Wednesday, March 4, 2009

Gambar perhimpunan bantah PPSMI
















15 comments:

Dr Nik-On X-Ray said...

Perhimpunan GMP ini menyerlahkan lagi kebencian rakyat kepada pengkhianat bangsa (Melayu) yang bertopengkan UMNO. Tahniah kepada para peserta yang sanggup meredah hujan "water canon" dan asap gas pemedih mata. Perjuangan anda tidak dapat ditiru UMNO kerana mereka semua berasaskan kebendaan. Mereka tidak akan berkumpul jika tidak "DIBAYAR" terlebih dahulu sedangkan anda semua keluar tanpa perlu dibayar.
Insya AlLah, anda semua akan diganjari AlLah SWT dengan keberkatan, kemuliaan dunia dan akhirat dan lebih utama rahmat-Nya manakala UMNO & BN akan tersungkur menjadi pembangkang di negara tercinta ini.
Sudah tulisan jawi dihapuskan Khir Johari dan balaci-balaci UMNO, bahasa Melayu pun hendak dipinggirkan oleh Mahathir yang diteruskan oleh Pak Lah, Najib dan Hishamuddin. Inilah golongan pengkhianat dan pembelot bangsa Melayu, Islam dan juga tanahair kita Malaysia.
Semoga AlLah SWT akan menghancurkan para pengkhianat tersebut

joe_kedah said...

Salam bahagia untuk semua
sudah lama tidak melayari blog ini kerana sibok dengan tugas seharian. Almaklum sajalah tanggong jawab banyak, harga getah jatuh merudum sehingga rm1.50 sen, jadi beban belanja harian pun meningkat almaklum saja harga barang sudah naik mendadak. Berkaitan dengan perhimpunan bantah PPSMI saya terkenang zaman persekolahan saya tahun 60an dulu. Walau pun kami tidak diajar dalam bahasa inggeris dalam subjek sains dan matematik, syukor alhamdulillah kami tetap berjaya. tak payah pakai culculator kami pakai otak allah anugerahkan lagi cepat. Melihat kepada situasi terkini, saya melihat, guru-guru yang kuat umno tak kan menyokong perhimpunan tersebut, sebab nanti kalau hadir kena cop, lambat pula naik pangkat, akan tetapi dari kalangan pejuang bahasa dalam bahasa melayu, mereka telah berjaya capai matlamat sapertimana yang dicita-citakan. Setinggi tahniah kepada sasterawan negara dan juga Dr Hassan sendiri dan didokong olih kalangan parti-parti dari pakatan rakyat yang telah berjaya mempersembahkan memorendum itu kepada pekenan duli yang maha mulia seri paduka baginda yang dipertuan agong. Terima kasih juga kepada pm pak lah yang telah mulai sedar akan keburukan PPSMI Itu.Kita juga merasa dukacita kepada pihak polis yang dilihat cuba memprovokasi perhimpunan tersebut, amat malang sekali masjid negera, tempat ibadat orang islam dijadikan sasaran semboran gas pemedih mata. Cuma kita peringat kepada pagawai-pegawai kanan polis, jangan terlampau ikut telunjuk umno/bn dalam perkara ini, jalankan tugas dengan berhemah, beramanah dan ketegasan berpandu kepada BAHASA JIWA BANGSA!.

A. Mie said...

Aku rasa sangat sukacita keberanian mereka yang sanggup meredah halangan. Bagi aku atas dasar apapun tidak sepatutnya pihak yang memprovokasikan menggunakan 'water canon' dan asap pemedih mata. Mereka yang datang bukannya menentang polis dan bersenjata. Mereka datang demi anak bangsa kita yang akan datang. Memang ramai guru yang kurang setuju dengan dengan dasar ini tapi terpaksa ikut perintah. Tindakan polis dan FRU meningkatkan kebencian kepada..... Minta kerajaan jangan tunggu lagi, tak kan nak tunggu pemilihan UMNO. Salam Hishamudin, jangan tuduh perhimpunan didalangi pembangkang tapi ketahuilah bahawa orang-orang dibawahmu telah mula muak dengan jawapan kamu. Usah kaitkan PPSMTI dengan ekonomi dan parti pembangkang. Tanyalah diri anda apa yang telah anda lakukan semenjak anda jadi Menteri Pelajaran. Dulu aku sokong kerajaan tapi sekarang aku mula benci. Ketahuilah UMNO Johor pun menentang dasar ini dalam perhimpunan UMNO. Pak Lah tegurlah sikit.

Mengapa Hishamudin nampak parti pembangkang sahaja. Celiklah mata bukalah minda tengoklah ramai lagi cendiakawan yang datang. Aku sedih banyak duit dilaburkan dalam dasar ini tetapi hasilnya tak kesampaian.

Shazilalove said...

