Friday, June 5, 2009

Kerajaan perpaduan: Saya serah kepada parti-parti politik - Abdul Hadi

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih yakin dengan pendekatan kerajaan perpaduan untuk membawa perubahan lebih baik dalam negara ini - tetapi menyerahkan kepada parti-parti politik untuk mempertimbangkannya.

"Sekiranya cadangan ini dipersetujui ia bukan sekadar perlu dipertimbangkan, bagaimana untuk melaksanakan (kerajaan perpaduan) perlu dibincang secara lebih serius," kata beliau dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena muktamar PAS ke-55 di Stadium Melawati hari ini.

Kata Presiden PAS itu, beliau bagaimanapun akui idea itu suatu yang baru bagi rakyat dan tidak boleh terburu-buru untuk terus melaksanakannya.

Menjelaskan tentang idea itu, beliau mengulangi kerajaan perpaduan bertujuan mewujudkan suasana politik yang lebih baik disamping menyelesaikan banyak masalah melibatkan politik, ekonomi dan sebagainya.

Ditanya mengenai reaksi pemimpin parti lain dalam Pakatan Rakyat tentang idea itu, Abdul Hadi berkata beliau telah memaklumkannya sebelum beliau bercakap kepada media.

Abdul Hadi telah melontarkan idea kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum lalu dan menyebutnya secara jelas ketika krisis politik di Perak bermula.

Kata beliau idea itu mengajak semua parti-parti membentuk satu sistem politik baru bagi menggantikan sistem yang sedia ada yang hanya memihak kepada Barisan Nasional sahaja.

Katanya, sistem kerajaan perpaduan itu membentuk sistem pemerintahan tanpa pembangkang dimana semua parti politik yang memenangi pilihan raya dilibatkan dalam pemerintahan melalui cara pembahagian yang sesuai.

Bagaimanapun diperingkat awal idea tersebut mendapat reaksi negatif dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat serta menimbulkan kontroversi dikalangan ahli PAS sendiri.

Abdul Hadi ketika ditanya bagaimana reaksi tentang idea itu ketika ini, beliau berkata semakin ramai yang berminat memperkatakannya termasuk di kalangan pemimpin Barisan Nasional.

26 comments:

zali said...

habis la awak hadi...

mesti kena belasah dengan pro pas yang dungu mungu yang tak reti nak menjaga persaudaraan sesama muslim terutama dengan umno...

Unknown said...

wei zali,selamat datang...ko tu yang dungu mungu..keh keh..orang pas tak macam orang umno.Kita menghormati pemimpin.Kalo apa yang disuarakan tidak dipersetujui,kita takada pun berpecah belah cam umno.,Kalau kerajaan perpaduan,TG Haji Hadi jadi PM,aku setuju..tapi biar umno masuk kedalam Pas le..

Unknown said...

Ahli ahli Pas kena faham betul betul tentang bentuk kerajaan perpaduan yang disuarakan TG Haji Hadi.Jangan cepat melatah.Ahli umno pun banyak yang tak paham..Diorang ingat Pas nak bergabung dengan umno macam dulu..piirah..T.Guru seorang yang bijak dan berpandangan jauh..

zali said...

tontonyet...

sampai bila pun pro pas yang dungu mungu dan buntu macam awak pasti akan kata pas lebih baik dari umno dan pas tak mungkin akan bergabung dengan umno.

kenapa?

kerana hasutan iblis sentiasa bermain dalam diri awak yang membuat awak rasa awak lebih islam dari pro umno...

yang membuat awak rasa tak senang hati bila pengikatan ukhwah sesama islam di tingkatkan.

untuk pro pas macam awak ni cuma ada dua perkataan je yang tinggal...

PEGI JAHANAM!

Generasi Pejuang Bangsa said...

kes kejatuhan kerajaan pakatan rakyat di Perak sebenarnya sudah diberi signal oleh Allah dalam al-Quran. Sesungguhnya, Allah tidak sekali-sekali membantu dan menolong orang-orang mukmin yang menjadikan orang kafir sebagai pelindung kepada mereka dan pada masa yang sama meninggalkan orang mukmin yang lain. Hal ini telah Allah jelaskan dalam surah Ali Imran ayat 28, yang bermaksud :


"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan."


