Wednesday, October 15, 2008

Perwakilan Setiawangsa boo Khairy

Oleh : Wartawan Siasah

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dan jentera kempen dikatakan menghadapi tekanan apabila beliau masih belum melepasi kouta pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat.

Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di boo beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC pada 4 Oktober lalu.

Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit.

“Dahalan tidak tahu dan memahami mood pergerakan pemuda Umno di peringkat akar umbi di sini kerana dia jarang turun ke cawangan. Kerana itu, tindakan beliau ini mengambil risiko sehingga nama Khairy di boo oleh para perwakilan pemuda,” kata salah seorang perwakilan pemuda Umno yang hadir.

Situasi ini diterjemahkan di kertas undi apabila Khairy hanya memperolehi empat undi daripada 154 perwakilan yang hadir. Keputusan terus berpihak kepada Datuk Mukhriz Mahathir yang mendapat 135 undi sementara Dato Seri Dr Muhd Khir Toyo pula dikatakan mendapat 15 undi.

Perasmian mesyuarat Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno bahagian dilakukan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Dato Seri Zulhasnan Rafique yang juga Ketua Umno bahagian Setiawangsa.

Perwakilan ini memberitahu, dia juga agak terkejut apabila nama Khairy dicalonkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat memandangkan seluruh pergerakan Pemuda Umno di peringkat akar umbi begitu kuat dengan anak bekas Presiden Umno ini.

Sehingga mesyuarat kelmarin, Mukhriz telah melepasi kouta pencalonan apabila dia mendapat 40 undi. Khairy pula mendapat 20 pencalonan, Dr Mohd Khir mendapat 11 dan Dato Zahidi Zainal Abidin hanya memperoleh satu undi. Kouta untuk melayakan diri bertanding adalah 39 pencalonan dari bahagian-bahagian.

Dalam kenyataannya kepada media, Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz mengakui dirinya tidak menyangka mendapat banyak pencalonan malah menyaingi pesaingnya dalam rebutan jawatan Ketua Pemuda Umno menjelang pemilihan parti pada Mac depan.

“Ia adalah di luar jangkaan saya. Ia satu kejutan yang mengembirakan (pleasant suprise),” katanya. Dia bagaimanapun yakin berdepan saingan tiga penjuru bagi jawatan itu walaupun sehingga kini dua pencabarnya belum memperoleh pencalonan mencukupi.

Dia berkata, masih banyak bahagian belum bermesyuarat, sekaligus memberi banyak peluang kepada kedua-dua pesaingan itu untuk memperoleh pencalonan mencukupi.

"Saya yakin Mukhris tetap dicabar Khairy dan Dr Mohd Khir walaupun kedua-duanya belum mendapat pencalonan yang cukup”.

“Pertandingan ini ibarat perlumbaan marathon, tempoh masih panjang dan saya yakin kedua-duanya dapat cukup pencalonan,” katanya di Lobi Parlimen kepada wartawan media baru-baru ini.

23 comments:

kayemsee said...

elok la si 'kera'hairy nie kena boo...memang patut pun...Azizah mesti nangis kan...menantu pojaan kena boo ahli umno sendiri...kih..kih..kih

zali said...

sekelian alam...

dari sini dapat lah disimpulkan bahawa umno sedang menjalankan demokrasi dimana mereka boleh bersuara dan suara mereka diguna pakai di atas kertas percalonan.

dari sini juga jelas membuktikan bahawa terbendungnya/tiadanya politik wang/rasuah politik dimana semua calon adalah bersih termasuk khairy sendiri yang mendapat pencalonan terendah.

dari sini juga membuktikan umno kini bukan lagi terdiri dari mereka-mereka yang hanya tau kata 'yes boss'...mereka membangkang dan menyokong mengikut kesesuaian dan kehendak diri

dari sini juga...akan muncul pemimpin-pemimpin melayu islam yang berwibawa serta telus seperti mukriz,muhyidin dllnya...yang akan memacu negara kearah lebih positif.

tidak syak lagi...dari sini lah bermulanya kita untuk bersatu membina bangsa melayu islam yang telah banyak terluka dek permainan silap mata si pengkhianat bangsa.

anonymous said...

ALIASGAR TEWASKAN ORANG KUAT KHAIRY DI TUARAN
http://www.sabahdaily.com/ 2008/ 10/
Satu sms masuk dalam handphone saya pada jam 12 tengah malam tadi dari rakan saya, Aliasgar Haji Basri dari Sabah.
Beliau baru saja mengalahkan ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam pertandingan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran yang diadakan semalam.

Aliasgar yang mempertahankan jawatan menang dengan majoriti 79 undi dengan memungut 286 undi manakala Abdul Rahman yang juga Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia mendapat 207 undi.
Abdul Rahman yang juga bekas Ketua Pemuda Tuaran merupakan orang kuat Khairy Jamaluddin di Sabah.

