Tuesday, March 31, 2009

Pemimpin bersih tuntutan Islam – Presiden PAS

KUALA SEPETANG, 31 Mac: Presiden PAS yang juga ahli parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan pengundi dari kalangan masyarakat Islam supaya memilih mereka yang bersih dari sebarang keaiban untuk menjadi pemimpin.

“Kita amat malu pada orang bukan Islam di seluruh dunia sekarang ini yang mementingkan keperibadian calon yang bersih untuk dipilih memikul amanah rakyat.

“Dengan memilih calon yang tepat, membolehkan beliau berperanan dengan baik dan berkesan di dalam dewan parlimen nanti bagi membawa hasrat dan masyarakat,” tegas beliau.

Abdul Hadi juga sempat mengisahkan cerita semut yang bijak di dalam memilih pemimpin mereka meskipun tentera Nabi Sulaiman banyak membawa makanan yang jatuh.

“Ini kerana pemimpin semut bimbang jika rakyatnya akan dipijak oleh bala tentera Nabi Sulaiman,” tergasnya yang meminta pengundi agar bertindak bijak di dalam memilih pemimpin mereka.

Pengundi di Parlimen Bukit Gantang wajar bertindak paling bijak dengan memilih calon PAS, Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah terbukti berjaya membawa perubahan sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Perak sebelas bulan lalu.

Dalam gesaannya, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pilihan raya bukan hanya setakat jalan raya sahaja kerana masih banyak perkara utama menjadi keperluan dalam kehidupan manusia.

Turut berucap di dalam majlis di DUN Kuala Sepetang itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Zulkifli Mohamed Omar...IBH

21 comments:

kamal farhan said...

bersama2 kita insyaallah..yakin dgn perjuangan dan janji allah..

allah akan tolong kita kalau kita tolong agama allah..

Hamba Miskin said...

Alhamdulillah..

Posting baru ni,debatlah elok elok. Tanpa maki memaki antara satu sama lain.

Keluarkan hujjah dan bukti. Sandarkan pada bukti kukuh bukan igauan.

Semuanya akan berlaku dengan lancar dan sekiranya ada yang memulakan makian dan cercaan,pasti ada yang mengikut perbuatan kita itu.

Yang penting,dahulukan Allag dalam setiap perbuatan. Insya Allah selamat...

Hamba Miskin said...

pembetulan ejaan.. "Allag" di sebut "Allah".

Maafkan saya..

Hamba Miskin said...

Allah akan melihat hari ini bahawa kita sebagai manusia akan di pertanggungjawabkan dengan setiap ejaan,tulisan di dalam ruangan ini.

Di hari 'anugerah' kemudian hari,kita takkan mampu berkata apa-apa di hadapan Robbul Jalil. Setiap anggota badan akan berkata-kata tanpa mampu kita mengawalnya.

Ingatlah kata-kata saya ini. Jadilah manusia yang jujur dalam setiap hujjah. Tegur menegur itu penting. Anda boleh tegur saya jika saya silap dalam hal ini.

ismazyanti said...

salam ihya

kamal farhan said...

BUKIT GANTANG, 31 Mac - Pilihan raya kecil Bukit Gantang kini dicemari dengan fitnah dan ugutan melalui blog-blog dan website-website yang tidak diketahui kepunyaan siapa. Sebelum dan selepas penamaan calon banyak blog baru yang wujud bertujuan mengugut dan memfitnah calon Pakatan Rakyat dan PAS di dalam pilihanraya Bukit Gantang, YAB Hj Nizar Jamaludin.

Semalam Dato' Mustafa Ali meminta para Penyokong Pakatan Rakyat supaya bertenang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan. "Permainan blog seperti ini sudah melampaui batas. Saya tidak kata siapa yang melakukannya tetapi apa yang penting perkara ini bukannya datang dari Pakatan Rakyat ataupun penyokong kami" ujar beliau.

Blog-blog ini juga cuba melaga-lagakan para penyokong Pakatan Rakyat memfitnah kononnya penyokong Ustaz Idris kecewa kerana beliau tidak dapat bertanding.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menafikan sekeras-kerasnya kononnya beliau kecewa tidak dipilih mewakili PAS di dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. "Saya sendiri sudah berada berkampung di Bukit Gantang sehinggalah pilihan raya tamat" tegas beliau ketika dihubungi.

