Wednesday, October 21, 2009

Beng Hock: Selangor gesa tubuhkan Suruhanjaya Diraja


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mendesak sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Desakan itu ekoran pendedahan yang dibuat oleh ahli patologi dari Thailand, Dr Pornthip di inkues mendiang Teoh Beng Hock Rabu lalu yang merupakan perkembangan terbaru kes tersebut.

Dr Pornthip telah membuat kesimpulan bahawa 80 peratus kemungkinan kematian Teoh adalah dibunuh. 

Dalam keterangannya Dr Pornthip  memberitahu, tengkorak kepala Teoh Beng Hock pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat manakala tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

22 comments:

bagan pinang said...

Sepatutnya begitulah....pelik kalau mati dgn sendiri. Pasti dikejar wolf

Mesra Sokmo said...

Inilah peragai buruk UMNO nak ambil kuasa diSelangor, mengejar rasuah sehingga membunuh manusia...zalim.

10 sen pun sanggup dibunuh. Kalau puaknya .....sejuta boleh bebas.

Mat isa JE & Ali H1N1 serta lainnya kenapa SPRM tak siasat....?

Mesra Sokmo said...

Seorang pakar pathologi membuat kenyataan mengejutkan hari ini semasa memberi keterangan didalam inkues kes kematian mendiang Teoh Beng Hock. Beliau merumuskan bahawa ada 80% kemungkinan mendiang Beng Hock mati dibunuh.

Dr. Pornthip Rojanasunand (gambar kiri), pakar pathologi daripada Thailand yang dipanggil sebagai saksi adalah seorang pakar yang mempunyai pengalaman selama 27 tahun didalam bidang pathologi dan telah menjalankan lebih daripada 10,000 autopsi dan telah berjaya merungkai beberapa kes kematian mengejut yang akhirnya didapati adalah kes pembunuhan.

Perlu diingatkan bahawa Dr. Pornthip adalah seorang saksi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan didalam kes ini. Malahan beliau dipanggil oleh Mahkamah sebagai saksi untuk membantu Mahkamah mencapai keputusan yang lebih tepat dalam kes yang telah mencetuskan kontorversi ini.

Sekiranya benar keterangan Dr. Pornthip bahawa mendiang Beng Hock mati dibunuh, persoalan yang timbul ialah mengapa para pathologis tempatan tidak menemui bukti-bukti yang dikemukakan oleh Dr. Pornthip. Contohnya Dr. Pornthip menyatakan bahawa terdapat kesan-kesan bekas dicekik dileher mendiang Beng Hock, dan beliau cukup pasti mendiang Beng Hock telah diserang sebelum ditemui mati.

Walau apa keadaan pun, keterangan pakar pathologi tersebut sepatutnya memberikan alasan yang cukup kukoh bagi pihak polis untuk menukar klasifikasi siasatan kes ini daripada mati mengejut kepada kes bunuh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Persoalan besar yang perlu diselesaikan adalah adakah mendiang mati akibat dicekik kemudian dicampak ke bawah, atau beliau telah diserang dan dalam usaha melepaskan diri beliau terjatuh ke bawah. Apapun, keterangan Dr. Pornthip tidak boleh diketepikan begitu sahaja, malahan siasatan yang menyeluruh perlu dibuat demi untuk keadilan bagi keluarga mendiang dan rakyat seluruhnya yang sudah mula hilang keyakinan terhadap institusi penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan negara ini.

Malahan kes ini adalah satu benchmark test untuk melihat sejauh mana slogan "Satu Malaysia: Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan". Keutamaan keadilan kepada rakyat marhaen saperti mendiang Beng Hock dan keluarganya perlu diberikan, pencapaian keadilan bagi rakyat marhaen saperti mendiang Beng Hock dan keluarganya perlu didahulukan.

Rakyat Didahulukan, Najib dok belakang, tapi kalau rakyat potong pasti kena saman...cogankata UNO ini bodoh.

PAPA GOMO said...

TERKINI-Anwar Brahim Telah Dibuktikan Pengamal Homoseksual(GAY) Oleh Mahkamah http://www.papagomo.com/2009/10/terkini-anwar-brahim-telah-dibuktikan.html

PAPA GOMO said...

apa kata nik ajis???
mahkamah dah tentukan anwar pengamal homoseksual....

apa kata nik ajis???
nik ajis kata ok???

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Dr dari Thai lihat gambar sahaja dan buat andaian.

