Thursday, June 18, 2009

"Idris cap ayam"

KUALA TERENGGANU, 18 Jun: Malang datang bertimpa-timpa kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Yang terbaru, beliau disifatkan "Idris cap ayam" selepas beberapa projeknya terus-terusan memberikan masalah kepada Umno Terengganu sendiri.

Ia bermula dengan robohnya bumbung Sekolah Menengah Wakaf Tapai April 2008 lalu dan kemudiannya bumbung Stadium Sultan Mizan baru-baru ini.

Kolam renang yang menjadi pusat sukan akuatik di Batu Burok juga didakwa bocor oleh peniaga sekelilingnya apabila air tidak berhenti-henti membasahi kawasan perniagaan mereka yang terletak dikawasan kolam renang itu.

Ketiga-tiga projek ini dikaitkan dengan projek Wang Ehsan yang diuruskan kerajaan negeri dibawah Idris sebelum ini.
Kini Idris berdepan dengan tuduhan bahawa beliaulah sebenarnya di belakang bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Ramzi Ahmad Zuber yang kini sedang menghadapi tuduhan kes jenayah di mahkamah ekoran SMS ugutan kepada tiga Adun Umno.

Ramzi dituduh membuat ugutan bunuh kepada ketiga-tiga mereka di samping membuat fitnah kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Ahmad Said.

Dakwaan ini dikemukakan kepada Ramzi ekoran tiga Adun BN termasuk Datuk Rosol Wahid, menerima satu SMS ugutan terhadap nyawa mereka dari telefon bimbit yang nombornya dimiliki oleh Ketua Setiausaha Sulit MB Terengganu.

Selepas menerima SMS itu, Ramzi telah menemani mereka membuat laporan polis. Ekoran SMS ini juga, ketiga-tiganya membuat sidang akhbar dan mengajak Adun BN Terengganu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sepatutnya berjalan hari itu.
Ekoran itu, 14 Adun BN memboikot sidang Dun Terengganu yang gambarnya telah disiarkan di muka depan hampir semua akhbar.

Ia telah memalukan kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said dan beliau telah dipanggil menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin di Kuala Lumpur.

Namun, selepas disiasat polis, didapati Ramzi didakwa orang yang sebenarnya menghantar SMS tersebut menggunakan komputer dan meletakkan Ketua Setiausaha Sulit MB sebagai sender (penghantar).
Ekoran itu, terbukti bukan pegawai Ahmad Said yang menghantar mesej ugutan tetapi dari kem Idris Jusoh sendiri apabila tertangkapnya Ramzi.

Tindakan Ramzi ini disifatkan sebagai usaha kem Idris untuk memalukan Ahmad Said dan seterusnya memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu.

Kini, bukan Ahmad Said yang malu tetapi Idris sudah digelar 'cap ayam' kerana ungkapan itulah yang selalu digunakan Idris semasa menjadi Menteri Besar dahulu terhadap apa-apa sahaja yang berkualiti rendah.

19 comments:

pandang dengar said...

bile agaknye terengganu nk dpt MB yg berguna kpd rkyat teganu....yg bleh majukan teganu...
dr dulu smpai skarng..teganu mcm tu jgk...
aku dh bosan merantau cr kje..nk gk kje kt teganu..sesuai ngan kelulusan aku...bleh tiap2 ari mkn lauk yg mak aku masak...
mat said jd MB pn tk guna...

agak2 bile lebuh raya fasa2 siap yek...raya bln9 nnt rs2 dh leh guna blom...

SIASAH leh tlong cr mklumat tk???

Dr Nik-On X-Ray said...

Sebab tu janganlah nak buat kerajaan perpaduan dengan kerajaan parti cap ayam (UMNO/BN)...nanti kita Pakatan Rakyat pulak diper"ayam"kan mereka apabila kekuatan mereka pulih balik.

sakariya said...

1 Malaysia dah tahu semua Ketua Menteri/Menteri Besar Barisan Najis memang CAP AYAM.

Ayam tua bersara digantikan dengan ayam muda....specis ayam juga!!

Yang pasti TEMBOLOK penoh!!

Iwan md yusuf said...

udah udah la 2 dengan sandiwara sandiwara yang menyusahkan rakyat.dah banyak sangat projek cap ayam yang bn buat.tak takut siksa kubur ke tipu duit rakyat gaya gitu.malu la dengan orang bangsa lain.

Unknown said...

Senyum lebar Mat Said bila musuh ketatnya Derih lebih buruk dari dia semasa menjadi mb dulu..banyak projek mega yang dijalankan oleh Derih dulu tidak memberi faedah kepada rakyat.Banyak pembaziran wang rakyat berlaku.Sebab tu lah Sultan tdk memperkenankannya utk terus menjadi MB..hehe..Derih cap ayam ke?..memang pun,ayam jenis berak merata rata pastu orang lain yang kena taiknya..

mail lambong said...

bangkit la JKR..jadi-jadi la tu..buat perubahan..jangan biarkan maruah dan harta benda kita musnah kerana kealpaan kita.bila dah jadi macam ni masing-masing menunding jari.saya berharap JKR belajar dari kesilapan besar ni.perkara yang penting sekali untuk JKR, pastikan JKR mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang sebelum melaksanakan projek mega,dan pesanan terakhir jangan buat projek tergesa-gesa.ini akan merugikan semua pihak

Naruto Sensei said...

Bala kepada UMNO Terengganu sudah terkena kepada mereka..