Ustaz Idris juga berkata bahawa beliau kini telah turun menemui saudara-mara dan memberikan motivasi kepada petugas-petugas dan pengundi-pengundi untuk memastikan Barisan Nasional hilang deposit.

Blog-blog ini juga menggunakan satu lambang dengan nama "Bloggers Pembela Negara" dan slogan "satu suara, saru arah, satu akidah". Diantara alamat blog-blog tersebut ialah http://perakbangkit.blogspot.com, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com, dan lain-lain lagi.

Blog-blog yang tidak diketahui kepunyaan siapa ini juga mengugut Nizar dengan perkataan-perkataan seperti "Kill Nizar!!", "Nizar Penderhaka", Nizar Celaka" dan bermacam-macam lagi dan yang paling teruk sekali, terdapat gambar-gambar lucah dengan tujuan mengutuk dan menghina Hj Nizar.

Selain itu blog-blog ini cuba menggambarkan Nizar sebagai penderhaka Sultan dan Zambry pula sebagai pembela orang melayu. Terdapat gambar yang menunjukkan Zambry bersama-sama dengan sekumpulan orang berbaju seni silat melayu.

kamal farhan said...

sahabat semua..cuba la masuk blog2 tersebut...

http://perakbangkit.blogspot.com
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com

kamal farhan said...

Bloggers Proksi BN Di Cabar
Monday, 30 March 2009 20:53

Kumpulan Blogers di nasihatkan menjaga tattertib di dalam penulisan dan sentiasa menjaga akhlak tidak kira sama ada dari komponen Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Namun tindakan beberapa blog yang terdiri dari Barisan Nasional agak di kesali itu lah ungkapan yang di nyatakan oleh salah seorang ketua penerangan bahagian perak apabila terdapat beebrapa blog yang mula menfitnah antara satu sama lain.
Malah team malayadaily sendiri mengakui apa yang di katakan oleh ketua penerangan berkenaan secara sepintas lalu, ini berikutan sebuah laman maya umno yang di katakan akan mengeluarkan gambar lucah ataupun bogel salah seorang pemimpin pakatan rakyat.


Di dalam penulisan beliau " OK 31 MAC 2009 TEPAT JAM 12 TENGAH HARI KAMI (GERAKAN ANTI PKR & DARULEHSAN TODAY) AKAN MENYIARKAN 5 KEPING GAMBAR PEMIMPIN PEMBANGKANG "BOGEL" !!!

Pekara sebegini sekaligus mencerminkan parti berkenaan dan pengurusan blog yang tidak profesional sehinggakan ianya sudah tidak di hormati sebagai profesion dan kerjaya berbanding laman laman berita online lain.

Malah menurut seorang AJK Pas ketika di temui malayadaily di dataran nik aziz memberitahu beliau mencabar kedua laman berkenaan yang berproksikan perak bangkit yang di kepalai oleh Zambry Kadir untuk membuktikannya dan sekaligus membuat satu sidang akhbar besar besaran dan jadikan ia isu di bukit gantang.

Jika tidak tindakan mereka sebenarnya hanyalah ingin mencari popularity murahan dan sangup membuat apa sahaja demi kepentingan mereka tanpa mengikut batasan yang telah di gariskan sebagai seorang rakyat malaysia. Secara tidak langsung jika sumber itu tidak benar maka merek aseolah telah memalukan parti mereka sendiri Barisan Nasioanal.

Pihak kami malayadaily juga ingin menantikan gambar ini dan jika ianya benar kami memohon beribu keampunan berikutan beberapa temua bual yang di lakukan namun kita nantikannya pada 12 tengahari ini seperti mana yang telah di nyatakan.

Kakashi Senpai said...

Alah blogges BPN memang kerja memfitnah saja. hujah2 depa semua ntah apa2 ntah. gambar yang dimaksudkan itu semua adalah teknik superimpos.. saya pernah dapat gambar termasuk yang dikatakan eli padahal itu adalah teknik yang dinyatakan tadi... walhal gambar eli yang tersebar tu polis sendiri sahkan separuh bogel diulangi.. separuh bogel..bukan gambar bogel.. jadi tak payah la kita percaya puak2 blog BPN... 2 minggu lepas kononye depa ajak bloggerBNM debat berkobar2 cabaran depa. bila harinya debat tu nak masuk kena ban pulak...blogers bpn bodoh2 anjing upahan BN...

kamal farhan said...

cacing...udah2 lah tue..jgn layan sgt depa tue..kita terus kan keja kita..terus kan berjuang..d.mustafa ali pun dah pesan..jgn layan sgt..

