Sunday, June 15, 2014

ISIS di Iraq: Punca dan implikasi

Kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syam, yang lebih dikenali dengan singkatan nama dalam bahasa Inggeris, ISIS, dengan agak mudah menawan dan menguasai satu bahagian besar wilayah utara dan barat Iraq, bermula di sempadan dengan negara jiran Syria hingga menghampiri ibu negara Baghdad.

Negara yang menjadi medan persaingan kuasa Arab Saudi yang memimpin sikap dunia Islam Sunni dengan Iran yang mewakili Syiah itu kini berdepan risiko semakin berpecah berdasarkan garis mazhab dan etnik, dan perluasan penguasaan ISIS kini menampakkan dengan jelas lagi perang proksi antara Riyadh dengan Tehran.

Kumpulan ekstremis yang satu ciri utamanya ialah sikap anti-Syiah dan sekutu telah menunjukkan kecenderungan politiknya sejak awal kegiatan, yang memuncak semasa konflik menentang pemerintah Syria - medan ISIS membina pengaruh hingga muncul dengan kekuatan seperti disaksikan hari ini - yang disokong Iran dan mendapat bantuan gerakan militan Syiah Lubnan, Hizbullah.

ISIS menampakkan sikap politik anti-Syiah dan sekutu dalam konflik Syria, dengan penentangan terhadap rejim Bashar al-Assad dilakukan sebagai satu penentangan terhadap paksi Syria-Iran.

Seperti dijelaskan oleh namanya, rancangan besar ISIS ialah menubuhkan sebuah negara Islam menurut tafsirannya di Iraq dan Syam, satu kawasan besar meliputi Iraq yang majoriti penduduknya Syiah dan Syam yang turut meliputi Syria.

ISIS kelihatan mendapat sokongan oleh satu jumlah besar Muslim Sunni yang dipengaruhi fahaman anti-Syiah dan yang beraliran Wahabi, ekoran eksploitasi sentimen sektarian ekoran konflik di Iraq dan Syria.

Keruntuhan Iraq selepas perang yang menampakkan dengan lebih jelas perbezaan mazhab dan konflik di Syria yang sering digunakan oleh pihak berkepentingan untuk menunjukkan perbezaan mazhab bagi memarakkan persengketaan.

Kedua-dua Iraq dan Syria berjaya dijadikan medan disebabkan ketiadaan undang-undang dan kestabilan, dan ketegangan yang tinggi akibat konflik memudahkan sentimen sektarian dimainkan, dan memudahkan pemerolehan senjata.

Ketiadaan kerajaan yang efektif di kedua-dua Iraq dan Syria memudahkan kumpulan-kumpulan militan termasuk ISIS bergerak dan meluaskan pengaruh, dan kesediaan kuasa-kuasa berkepentingan menyalurkan senjata meningkatkan lagi keadaan ganas yang sedia berleluasa.

Sentimen persengketaan mazhab meningkat selepas kejatuhan rejim Baath Iraq - yang walaupun sekular, masih mewakili minoriti Sunni negara itu - dan pilihan raya yang menyaksikan penguasaan politik Syiah, sehingga menimbulkan kebimbangan kuasa-kuasa serantau yang bimbang dengan peningkatan Syiah di rantau Arab, yang kuasa sentralnya ialah Iran.

Berlatarkan perkembangan ini, sentimen anti-Syiah digerakkan dengan agresif, yang dijelaskan mengapa sasaran utama kegiatan ISIS ialah Iraq dan Syria, dua wilayah yang Iran berjaya membina dan mengukuhkan pengaruh.

Pada masa sama, rejim-rejim di seluruh dunia Arab yang korup dan tidak mentadbir berdasarkan prinsip Islam meningkatkan lagi sentimen untuk membangunkan "negara Islam" oleh kumpulan-kumpulan seperti ISIS, dengan pelaksanaan peraturan dan undang-undang yang bersumber Islam menurut tafsiran mereka.

Di Syria, ISIS semakin kukuh ekoran bekalan persenjataan yang canggih dibiayai oleh kuasa serantau seperti Arab Saudi dan Qatar yang sampai ke negara itu, serta kemasukan Muslim dari seluruh dunia untuk turut serta berjuang menentang rejim Bashar.

Kemasukan ramai pejuang asing menyumbang kepada keadaan yang kini disaksikan di Syria dan Iraq, yang sebahagian besarnya melibatkan sentimen ekstrem yang berleluasa hasil konflik di Syria dan Iraq.

Konflik di kedua-dua Iraq dan Syria menyediakan medan yang subur untuk kegiatan militan, dan lebih buruk lagi, digerakkan oleh sentimen ekstrem untuk kepentingan kuasa-kuasa serantau dan global yang mempunyai agenda yang merosakkan.

Tetapi, dalam kes Iraq, pemimpin Nouri al-Maliki yang berfahaman Syiah juga berperanan dalam menyuburkan konflik sektarian di negara dilanda perang itu, ekoran dasar anti-Sunni dan dendam kelompoknya terhadap minoriti Sunni yang menguasai Iraq selama ini.

Hal ini memungkinkan satu bentuk kerjasama Baath Iraq yang telah tersingkir dengan ISIS atau mana-mana kumpulan anti-Syiah, dalam usaha menentang kerajaan al-Maliki dan Syiah yang menguasai Iraq.