Lantaran itu, kita mengambil contoh kes yang berlaku di negeri Perak. Tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS berjaya meraih 31 kerusi DUN, sekaligus berjaya menubuhkan kerajaan negeri. BN tumbang sebagai kerajaan lama dengan hanya memenangi 28 kerusi.


Ketika satu pihak beria-ria meraikan kejayaan tersebut, satu pihak lagi mula mencongak untung rugi nasib orang Melayu dan Islam di Perak. Betapa tidak, daripada 31 kerusi DUN yang dimenangi pakatan pembangkang, 23 kerusi daripadanya adalah dalam kalangan orang bukan Islam. Hanya 8 kerusi sahaja orang Islam. Manakala daripada 10 ahli Exconya, 7 adalah bukan Islam, cuma 3 sahaja orang Islam. Jadi, siapa sebenarnya yang menguasai pemerintahan di Perak? Orang Islam atau bukan Islam?


Mengapa 6 anggota DUN Islam dari parti PAS tidak mahu bersatu dengan 27 (28) anggota DUN Islam daripada parti BN, agar jumlahnya menjadi (27+6) = 33(34), sekaligus tertegaknya pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam di Perak.

MENGAPA DIAMBIL YANG BUKAN ISLAM DAN TINGGALKAN YANG ISLAM? Lupakah kita dengan amaran Allah melalui firmannya di atas itu? "Janganlah Orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin."


Oleh sebab itu, saya tidak hairan apabila pemerintah PAS tumbang di Perak, kerana Allah sudah berjanji tidak akan menolong golongan yang menyisihkan mukmin yang lain dan mengambil orang-orang kafir sebagai pembantu dan pelindungnya, sedangkan ADUN Islam dalam kalangan BN di Perak masih ramai dan boleh sama-sama menegakkan pemerintahan orang Islam di Perak, tetapi sebaliknya PAS lebih gemar mengambil pemimpin kafir daripada parti DAP sebagai pembantu dan pelindungnya berbandingan dengan orang Islam dalam kalangan ADUN BN.

Unknown said...

Biarkan si zali yang dungu mungu baru balik dari bertapa dan umno pergi jahanam..Pas tidak perlukan umno untuk berdiri gah sebaliknya eratkan persefahaman antara pakatan rakyat.Bersatulah untuk mentadbir Malaysia.Biarkan umno.Jangan dibuat sebarang ikatan dengan umno.Dulu,kini dan selamanya umno tdk boleh dipercayai.Penipu bangsa hidup hidup.Dalam umno sudah dipenuhi najis.Amat mustahil untuk dibersihkan kecuali dikuburkan sahaja.
Siapa orang yang mengaku islam tetapi menolak islam jika bukan UMNO.contohnya bila bercakap soal hudud,mereka mentertawa dan mempermainkannya.Kesan calar perbuatan umno keatas Pas tak akan hilang.Biarkan umno sasau dengan gila talaknya terhadap Pas.Jangan dilayan,biarkan dia meroyan sendirian sehingga dikuburkan di pru13 yang akan datang..

senjakala said...

Pejuang Bangsa..Kenapa tak cerdiknya berpolitik.Lain kali undi calon PAS pada pilihanraya ke 13.

ayamgebu said...

habis la awak hadi...

mesti kena belasah dengan pro pas yang dungu mungu yang tak reti nak menjaga persaudaraan sesama muslim terutama dengan umno.....ZALI SAID!