Kakashi Senpai said...

bukan nak layan depa pun cuma info yang saya tahu. bukan ape dah geram sangat dah asyik kena sekat2 je.. dulu kena gas pemedih mata pun tak hilang lagi panas ni.. silap2 aku lak jadi dewata berapi tapi bukan serang PR!! Nak serang dan bakar UMNO BN termasukla dewata sial tu... ok ok saya ikut nasihat i'am cool now..

Dr Nik-On X-Ray said...

MB-MB yang bersih - tengok TGNA, DSNJ muka cerah dan jernih je. Tgk MB (Haram) Perak, MB Pahang, MB Perlis, MB N9 - muka kurang jernih sebab hati manyak kotto. Muka Bekas MB Selangor sememangnya cerah dan bercahaya - angkara facial treament je, tapi hati manyak busyuuuuuuuk

Kakashi Senpai said...

ya betul tu awe!! orang beriman memang tengok mukanya kita jadi sejuk..nampak keikhlasannya..lain MB selain ko sebut tadi nasib tak berapi je muka depa .. mcm setan weiiii takut nanti habis duit rakyat dia baham ...kui kui kui

ironseven said...

aku sokong pilih pemimpin bersih. bukan yg rasuah dan parti yg hidup berlandaskan rasuah. bukannya kaki seks mcm yg sorg mca yg dtg bantu umno kempen tu. bukan yg beli bini org. bukan tuan kambing hitam yang bunoh org.

so, pilihlah pemimpin yg bersih. bukan bersih sbb buat facial mcm awey kelate ghoyak tu. haha..dah kalah salahkan pr pulak. pelik...

apa2 pun, kita suburkan motto ini.

HIDUP UMNO..HIDUP RASUAH..
HIDUP RASUAH..HIDUP UMNO..
BAGI SALAH..TAK BAGI KALAH..

nyahkan rasuah dan perasuah dari bumi malaya ini!!!!!!

ironseven said...

apa nak jadi dgn umno ni? sprm pi mana? makan gaji buta ka? ini fakta terkini. ada sapa2 mau nafi?????

Beberapa pemimpin tinggi Umno disiasat: Megat Najimuddin


KUALA LUMPUR: Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno kini disiasat susulan aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lalu, kata Ahli Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

"Saya tak ariflah kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat.

"Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah 'Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah' anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di sini, hari ini.

org2 mcm ni kita mau sokong ka?????

unanjaga said...

MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN

Pandangan Sheikh Yusof al-Qardawi Mengenai Undi

Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam
menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara
serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik.
Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya
kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau
kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti,
maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat
ke-2 yang bermaksud,

"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah."

Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya
(tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan
yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga
telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di
dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,

"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."

"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan
sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang
yang berdosa hatinya." (al-Baqarah: 283)

[Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul "Fiqh Daulah

Shahiran Shahid Zahri said...

dah tengok blog yg dimaksudkan saudara kamal farhan..

mcm org yg menggelupur kepanasan..

merapu bersepah-sepah..

tak tau apa yg ditulis dan kepada siapa yg dituju..

bila membaca tulisan2nya mcm tengah menggigil kelemasan..

hilang perasaan kejap bila tengok blog tu.. jadi bodoh kejap.. bahaya kalau baca lama2 sebab tak ada ciri2 yg boelh menjana minda..

tulisan2nya tak ada hujung pangkal..

fitnah yg dilontar, pun tak kemas susunan kata2nya..

senang cerita, pernah tengok budak2 bergaduh ke.. mcm budak2 bila dah tak puas hati mula laa, dia ckp bodoh kau, bpk ko ***** la, ko anak ***** la.. padahal org sekeliling tahu benda yg dia ckp tu tak ada langsung kebenarannya..

padahal hakikatnya dah tak boleh nak melawan..

shyufi said...

"bersih"
teringat klip video KJ ngan bapak mertua dier..harharhar...

Fidaiyyin said...

Calon BN Bkt Gantang tak bersih bro..kaki pompuan.

Aku pelik apsal Umno gemar pilih calon kaki betina, sontot pelacur, kebas bini org, kaki mabuk todi n politik wang a.k.a rasuah jadi calon....

KEMBARA said...

Kenali Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin

Nama: Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin

Tarikh dilahirkan:
17 Mac 1957 ( Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. )

Pendidikan awal:
Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar
Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.

Kelulusan:
Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.(1972)
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.