1 hour ago
Tagged:

* artikel umum,
* sabah

anakkancil said...

UMNO NI SUKA BUAT DEMO TAPI KRASI SELALU TARA MARI DAA.....

anakkancil said...

En Zali...Nak memilih pemimpin mengikut landasan Islam yg tulin
1.Mesti patuh perintah Allah spt sembahyang 5 waktu
2.Kaum keluarganya kena takut pada Allah spt tutup aurat pada isi keluarganya tak kira jantan ka perempuan ka.La ni jantan pun pakai seluar sekerat...nampak aurat
Takyah la saya bagi lagi syarat seterusnya..agak agak En zali la..pemimpin yg En zali maksud kan penuh tak syarat ni..saya ni buta tak nampak..dok dengaq org cerita je..En zali pulak celik mata..cuba cerita tgk kat saya...Jgn baka je Islam tapi orgnya selamm....

anjar said...

zali..

Tak yak kata umno menjalankan demikrasi dan tiada lagi sikap 'yes bos' dlm umno.

kan aku dah kata sekarang musim ahli umno buat jalan pegi kem najis, memangla khairy tersisih, tak lama lagi matila karear politik dia, jadi calon PRU13 nanti pun silap2 tak dpt, berkubur la cita2 dia nak jadi PM sebelum umur 40 thn.

anjar said...

maklumat terkini dari budak2 umno bahagian.

berlaku perselisihan faham antara Abbodohlah dan menantu hantunya khairy, tuduh menuduh berlaku antara mereka.

Abbodohlah menyalahkan sikap khairy yang kurang ajar dan terlalu tamak membolot projek kerajaan menyebabkan pengaruhnya sebagai PM terhapus dikalangan ahli umno dan rakyat, ini menyebabkan Abbodohlah terpaksa bersara awal sedangkan dia mahu terus berkuasa.

Khairy pula menyalahkan Abbodohlah kerana tidak mempertahankan jawatan presiden dan PM. Ini menyebabkan puak pembodek yang banyak dlm umno mula bertukar arah kepada mukhris org dari kem najis sekaligus menyebabkan peluangnya untuk bertanding ketua pemuda tipis, khairy juga mengugut sekiranya dia tidak mendapat cukup pencalonan untuk bertanding ketua pemuda dia akan menjandakan anak Abbodohlah.

menantu dah jadi hantu...

kayemsee said...

kesiann...itu la kawin sbb kuasa..bukan sbb cinta...jadi camtu la...lepas nie si khairy mesti ngorat anak najib plak kan...ada ker dia anak pompuan??

Unknown said...

zali kata bebas politik wang dan rasuah? mukhriz tu anak mahatzir harta dia lagi melimpah jauh dari khairy. aku anak jerlun aku tau la mukhriz nak boleh menang pun banyak wang yang dia tabur kt jerlun sebelum pru12 lepas...

meon_peon said...

ada ke patut digelar Bapa Demokrasi?...

kan lbh baik diubah kpd Bapa Inflasi...

Berani Berubah...

Anda Mampu Mengubahnya...

atzmand said...

ayoYoo ahBodowLah bapa inflasi ka?
ammaa..
aney kasi cadangan juga itu zali masuk tanding kutua pumuda amuno la.. sini bising bising tada guna punya. chait tada tulur punya zali. surpa itu mintri keris punya la.

atzmand said...

aney punya purut ada sakit la anjar baca lu punya posting. tapi aney juga ada rasa itu maukeris musti menang kutua pumuda amuno punya. pasai dia punya nama pown "maukeris". itu shammudin keris kasi la. kha kha kha...

lagi satu aney rasa kalu itu khairi of the ape cirai dia punya mini kawin najis punya anak blom tintu boley jadi piyyem punya. itu zali mau taruk mana? blakang taruk ka? amma... najis ada porompuan punya anak ka? appaaa..

roh_insan said...

Aku terbaca satu tulisan di dlm blog yg bernama muhammad azli shukri.cerite nye tentang keburukkn Kj(anak menantu tu lah)/s/u umno Talang Masjid Kuala Kangso.

-kj ni lah penyebab fitnah yg sgt
kpd umno.
-name kj ni dah terlalu kotor utk di
pulih kn.
-mengaikkn dgn cerite maya karin.
-menggambar kan watak yg terlalu
jahat seperti watak machiavelli
seorg pemuda itali yg gile kn
kuasa.

Aku bersetujulah dgn watak2 n cerite tentang kj tu,perangai nye lebih kearah kpd biadap.umum tau,termasuk org2 umno sendiri.