ERRRRKKK!!!! ALHAMDULILLAH....
NAK JAGA SAUDARA SESAMA MUSLIM?????
EEERRRR,,,,,BETULKE NIH?
SALAH CAKAP KOT....
DENGAR DARIMANA..?
BARU DENGAR KOT...?
BOLEH PERCAYA KE..NIH?
DAPAT ULASAN DARI MANA?
MMMMMPPPHHH... DAH LAMA DAHHHHHH!!!
KATA2 KETUA PEMUDA BILA PERTANYAAN DI AJUKAN....adakah hudud akan dilaksanakan di Malaysia...Jawab laki NOURI...errrrrrrr, kita akan teruskan apa yang sedia ada!!!!!
CEHHH!!!!! PANAS TELINGA AKU BILA TERKENANGKAN DEBAT DI PUTIK ITU ARI....SIANG2 DAH TOLAK MCM MANA NAK JAGA SAUDARA...AKU RASA DIA NIH LAAAGI DUNGU!! KALAU KEPALA SENGET XKAN EKOR X IKUT SEKALI..TAK KE GITU JAAAM!!!!!!

ayamgebu said...

SALAM UNTUK PEJUANG BANGSA!!!!...
PANDAI SUNGGUH MENGAMBIL FIRMAN DIJADIKAN PENGUKUH AYAT YANG MEMBERI MAKNA.....X SANGKA PANDAI BERHUJAH UNTUK DIRESAPI PADA PENDENGAR...TAPI SAYANG NGKO TETAP SESATTTTTTT!!!!! TIDAK AKAN BERSATU SESUATU BANGSA ATAU KAUM MELAINKAN AGAMA!!!!!!
PERSOALANYA SEKARANG....MENGAPA MENGKAFIRKAN ORANG YANG INGIN MEMPELAJARI ISLAM....MENGAPA TIDAK MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM YANG TIDAK MAU MEMPELAJARI ISLAM???????

Unknown said...

Kepada saudara pejuang bangsa,

Sila dalami kalimah MUKMIN dalam ayat yg saudara beri tadi tu. Adakah pemimpin yg makan duit rakyat, yg membunuh org, yg percaya kpd bomoh hindu, boleh kita katakan mukmin, maka kesimpulannya UMNO lebih buruk dari DAP, maka lebih baik bekerjasama dgn DAP dari UMNO...

Unknown said...

Mukminkah pemimpin2 yg:

1. Bini tak bertudung
2. Bini bergesel pipi dgn lelaki bukan muhrim
3. Anak2 berpeluk2 dgn perempuan bukan muhrim
4. Kuat makan rasuah
5. Bolot harta negara kemudian buat rumah besar2

...dan byk lagi...

Jgnlah hendaknya PAS berkerajaan perpaduan dgn mereka ini. Walaupun kerusi Pakatan byk dimenangi DAP, tapi ADUN DAP ini jauh lebih baik akhlaknya daripada ADUN Melayu UMNO yg ada di Perak tu. Ada sorang exco UMNO ni baru je angkat sumpah jadi exco, tapi tengok dah start pakai kereta besar. Itu blm tengok rumah lagi...

AZRI said...

umno jangan angan-angan la nak berkerjasama dengan pas......sejarah telah membuktikan, umno perlukan pas masa lemah, bila dah kuat, maka pas akan di tendang keluar......gagasan haji hadi boleh di laksanakan dengan syarat pas mesti menjadi peneraju utama......

mahu ke umno nak menyerahkan perdana menteri kepada pas? apa kata dato najib? inisemua persoalan yang perlu di teliti dengan penuh percaya.......sy dengan yakin mengatakan bahawa kerajaan perpaduan tidak akan di laksanakan jika umno tidak mengubah dasarnya dari sekular kepada dasar islam.......

AZRI said...

pejuang bangsa.....

adakah anda tidak membaca sejarah malaysia? dalam umno lebih parah lagi jika di bandingkan dengan pas....kerjasama dalam pr berbeza dengan kerjasama dalam bn.....

di pulau pinang, masa umno menang banyak kerusi, kenapa ketua menteri di beri kepada parti gerakan? sebelim mengata orang cermin dulu diri sendiri.......

kat bukit gantang, kawasan majoriti melayu, sblm pru 12, ia di wakili oleh parti mca? cakap tak serupa bikin.........

umno lah yang menolak islam dan menerima bukan islam dalam pentadbirannya........sehingga hukum islam di persendakan oleh orang-orang umno........

masjid tinggi said...
This comment has been removed by the author.
masjid tinggi said...