Bidang pekerjaan yang telah diceburi:
Jabatan Kerja Raya, Bahagian Bengkel dan Kuari
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus),
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Projek yang pernah diurus:
Dayabumi fasa 2 & 3 (1983)
Projek Pusat Islam (BAHES), Jabatan Perdana Menteri (1984),
Projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985),
Pengurusan Bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR,
Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Projek Terkini:
Pengarah Urusan di beberapa firma swasta dan di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Bidang politik:
Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001).
Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini)
Bendahari PAS Negeri (2001- 2006)
Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.
Menteri Besar Perak ( Mac 2008~kini)

Keluarga:
Isteri: Datin Seri Hajjah Fatimah Taat.
Anak-Anak:Lapan orang cahaya mata.
Anak pertama lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan.
Anak kedua lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan.
Anak ketiga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Agenda Dato Sri Nizar Jamaluddin: Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Bahasa: Boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil

AsyMok_ambo said...

ATAS NAMA ALLAH SWT
SUDAH TENTU SYUKUR TAK TERHINGGA KE HADRAT PEMILIK SEKALIAN ALAM.

DENGAN KUASA YANG MAHA AGUNG
SAYA MENYERU DAN MERAYU…
KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA YANG BERILMU!!!
SAMA ADA YANG ADA KALIMAH TAUHIDATAUPUN BELUM…
SAMA ADA MAMAT AH CHONG MUTHUSAMY SABAHAN SARAWAKIAN SENOI NEGRITO SUKU SAKAT SIAM PATTANI DAN SELURUHNYA!!!!!

BANGKITLAH SEGERA!!!
KITA SUDAH TIDAK ADA MASA!!!!!!!
ADAKAH KITA MAHU BUMI MALAYSIA TERCINTA INI DITERBALIKKAN???
SEPERTI KAUM-KAUM TERDAHULU!!!

AMBO MEMPERINGATI DIRI AMBO DAN PARA SAHABAT SEKALIAN
SELURUH WARGA MALAYSIA!!!
BELAJARLAH DARI SEJARAH!!!
KERNA SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU KITA!!!

TUGAS SETIAP DARI KITA SEKARANG ADALAH MEMAINKAN PERANAN MASING-MASING!!!
AL-QURANUL KARIM WAHYU ALLAH SWT MENUKILKAN
BILA MANA MUSA A.S. BERKELUH KESAH DEK TIPU DAYA FIRAUN LAKNATULLAH…
FIRMAN YANG MAHA BERKUASA!!!
KURANG LEBIH TAFSIRAN UMUM AKAL PENDEK MANUSIA…
“TINGKATKAN TIPU DAYA KAMU WAHAI MUSA!!!!!”

IKTIBAR BUAT KITA SEMUA HARI INI…
FIKIR-FIKIRKANLAH!

SESUNGGUHNYA HANYA ADA SATU PLATFORM DALAM MENJAMIN KESEJAHTERAAN SELURUH ALAM YAKNI RAHMATAN LIL AALAMIN
NIKMAT TERBESAR IAITU NIKMAT ISLAM!

DAN PLATFORM INI YAKNI ISLAM
JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD S.A.W. MENEKANKAN
“ISLAM BUKAN UNTUK DIBANGGA-BANGGA NAMUN PALING PENTING, ISLAM MESTI DIAMALKAN.”

DAN AKHLAK JUNJUNGAN BESAR S.A.W. SENDIRI ADALAH AL-QURANUL KARIM!
KITA SEMUA TAHU, AL-QURANUL KARIM ADALAH MUKJIZAT TERAGUNG SEPANJANG ZAMAN ALL-TIME FAVOURITE WAHYU AGUNG YANG MAHA SEMPURNA KEPADA PESURUH-NYA, SEORANG MANUSIA BIASA ADA TANGAN DAN KAKI MACAM KITA- BAGINDA S.A.W.
BAHKAN DIJAMIN OLEH YANG MAHA KUAT…

“KAMI YANG TURUNKAN DAN KAMI LAH YANG MENJAGANYA.”
(KURANG LEBIH TAFSIRAN UMUM AKAL MANUSIA YANG PENDEK DAN LEMAH)

NAH,
APA LAGI ALASAN KITA!
PERLEMBAGAAN KITA ADALAH AL-QURANUL KARIM!
BAHKAN DITERJEMAHKAN PULA OLEH YANG MAHA KUAT MAHA HEBAT MAHA BESAR SUPAYA SENANG KITA IKUTI MELALUI AKHLAK RASULULLAH S.A.W.!!!

