SHAH ALAM, 7 Jun: Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Muslimat PAS meminta sungguh-sunguh agar pimpinan parti itu jangan berbaik-baik dengan Umno kerana ia menghantar signal yang salah kepada ahli dan penyokong parti Islam itu.
Permintaan itu dibuat ketika wakil-wakil mereka membuat ucapan penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 55 hari ini.
Wakil Dewan Muslimat, Siti Zailah Yusof (timbalan ketua Dewan Muslimat) berkata, PAS jangan sekali-kali menghantar signal salah kepada ahli dan penyokong melalui kerjasama dengan Umno.
"Kita mesti mengukuhkan Pakatan Rakyat," kata Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang.
Timbalan Pengerusi KPP, Vincent Lee dalam ucapannya juga membuat permohonan yang sama iaitu meminta PAS jangan bekerjasama dengan Umno termasuk melalui isu kerajaan perpaduan.
Bagi beliau, rundingan sulit antara pemimpin PAS dengan Umno merunsingkan KPP.
"Ahli KPP bimbang, PAS akan tinggalkan mereka dan bersama dengan Umno sebagai kawan setia. Harap PAS bergerak atas landasan betul," katanya.
18 comments:
zali.
terima kasih kerana panggil saya ustaz.Tapi saya bukan ustaz sekadar orang awam.
Terdapat ilmu perbandingan dan ilmu siasah yang di ajar di semua pusat-pusat pengajian tinggi dan ilmu perbandingan juga di ajar secara tidak langsung di sekolah dan juga di kampung-kampung.
takkan lah sedikitpun tuan zali tidak belajar tentang ilmu perbandingan.
buatlah perbandingan antara pas dengan umno, ataupun antara pemimpin pas dengan pemimpin umno.Tanyalah hati kecil kita, hati kecil kita tak pernah bohong.
Tuan zali memang susah mahu buat perbandingan kerana saya fikir tuan zali adalah ketua bahagian umno.
Saya berpandangan kerajaan perpaduan boleh kita laksanakan atas dasar dan tema yang pas dan pakatan yang tentukan.
Tidak salah brbaik-baik dengan orang lain atas dasar kerjasama dan perpaduan ummah dan umat.
Saya rasa pemimpin pas sudah cukup pintar dan berhati-hati dalam menangani pandangan ini.
Berilah kepercayaan kepada mereka untuk membuat terbaik untuk negara khususnya dan pada pakatan amnya.
Pas mesti lah mengekalkan identiti sendiri,selama ini segala susah payah Pas bersendirian tanpa bantuan mana-mana pari lain Pas tetap hidup,bahkan sedikit demi sedikit parti Pas dapat berdiri dengan gah sekarang hinggakan menimbulkan kedengkian dari parti komunis Umno.
Pas sekarang telah ada saudara2 baru dari kaum lain JADI TAK PERLU BERUNDING DENGAN UMNO.Rata2 kaum lain pun sudah mula menrealaiskan kebencian pada Umno kerana banayk kejahatan dan kerosakkan yang telah mereka lakukan.
Umno ibarat Israel yang tidak akan berhenti berkata BOHONG.Mereka akan terus BERBOHONG.Bila dah banyak kaum sokong Pas baru nak cakap pasal kerjasama dengan Umno,hak yang dulu-dulu ajak berdebat semua nya tipu belaka.Pemimpin2 Pas beringat2lah untuk menjaga hati penyokong,jangan lupa diri.
Bacakan lah surah Al'Kafirun kepada mereka yang sejak dulu mengamalkan ugama suku politik suku.Islam hadhari lah,perkampungan islam lah.
Yang ini lah kita boleh klasifaid kan guna UGAMA untuk kepentingan politik.Sekali aku dah tinggalkan kau Umno aku tidak akan berpaling lagi.Allahuakhbar...!!!!
Aku rela dengan Pas walaupun tidak di beri PITIS kerana perjuangan atas dasar Islam itulah yang KEKAL.
Saya bukan ahli PAS atau PKR atau PEKEMBAR namun begitu dalam pemilihan wakil rakyat saya menekan kepada prinsip-prinsip kepimpinan Islam. Jika PAS berkerjasama dengan PEKEMBAR, bagaimana pula dengan kepimpinan nanti. Saya dan hampir semua rakyat tahu siapa dalam PEKEMBAR. Mereka adalah pengkhianat agama, bangsa dan negara secara tersembunyi bahkan lebih zalim daripada PKM, Jepun dan British. Jika PAS berkerjasama dengan mereka, PAS bersubahat dengan pengkhianat ini dan akhirnya PAS setaraf dengan PEKEMBAR. Saya amat berharap PAS tak terjebak dengan kata rayu PERKEMBAR sekiranya PAS betul-betul memperjuangkan Islam dan Keadilan. Ini pandangan peribadi saya.