Jom pakat bantai Pejuang Bangsa...Memaang dia tak baca sejarah.

Itu pasal dia jadi nyanyok cam tu.

Aku sokong Tontoya.....

zali said...

pas tetap selenger!

Unknown said...

zali said... pas tetap selenger!
************
ni aje ke yg ko bleh tulis..hu hu...Jali..Jali.pas tetap yang terbaik dan releven untuk rakyat malaysia...

Unknown said...

Alahai Jali...Haji Hadi kata tubuhkan kerajaan perpaduan bukannya campuran dengan umnobn...kerajaan perpaduan ni biar Pas pula jadi PM sebab umno dah gagal..Haji Hadi offer jer,kalo kalo umno ni sayangkan rakyat..mana tahu kot kot umno ni akan insaf..tapi nampak gayanya umno ni sampai mampuih pun dok syok sendiri jer..hu hu

AZRI said...

orang yang kecewa aje mengatakan pas ni bukan-bukan........umno tak payah la nak jalin hubungan dengan pas....pas dah cerai talak 3....umno kene buat cina buta la dulu...baru boleh rujuk balik....tapi mesti terima syarat-syarat dari pas......

1. menerima dasar islam berpandukan al quran dan hadis

2. membuang semangat kebangsaan ( sakular ) dalam umno....

3. perdana menteri mesti bagi pada pas

4. pemimpin-pemimpin yang rasuah dan salah guna kuasa, umno kene singkirkan dulu.....

pas cool aje.......

Perawi said...

Husam saya kagum dengan anda kerana bersifat Ardogon. Teruskan khidmat dalam PAS bersama Mat Sabu. PAS tak perlu bersatu dgn UMNO. Sebagaimana kehendakkan President & timbalannya bersifat muhabalah dgn BN. Teruskan berjuangan dulu biar menang bersama pakatan rakyat. Sebab ramai org pakatan rakyat yg telah mati bersama islam pas spt Ibrahim Libya, yg kena tembak oleh polis ditrg. sembur gas pemedih mata, ISA, dan macam macam lagi itulah kejahatan uMNO. KIni umno dah nak pupus, presiden pula nak bersatu dgn umno. saya bimbang org pas akan lari lintang pukang kepada parti lain. Wahai Haji Hadi batalkan niat anda utk bersatu dgn BN.

Perawi said...

terkenang apa yg terjadi diPerak ....memalukan kalau kita bersatu dgn najib peliwat

detectiveconan said...

salam semua,

semenjak dua menjak ni kalau kita semua perasan RTM,TV3,Ntv7 dan TV9 byk memaparkan tentang pemilihan parti pas yang sedang hangat sekarang ni dan isu kerajaan perpaduan. hati-hati la semua rakan-rakan PR ku dengan tektik terbaru UMNO/BN ini untuk menarik penyokong PR agar berubah menyokong UMNO/BN secara pelahan-lahan.

