Thursday, June 18, 2009

PAS anjur retreat khas bincang kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR, 18 Jun: PAS akan menganjurkan retreat khas 18 dan 19 Julai depan bagi menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan pemimpinnya khasnya berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, anggota retreat ini adalah AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulama.

Di Kota Bharu baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan agar PAS mengadakan satu seminar khas berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan ini.

Beliau mencadangkan agar Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Mustafa Ali menganjurkan seminar ini.

Mustafa ketika dihubungi Siasah berkata, pihaknya telah mempunyai perancangan untuk mengadakan seminar ini.

"Mandat telah diberikan kepada Ketua Penerangan PAS yang baru, Ustaz Idris untuk menguruskannya," kata Mustafa.

Idris ketika dihubungi berkata, retreat ini adalah permulaan.

"Selepas sudah disepakati oleh pimpinan PAS, kita akan turun ke negeri-negeri dalam bentuk munaqasyah ucapan dasar.

"Kita akan bincang dalam program ini apa-apa perbezaan pendapat dalam PAS. Ini kerana yang bercakap menyokong gagasan inipun kadang-kadang tidak faham, apatah lagi yang menentangnya," kata Idris kepada Siasah.

Idris berkata, beliau pada awalnya mencadangkan agar ia dibuat secepat mungkin memandangkan isu ini tengah panas sekarang namun pimpinan PAS yang lain mencadangkan ia dibuat selepas pilihan raya kecil Manek Urai.

"Penamaan calon Manek Urai 7 Julai, pilihan raya 14 Julai. Jadi kita akan buat hujung minggu selepas itu iaitu 18 dan 19 Julai," katanya lagi.

26 comments:

Dr Nik-On X-Ray said...

Rasanya cukuplah dikatakan pasal kerajaan perpaduan ini....makin banyak manfaat dikaut UMNO/BN dari kucar-kacir yang ditimbulkan. Mungkin kita terangkan sesuatu, namun UMNO/BN akan memutarbelitkan fakta dan menggunakannya sebagai peluru / C4 untuk meranapkan Pakatan Rakyat.
Najib dan konco-konconya mana pernah ikhlas pada perpaduan, itu hanya retorik mereka. Namun kini, isu ini menjadi racun yang amat dahsyat di dalam PAS dan juga Pakatan Rakyat.
Enough is enough

pandang dengar said...

Aku sbgai ahli PAS Terengganu akan trus menyokong Tuan Guru Haji Hadi Walau ape pon cadangan beliau....

Pas terengganu tk bermakna tnpa Tuan Guru Haji Hadi....

Syauqi said...

tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal isu ini...

TG ada kt luar negara sekarang ni...

http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page

pria malaya said...

Mesyuarat ukhuwah

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

sumber, http://www.malaysiakini.com/news/106768

[[ Alhamdulillah..penulis menarik nafas lega..saranan dan harapan berkali2 penulis sebelum ini agar penyelesaian sesuatu maasaah dan kemelut melalui meja rundingan, bertemu mata, face 2 face, musyawarah, akhirnya termakbul...

Walaupun agak terlewat sedikit, tapi penulis merasakan inilah yg terbaik dan sebaiknya..seperti yg pernah penulis katakan, biarlah acapkalai siri perbincangan dan perjumpaan dilakukan dikalangan pemimpin, apatah lagi jika wujud isu2 besar sebegini..lebih banyak, lebih baik...jangan ada perasaan atau rasa bosan, puas, malas untuk bertentang mata, berdikusi bersama teman2 kepimpinan..

Teguran si ayah kpd si anak...

Ternyata TGNA seorang yg tenang dan bertindak rasional..penulis tetap menganggap, kenyataan beliau yg mahukan Nasyarudin meletak jawatan kelmarin ibarat satu nasihat tegas dari seorang ayah kepada anaknya.."ikut cakap ayah, jika tak, keluar dari rumah"..tetapi jauh disudut hati si ayah, terlalu sayang dan kasihkan si anak tadi, jauh sekali mahu menghalau si anak tadi keluar dari rumah..