Mustahil kalau Pas sudah lupa apa yang telah dilakukan oleh umno dulu..sekali disengat takkan nak dihulurkan sekali lagi kepala untuk disengat buat kali kedua..susah payah penuh derita untuk merangkak naik sehingga subur di puncak takkan nak biarkan parasit datang menumpang untuk hidup.jangan nanti setelah darah dihisap,parasit dapat kepuncak maka pepohon dibiarkan mati..bak kata,jangan yang dikejar tak dapat,yang dikendong pula berciciran...berhati hati dengan permainan umno,jangan mudah percaya.. ikhlaskah mereka?..
Jauhi najis umno..mereka perosak bangsa dan agama..
bila presiden cakap macam tu...ikut je le...
Dong...bila Tok guru cakap macam tu,dia minta pandangan dari ahli terlebih dahulu..inilah contoh pemimpin yang prihatin...Beliau nak rakyat faham dan tidak bertindak sendirian...tapi bila Datok Najib nak hapuskan MECD..nak naikkan tol..nak lulus lesen judi..Adakah dia minta pandangan rakyat atau ahli ahlinya sendiri?..adakah rakyat atau ahlinya sendiri semua bersetuju..bolehkah kau bersuara kalau duduk di dalam parti umno?..akan dipecat dan dikenakan tindakan nanti kalau melawan arus..
'...jangan berbaik-baik dengan Umno...'
islam minta berbaik-baik dan yang pas minta jangan berbaik-baik...
ternyata pas sudah tidak selari dengan islam.
pas pencinta dunia!
Jangan berbaik baik dengan orang yang menentang hukum islam..umno mempelekehkan hukum hudud..umno tidak mahu mengambil pengajaran dari alquran dan hadis dalam pemerintahannya..umno meluluskan pusat judi terbesar dan kilang arak..umno tdk mengambil berat ttg penutupan aurat..umno mengamalkan rasuah yang bertentangan dgn islam..umno dah tak selari dengan islam..macamana Pas nak berbaik baik dgn umno..mahukah umno mengikut cara Pas kalau bersama..islam suruh kita berbaik baik dgn semua bangsa...Umno menyemai kebencian melayu kepada bangsa lain..Umno tidak tunjukkan islam itu adil kepada semua kaum..umno membuatkan islam dipandang rendah..
kesian ko zali......
dah tak ada harapan untuk umno rujuk semula dengan pas....tunggu la saatnya akan tiba dan ko akan tersungkur menyembah bumi....lebih baik ko masuk pas aje....dan tinggalkan umno yang haprak
Saya yakin, PAS tidak akan akan menyertai UMNO dan BN.
Ia hanyalah propaganda pihak tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan ulama'.
Jika betul ada usaha PAS untuk masuk ke dalam BN dan UMNO, ahli-ahli PAS sendiri akan memberontak, tanpa perlu KPP keluar PAS.
Orang UMno sering dikaitkan dengan istilah duit kopi,duit tepi atau lebih tepat rasuah....
orang Pas dikaitkan dengan istilah
duit tabung,duit sedekah,duit sumbangan...
Asalkan wang kaitan ada pemberi dan ada penerimanya...hanya istilah
yang buruk pada Umno dan istilah
yang baik pada Pas.
Jangan pula kita mendabik dada,
orang melayu/islam bersih dan suci... berdepan
dengan cabaran masakini faktor
kewangan menjadi keutamaan.
Telah disabdakan rezeki 99% datangnya dari hasil berniaga...selebihnya
dari makan gaji.
walau siapapun diri kita ...adakah kita jujur dengan Maha
Pencipta, majikan mahupun pada diri
dalam pekerjaan yg dilakukan dan
adakah kita terfikir tentang pendapatan yg diterima setiap bulan.
Hasilnya...jadilah warga yg tiada kualiti daripada pekerjaannya,tutur katanya,perbuatannya dan pemikirannya.
