Friday, October 17, 2008

Lim akan temu kali kedua dengan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Mungkinkah pergeseran pendapat mengenai pendekatan politik yang berlaku antara DAP dengan PAS sebelum ini sehingga menyebabkan kedua parti itu dilihat bermusuh dan menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat akan berakhir?

Perkembangan terbaru memperlihatkan kedua parti itu kini kembali berada atas landasan dan nawaitu sama iaitu untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).


Kunjungan hormat Lim Kit Siang ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa hari raya Aidifitri lalu di rumah Presiden PAS itu di Rusila, Terengganu (gambar) membuka lembaran baru bagi kedua parti berkenaan terutamanya kedua pemimpin penting parti itu.


Tanpa sesiapa menduga Lim Kit Siang mengambil pendekatan harmoni telah mengunjung Abdul Hadi pada hari raya lalu bersama berberapa pemimpin DAP lain.

Walaupun beliau memberi alasan kunjungan itu sebagai perkara biasa dan kebetulan beliau bercuti di Terengganu namun ianya nampak disengajakan, Lim berusaha untuk mendekati Abdul Hadi.

Tidak ada kenyataan dari kedua pihak apa yang dibincangkan oleh kedua pemimpin berkenaan.

Media alternatif hanya melaporkan berita pertemuan itu dengan menyiarkan gambar mereka berjabat tangan saja. Siasah minggu lalu turut menyiarkan gambar mereka berdua berjabat tangan dan berbual mesra.

Mungkin keduanya telah bersetuju untuk tidak menjadikan pertemuan itu sebagai bahan berita sensasi dan mendedahkan butiran perbincangan itu secara mendalam. Adalah tidak munasabah kalau pertemuan itu tidak merangka sesuatu untuk kebaikan bersama.

Bagaimana pun Lim Kit Sing ketika ditemui di rumah terbuka Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah di Kelab Sultan Sulaiman Ahad lalu, agak keberatan untuk mendedahkan isi pertemuan beliau dengan Abdul Hadi itu. Dalam keadaan cuba mengelak beliau hanya menyebut pertemuan itu bagus dan "kami seronok".

Ditanya apakah akan ada pertemuan kedua selepas ini, Lim mengatakan beliau akan mengatur satu lagi pertemuan dengan Abdul Hadi; "iya saya akan bertemu beliau sekali lagi selepas ini sedikit masa lagi."

Ketika ditanya bila pertemuan itu, Lim tidak mahu menjelaskan tetapi menegaskan ia akan diadakan lagi selepas ini yang agak khusus bagi membincangkan perkembangan politik semasa!

Ditanya bagaimana perasaan Abdul Hadi dengan kunjungan beliau itu, Lim menjelaskan Abdul Hadi juga nampak seronok dan gembira. Turut sama dalam pertemuan itu ialah Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Mustafa Ali.

5 comments:

bn@umno said...

SAH.DAP dan PAS sudah tidak lagi sehaluan sebab tu LKS mahu berjumpa Hadi berbincang tentang permasalahan PR.Aku tengok parti-parti komponen dalam PR selalunya tidak sepakat dan sehaluan, kalau macam nilah sikap pemimpin PR yg gila kuasa, hancurlah Malaysia jika negara jatuh ke tangan PR.

blues untuk rakyat said...

takde la.....

perasaan ko je tu....

ni la provokasi paling tak best di dunia setakat ni....


tapi yang pasti SAPP da keluar dari BN....

MCA... MIC.... GERAKAN... UPKO.... da ugut nak keluar BN.....

bukan aku yang cakat.... tapi UTUSAN yang cakap....

bunga melati said...

apa yg sah nyer bn@umno???

mcm ko plak yg catit minit pertemuan diorg??? sah diorg dah tak sepakat...apa ko cakap mengarut ni....

aku bgtau ko lah yer..g lah pujuk balik SAPP tu balik...BN yg huru hara duk sibuk parti lain... dasar bajingan...

Pok Nik Klate said...

Buat apa saja LKS..jumpa ka..hantar hamper raya ke, kunjungan raya ke?? Selagi DAP (LKS dan Kapal Singh) tak menarik balik kenyataan bahawa tidak membenarkan kerajaan islam ditegakkan di Malaysia..selagi itu PAS tidak akan sehaluan dgn DAP. Setakat nak minum kopi boleh la kot..itu pun cawan lain2. Kerana itulah adalah DASR perjuangan PAS.. Kalau Husam Musa nak ikut LKS bersama2 mualaf PAS Kamarudin Jaafar, dll itu adalah pandangan peribadi mereka dan bukan pandangan rasmi PAS. Ideologi perjuangan PAS dan DAP seperti bumi dgn langit..jauhnya.

blues untuk rakyat said...

da jadi rasmi da.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...