Saturday, June 6, 2009

Wan Rahim mahu lujnah peneroka diberi RM1 juta setahun

SHAH ALAM: Perwakilan Kelantan mencadangkan PAS memperuntukkan dana RM1 juta setahun kepada jentera parti itu yang mengendalikan hal ehwal peneroka Felda di bawah pimpinan Mazlan Aliman.

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berucap membahaskan ucapan dasar presiden berkata, daripada 68 kawasan parlimen yang PAS tandingi dalam pilihan raya lalu sebahagian besarnya ada kawasan yang mempunyai tanah rancangan Felda.

"Dikawasan-kawasan ini hanya PAS sahaja yang mampu berhadapan dengan Umno dan jentera parti yang membuat kerja khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan masyarakat Felda ini perlu diberi peruntukan yang banyak," kata beliau.

Dalam pilihan raya lalu PAS hanya memenangi 23 kerusi parlimen sahaja daripada keseluruhan kerusi yang ditandingi.

"Saya harap peruntukkan wang yang besar untuk projek-projek lain seperti komplek PAS di Putrajaya ditangguh dahulu untuk memberi keutamaan kepada kerja-kerja mendekati rakyat," tambah beliau.

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Perlukan Dana {kita kena buat Industri Setempat dan Berpendapatan Kebajikan Rakyat,Penternakan Ikan,Ayam dll Industri Cepat Pendapatan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...