem Tentera diceroboh mybbkan beratus laras senapang dicuri tapi endingnya kurang pitch.Pd ketika itu Reformasi sdg marak di seluruh negara.Wayang lakonan hanya taktik mengalihkan perehatian rakyat dari reformasi.Hari ini, bukan saja penik,tapi benggang!BN pecah,UMNO mo hancur limpa hatinya,PM mo dijatuhkan oleh ahli2nya sendiri.Wah! sebuah parti yg sudah bertan2 dosanya pd rakyat,kini seakan Tuhan sdg memperlihatkan kehancurannya sebelum mahadir fana.Tuhan sdg melaknat UMNO BN. Filem perkauman kali ini,pentasnya bukan di padang Sulaiman MCA-Umno timbulkan Isu kaum Cina Melayu.Konon sedang tegang kaum.Akhir Agong campurtangan.Ending filem x menarik. Tresa KOK di ISA,raja patra juga. Ahmad UMNO yg jelas diperakui oleh Majlis Tertinggi UMNO melakukan kesalahan menghina kaum Cina sebagai menumpang di negara ini,hnya ditindak dlm parti sahaja.Ah paklah jgn biarkan si botak tu tak tangkap ahmad.Jelas isu kaum sdg marak dlm BN.Ahmad knpa tak di ISAkan?jgn fikir rakyat tak nampak respon pemerintah x melaksanakan keadilan tulus.Watak2 filem sdg dipilih2,endingnya ah!,...abui2 dari pansianganpun tau.,"Operasi Lalang" ending cerita dlm filem ini menjurus kpd pembangkang dan tentu Anwar,beliau mcm ke negeri ISA juga.Ini kemuncak filem si botak,Bukit Aman pelaksana,retorik cerita nanti pakcik Ghani Patail punya urusan.Patutlah rakyat marah sgt dgn BN UMNO.Secara peribadi,saya muak dgn aktor2 pemimpin UMNO yg sering mempermainkan rakyat.Sobry Chek? sejak debat itu,kesian betul sia lihat beliau belakun.Nak tonjol diri dlm UMNO air liur bebuih2 mulutnya yg seksi senyap terbungkam.Waw! malu kakitangan Jab.Penerangan punyai bos bapak menteri yg gemilang temberang.U punyai berita,x laku sudah sebab etika pemberitaan yg penipu,nilai intelek yg rendah, moral terpuruk.semua ini penyebab utama PM panik melihat kejatuhan sebuah kerajaan BN/UMNO sdg digiring ke tiang gantungan.Slmt UMNO-tabahkan perutmu...kang Mas PUNCAK Damai.

masminkadad said...

Bila panik ada lakonan yg akan dilayarkan kpd rakyat."Perkauman"_tajuk filem,pengarah filem Si Botak dari Johor, para pelakun beberapa bintang filem dlm BN UMNO.Klu adengan seks Soui Leek,Saiful.Dulu diPerak jalan cerita kem Tentera diceroboh mybbkan beratus laras senapang dicuri tapi endingnya kurang pitch.Pd ketika itu Reformasi sdg marak di seluruh negara.Wayang lakonan hanya taktik mengalihkan perehatian rakyat dari reformasi.Hari ini, bukan saja penik,tapi benggang!BN pecah,UMNO mo hancur limpa hatinya,PM mo dijatuhkan oleh ahli2nya sendiri.Wah! sebuah parti yg sudah bertan2 dosanya pd rakyat,kini seakan Tuhan sdg memperlihatkan kehancurannya sebelum mahadir fana.Tuhan sdg melaknat UMNO BN. Filem perkauman kali ini,pentasnya bukan di padang Sulaiman MCA-Umno timbulkan Isu kaum Cina Melayu.Konon sedang tegang kaum.Akhir Agong campurtangan.Ending filem x menarik. Tresa KOK di ISA,raja patra juga. Ahmad UMNO yg jelas diperakui oleh Majlis Tertinggi UMNO melakukan kesalahan menghina kaum Cina sebagai menumpang di negara ini,hnya ditindak dlm parti sahaja.Ah paklah jgn biarkan si botak tu tak tangkap ahmad.Jelas isu kaum sdg marak dlm BN.Ahmad knpa tak di ISAkan?jgn fikir rakyat tak nampak respon pemerintah x melaksanakan keadilan tulus.Watak2 filem sdg dipilih2,endingnya ah!,...abui2 dari pansianganpun tau.,"Operasi Lalang" ending cerita dlm filem ini menjurus kpd pembangkang dan tentu Anwar,beliau mcm ke negeri ISA juga.Ini kemuncak filem si botak,Bukit Aman pelaksana,retorik cerita nanti pakcik Ghani Patail punya urusan.Patutlah rakyat marah sgt dgn BN UMNO.Secara peribadi,saya muak dgn aktor2 pemimpin UMNO yg sering mempermainkan rakyat.Sobry Chek? sejak debat itu,kesian betul sia lihat beliau belakun.Nak tonjol diri dlm UMNO air liur bebuih2 mulutnya yg seksi senyap terbungkam.Waw! malu kakitangan Jab.Penerangan punyai bos bapak menteri yg gemilang temberang.U punyai berita,x laku sudah sebab etika pemberitaan yg penipu,nilai intelek yg rendah, moral terpuruk.semua ini penyebab utama PM panik melihat kejatuhan sebuah kerajaan BN/UMNO sdg digiring ke tiang gantungan.Slmt UMNO-tabahkan perutmu...kang Mas PUNCAK Damai.