JADI TIDAK DAPAT TIDAK!
TUGAS SETIAP WARGA BERILMU!
PEGANG ERAT-ERAT AL-QURANUL KARIM
SEMAT KUKUH DI HATI SANUBARI SUKMA!!!!!!!!!!!!!!!!

SEBAR LUASKAN KONSEP DAKWAH SEJAGAT PARTI ISLAM!!!!!!!

MEREKA TAK BAGI PERMIT!
USAH KECEWA…
MEREKA NAK HARAMKAN SEKALIPUN LIDAH RISALAH KITA!!!
TAK MENGAPA…

MEREKA NAK LAWAN ALLAH SWT ??????!!!!!!!

NAUZUBILLAHIMINZAALIK…
POHON TAUFIQ HIDAYAH YANG MAHA MEMBERI PETUNJUK…


KERNA JANJI ILAHI…

“KALAU AKU TOLONG DAN BANTU KAMU, SIAPAKAH YANG MAMPU MENGHALANGNYA???!!”

AYAT 7 SURAH MUHAMMAD SENDIRI MENUKILKAN FIRMAN YANG MAHA AGUNG:

“BILA MANA KAMU MENOLONG AGAMA-KU (TOLONG AKU YAKNI TOLONG ALLAH SWT) SUDAH PASTI AKU AKAN MENOLONGMU DAN MENEGUHKAN KEDUDUKAN DAN PENDIRIANMU DAN PEGANGAN KAMU!”

SETERUSNYA…
AYAT 81 AL-ISRAK MEMBERI JAMINAN DARI ALLAH SWT:

“BILA MANA DATANG KEBENARAN, MAKA LENYAPLAH KEBATILAN! SESUNGGUHNYA YANG BATIL ITU PASTI AKAN LENYAP!”

SO,
WHAT REASON FOR US TO BE AFRAID OF THEM!!!
DALAM KONTEKS MALAYSIA INI, USAH KITA TAKUT PADA APA JUA PENENTANGAN UMNO-BN LAKNATULLAH KERANA JELAS, UMNO-BN LAKNATULLAH TAK MAHU ISLAM.
BILA MEREKA TAK MAHU ISLAM, MEREKA MEMBELAKANGKAN ALLAH SWT
PERLEMBAGAAN PARTI UMNO-BN LAKNATULLAH ITU SENDIRI JELAS!
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!

THEREFORE,
CONFIRM UMNO-BN LAKNATULLAHH AKAN DITELANJANGKAN BULAT-BULAT SECARA SLOW-SLOW,
KERNA HANCUR BERKECAI SECARA SLOW-SLOW BEGITU HINA SEKALI!
AMAT BERBEZA DENGAN KALAH DAN TERUS LENYAP!

ITULAH KETENTUAN ILAHI
PENENTANG ISLAM PASTI DIBALAS AZAB DERITA!
DUNIAWI DAN UKHRAWI!
PERCAYA DAN YAKIN
KEPADA JANJI ALLAH SWT

TINGGAL LAGI…
KITA NI LAH!!!
YANG DUK MENGAKU AHLI PARTI ISLAM
YANG DUK MENGAKU DAN BERBANGGA KERNA KITA AHLI PAS!

USAH TERLEPAS PANDANG…
IBLIS DULUNYA KETUA PARA MALAIKAT!
MAKHLUK PALING ALIM DI SISI MAHA PENCIPTA!

HANYA UNTUK DIPANGGIL LAKNATULLAH HARI INI KERANA SATU BENDA!!!!!!!!

KEANGKUHAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AL-QURANUL KARIM TELAH MENGKISAHKAN
IBLIS CUMA TAK MAHU SUJUD TANDA HORMAT KEPADA ADAM A.S. SEBAGAIMANA ARAHAN YANG MAHA MENGETAHUI!!!

TIDAK PERNAH ADA MANA-MANA RIWAYAT MENUKILKAN
BAHAWASANYA IBLIS LAKNATULLAH MENYEKUTUKAN
YANG MAHA AGUNG
YANG MAHA SEMPURNA
YANG MAHA BESAR!!!
ALLAH SWT

IBLIS ANGKUH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SEBAB ITU,
IKTIBAR BUAT KITA!
SETINGGI MANA ILMU KITA!
MUFTI BESAR MANA PUN!

