Wednesday, June 22, 2011

PAS, politik Islam dan demokrasi: Wacana pasca-Muktamar ke-57

Oleh ABU IMAD AL-MAHSHARI

“Kita tidak mengira sama ada Parlimen ini adalah milik kita atau kita menang pada mana-mana pilihan raya kecil atau pilihan raya umum sekalipun. Biar kita kalah, yang pentingnya Islam menang – lebih baik lagi bila kita menang dan Islam menang.”

Itu kata-kata seorang lagenda politik Islam; arwah Ustaz Datuk Fadzil Mohd Noor. Tidak berguna berkalau-kalau pada satu lagenda yang telah berlalu. Beliau telah melalui zamannya dan meninggalkan pewarisan yang sedemikian rupa.

Belum sampai setahun lalu, masih terngiang-ngiang di kepala saya jawapan balas seorang pimpinan besar PAS ketika mencabar definisi makna laungan perdana menteri yang mempropagandakan Plan Transformasi Ekonomi Negara (ETP) sebagai satu wahana “liberalisasi ekonomi.”

Tanpa segan silu, pimpinan besar PAS ini menyerang balas mencadangkan bahawa Malaysia memerlukan “liberalisasi politik” sebelum mengadakan “liberalisasi ekonomi.”

Saya terkulat kulit, mahu memahami apa saja yang dipergaduhkan itu. Saya merasakan ada orang tertinggal keretapi. Harapnya orangnya sahaja yang tertinggal, bukan organisasi.

Persoalan utamanya; bukankah sepatutnya yang dibahaskan itu adalah acuan dan isi liberalisasi ekonomi tersebut. Bagaimana jalan-jalannya, apa kenderaannya, siapa pemandunya dan ke arah mana ia mahu membawa kita?

Adakah transformasi ekonomi ini benar-benar untuk rakyat? Adakah caranya menguntungkan semua rakyat? Adakah pengagihan kekayaan mampu dirasai melalui ETP ini?

Mengapa mengelak membahaskan persoalan yang sama dan mencari jalan bacul dan menukar siaran? Yang dibahaskan adalah daging steak bakar bukan laksa? Adakah PAS tidak mempunyai cukup keupayaan membahaskan isu-isu ekonomi dan hanya akan membiarkan hal ini dibahaskan oleh DAP dan PKR?

Mungkin telah berlaku pengagihan tugas yang mana menteri kewangan, perancangan bandar, pertahanan, perdagangan, hal ehwal antarabangsa, pendidikan adalah milik DAP dan PKR, manakala menteri puasa, haji, masjid, tilawah al-Quran adalah milik PAS.

Persoalan Kedua; tidakkah ulama lama dan mujtahid gerakan telah membahas sekian lama tentang betapa kapitalisme bertentangan dengan acuan Islam? Bukankah liberalisme atau neo-liberalisme ekonomi ini adalah lanjutan kepada acuan kapitalisme dan sekaligus berbeza pada prinsip dengan Islam?

Apakah pendirian Islam dan PAS terhadap dimensi-dimensi baharu kepada produk neo-liberalisme ekonomi seperti pasaran bebas, perjanjian perdagangan bebas, venture capital, ekonomi buih, pasaran spekulatif dan sebagainya? Agaknya Allah akan memberi wahyu kepada kita bagi menguruskan semua ini setelah kita berjaya menakluki Putrajaya?

Masih terngiang-ngiang di kepala saya yang membuat saya tidak mampu menghentikan ketawa saya apabila seorang kepimpinan besar parti ketika cuba membawa usul tergempar berkenaan isu ekonomi, tertukar untuk menyebut free trade agreement (FTA) dengan FDA (Food and Drug Administration di Amerika Syarikat).

Malangnya perkataan itu terus terakam dalam sejarah dalam hansard Parlimen sebagai bukti tahap intelektual kepimpinan politik kita. Proses demokrasi parti juga telah memuktamadkan untuk memilihnya terus kekal sebagai antara pemimpin utama parti.

Persoalan ketiga; sudahlah daya minda kita gagal untuk membahaskan persoalan liberalisasi ekonomi apatah lagi mengetengahkan satu alternatif kepada liberalisasi ekonomi ini, biarpun bukan pun dalam bentuk praktis namun cukup sekadar teori atau retorika.

Hebatnya kita tiba-tiba mengetengahkan konsep “liberalisasi politik” yang entah atau tidak kita sendiri faham atau tidak maknanya.

Liberalisasi bermaksud “pembebasan” dan popular sebagai ideologi politik ketika proses Eropah dan Barat keluar dari Zaman Kegelapan menuju zaman Renaissance dan Pencerahan.

“Liberalisasi” dalam faham asasinya bermaksud “bebas dari cengkaman agama dan politik gereja kepada faham falsafah hidup (temasuk agama), kehidupan dan negara yang dipandu oleh masyarakat majoriti.”