minda iman ventures said...

aku harap tak jadi la anuar pm, bertopengkan syaitan, biarla kat diorang tak perlu sibuk2 kuatkan amalan ibadat pada ALLAH, dunia ini makin hampir kiamat, lindungilah anak2 anda ajaran agama Islam yg mulia ini, esok di akhirat bapak2 sekalian la nak jawab di depan malaikat.

amadmarcello™ said...

baik ko diam jela bn@umno...xdpt hdyah lg nmpknye mamat ni...

yus said...

Sekarang subsidi yang diberikan 30sen untuk setiap liter. Dengan subsidi yang diberikan itu harga bahan bakar dan barangan naik. Berikutan itu PM mengalakkan rakyat untuk berjimat cermat. Benda yang boleh jimat kita jimat sayur sawi, tauge, cabai, terong yang boleh ditaman dikeliling rumah. Sambil dapat makan free sayur-sayuran jika ada lebih boleh dijual dipasar.

Untuk menyampaikan hasrat PM, apalah salahnya anggota kelab penyokong BN memperlajari teknik pertanian diluar negara lagipun wang daripada pengurangan subsidi pun ada banyak. Semoga dapat diadaptasi bila pulang ke tanahair tercinta

yus said...
This comment has been removed by the author.
masminkadad said...