Begitulah perumpamaan penulis berdasarkan kes yg berlaku..bukanlah niat TGNA mahu menghalau Nasyarudin keluar daripada PAS, cuma mahu menegur dan menasihat Nasyarudin supaya sedar dan cukuplah dgn gagasan mahupun agenda berkaiatan 'kerajaan perpaduan'..kukuhkan PAS, kukuhkan Pakatan Rakyat, seperti kata seorang ahli Kelab penyokong PAS pada muktamar baru2 ini, biarlah PAS menjadi. "PAS the only choice"...penulis terharu dgn kenyataan seorang bukan Muslim ini...

Nasihat buat teman...

Jadi, kepada sahabat2 dan rakan2, baik dikalangan blogger, pengendali laman web mahupun pelayar biasa, bertenang dan bersabarlah..kita serahkan kepada kepimpinan atasan untuk mnyelesaikan kes dan isu ini..janganlah kita menjadi batu api melaga2kan kumpulan2 tertentu di dalam jemaah, jangan terikut emosi dan nafsu ammarah kita..waktu dan ketika inilah kita mudah mengecam dan meneka, siapakah yg sebenarnya berpura2 menyamar penyokong2 PAS, siapakah yg cuba menjadi batu api menghasut dan melaga2kan sesama kita..

Ingat! kita bukan seperti parti 'mereka', jauh sekali mahu menjejaki dan menuruti cara2 mereka...jika ayahanda 'mereka' (Tun M) , langsung tidak mahu berpaling muka mengadap anaknya (Pak Lah), 'ayahanda' kita (TGNA) tetap berusaha bertentang mata merapatkah ukhawah sesama mereka...jadi, kita contohi kepimpinan kita..jika pemimpin kita memilih jalan untuk berdamai, maka kita turutinya...insyaallah, disana ada hikmahnya..

Kerapkan jadual perbincangan...

Akhir kalam, penulis mendoakan agar natijah dari siri perbincangan ini nnti, akan membuahkan hasil yg baik lagi berkah kpd PAS dan Islam itu sendiri..keraplah mengadakan siri pertemuan dan perbincangan sesama kita..jangan asyik memikirkan perbincangan dan rundingan dgn orang atau parti lain, tetapi lupa untuk berbincang dan berunding sesama jemaah sendiri...

Pada saf kepimpinan, kami ahli, penyokong dan pendokong bawahan sentiasa mendoakan yg terbaik buat kalian..semoga Allah merahmati kita dan perjuangan kita...Allahuakbar ]]

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/mesyuarat-ukhuwah-alhamdulillahinilah.html

Tarmizi Mohd Jam said...

syabas

rozana said...

" Konflik menajamkan fikiran, krisis membuang kekotoran. Asalkan fundamentalnya kukuh."
May be there some blessing in disguise. Menjadi baja buat PAS lagi gagah, progresif dan alternatif buat UMNO.

Adi Satria said...

Alhamdulillah syukur...

Akhirnya tanda-tanda kemusnahan PAS dan Pakatan rakyat telah kelihatan.

Tak sampai PRU13 pun pas dah nak berkubur...alhamdulillah...

Takbir 3X
Takbir 3X
Takbir 3X

sirat al-mustaqim said...

wolf

alhamdulillah,Akhirnya tanda-tanda kemusnahan umno-bn da jelas...x lama lagi terkubur la tu...hehe

Unknown said...

Nape le tolol sangat si wolf ni bertakbir untuk melihat parti yg memperjuangkan islam musnah..inilah jahatnya umno ni. Pas akan bertambah kuat bila diuji..Sebaliknya umno yang akan musnah nanti..

Unknown said...