Perkembangan yang sedang berlaku di Iraq ini membuka satu fasa baharu, dan tidak akan reda dalam masa terdekat. Iraq kini memperlihatkan kesan daripada konflik Syria yang menjadi medan persaingan kuasa serantau, pada masa sama Iraq telah lebih 10 tahun menjadi medan persaingan yang sama.

Semua ini, berkait dengan kebangkitan Arab yang memuncak pada 2011, yang di Syria menjadi konflik bersenjata ekoran campur tangan asing dengan agenda masing-masing.

Paling utama, perkembangan ini mendedahkan kelemahan umat Muslim di rantau Arab dan juga seluruh dunia yang terlibat, yang menjadi alat menyumbang kepada lebih banyak kerosakan. - Jun 13, 2014

11 comments:

cucu mamak kutty said...

yg untungnya kapir yahudi israel dan kristian amerika,yg jadi barua arab2 sesat yg berfahaman wahabi yg menaja keganasan al qaeda

Anonymous said...

Ini bukan kerosakan..ini jihad menegakkan agama Allah

Anonymous said...

tak de sbb ape2 ni da memang perancangan Allah n nabi sendiri da bgtau keadaan ummat Dia akhir zaman same2 kita rebut peluang nie (syahid fi sabilillah) dan bantu agama Allah tak kira apa sekalipun!!

abu bakar said...

bukan kerosakan jika mereka masuk semua orang lari dan sesiapa yang tidak sefahaman dengan mereka dipancung macam jepun..namun ada yang mencintai mereka,,,musuh kemanusian

azree yaacob said...

Bkn kerosakan ke namanya bila sembelih org yg x sependapat ngn kita? Kerja giler!!!

Unknown said...

jangan kamu merasa belas kasihan dalam menjalankan hukum yang telah ALLAH tetapkan dalam AL QURAN

Anonymous said...

Xbetul cara ni...dlm al Quran ade ke sruh kite sembelih org yg X sefahaman dgn kite? Nabi saw berperang ade sembelih2 org ke? Ade bunuh innocent civilian life? I don't think so.. cara ISIS ni salah dan menyebabkan Islam dipandang serong.. sentiasa ingat..sifat sederhana itu penting dan digalakkan oleh Allah swt..

Anonymous said...

"Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian! "(HR. Muslim dan Ibn Majah).

Nazilah said...

ISIS adalah fitnah semakin getir utk umat Islam selepas syiah.

mereka berimej islam tp buat kejam sama mcm bashar dan israel malah lebih jahat.

ISIS adalah khawarij tajaan kafir utk merealisasikan Israel/Syiah raya yg ditarget ke seluruh semenanjung arab.

ISIS berlakun baik hingga menjemput kembali US ke tanah arab.

laknat utk ISIS pembunuh umat Islam.

Unknown said...

Sape-sape kate Daulah Islam ( Islamic State ) tu penghancur kepada Islam tu sendiri,ni aku nok kabo..korang memang bodoh !! Daulah Islam (Islamic State ) tu sendiri ingin menegakkan Islam dan meninggikan Kalimah Tauhid Lailahailallah dan dok akan membenarkan fitnah berleluasa sehingga dihapuskan semua fitnah.Anggota Tentera Daulah Islam (Islamic State) semuanya Sunni Muslim yang membunuh orang-orang Kafir Nasrani,orang-orang kafir Yahudi dan orang-orang munafik yang di mana mereka itu Syiah..nok harapkan Malaysia,Arab Saudi,Indonesia,ape mereka semua tu nok tolong orang Islam Sunni apabila ditindas oleh orang kafir dan orang munafik Syiah..Allah sendiri doh berfirman perangi mereka (orang kafir dan orang munafik) yang memerangi kamu (orang Islam yang beriman) dan hendaklah tidak berlaku belas kasihan kepada orang - orang yang memerangi kamu..Allah dok akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang menguboh nasib mereka sendiri terlebih dahulu..sejarah doh membuktikan yang apabila sesuatu kaum itu ditindas,lalu mereka bangkit melawan dengan perjuangan bersenjata menentang musuh,peluang untuk mereka hidup bermaruoh lebih banyak kador peratus mereka berbanding kaum yang ikut je arohan penjajoh tanpa bangkit menentang dengan perjuangan bersenjata.Jadi,saloh ke kalu orang sunni iraq bangkit menentang orang syiah iraq sehingga mereka mampu untuk hidup bermaruoh atau mati syahid kerana Islam mereka yang suci dan berniat untuk menolong umat Islam yang ditindas??

Unknown said...

cara isis menyembelih tawanan akan sebabkan tiada siapa yang akan minat utk peluk islam...dunia memerhati tambahan pada zaman internet.. jika kita keliru Allak menitahkan kita kembali pada al quran dan sunnah rasullalah...sesiapa yang pernah belajar bagaimana caranya Rasulallah urus tawan perang? rasanya bukan bertindak kejam seperti ini semebelih dan kemudian menyebarkan video sembelih ...rasanya seperti selfie...tujuan tidak lain dari menunjuk nunjuk...terdapat yang tidak kene kepada kumpulan isis ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...