Cume yg aku nak kate,ini lah perangai juak2 umno,agak2 ade ke org umno nak hentam anak hantu PM ni sekire nye pak lah msh menjd PM hingge pru13.

Aku harap sgt org umno akn KUBUR kn bdk kj ni kat kuale pilah.

Putra IJ80 said...

dari sini juga...akan muncul pemimpin-pemimpin melayu islam yang berwibawa serta telus seperti mukriz,muhyidin dllnya...yang akan memacu negara kearah lebih positif.

pemimpin-pemimpin melayu islam

pemimpin-pemimpin melayu islam

pemimpin-pemimpin melayu islam

Geli geleman teman membaca mya

pemimpin-pemimpin melayu islam

Penulis ni(Komen)kalau tak buta

mesti gila babi.

Kah!kah!kah!

kedaikopi said...

hai salam semua semoga malaysia aman dan makmur bersama bakal pimpinan baru dan aku harap bila najib perintah tukar nor yaakop moga ekon omi lebih advance, rasuah tu biasa di semua negara didunia, us maju pun ada rasuah

kalau najib perintah cuba buat apa yang PKR nak buat tiru jer , pekakkan telinga terima jer cadangan akar umbi, yang penting gerakkan pru 13, moga dapat balik 4 negeri, kelantan tak yah pasal diorang dah biasa pembangkang ada gak chek n balance..keh..keh...keh...

Penulis said...

Ada kata kera, ada kata beruk yang mana satu betul?. Jangan jadi kera dapat bunga dahle.

Penulis said...

Ada kata kera, ada kata beruk yang mana satu betul?. Jangan jadi kera dapat bunga dahle.

anakkancil said...

Kalau Najipe jadi Pm naik toncang la mem dia.Time tu kedaikopi dah tinggal kedai la..kopi tak leh nak beli...brg naik....Selera besaq oooo.....Hari tu dlm dok kata minyak tak akan naik lepas pilihanraya...tiba-tiba naik mendadak....jgn lupa...cakap depa tak pernah kata betoi...putaq alam

bunga melati said...

biasa lah taring KJ dah hilang....

mana tak nyer ayah mertua tersayang dah hilang kuasa, anak pun terpalit lah... jadi tak heran kenapa dia nyer pencalonan sikit...

kepada penjilat2 KJ pun dah mula resah dah gelisah.... tu yg lari cari 'perumah' yg baru.... penjilat BN ni pun boleh disamakan sebagai 'parasit'....

tapi en zali tetap sebagai penjilat yg berjaya....tahniah en zali...

Azizahns said...

minta maaf PEMBETULAN.

TERUS TERANG SAYA MENYATAKAN SOKONGAN PADA MUKHRIZ BUKAN KHAIRY.

KAYAMSEE ADALAH CONTOH TERBAIK ORANG PR MEMANG PANDAI BUAT CERITA.

UMNO TETAP UMNO.

Pok Nik Klate said...

Elok bebnor le kalau KJ tak cukup pencalonan..Dr Khir pulak tarik diri..Tapi aku rasa ramai juga pendokong pembangkang bangang yg nak lihat KJ menang ketua pemuda.. memudahkan proses mereka nak memaki hamun UMNO. Ye lah tahu2 lah sikap pembangkang macamana? Yg busuk tu lah mahu dilihat..mana ada pembangkang suka kalau UMNO berubah.. Mana ada pembangkang matang dalam Malaysia..
Jadi ahli2 UMNO buatlah yg terbaik semasa masih ada peluang.. Dari corak pencalonan tu..Kahiri dah ketinggalan sangat.. Yes bos makin hilang dalam UMNO dah merebak dalam PKR pulak kot!!! YB Zul Kulim menentang Forum Memeluk Islam tak ada sapa pun yg sokong dia dalam PKR..sebab apa? Sebab Anwar Ibrahim bagi lampu hijau kpd forum tersebut..Jadi tak ada lah Melayu PKR menyokong YB Zul.. Ini lah contoh "Yes Datuk Seri" dalam PKR. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yg lebih..
Nasib..nasib...Nasib le PKR. Dah itu ketentuan Allah pd DS Anwar..

Kacang hijau said...

Ye lah tak tau dia dari planet mana tiba -tiba je muncul...

belum cukup pengalaman kot.... atau lantang sangat..

sebenarnya belum layak pun kat kedudukan sekarang ni...

anakkancil said...

ORG UMNO MCM TU LA..DULU KATA CET DET NYANYUK LA..BAGI PELUANG KAT PAKLAH SAT...TAPI LA NI SOKONG CET DET LAK...KUTUK PAK LAH ...APA DAH JADI DGN MENTAL KORANG NI....MCM KELUARGA 69 DAA.....KACANG HIJAU KALAU DI REBUS BUAT BUBUQ SEDPA JUGA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...