maksudnya begini, PRK Manik Urai tidak lama lagi akan diadakan. tujuan utama mereka memaparkan banyak berita mengenai pemilihan parti pas adalah untuk menunjukkan kononnya UMNO/BN dan stesen tv malaysia ini menyokong pas ditambah pula isu kerajaan perpaduan yang makin dihangatkan oleh stesen tv UMNO/BN untuk menarik penyokong pas agar kembali menyokong mereka kononnya UMNO/BN dan PAS sudah berbaik dan akan membentuk kerajaan perpaduan. kita sedia maklum UMNO/BN sememangnya mengalu-alukan kehadiran PAS bersama UMNO/BN kerana mereka sudah kekurangan penyokong. jadi bila UMNO/BN telah mendapat kembali sokongan dari rakyat mereka akan tikam PAS dari belakang. hati-hati wahai pemimpin pas, jangan berjanji atau berunding apa jua perkara dengan UMNO/BN. mereka akan cuba pelbagai cara dan taktik untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. mereka suka Pakatan Rakyat berpecah,bergaduh sesama sendiri. mereka sakit bila Pakatan Rakyat bersatu.
mereka juga cuba tergelamkan isu Perak, Ekonomi negara yang semakin teruk dari dihebahkan kepada rakyat terutama rakyat Manik Urai agar mereka dapat berbohong dan menarik pengundi Manik Urai agar memilih mereka pada PRK ini. SPR juga memainkan peranan penting dalam hal ini, kita tgk pada PRK Manik Urai ini byk peraturan baru dibuat untuk menyusahkan PAS/PR menarik rakyat Manik Urai agar mengundi PAS sedangkan UMNO/BN mereka mempunyai byk cara terutama TV. Pondok panas diharamkan, Van atau kenderaan untuk membawa para pengundi ke tempat mengundi juga sudah tidak dibenarkan beroperasi semuanya akan diurus sendiri oleh SPR. kalau di Penanti ada ujian pertama mereka dan Manik Urai adalah ujian kedua untuk melihat tektik mereka berhasil atau tidak mendapat undi mejoriti dari Rakyat. jika tektik ini berkesan maka PRU13 akan diteruskan tektik tersebut.

berhati-hati la rakan-rakanku dari PR jangan mudah tertipu dengan pelbagai tektik yang sudah mula di rancang oleh UMNO/BN untuk menang disetiap pilihanraya.

Kacang Pendek said...

Alahai..Isu negara perpaduan..Haji Hadi pun tak sepakat dgn Tuan Guru..Sebenarnya barisan kepimpinan tertinggi xyakin nak kerjasama dgn DAP..DAP Kiasu..mereka nak perjuangkan nasib ISLAM dan Melayu tp sesetengah xyakin dgn DAP..PKR pon da majmuk n dasar xselari 100% dgn PAS..Pengikut2 yg fanatik, jgn terburu, kita tunggu dan lihat gerak langkah pemimpin2 ni..Ape yg nak di 'backing' kan sgt..Kenali pemimpin dgn fahaman n ideologi msg2..

Kacang Pendek said...

Alahai..Isu negara perpaduan..Haji Hadi pun tak sepakat dgn Tuan Guru..Sebenarnya barisan kepimpinan tertinggi xyakin nak kerjasama dgn DAP..DAP Kiasu..mereka nak perjuangkan nasib ISLAM dan Melayu tp sesetengah xyakin dgn DAP..PKR pon da majmuk n dasar xselari 100% dgn PAS..Pengikut2 yg fanatik, jgn terburu, kita tunggu dan lihat gerak langkah pemimpin2 ni..Ape yg nak di 'backing' kan sgt..Kenali pemimpin dgn fahaman n ideologi msg2..

Kacang Pendek said...

Alahai..Isu negara perpaduan..Haji Hadi pun tak sepakat dgn Tuan Guru..Sebenarnya barisan kepimpinan tertinggi xyakin nak kerjasama dgn DAP..DAP Kiasu..mereka nak perjuangkan nasib ISLAM dan Melayu tp sesetengah xyakin dgn DAP..PKR pon da majmuk n dasar xselari 100% dgn PAS..Pengikut2 yg fanatik, jgn terburu, kita tunggu dan lihat gerak langkah pemimpin2 ni..Ape yg nak di 'backing' kan sgt..Kenali pemimpin dgn fahaman n ideologi msg2..

Kacang Pendek said...

Alahai..Isu negara perpaduan..Haji Hadi pun tak sepakat dgn Tuan Guru..Sebenarnya barisan kepimpinan tertinggi xyakin nak kerjasama dgn DAP..DAP Kiasu..mereka nak perjuangkan nasib ISLAM dan Melayu tp sesetengah xyakin dgn DAP..PKR pon da majmuk n dasar xselari 100% dgn PAS..Pengikut2 yg fanatik, jgn terburu, kita tunggu dan lihat gerak langkah pemimpin2 ni..Ape yg nak di 'backing' kan sgt..Kenali pemimpin dgn fahaman n ideologi msg2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...