Wednesday, April 30, 2008

Parlimen kecoh dan haru biru

KECOH DAN HARU BIRU...Itulah yang berlaku di permulaan sessi Dewan Rakyat hari ini apabila masing-masing mahu bercakap.

Hanya satu soalan sahaja berjaya dijawab dalam masa satu jam itu di samping satu soalan tambahan.

Sessi soal jawab hanya dapat berjalan selepas 25 minit Dewan bersidang dan apabila tempoh satu jam tamat, sessi itu dengan sendirinya diberhentikan.

Anggota dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali memberikan penjelasan yang baik tentang apa yang berlaku ketika bangkit dalam Dewan Rakyat.

"Semuanya gara-gara nak masuk TV apabila sidang ini ada siaran secara langsung," kata Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya lalu.

7 comments:

Small Talk said...

Hari ini kita melihat persidangan Parlimen yang disiarkan secara live. TAHNIAH kepada Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin!
Rakyat dapat menyaksikan betapa cetek dan dangkalnya pemikiran dan "sense of reasoning" Ahli Parlimen terutamanya dari DAP.
Membangkitkan perkara-perkara teknikal (dan terjerit-jerit oleh Lim Kit Siang)seperti soalan pertama mesti oleh Ketua Pembangkang, tempat duduk Ibrahim Ali dan cara angkat sumpah hanya membuang masa persidangan. Ia menunjukkan keangkuhan dan sifat menunjuk-nunjuk oleh ahli parlimen yang kononnya mereka lah yang faham sangat dengan undang-undang dan peraturan Dewan.
Malang sekali bagi mereka, Speaker yang juga seorang Peguam dapat menangkis semua hujahan peguam-peguam DAP seperti Gobind Deo malah bapanya Karpal Singh.
Mahkamah dengan Parlimen tidak sama! Mungkin di Mahkamah peguam dan Hakim amat peka kepada perkara-perkara teknikal atau "technicalities and legal jargon" tetapi tidak di Parlimen.
Kita berharap agar ahli Parlimen lebih mementingkan soal arah tuju negara dan bukannya soal yang "remeh temeh" seperti yang dengan tepat sekali dikatakan oleh Speaker Parlimen.
Sekarang rakyat boleh lihat betapa "clown" nya wakil rakyat yang mereka pilih!
Saya teringat kata-kata "There are many ways to skin a cat" dan kita berharap Tan Sri Pandikar Amin akan dapat terus menjalankan tugas sebagai Speaker yang baik.

artakus said...

Masalah ini timbul apabila ada orang yang gagal mengikut peraturan. Apabila ada peraturan, maka ikutlah. Angkat tangan dengan tangan kanan, maka gunalah tangan kanan. Ada YB BN yang masih lagi kepala yang ingat negara ini mereka yang punya maka sewenang-wenang melakukan apa yang mereka suka.

Peraturan kata nak naik bas kena beratur, saya tetap akan beratur walupun hanaya ada dua orang..

LeKir said...

peraturan tetap peraturan.....
YB jangan jadi monyet!

Unknown said...

Kita perlu bersikap adil dan bukan menentang membabi buta. Kenapa kekecohan berlaku?. Ianya berlaku kerana kerenah salah seorang Timbalan Menteri semasa mengangkat sumpah tidak akan tangan:-

1. Wakil Rakyat dari PR hendak dapat pengesahan dan dari Speaker apakah ianya boleh diterima?. Sedabgkan sebelum ini tidak pernah berlaku.

2. Sebelum ini semua wakil rakyat yang dipilih telah menjadi amalan ketika mengangkat sumpah mesti angkat tangan.

3. Jika Timbalan Menteri berkenaan boleh angkat tangan semasa Mengangkat sumpah di hadapan YDP Agong kenapa semasa di Parlimen beliau enggan?.

4. Apakah Speaker akan memberi kebenaran kepada mana-mana bakal Wakil Rakyat tidak perlu angkat tangan sesama angkat sumpah di masa hadapan?. Jika benar bermakna peraturan dan prosidur di Dewan Rakyat tidak ada keseragaman untuk digunapakai. Masing-masing bebas mengikut citarasa masing-masing.

5. Apa akan terjadi sekiranya berlaku ke atas Wakil Rakyat dari PR yang enggan angkat tangan semasa mengangkat sumpah...." sudah tentu menjadi isu riuh gamat di seluruh negara sebagimana isu babi di Selangor dan isu DEB di Pulau Pinang.

6. Apa salahnya Speaker panggil balik Timbalan Menteri berkenaan supaya angkat sumpah semula habis cerita.Soalnya bila berlaku kepada wakil BN ianya dibolehkan tetapi apabila berlaku ke atas wakil pembangkang semua tidak boleh.

7. Kekecohan berlaku cuma Wakil Rakyat dari PR ingin mendapat penjelasan dan pengesahan tetapi Speker masih mempertahankan benang basah, Itu yang menjadi kecohnya.

7. Apakah Speaker Parlimen akan datang boleh membenarkan mana-mana Wakil Rakyat yang dipilih tidak perlu angkat tangan semasa mengangkat sumpah sama-samalah kita tengok nanti. " Malaysia boleh BN pun boleh". BN serba boleh. Mereka kawal media boleh putarbelit apa sahaja. Janji semuanya boleh.

MOHD AFIQ said...

Peraturan tetap peraturan, kalau YB sudah buat silap mengaku sahajalah,. Peraturan di Dewan Rakyat yang mulia harus dihormati. Boleh jadi jika terasa ingin kentut, YB berkenaan akan kentut sekuat-kuatnya supaya didengari oleh yang lain tanpa meminta maaf,.

abe MIE 'TERJAH' said...

ANIMAL IN PARLIMEN -SARKAS

DATUK PADUKA IBRAHIM ALI - KATAK POLITIK

DATUK BUNG MUKTAR RADIN -BIGFOOT

KARPAL SINGH - BIG MONKEY

SELEPAS INI....AGAK NYA

KANGGAROO-WAN AZIZAH-NURUL IZZAH, LIM KIT SIANG-LIM GUANG ENG DAN KARPAL SINGH-GURBIN SINGH (semua tinggal dalam kocek-anak beranak KRONISME)

SUPERMAN- abe MIE

nodark said...

Anjing lwn Manusia, anjing menang.

Karpal otak anjing, menyalak. BN taktau jaga anjing. Chaos & Order >

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...