Maka; produk kepada proses “liberalisasi” Barat ini adalah “sekularisasi” yang menjadi akar tunjang politik dan agama dunia masa ini. “Liberalisasi” melalui faham sekular ini telah menghasilkan beberapa produk sebagai contoh dalam ideologi ekonomi iaitu kapitalisme, liberalisme dan neo-liberalisme ekonomi, dalam ideologi kewanitaan ia menghasilkan “feminisme” dan dalam ideologi politik ia menghasilkan “demokrasi,” “sosialisme” dan sebagainya.

Liberalisme mahupun globalisasi atau perkataan-perkataan besar dalam kamus dunia bukanlah istilah-istilah “bebas nilai” namun mempunyai gugusan ideologi di belakangnya. Sementelah untuk memahami perkataan liberalisasi adalah sesuatu yang mencabar apatah pula maknanya untuk memahami makna “liberalisasi politik.”

Secara mudahnya intepretasi saya dalam memahami politik bahasa makna; “liberalisasi politik” membawa makna “kebebasan untuk mana-mana parti politik, ideologi dan agama/faham terlibat dengan politik negara tanpa apa-apa sekatan, tanpa halangan dari segi ide yang disampaikan atau halangan dalam kaedah menyampaikan.”

Ia bermakna tidak salah untuk kumpulan Kristian membicarakan Malaysia sebagai negara Jesus mahupun kumpulan Ayah Pin menubuhkan parti sendiri ataupun kebenaran untuk kelompok Syiah atau komunis untuk menubuhkan parti di Malaysia.

Liberalisasi politik juga mungkin bermakna kaedah propagasi politik adalah sebebas-bebasnya jadi penggunaan politik wang, manipulasi media, campurtangan asing mahupun penggunaan media hiburan hatta eksploitasi wanita adalah hanya sebagai satu kaedah yang tidak boleh dihalang. Keadilan dan kebenaran adalah dalam keutamaan-keutamaan terbawah.

Ini sebenarnya adalah sejajar dengan makna “politik demokrasi” yang sebenarnya membawa maksud kaedah politik yang menguruskan “persepsi” masyarakat yang diajak menyokong sesuatu kumpulan politik tertentu.

Jadi tidak penting kebenarannya sama ada kamu membantu atau memberi manfaat kepada masyarakat dan bagaimana keadilan dan kesaksamaan benar-benar berlaku; yang pentingnya hanyalah ia harus dilihat sebegitu – perceived as the truth by the people.

Jadi persoalan yang saya garapkan ini hanyalah sebagai mukadimah untuk kita bertanya adakah PAS sebenar-benarnya faham tentang takrifan mereka tentang politik Islam – persoalan yang saya kira cukup untuk memanaskan punggung “die hard supporter” parti.

Apakah sama maksud politik Islam dan politik demokrasi ? Jika sama, yang pastinya, saya meyakini Syeikh Yusuf al-Qaradawi sekalipun tidak pernah menyatakan sedemikian; apakah politik demokrasi sebegitu benar hingga menghasilkan kepimpinan, akhlak masyarakat dan kerangka atau negeri PAS yang selandasan dengan Islam.

Jika tidak sama, bagaimanakah perbahasan dalaman PAS tentang politik demokrasi dan bagaimanakah penyesuaian yang PAS telah lakukan dalam menjadikannya sebagai politik demokrasi Islam.

Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi melaungkan konsep "Islam Hadhari," intelektual Muslim mempunyai dua pandangan asasi; pertamanya hal ini adalah berbahaya kerana kesalahan terma dan istilah yang sebenarnya memberi konotasi bahawa Islam itu tidak lengkap dan memerlukan perkataan hadhari untuk memperlengkapkannya.

Sebab itu, beberapa sarjana mencadangkan perubahan kepada istilah "Muslim Hadhari" atau "masyarakat Islam Hadhari" supaya maknanya lebih benar. Sebahagian lagi dari kumpulan sarjana ini pula hanya mengetepikan ide Islam hadhari ini dan mengatakan “biarkan ia, hayatnya tak lama.”

Bukan yang dimaksudkan itu berkenaan hayat Pak Lah yang tidak lama, tetapi hayat Islam Hadhari yang tidak lama kerana ia ketiadaan isi, ibarat jiwa tanpa roh, seorang zombie tanpa tujuan.

Betapa tepat kenyataan tersebut apabila hayat Islam Hadhari tidak lama dan tidak ada hasilan untuk diretorikkan, mahupun literaturisasi atau model hidup yang dapat digambarkan sebagai produk kejayaan Islam Hadhari yang terhasil seperti yang benar disangka-sangkakan.

Kemudiannya kita berubah kepada persoalan negara kebajikan PAS. Mungkinkah ini adalah satu produk modifikasi PAS dalam merubah makna politik demokrasi kepada politik Islam? Atau ia satu lagi sloganan kosong yang tidak punya apa-apa makna. Malahan ada yang mengatakan ia adalah plagiat PAS ke atas konsep “welfare state”dari negara faham sosialis di Eropah.

