Wednesday, April 2, 2008

Perak telah mulakan Pakatan sejak 8 Mac lalu

IPOH, 2 April: Perak adalah negeri yang boleh dikatakan memulakan Pakatan Rakyat (ringkasnya Pakatan) apabila perhubungan rasmi antara PAS dan DAP di samping PKR bermula sejak jam 12.00 tengah malam 8 Mac lalu, kata Menteri Besar Perak, Muhamad Nizar Jamaludin.

Nizar berkata demikian ketika mengulas pembentukan Pakatan Rakyat yang menggabungkan secara rasmi PAS, PKR dan DAP dalam satu badan rasmi 1 April lepas.

Ia diumumkan ketiga-tiga pemimpin parti itu iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang selepas ketiga-tiganya bersama delegasi masing-masing mengadakan mesyuarat bersama.

Nizar percaya, penyokong, ahli dan pemimpin ketiga-tiga parti di Perak akan menyambut baik pembentukan Pakatan itu.

Menurutnya, sebaik sahaja keputusan pilihan raya dicapai pada 8 Mac lalu, PAS mula berhubung secara rasmi dengan DAP dan PKR bagi membentuk kerajaan campuran di Perak.

“Memang kami tidak sempat untuk mendapat pandangan atau nasihat dari Pusat kerana masa itu agak lewat dan masing-masing sibuk. Tetapi kini alhamdulillah, pakatan ini dirasmikan di peringkat pusat,” kata Nizar dalam wawancaranya dengan Siasah di pejabat beliau petang Rabu, 2 April.

(Laporan penuh dalam Siasah Ahad ini)

3 comments:

Cucu Adam said...

Tidak kiralah negeri mana yang memulakan Pakatan. Kalau ia pun rakyat mahu melihat negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan bertambah makmur, aman dan selamat berbanding dengan negeri-negeri di bawah pentadbiran BN/UMNO.

Kemakmuran dan kejayaan negeri2 di bawah Pakatan di dalam pemerhatian negeri2 lain, dan Insya Allah lebih banyak lagi negeri akan ditadbir di bawah Pakatan di masa akan datang.

Awas! Elakkan percakaran sesama sendiri dan melatah tak tentu sebab hingga menimbulkan suasana tegang

dulupas said...

Insyallah....pakatan ini akan berbalah,tidak mungkin parti2 yang ckp putar belit ni boleh memerintah dalam satu pakatan terutama MB nya dari parti hamPAS yang saya puja2 dulu.Takkan aman punyaaaaaa...........

pesot said...

kepada pimpinan pas,saya harap anda sedar segala kesan terhadap kenyataan yang anda keluarkan,terutama isu pas menjadi tunjang kepada pakatan rakyat,jangan kerana kenyataan yang kurang cerdik dikeluarkan oleh pimpinan pas menjejaskan pakatan ini,saya harap dimasa depan pimpinan pas boleh mencontohi tuan guru nik aziz dalam menberi sebarang kenyataan,dengan kerusi parlimen yang paling sedikit,adalah tidak wajar pas mengeluarkan kenyataan yang tidak menampakkan semangat toleransi dalam pakatan rakyat ini,saya sangat berharap agar pakatan rakyat mengambil alih kerajaan malaysia dimasa depan,tapi kenyataan yang diberi oleh timbalan pas akan merosakkan pakatan ini,selama ini antara sebab rakyat bukan islam takut untuk mengundi pas adalah kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan pas yang tidak membaca sebab kekalahan mereka di pilihanraya dimasa lalu,saya berharap pihak parti pas akan lebih berhati hati bila mengeluarkan sebarang kenytaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...