Eloklah kepimpinan Pas mengadakan seminar perbincangan bagi mencapai kata sepakat dan memperjelaskan kekeliruan diantara kepimpinan dan ahli ahli yang masih belum faham dengan segera.Satu kata putus yang membawa kepada kebaikan perlu diambil.Jangan ada yang termakan dgn propaganda yang disebarkan media2 umno.Rapatkan barisan dan teruskan perjuangan mendaulatkan islam..

mail lambong said...

alhamdulillah,
tindakan bijak tok guru amat saya fahami,
puas hati dan lega.
kemungkinan ini adalah titik tolak kejayan kita di masa hadapan.
berfikir sebelum membuat keputusan dan pendapat.kita rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.
pas akan diterima sekiranya ahli-ahli pas dan pemimpin pas menunjukkan contoh yang baik dan menjadi ikutan sekiranya semua pihak tidak rasa dipinggirkan

Naruto Sensei said...

Kah kah kah Wolf si penyalak UMNO..

Ujian PAS Isu UG ni senjata UMNO yang terakhir lepas selesai Isu UG ni
UMNO akan terkena balik senjatanya..malah UMNO akan hilang kepercayaan rakyat apabila Isu Besar terutama yang melibatkan Najib akan berkumandang semula selepas 8 julai ni ha ha...Nantikanlah..

UMNO sebenarnya semakin tenat sebab tulah Sharizat merayu2 hari ni kah kah kah ....!

Unknown said...

Tak perlukan Kerajaan Perpaduan kerana UMBN merosakan Hak Rakyat,
Mereka ini takutkan Pendapatan Rakus Merompak secara PKM (ideologi komunis jugak mereka ne :rakyat masih tak nampak ke)
PAS tak perlukan Kerajaan Perpaduan:Kan Rakyat Malaysia dah ada Pelajaran (Perpaduan dah ada Dalam Rakyat Malaysia)
Jadi Isu ini PAS Perlu hentikan muktamad.
Rapatkan dalam Pakatan Rakyat:
PAS dah ada ciri-ciri Islam,PKR nee kita Islamkan dalam cara Ad-din (PKR nee masih ada citarasa macam UMBN) dan DAP nee kita terapkan Nilai-nilai yang baik dari segi ISLAM.
PAS perlu ada Matlamat.

Malaysia Perlu ada Menteri Memerintah Perlu haya 2 penggal sahaja-- neee meluat tenggok menteri memerintah hingga Mati @ Kalah Pilihan Raya...
soo...carilah Menteri yang Pemikiran Untuk Kemudahan Rakyat bukan untuk Temolok sendiri?

Hamzali said...

Malam tadi Pendita UMNO (Rais Yatim lah tu) komen pasal TG Nik Aziz, kah kah kah dia kata TG Nik Aziz ada kepentingan peribadi? Rais Yatim ni memang bahlol nak cakap tak tengok orang. Tidak ada pemimpin ulang sekali lagi Tidak ada pemimpin di negara ini dan negara negara yang sewaktu dengannya yang boleh dekat dengan keikhlasan dan kejujuran TG Nik Aziz. Rais Yatim? huh huh jauuuuh sekali. Jadi sahabat dalam UMNO tu kalau jumpa Rais Yatim cakap kat dia, jangan jadi otak burung. Suruh dia pandang ke belakang bertapa hipokrit nya dia dalam berpolitik ini. TG Nik Aziz you have my utmost respect in leadership quality and as human being and your political foresight, intergrity and sincerity can never be question. Semoga Allh panjang usia dan sentiasa berada dalam kesihatan selagi ada umur. AMIN

AsyMok_ambo said...