Wacana ini tidak bertujuan untuk memperbodohkan PAS dalam displin yang seharusnya paling ia kuasai iaitu persoalan siyasah. Walau bagaimanapun wacana ini merasakan selain dari wacana “tahaluf siyasi” untuk mengharuskan kesepakatan PAS dalam Pakatan Rakyat namun apa yang kelihatannya wacana berkaitan politik Islam dalam demokrasi Malaysia masih jauh ketandusan dan ia juga gagal menunjukkan acuan PAS dalam menentukan halatuju PAS untuk negara ini.

Nasihat mudah dari Institut Abu Dzar; wacana politik Islam, politik demokrasi Islam dan negara kebajikan harus diperdebatkan dengan lebih mendalam dan meluas supaya ketika mana Putrajaya sudah dalam genggaman ia tidak menjadi fitnah kepada kita umat Muslim yang tidak menunaikan amanahnya.

Abu Imad al-Mahshari adalah seorang aktivis pembangunan dan masyarakat dari utara Semenanjung di Institut Abu Dzar.

6 comments:

Anonymous said...

hisbul tahrir...

Ibnu Taimiyyah said...

Hizbut Tahrir... Allahu Akbar

Anonymous said...

terselah topeng kerselaruan istilah dan pemahaman....

Anonymous said...

hahaha... character assisnation. tak setuju pandangan orang terus label orang macam tu dan macam ni. Bahas isi, bukan label orang. lebih mudah kata penulis ni UMNO, dan tutup telinga dan tutup mata dari melihat realiti... obsesi yang menutup dari kebenaran

Pemerhati Sabak

Anonymous said...

ibnu taik miyah idola pelampau wahabi al saudi al kasino al amerik al zion wal hollywood..hehehe

Wan Solehah al-Halbani said...

SALAM,

DEMOKRASI ADALAH AGAMA YANG KAFIR


A. ALLAH ADALAH TUHAN BAGI MANUSIA :


1. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;


2. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah berkuasa dan berdaulat untuk membuat undang-undang untuk manusia;


3. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan segala undang-undang-Nya ke atas manusia yang mewujudkan system pengabdian manusia kepada Allah;


4. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah disembah oleh manusia kerana manusia mentaati dan mematuhi segala undang-undang Allah;


5. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti mentakfirkan kerajaan demokrasi, undang-undang demokrasi dan Tuhan-tuhan demokrasi.



B. DEMOKRASI ADALAH AGAMA YANG KAFIR, ZALIM DAN FASIK KERANA :


1. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia menyerahkan kuasa untuk memerintah kepada manusia dan ia menafikan hak Allah untuk memerintah ke atas manusia;


2. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia menyerahkan kuasa untuk membuat undanhg-undang kepada manusia dan ia menafikan hak Allah untuk membuat undang-undang;


3. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia menyerahkan kuasa untuk menjalan dan menguat kuasakan undang-undang manusia kepada manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada manusia, dan ia menafikan hak Allah untuk mengabdikan manusia kpd kuasa Allah;


4. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia mewujudkan sistem manusia menyembah manusia kerana undang-undang demokrasi ini ditaati dan dipatuhi manusia, dan ia menafikan hak Allah untuk disembah oleh manusia;

5. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia tidak mentakfirkan kekufuran demokrasi



C. ISLAM adalah AGAMA ALLAH kerana ianya adalah terdiri daripada AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAKNYA yang tersendiri yang datang daripada Allah swt :

1. AQIDAH ISLAM adalah daripada Allah yang terdiri daripada Uluhiyah dan Rububiyah ALLAH :

i. Rububiyah Allah bererti Pemerintah ke atas manusia itu adalah Allah kerana hanya Dia sahaja yang mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan hanya Dia sahaja yang mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA kepada KUASA -NYA;

ii. Uluhiyah Allah bererti Pemerintah ke atas manusia hanyalah Allah sahaja kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang Allah itu DITAATI dan DIPATUHI oleh seluruh manusia yang diperintah yang bererti manusia menyembah Allah;

2. SYARIAT ISLAM adalah terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang diasaskan kepada al-Quran dan Hadis;

3. AKHLAK ISLAM adalah daripada Allah dan ajaran Rasulullah saw serta segala contoh dan tauladan Baginda.


D. DEMOKRASI adalah AGAMA kerana ianya adalah terdiri daripada AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAKNYA yang tersendiri, iaitu ianya adalah AGAMA MANUSIA yang kafir, zalim dan fasik yang datang daripada manusia :

1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada Uluhiyah dan Rububiyah MANUSIA :

i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;

ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;

2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

3. AKHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.



Sekian, terima kasih.


WAN SOLEHAH AL-HALBANI
LUBOK TERUA, TEMERLOH, PAHANG DM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...