Ingatlah dosa BN merobohkan Masjid di kijal pada tahun 2004..

Nah...!kamu robohkan Masjid rumah Allah,Allah robohkan apa yang kamu bina hatta kerajaan BN pun semakin runtuh nantikanlah..

Akan tiba masa BN akan roboh juga..

ayamgebu said...

fuhhhhh.....
NASIB BAIK AKU ADA GEBU DIBELAKANG!!!!
MACAM NI MUNYER CERITA BOLEH BERASAP LUBANG HIDUNG N KUUUBUR!!!!

Hamzali said...

Kementerian Kerja Raya adalah kementerian satu satunya dapat 5 bintang dalam sistem rating. Huh KSN kena semak balik MAMPU yang buat rating tu ntah ntah MAMPU sendiri pun he he he dek JKR. Sampai bila lah kerajaan ni nak main wayang kulit. Mungkin sampai PRU 13 kut, sementara tu kutip sebanyak mana yang boleh sementara ada kuasa. Tu lah dia kerajaan 1 Malaysia yang hanya tinggal perkataan semata-mata.

nik said...

Bersyukur apa yang ada. Sepatutnya kita berbangga dengan arus pembangunan yang di bawa oleh Dato' Seri Idris berbanding dengan pemerintah sekarang. Tak ada karisma langsung. Kita tak perlu mencari kesalahan dan menunding jari pada orang lain. Kalau kita memerintah sekarang,pemerintah itu lah yang perlu membetulkan kesilapan.

Yang cap ayam adalah orang yang berkata perkataan tersebut.

Anonymous said...

mapuh kerah pah ni mat yih nok jawab,

aiman said...

pok nik,pembangunan apa nama buat stadium ratusan juta,tapi hanya untuk sekali pakai,mcm pempers.sian tau kat a.said.derih yg berak a.said lak yg kena basuh.lePAS ni nama stadium kita tukar,stadium derisamno.

mail lambong said...

nik...nik..
cepat sangat berpuas hati dengan apa yang ada.bersyukur kerana allah bukan kerana apa yang ada.kalau macam tu bila masa laa kita nak maju.
gagal pun dok buat tak kisah..org tipu kita pun kita masih buat tak kisah..sepatutnya kita berusaha. memantapkan diri..buat yang terbaik.jangan sempit kan pemikiran hanya kerana kita mudah berpuas hati dengan apa yang ada disebabkan apa yang ada bukanlah milik kita..tetapi amanah yang kita pikul sebagai khalifah di dunia.sebab tu adanya syurga dan neraka agar kita berusaha menjadi yang terbaik..dan sebab tu juga laa adanya hukuman bagi pesalah. kalau tak hukum, manusia akan makin melampau.dok laa zaman batu hang tu..org bagi ambil..org buat salah biar je..last-last kita yang susah..nak hidup bekeluarga pun susah..makin hari makin mencabar..bila sibuk dengan urusan dunia, agama pun kita tinggalkan..sebabnya kita mudah puas hati dengan apa yang kita ada. kita takut pada perubahan, sebab kita tak yakin..kita dok harap benda yang sama yang dok sekat pemikiran kita.

ise said...

dua dua cap ayam,sama jek

Unknown said...

i a litle bit agree dgn pok nik...

kita bersyukur kepada Allah atas apa yg diberikan. Setiap kejadian ada hikmahnya..

Semua makhluk yang dijadikan Allah mempunyai kekurangan masing-masing. kita lihat diri sendiri, banyak yang kurang...cthnya ada yang adik jadik bohsia, abang jadik mat rempit, sepupu hisap dadah, mak tak pandai jaga anak, dan mcm2 kejadian lagi yang berada dekat dengan diri kita sendiri.

Moralnya, apabila Allah dah letak takdir mereka-mereka itu menjadi pemimpin, biar saja mereka lalui ujian2 yg Allah dah set utk mereka. Kita yang jadi rakyat jagalah diri dan kaum keluarga dengan baik2.

Trust me, if diri kita sendiri menjadi pemimpin adakah kita begitu mulia sehingga tiada cacat cela..

So jangan menghina org sesuka hati. Allah marah kepada makhluk yang takbur. Dan kita perlu bersyukur apabila Allah masih meletakkan Malaysia dalam keadaan aman walaupun ada tercuit disana sini..

walaupun begitu..hidup PAS!!
(undi adalah rahsia)

mail lambong said...

terima kasih atas pandangan regina.
sememangnya masing-masing mempunyai kekurangan.tetapi kekurangan itu disebabkan kesilapan kita kerana membenarkan orang yang menggalakkan maksiat di negara ini.saya ingin berkongsi dengan regina,sekiranya regina mempunyai pandangan yang lain saya berbesar hati untuk membaca segala komen dari regina.

saya ingin memberi satu contoh bagaimana dasar yang ada merosakkan pemuda-pemudi di zaman sekarang.saya bagi contoh sekolah.pergaulan bebas diantara pelajar lelaki dan perempuan bermula dari sekolah.mengikut kajian hubungan antara lelaki dan perempuan yang bermula dari sekolah diteruskan di luar sekolah 3 daripada 10 akan terlibat dalam zina.ini akan melemahkan kita semua.ini hanya contoh yang kecil.contoh-contoh yang besar adalah seperti tajuk di atas.kita gagal menjalankan amanah yang diberi oleh rakyat.

ramlan ramli said...

selamat...

ramlan ramli said...

selamat ler

ramlan ramli said...

apa nak jadi dengan bangsa kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...