Firman ALLAH SWT
(112:1-4) al-Ikhlas
ISLAM tertegak atas lima prinsip
1. Memurnikan akidah
2. Memuliakan akhlak
3. Istiqamah dlm syariat
4. Pengorbanan harta
5. Pengorbanan diri

ATAS NAMA ALLAH SWT
Pemidato Puak Angkuh Pertubuhan dongeng ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH tanya ambo...
Apa hujjah kamu nyatakan Kerajaan ISLAM Kelantan dan masa yang sama, belum iktiraf Malaysia sbg negara ISLAM sedangakan kita majoriti ISLAM. (60-40).
Ambo malas nak ulas panjang lebar.
Ambo cakap pada beliau.
Paling mudah identiti utama Kerajaan ISLAM adalah Pemimpin.
Pemimpin adalah segala-gala bagi sebuah Pentadbiran ISLAM.
Leadership by example.
Bab ini ambo tak suka ulas panjang lebar.
Sudah terang lagi bersuluh,
SIAPA TUAN GURU NIK AZIZ..
Terfikir juga di benak ambo, TuanGuru ada isteri dan ramai anak.
Sesuai dengan darjat beliau, iblis yg menggoda beliau PASti Panglima Tertinggi Iblis LAKNATULLAH.
PENGORBANAN DIRI TUAN GURU begitu besar.
Jelas, sosok bertubuh kecil ini bukan insan biasa.
TAQWA hanya ditentu oleh ALLAH SWT. Pakaian tidak melambangkan darjah keTAQWAan seseorang.
Namun simbolik paling jelas adalah PENGORBANAN DIRI.
Si Pemidato ZIONIS bertanya lagi, takkan tak boleh nak berumah macam istana dan bermewah-mewah menunjuk imej luxury.
Ambo berhujjah
KEPEMIMPINAN BUKAN SATU KELEBIHAN
IA SATU AMANAH, TANGGUNG JAWAB DAN BEBAN BERAT.
Suri Teladan kita sudah pasti RASULULLAH S.A.W.
Andai Baginda SAW nak berlagak, sure can coz ISLAM dah takluk 2/3 dunia
JUNJUNGAN BESAR SAW HANYA MEMILIH TIDUR DI ATAS PELEPAH KURMA
ITU KEPERIBADIAN AGUNG PESURUH ALLAH SWT.
Rasional juga cukup jelas.
Kalau sorang Perdana Menteri asyik pikir pasal Perut sendiri, mana mungkin dia akan ada EMPATI.
Tapi kalau PM suka susah, PASti dia tak nak rakyatnya susah.
SEBAB DIA TAHU BETAPA SUSAH MENJADI SUSAH.
Oleh yang demikian,
JANGAN GILA NAK JADI PEMIMPIN!
Tanya TuanGuru Nik Aziz, berapa jam beliau tidur???
Kadang2 nak Puasa Sunat pun tak terkesampai sebab nak jaga hati Marhaen.

PEMIMPIN KAMIL PILIHAN MUTLAK ALLAH SWT.

Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Uthman, Imam Ali, Umar abd Aziz, Osama Laden, Sayyid Hassan Nasrallah, Ahmedinejad dan TuanGuru Nik Abd Aziz Nik Mat adalah sosok-sosok Zuhud Pewaris Kepemimpinan RASULULLAH S.A.W
ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN.
Mereka sanggup dicaci dihina kerana...
KEBENARAN dan KEADILAN
KEBENARAN DAN KEADILAN ADALAH DARIPADA ALLAH SWT

WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH
ALLAHUAKBAR!INSYA ALLAH

Ex-UMNO said...

PAS kena ambil tindakan tegas, singkirkan pemimpin yang berhaluan kiri dengan serta merta.

Keujudan kumpulan yang berhaluan kiri ini sangat merbahaya kepada perpaduan parti PAS.

Wak Labu Farm said...

PAS anjur retread? Kenapa?
Sekarang sudah sah dan nyata PAS sedang berebut kuasa.

Satu kumpulan menuju arah kanan, satu kumpulan kearah kiri.

Kumpulan kanan ini terdiri dari pemimpin2 yang telah sedar betapa pentingnya perpaduan politik melayu/Islam.

Kumpulan kiri pula cuma mementingkan kuasa sehingga sanggup bersengkokol dengan DAP dan PKR.

Melayu/Islam akan hancur jika terus berpecah dalam politik.

Lebai Mangkuk said...

KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM

Berita dari blog Cina Islam : Cuma 10 wakil PAS tandatangan tolak 'kerajaan perpaduan'.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.

Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.

Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.

Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.

Sedarlah sebelum terlambat.
Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?

Naruto Sensei said...

Labu dan mangkuk hayun

UMNO akan pupus selepas ini apabila Isu ini akan reda.. sebabnya perbezaan pandangan dalam PAS adalah perkara biasa dan itulah yang memantangkan PAS dan menguatkan Parti ...

PAS belajar dari pengalaman nya tak seperti UMNO semua keburukan nya disimpan sehingga menjadi bernanah dan membengkak dan takkan dapat tertahan lagi ianya akan meletus juga...

Jadi Isu perpaduan dan perkauman ini adalah senjata yang akan memakan diri UMNO sendiri kerana rakyat tak sebodoh UMNO sekarang dalam menentukan hala tuju politik Malaysia akan datang...

Rakyat dah tahu mereka boleh hidup dengan aman damai jika UMNO pupus tidak lama lagi..Rakyat juga dah sedar bukan UMNO sahaja yang boleh memberikan kesejahteraan kepada mereka kerana apa yang UMNO laungkan hanyalah retorik politik mereka sahaja... yang ada....

Lihat selepas 8 julai ni berbagai Isu2 besar akan melanda UMNO bermula dengan Najib sendiri ha ha ha.....

Yang menjadi pencacai seperti kamu takkan mendapat keberkatan kerana bersikap memecahbelahkan Parti Islam PAS dan bersifat perkauman yang dilarang Islam sendiri.. Demi politik sempit parti UMNO penyesat Umat Melayu Islam di Malaysia ini.

Alahai MelayuUMNO layu jadinya...

Naruto Sensei said...

MCA lambang bintang.. sama macam kominis kurang dua je bintang

Gerakan lambang dia tiga segi.. macam sama je jugak dengan maksud tiga bintang...

Dua2 Parti dalam BN dan UMNO sendiri kawan karib diaorang.. Gerakan dan MCA satu masa dulu suka nak bawa Chin Peng pulang...

Nampak tak siapa boneka kominis.. Dua parti cina terbesar mengapit UMNO.. lagi bahaya tu.. ha ha

Patutlah main Isu kominis rupanya dalam BN lah kominis bersembunyi dan tukar lambangnya... rosak2 UMNO..

sirat al-mustaqim said...

YA!!MELAYU ISLAM AKAN HANCUR JIKA TERUS BERSEKONGKOL NGAN UMNO..HEHE

Unknown said...

Salam,

Amat terkilan dengan cara polemik ini dikendalikan. Rasanya..ingin sekali kalau saya dapat menulis sesuatu yang membantu menjernihkan keadaan. Tetapi saya bukan sesiapa untuk didengar. Namun Zat yang dari Dia datangnya kata-kata di bawah (dalam kalimah asal Bahasa Arab), Dia lah Al-Hakim, yang tiada siapa boleh pertikaikan:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
[Al-Hujurat: 10-12

Sekian
Burhanuddin Harun

Naruto Sensei said...

Perdamaian hanya untuk kedua2 belah pihak yang menjunjung Al-Quran dan sunnah Nabi untuk diikuti sahaja...

Bagaimana pula jika sebelah pihak yang menentang dan berpura2 ingin berdamai ketika mereka dalam kesempitan sahaja..?

Sabda Nabi Muhammad.. Umat Islam tidak boleh membiarkan diri mereka dipatuk ular yang sama sebanyak dua kali dalam lubang yang sama..

Renung2kan lah...

Unknown said...

Apa!!!! Nak tunggu sampai lepas PRaya Manik Urai.
Apa Nie!!!!!!
Please la!!!!
nanti bleh bincang kekalahan manik urai sekali ek.
TAHNIAH UNTUK PAS

ALI MAIDIN said...

Pas masih kabur dalam hala tuju selepas menang besar PRU 12

Proton Saga said...

betul dan setuju benar pandangan wal labu tu,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...