Monday, April 14, 2008

Peralihan dari pemimpin kepada jeneral yang kalah perang

KUALA LUMPUR, 14 April: Jika benarlah jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno akan bertukar dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bermakna, BN yang kalah teruk baru-baru ini akan dipimpin oleh pengarah pilihan raya yang membawa kekalahan kepada BN dalam pilihan raya itu.

Ini kerana, dalam pilihan raya ke 12 baru-baru ini, Najib adalah Pengarah Pilihan Raya BN manakala Abdullah adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Pengarah pilihan raya umpama jeneral yang memimpin peperangan dan kalah manakala Perdana Menteri yang memimpin negara dipersalahkan.

Desakan demi desakan di terima oleh Abdullah kini agar berundur. Kali ini ia dibuat dengan nama yang lebih lembut "pelan peralihan kuasa" yang nampaknya disokong oleh media BN sendiri.

Umno Johor dan Kedah nampaknya paling lantang membuat cadangan ini.

Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Ahmad Puad Zarkashi bahkan meminta pelan ini dipercepatkan.

Tekanan agar Abdullah berundur ini umpama pemaksaan penyerahan kuasa dari Perdana Menteri yang memimpin negara kepada jeneral yang memimpin tentera dan kalah dalam peperangan yang dihadapi.

3 comments:

Unknown said...

Macamana dengan cerita "Wednesday, March 26, 2008
Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk" ?

Dah buat pengesahan ke tidak atau nak biar jadi fitnah?

Unknown said...

15/April/2008

Tiada berita pun pasal penarikan balik gelaran Datuk tu??? So maknanya???????????????

Small Talk said...

Teorinya 10 fitnah boleh menjadi 1 kebenaran?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...