Sebelum bermulanya muktamar,umno dan media medianya mencanangkan bahawa Pas sudah jadi seperti umno kerana ada rasuah juga..Mereka juga membayangkan Pas akan berpecah belah akibat perebutan jawatan seperti parti mereka..Tapi selesai muktamar..tak ada perpecahan,tak ada yang keluar parti,tak ada yang tidak dibenarkan bertanding kerana rasuah,tak ada yang disiasat dan dipecat kerana rasuah,,tidak ada yang meminta dan menyaman agar muktamar ditangguhkan selagi rasuah masih ada,..pendek kata apa yang digambarkan umno spt pas ni akan hancur...umno lupa yang perjuangan menegakkan islam bukan gilakan jawatan,bukan gilakan wang ringgit,harta benda dan kedudukan..perjuangan kejalan Allah tidak mengharapkan balasan duniawi kerana akan mendapat ganjaran diakhirat kelak...
Saya amat bimbang dengan kenyataan Pres dan Timb nya berhubung Unity Govt yang di sambut ole PM DS Najib. Ianya seolah telah di rancang oleh sebuah organisasi yang menguasai sesuatu pihak.
Apabila sesuatu Badan perisikan telah dapat menguasai terutama kepimpinan sesebuah organisasi, mereka akan menggunakan wang yang besar dan akhirnya wang tersebut menjadi blackmail kepada penerima dan perlu mengeluarkan kenyataan mengikut kehendak mereka.
Bagaimana kita hendak mengenali seseorang yang telah jatuh ketangan musoh atau badan perisikan:
1. Gaya hidup berubah merangkumi pemilikan perniagaan, hartabenda dan kegiatan harian. Ada kala nya sengaja diujudkan sebuah perniagaan yang sentiasa mendapat keuntungan sebaliknya hanya penyamaran kerana badan perisikan akan menggunakan wang memberikan gambaran yang lain. Akhirnya seseorang individu terjebak dan tidak boleh kembali lagi dan akhirnya akan menurut kehendak mereka sahaja.
2. Bersungguh sungguh menegakkan sesuatu isu sekalipun tidak mendapat sokongan majoriti.
3. Melahirkan berbagai idea idea bagi melindungi situasi sebenar bertujuan melindungi pihak lain.
4. Menumpukan kepada pengawalan kekuasaan dari melaksanakan pertanggungjawaban yang diharapkan dalam sesebuah organisasi.
5. Lebih banyak menimbulkan persoalan dan perbincangan dari perlaksanaan tugasan.
6. Alasan di persiapkan terlebih dahulu sebelum sesuatu lontaran idea atau cadangan yang ingin di ketengahkan (Pre plan)
7. Tumpuan diberikan kearah memelihara kuasa dengan perlantikan berbagai jawatan dalam mempertahan kedudukan masing masing.
Perhatikan lah banyak lagi tingkah yang dilakukan semata mata bagi melindungi kesalahan pertama yang telah dilakukan. Akibatnya banyak lagi kesalahan dilakukan bagi melindungi kesalahan pertama tersebut.
Akhirnya orgasasi tersebut akan lemah dan tidak lagi mampu mendapat sokongan. matlamat Badan perisikan tersebut tercapai dan meninggalkan organisasi yang telah lumpuh tersebut.
Beringatlah, bukan kita sahaja yang pandai, orang lain juga pandai bak kata perpatah JERAT TIDAK PERNAH LUPAKAN PELANDOK TETAPI PELANDOK SELALU ALPA KEPADA JERAT.
Berunding dengan Umno sama juga berunding dengan Israel,kalau hati & niat Umno tu jahat macam Israel.Dah nak lingkup baru nak buat baik ngan Pas,setan punya Umno.
apa saja alasan yg biberi oleh TGHH & ust Nasa tentang kerajaan perpaduan atau perbincangan dgn UMNO memang aku tak boleh terima. UMNO ni akan guna apa saja kesempatan utk perjatuh PR. Skrg ni suratkhabar diorang & berita TV dok mainkan isu ni. Takkan lah TGHH & ust Nasa tak boleh pikiaq. Sampai kiamat pon UMNO tetap UMNO dan tak akan berubah
INI BUKAN KES HANTAR SIGNAL SALAH, TAPI KES SALAH PILIH ORANG YANG BAGI SIGNAL.
tk salah kl nk berunding ngan musuh...knape perlu berdendam sgt...aper salahnye kl bersifat pemaaf...
kl musuh nk berperang..kita berperang..
kl musuh hulur tangan untuk berdamai..aper salahnye....
nk jd pemimpin kne bijak pandai...berfikir kehadapan...
sbb tu tk ramai yg leh jd pemimpin...
kl nk plih pemimpin kne pilih btol2...jgn pilih yg pandai bercakap je...
kepada ahli2 PKR pasti kn pemimpin kamu dr kalangan kamu...selepas Anwar sape lagi yg kamu nk harapkan untuk pimpin PKR.....
jgn tersalah pilih.....rugi org kita...
Post a Comment