Friday, October 17, 2008

Pengalaman ditahan lanun

"Mereka telah menghunus senjata kepada anak kapal sambil menyuruh berkumpul di satu tempat. Saya sempat melihat banyak kapal yang telah menjadi mangsa kepada lanun yang berkulit hitam itu," kata salah seorang anak kapal Melati 5, Mohd Nazri Mat Salleh @ Yusoff, 21 (gambar) yang baru dibebaskan selepas hampir sebulan ditahan lanun di perairan Somalia.

Tragedi menakutkan itu berlaku ketika kapal kargo Melati 5 belayar dari Pelabuhan Yamboo di Arab Saudi menuju ke Singapura bagi mengisi minyak.

"Pada 29 Ogos lebih kurang jam 5.50 petang waktu tempatan, terdengar bunyi beberapa das tembakan. Loceng kecemasan telah dibunyikan kapten kapal.

"Dan kami terus berkumpul di tempat yang selamat iaitu di tengah-tengah kapal. Sepuluh minit kemudian, terdengar pula tembakan yang mengena setiap penjuru dinding kapal.

"Dalam keadaan kelam kabut itu kami telah meniarap kerana bimbang akan terkena peluru sesat tembakan lanun," katanya menceritakan kembali drama yang menakutkan menjelang Ramadan lalu.

Setelah itu, Kapten memberitahu kapal Melati 5 telah menjadi milik lanun hanya seramai tujuh orang sahaja.

Mereka menaiki kapal menggunakan tali dan dalam sekelip mata sudah berada di atas kapal. Biar pun tubuh mereka kecil dan kurus, namun senjata di tangan cukup menakutkan.

Pelbagai lagi perkara menarik sepanjang ditawan oleh lanun diceritakan oleh Mohd Nazri kepada wartawan yang disiarkan dalam Siasah keluaran terbaru.

Antaranya solat berjamaah bersama lanun dan berpuasa dalam tahanan.

12 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kat malaysia banyak juga lanun terutamanya lanun cetak rompak VCD...

agaknya lanun tak sama kot...

Perawi said...

lagi teruk lanun bila org BN, gunakan nama .....paspkrdap

firdaus said...

haha betul perawi..
cakap orang lain lanun tapi diri sendiri lanun!
pakai nama lain bukan di anggap pencuri ke abe mie terjah?
pencuri atau lanun maksudnya sama..cuma istilah berbeza..
maka ane mie adalah `lanun`

salam..

anakkancil said...

lANUN KAT MALAYSIA NI TAK SOLAT BERJEMAAH TAPI SAPU HARTA BERJEMAAH....BANG MIE OI.....

abe MIE 'TERJAH' said...

kau orang lah lanun..siasah dah tak ada orang lain....

orang dah tak masuk nak bagi idea sebab lanun macam kau lah semua...

abe MIE 'TERJAH' said...

perawi, firdauss dan anak kancil..orang sama..guna emel sama...blog tak ada..melainkan perawi aje...

penipu....

anakkancil said...

jgn la mare abe mie....lanun ka penipu ka kita semua rakyat malaysia kan...apa pun kalu kita kaji sejarah lama dahulu yg jadi pemerintah adalah orang yang gagah..waktu tu...orang yang gagah sapa dia...lanun kan...cuba tgk cerita melayu lama....jadi lanun ni pun ada class juga la....sampai terbit pirate of carribean..satu dunia tengok oooo...termasuk abe mie lanun carribean..jgn mare aaa...

firdaus said...

kelakar abe mie kata aku sama dengan orang lain??
aku adalah aku...

(firdaus-AMK-Johor)

mu xnampok ka?

ala yg penting abe mie pkai alamat nama lain..
http://pkrpasdap.blogspot.com<<-- mu tengok..nape mu xpakai nama lain..nape pakai nama parti yg kamu sendiri sanggah,canggah,bantah?
nape?
mu jelaskan..
bila pakai nama lain bukan ke itu merompak nama lain?
bukan ke?
mu jgn dalih2..
mu jelaskan ni je..
hehe...jelaskan ye abe mie..
salam

(firdaus-AMK-Johor)

anakkancil said...

Firdaus...bentuk jasad sama je tapi rupa color,tinggi tak sama...bang mie nie rabun dekat jauh...tu yang tak nampak.eja alif min nun wau...alif tendang wau bunyi sarkis daa....apa daa sarkiss....

Perawi said...

Apa yang aku nampak baru jadi menteri kewangan 2 hari, kini merompak 1.5 billion duit KWSP untuk selamatkan saham kroni yg jatuh ..... Ahamad Nisfu kata ayahanda dah bankrap dlm cite ....lelong - lelong arahan PRamlee

anakkancil said...

Ayahande marah...tidak...seronok......p.rmleee ni kira otak wokey la...kiasaan yang diberi darhulu kini terbukti sudah.....
Kenapa disentoh wang kwsp...kenapa tidak di pinjamkan sajee dari kwn-kwn khairy sewaktu khairy nak beli saham dulu...kenape...kenape...kenape.....tak kan najpee tak dak kwn sehebat khairy yg baru sethn jagung dlm politik....najpee org lame....hairan kan....

MOHD AFIQ said...

Bersyukur kepada mangsa yg telah selamat dan masih lg dpt menunaikan solat. Lanun pun ble bg umat Islam solat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...