Bukan penik tapi bingung.UMNO parti perkauman ini sdg kacau-balau.Kihat saja Zaid Ibrahim yg dgn tegas memperlihatkan ketegasannya membantah penahanan 3 org manusia di bawah ISA.Begini yg kita harapkan sikap dari pemimpin BN sekalipun ia bertarap menteri dlm kerajaan ia berani membantah tindakan kerajaan yg jelas membelakangkan undang2 negara.Itu menteri yg faham undang2, bhwa ISA itu digubal utk Komunis yg membahayakan keselamatan negara,bukan keselamatan kuasa UMNO.Hamid botak tu,maunya dlm kabinet itu setia kawan dlm kerajaan berjemaah melakukan sesuatu yg jelas menyalahgunakan kuasa.ISA kenapa tak digunakan ke atas Ahmad? yg buat lapuran dlm akhbar di-ISAkan,undang2 apa ni?Wlupun sama2 dlm kabinet,takkan bersekongkol dgn perbuatan yg membelakangkan undang Negara,Zaid itu menteri undang2,lulusan undang2,tahu undang2.Hamid botak apa dia tau, atau buat2tak tahu?.Zmn ini bukan zmn main tangkap.Guna undang2 hutan.Malaysia ni negara yg berdaulat dgn undang2.Gunakan peruntukan undang dgn betul,tnya dan minta izin dulu menteri undang2 boleh atau tak boleh.Ini main hentam koromo,U fikir negara ini negara polis ke? Mengurung binatangpun tanpa lisen pd masa ini pun salah disisi undang apa lagi kurung manusia tnpa di bicara.Perlu MP2 BN pd masa akan datang ramai seperti Zaid Ibrahim,beliau adalah cth awal yng perlu digilap di dlm BN.Jgn mulut bungkam je-Rubber stam.Alasan yg berbelit2mcm ular.Tangkap pilih,utk selamatkan UMNO dari kekuasaan.Hamid alBar ketika menjawab Zaid seakan kecewa terhadap zaid-tiada setiakawan dlm kabinet.Klu mo kritik secara tertutup.Perangai tertutup itu adalah penjenayah yg bersalah,melakukan jenayah berjemaah dgn jemaah menteri yg lain supaya sekata wlupun tak sehati.Klu seperti inilh format yg mo dicetak oleh BN,Itu perangai lanun darat, melanun berjemaah,sekata.Polis hanya ikut arahan menteri sahaja.Dan pasti Albar telah mendapat izin dari PM melaksanakan tangkapan ISA.PM kena juga rujuk dgn menteri kehakiman.Klu tidak apa guna ada menteri Undang2.? Wajarlah zaid Ibrahim melenting.Dah lah tak guna pakai undang2 negara,membelakangkan menteri Undang2 lagi.Kan keadaan ini bukti kacau balau dlm kerajaan.Adillah sikit,Ahmad tu ISA lah.Kata jgn bermain api perkauman. huruf M dlm UMNO itu apa? Parti yg di asaskan berdasarkan kaum(asabiah)patut dibubarkan,diharamkan,MIC,MCA Parti Dayak pokoknya parti yg memperjuangkan kaumnya sendiri patut dibubar.Zmn ini bukan zaman kaum,kita mo bentu bangsa malaysia.Diperut negara ini hanya satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia" dgn ciri2nya tersendiri.Hapuskan sistem negara yg mengistemewakan hanya satu bangsa sahaja.Sebab itulah satu bangsa itu menjadi tuan kpd bangsa lain.Yg lain jadi hamba atau kuli.Bagaimana mungkin dapat bersatu rakyat malaysia jika ketidakadilan terjadi berpanjangan.Ini semua gara2dorongan perkauman dari pemimpin UMNO itu sendiri.Komponen BN yng lain hanya jadi alat semata,diperbodoh, di peralat dgn memberi jawatan hnya timbalan sahaja.Sabah Sarawak mcm asal ada bunyi(ASBUN),Gula2 semata.Perlu mulai sekarang pemerintah itu sendiri memberi contoh terutama Parti UMNO.Bubar UMNO ganti dgn huruf tanpa huruf"M".barulah u katakan jgn ada perkauman.Bagi saya lubok perkauman itu tertancap kuat dlm parti2 BN.Lihat DAP,PAS,PKR tidak mengatasnamakan kaum.Praktiknya lihat saja PKR semua kaum ada di dlm.UMNO dan pemimpinnya mulai sedar sekarang bahawa parti yg berbasis kaum tiada tmpt di Malaysia dan perlu dibuang diganti dgn parti yang solid multinasional.Hilangkan kepanikan Abdullah dan gerombolan UMNO BN dgn kembali menjenamakan dirinya sebagai parti rakyat malaysia.Semoga sentimen perkauman yg dilakon itu terapus dgn sendirinya.Wayang demi wayang yg dipamer oleh pemerintah akan merosakkan wibawa kerajaan itu sendiri lambat atau cepat.Sekali lagi saya tabik sebagai tabik hormat kepada sikap yg ditunjukkan oleh Zaid Ibrahim yg jelas membela rakyat juga membela negara ini dari diperalatkan utk kepentingan individu menteri tertentu sahaja,Selamat Zaid Ibrahim,kekalkan sikap seumpa ini dan jangan takut bila anda berada dipihak yg benar,,,...Kang Mas Puncak Damai-Keningau.

MekonG said...

see my site more about this..
http://mekongpeace.blogspot.com

«Oldest ‹Older   201 – 216 of 216   Newer› Newest»
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...