USAH ANGKUH!
USAH ANGKUH!
USAH ANGKUH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SEKALI LAGI AMBO SERU PADA DIRI AMBO SETERUSNYA
DENGAN KUASA ILAHI
DIRI PARA SAHABAT SEKALIAN!
ALLAH SWT TELAH MENJANJIKAN KEMENANGAN KITA
PARA PATRIOT ISLAM!!!
DAN MAKHLUK-MAKHLUK BERSAMA ISLAM!!!

DENGAN SYARAT TIGA UNSUR PENGHALANG BERIKUT DILENYAPKAN!!!

1. FITNAH
2. ANGKUH
3. BERBURUK SANGKA


KITA HINDARI ‘FAB’!
KITA HINDARI ‘FAB’!
KITA HINDARI ‘FAB’!


AYUH RAKYAT MALAYSIA!
AYUH PARA PROFESOR!
AYUH PARA PAKAR!
PERUBATAN, MOTIVASI, GUAMAN, SUKAN DAN SEMUA BIDANG!!!


JOM SERTAI PARTI ISLAM!!!
TAK NAK JADI AHLI PUN TAK MENGAPA!!!!!

TERKINI,
ALLAH SWT TELAH MENGHANTAR SEORANG INSAN KERDIL SEPERTI KITA
ADA TANGAN ADA ISTERI ADA ANAK ADA KAKI ADA NAFSU
SAMA SEPERTI KITA!
SEBAGAI NAKHODA…
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

DIDOKONG LIMA MASTERMIND KARISMATIK…
1. TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
2. MASTER LIM KIT SIANG
3. SIFU ANWAR IBRAHIM
4. MAULANA KARPAL SINGH
5. PROF. DR. RAMASAMY
TIDAK LUPA, DIKELILINGI PARA PENDEKAR KAMIKAZE
1. PANGLIMA HUSAM MUSA
2. DR. DZUL
3. IR. KHALID
4. HUSTLER LIM GUAN ENG
5. MISS UNIVERSE TERESA KOK



DENGAN KUASA ALLAH SWT

PARTI ISLAM WAJIB MENTADBIR ALAM CAKERAWALA INI!

KITA SUDAH TIADA MASA!!!
KITA SUDAH KESUNTUKAN MASA!!!

WAJIB UNTUK PARA PATRIOT ISLAM BERSAMA PARA PAKATAN BERGANDING BAHU MENGHANCURKAN SAKI-BAKI KEANGKUHAN UMNO-BN LAKNATULLAH!!!!!!!!!!!

NAMUN INGAT…
NAMUN INGAT…
NAMUN INGAT…

KITA WAJIB MEMULIAKAN PARA AHLI MEREKA!!!!!
YANG KHABARNYA BERDAFTAR SERAMAI 3.5 JUTA ORANG!!!

TERUTAMA SASARAN DAKWAH UTAMA KITA ADALAH!!!
TIDAK LAIN TIDAK BUKAN…

YANG DIHORMATI ENCIK NAJIB RAZAK…

AMBO DOAKAN JELMAAN UMAR AL-KHATTAB HADIR!!!
AMBO YAKIN BILA-BILA MASA DARI SEKARANG!!!

ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!

AT LAST BUT NOT LEAST!
AMBO SEKALI LAGI MENYERU DIRI AMBO DAN PARA RAKAN SAHABAT SEKALIAN…
DI DEPAN SETIAP MAKHLUK HANYALAH…
TAQWA LILLAHITAALA
ISINYA ADALAH KEIMANAN JITU!
LAYARNYA ADALAH TAWAKKAL LILLAHITAALA!!!

UMPAMA TARIK BENANG DALAM TEPUNG!
BENANG BIAR DAPAT!
TEPUNG JANGAN TERABUR!

ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!
ALLAHUAKBAR!!!

JANGAN LUPA ALLAH SWT
YAKIN DAN SEPENUH PERCAYA PADA NYA YANG MAHA TINGGI!


MAKSUD AYAT 33 SURAH FUSSILAT (41:33)
(KURANG LEBIH TAFSIRAN UMUM AKAL MANUSIAWI YANG LEMAH DAN PENDEK)

“SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK PERKATAANNYA DARIPADA ORANG YANG MENYERU KEPADA ALLAH SWT DAN SETERUSNYA MENGATAKAN AKU DI KALANGAN ORANG MUSLIMIN.”


“LU PIKIR LAH SENDIRI BEB!!!”


WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH
ALLAHUAKBAR!!!
INSYA ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...