Org-org umno bukanlah buta sangat sebenarnya tapi mereka terpaksa membuat pilihan dalam persoalan ini antara a)kepentingan diri atau b)kepentingan rakyat..dan tindakan mereka merujuk kepada pilihan a) lah kann..kenapa nak marah, biarlah,.. kerana mereka pun bukanlah tak sekolah sampai tak tahu akibatnya jika memilih jawapan a)..apakata cikgu-cikgu semua?

Jupiter said...

salam
kata menteri pelajaran perhimpunan ni didalangi pembangkang.bagi saya ia tidak menjadi masalah ape pun.kl org mno sendiri yg join pun xpe.pembangkangkan yang tahu@cakna masalah rakyat.Kerajaan malaysia hanya tahu cakna kroni n anok beranak je dia org je.

kiraziku said...
This comment has been removed by the author.
kiraziku said...

teringat zaman kanak2 tak minatnya bahasa omputeh...tambah2 cikgu dia garang.tak dapat bayang sekarang budak2 kena jumpa bahasa omputeh pada pelajaran lain .....eee bosan.budak2 sekolah rendah sekarang hilang minat pada pelajaran sains dan matematik....tak seronok.padahal dua2 merupakan pelajaran yang menyeronokkan.tak caya cuba tanya cikgu lama sekolah rendah. apa bandingan mereka zaman dulu dengan budak sekarang.

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

KENAPA PPSMI PENTINGKAN BAHASA MELAYU/MALAYSIA SEDANGKAN PAKATAN MAHU HAPUS KETUANAN MELAYU?

Firdaus AMK PKR said...

Kepada Abe Mie tak habis2 paste ayat yang sama..
langsung tidak membentang hujah..
nape..ketandusan idea atau diam seribu bahasa tentang isu PPSMI?
seperti menteri anda yang pandai tunjuk lagak mencium keris kata memperjuangkan Melayu?
tapi dalam isu ni diam membisu dan endah tak endah?
apakata pesan pada menteri anda itu selepas cium keris itu,gunalah keris itu untuk menikam kami semua (Melayu)
Sama tak dengan tindakan pencacai seperti kamu sekarang seperti menikam Melayu?
renungkan..

p/s:cium tak serupa bikin..

Firdaus AMK PKR said...

Terima kasih tak terhingga kepada rakyat dan para cendekiawan serta ahli politik yang turut terlibat sama didalam himpunan PPSMI dan sanggup meredah Water Cannon dan juga gas pemedih mata !!!!
Bagi mereka sedar apa itu kuasa rakyat!

salam..

Kakashi Senpai said...

abg mi terjatuh


KENAPA PPSMI PENTINGKAN BAHASA MELAYU/MALAYSIA SEDANGKAN PAKATAN MAHU HAPUS KETUANAN MELAYU?

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Sebab dalam malaysia melayu paling ramai kalau ketuanan rakyat ada orang melayulah paling banyak maanfaatnya tapi kalau ketuanan melayu hanya untuk puak2 Umno je yang pulun ko faham takk////
patutnya kalau Umno nak berjuang pasal Melayu korang pu patutnya bersama hantar memo tu ni tak nampak sangat la umnu pengkhianat bangsa melayu kalau bahasa sendiri pun tak nak korang pertahankan...

Kakashi Senpai said...

Aku antara yang datang ke perhimpunan itu kalau korang nampak lelaki berjaket coklat didepan sekali aku la tu.tapi memang polis hari tu macam yahudi. ada SB(polisla tu) menyelinap masuk ku himpunan itu buat provokasi kami dapat tangkap tiba2 muncul berpuluh SB tangkap orang yang tangkap SB tu aku ada rakaman nya..malah aku sendiri bertumbuk dengan polis tu agak 2 depa nak kalah depa berundur.. nasib baik pimpinan masa tu suruh sabar kalu tak aku tak kisah kalau mati sekalipun...sakit hati aku tengok makcik2 orang tua dan kanak2 dibedil gas. ada pulak tu sampai pengsan boleh tengok la kat you tube... apa punya polis berani dgn orang tak bersenjata.. memang padan orang kata buruk pada polis. guna duit rakyat bayar gaji depa. Depa bedil rakyat sendiri...

Kakashi Senpai said...

Patutlah banyak kes2 jenayah meningkat rupa2nya polis sekarang lebih sibuk berpolitik jadi alat parti Umno... penjenayah bermaharaja lela sebab tau polis sekarang sibuk belasah rakyat ...

Fidaiyyin said...

cacingjeBN,
memang tu lah cara tak bertamadun BN...rakyat nak kebaikan dibalasnya dgn kejahatan.

Nampaknya petanda kejatuhan Umno dah jelas sgt2...macam tumbangnya empayar bani Umayyah dulu2...

acoi2005 said...

kalau pakar2 bahasa dan para sasterawan negara dah turun berhimpun bantah PPSMI...tak reti2 bahasa lagi ke menteri kat atas tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...