Lagipun saksi sebelum ini memberitahu, Hock bergaduh dalam bahasa mandarin di tandas sebelum ditemui mati.

yang cekik ialah DAP sebab Hock nak dedah banyak perkara pasal pakatan selangor....

ironseven said...

mmm...agak2nya ape la komen 'fakar' yg selalu kata beng hock bunoh diri sebelom ni. minah thai ni kalau tengok background dia amatlah terbukti kepakarannya...jika nak dibanding dgn dr khir toyo, dr nazri aziz, dan dr2 lain yg kerja di sprm termasok la bos2 sprm tu..hehe...

jgn lepas ni minah thai tu kena c4 cukup lah...

kedaung said...

apasal baru ni nak sampai?
mayat dah hancur dah!
jauh sangat ke thai tu?
musykil betul!????

fitflex said...

minggu nie di pp ada jom heboh.pakat mai ramai2.lg ramai penyokong pr mai lg bagus.sebab skrg bukan umno lg yg tadbir pp.

kadang2 tu tertunggu jugak aku kenapa pas diam je isu hiburan mcm ni.atau pas pun dah mula seronok layan sekali dah la ni.....

AsyMok_ambo said...

Lawan Tetap Lawan!!!
TELANJANGKAN KEJAHATAN...
Usah Gentar!
GOD WILL ALWIZ WITH US.
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!

tabuan said...

Apabila Saiful bersumpah dengan nama Allah bahawa Anwar meliwat beliau, puak serombongan PAS tak percaya.

Tapi bila DR thai ni bagi analisis sahaja, semua pakat percaya.

Adi Satria said...

Aku memang dari awal lagi dah agak yang beng hock telah dibunuh oleh puak-puak komunis yang menjadi rakan kongsi PAS.

Sebab puak2 komunis rakan kongsi PAS ni takot telor tembelangnya pecah kerana telah songlap duit rakyat.

PAS = Komunis For All
Kelantan = Serambi Beijing
Kelantan = Serambi Komunis.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Dr. Porntip dari Thailad di bayar USD120,00 sejam untuk mengelirukan perjalanan kes kematian Teoh beng Hock.

Sila ke blog abe MIE.

ironseven said...

fitflex,

awat hang ni bodoh sangat??? hehe..mufti dah kata sure heboh tu haram apsal bn buat jugak????

tabuan,

pakar thai tu sertakan bukti2 saintifik. bukti saintifik hkl dan pusrawi kata tiada tanda saiful diliwat. awat hang bengap sangat???

wolf,

teruskan la menyalak tanpa fakta. jangan la jadi sengal...

ironseven said...

abg mie,

pi la buat polis report kalau ada bukti. kalau setakat menyalak kat sini mcm anjing baik kau pegi tido je...

jaam said...

PORN..!!??

lain macam jer nama ni?

aiman said...

sila tengok komen saya kat tajuk di bawah.PASti si wolf gembira

fitflex said...

ironsewel said
---------
fitflex,

awat hang ni bodoh sangat??? hehe..mufti dah kata sure heboh tu haram apsal bn buat jugak????

=========
hg tu yg lg bengap.bn buat sebab bn sekular.dan di pp kan umar abd aziz tadbir.amar maaruf nahi munkar.kalu dah buat benda x betul kenapa pas x tegur??takut undi cina lari.

pas dah kejar habuan dunia.sama mcm iron kayu...

ironseven said...

fitflex,

pas dah lama bantah. dah letih. mengaku jugak hang yang umno tu sekular. ringan2 la lidah dan tangan hang pi betolkan aqidah umno tu ye.

jgn jadi org yg ada ilmu tapi mcm ayam berkokok penuh taik. nak tegoq tu tegoq la umno jugak ye.

jgn jadi sengal dan menyengalkan...haha..

ironseven said...

fitflex,

masa pas jadi mb perak sure heboh tak dibuat. masok je umno sekular yg hang kata tu terus adakan balik sure heboh. kat kedah dan kelantan ade ke sure heboh, tolong habaq mai. kalau le ada, ade ke kau tegoq umno jgn buat mcm kata mufti?

perlis ada sure heboh, perak ada, KL ada, melaka ada, n9 ada, johor ada, tganu ada, pahang ada, sabah ada, swak pon ada. hang jangan la dok diam je ye. kang org kata mau bapak segala munafik marah pulak nanti...hehe..

nak cakap tu cermin la diri dulu. jgn jadi kayu yg takdak akal...

Ronaldmohoni said...

mesti siasat baik-baik. entah-entah orang sendiri buat hal.

Unknown said...

Tak payah buang masa dan tenaga, si mati telah mati dan tak akan hidup lagi. Kes ini perlu ditutup.

Semua buat andaian itu dan ini, itu dan ini- apa kesudahannya?????

Kalau setakat nak buat andaian, siapa saja boleh buat andaian. Panggil seribu orang lagi pakar, maka 1000 lagi andaian yg akan depa buat. Soalnya yg mana andaian yg betul? Tak mungkin akan ada andaian yg betul. Masa berjalan, wang terguna, keputusan muktamad tetap tak akan ada. Oleh itu, kes ini perlu ditutup segera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...