Wednesday, October 15, 2008

Kubu Khir Toyo dikuasai Mukhriz

SHAH ALAM, 14 Okt: Harapan bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Muhd Khir Toyo yang menggunakan sentimen `kempen untuk anak tempatan’ mungkin tidak kesampaian berikutan beberapa bahagian Pemuda Umno yang menjadi 'kubu' kuat beliau menyokong calon lain bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat.

Antara kubu kuat beliau, Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor mencalonkan anak bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Muhamad, Datuk Mukhriz Mahathir dalam satu pemilihan sengit pemuda bahagian tersebut pada 5 Oktober lepas.

Melihat kepada keputusan yang diperolehi dalam senarai baru Jawatankuasa Pemuda Umno bahagian, dikatakan kesemua yang menang dikatakan cenderung dan menjadi penyokong kuat kepada Dr Mohd Khir.

Bagaimanapun apabila undian untuk calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat di cadangkan dilakukan secara undi sulit telah menimbulkan pelbagai persoalan sejauhmana sokongan Dr Mohd Khir di peringkat akar umbi. Persoalan ini terjawab apabila pemuda Umno di peringkat akar umbi telah mengundi Mukhriz berbanding Ahli Majlis Tertinggi Umno ini.
Keputusan daripada 247 perwakilan pemuda adalah Mukhriz mendapat 109 undi, Dr Mohd Khir 93 undi dan seorang lain calon popular, Khairy Jamaluddin mendapat 46 undi. Keputusan yang juga dikatakan tidak berpihak kepada Naib Ketua Pemuda Umno Pusat ini juga tidak menjadi sebarang isu memandangkan Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor adalah kubu kuat Dr Mohd Khir.

Walaupun beberapa bahagian Pemuda Umno di negeri ini mencalonkan Dato Seri Dr Muhd Khir, hampir pasti keputusan Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor akan menjadi ikutan kepada bahagian-bahagian Pemuda Umno lain yang belum mesyuarat.

Sebelum ini, pucuk pimpinan tertinggi Pemuda Umno Selangor telah mengarahkan kepada jawatankuasa Pemuda bahagian-bahagian Umno agar mengutamakan calon anak tempatan berbanding calon luar. Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, Abdul Shukur Idrus dan Bekas Ketua Pemuda Umno bahagian Kapar, Faizal Abdullah.

Ini bererti kesemua 22 bahagian Pemuda Umno negeri Selangor bakal mencalonkan Dr Muhd Khir yang akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat. Bagaimanapun kelmarin Pemuda Umno negeri menafikan menerima arahan pucuk pimpinan parti supaya memilih Datuk Seri Dr Muhd Khir.

Beberapa Ketua Pemuda Pemuda Umno mengakui ada menasihatkan perwakilan mengambil kira calon tempatan sebelum mengundi tetapi bukan arahan mandatori yang perlu dipatuhi oleh mereka.

Dalam satu kenyataan kepada media, Ketua Pemuda Umno Kapar, Mohd Rosli berkata, bahagian itu tidak menerima arahan mewajibkan perwakilan memberi undi kepada Dr Muhd Khir sebaliknya pengundian dijalankan secara terbuka dan bebas.
“Memang betul kita meminta perwakilan mengambil kira calon tempatan kerana beliau seorang yang berani,” kata beliau.

Bagaimanapun mood Pemuda Umno seluruh negeri Selangor kini sukar diramal memandangkan isu anak tempatan sudah tidak menjadi releven lagi. Sehingga kini, Dr Muhd Khir mendapat 11 pencalonan selepas 72 bahagian pemuda Umno di seluruh negara selesai mengadakan mesyuarat. Tinggal 119 bahagian Pemuda Umno yang masih belum mengadakan mesyuarat lagi.
Persoalan yang timbul adalah layakkan Dr Muhd Khir bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Pusat? Kelayakan kouta untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno adalah 39 bahagian.

96 comments:

TEKONG DARAT said...

Azizah,knal ke khir toyo ni?

zali said...

sekelian alam...

dari sini dapat lah disimpulkan bahawa umno sedang menjalankan demokrasi dimana mereka boleh bersuara dan suara mereka diguna pakai di atas kertas percalonan.

dari sini juga jelas membuktikan bahawa terbendungnya/tiadanya politik wang/rasuah politik dimana semua calon adalah bersih termasuk khairy sendiri yang mendapat pencalonan terendah.

dari sini juga membuktikan umno kini bukan lagi terdiri dari mereka-mereka yang hanya tau kata 'yes boss'...mereka membangkang dan menyokong mengikut kesesuaian dan kehendak diri

dari sini juga...akan muncul pemimpin-pemimpin melayu islam yang berwibawa serta telus seperti mukriz,muhyidin dllnya...yang akan memacu negara kearah lebih positif.

tidak syak lagi...dari sini lah bermulanya kita untuk bersatu membina bangsa melayu islam yang telah banyak terluka dek permainan silap mata si pengkhianat bangsa.

anonymous said...

“Berani Berubah atau Berani Main Kotor?”
http://www.sabahdaily.com/ 2008/ 10/

Jelas sekali strategi Datuk Mukhriz Mahathir cukup berhasil mengejutkan semua pemerhati politik Pemuda UMNO. Dengan 40 pencalonan dalam tangan, Mukhriz sudah layak bertanding di Perhimpunan bulan Mac kelak, dan mendahului Khairy Jamaluddin serta Dato’ Seri Khir Toyo. Tetapi strategi membuahkan hasil ini perlu dikaji sedalam-dalamnya untuk memastikan sama ada ianya berketepatan dengan slogan Berani Berubah yang dibawa Mukhriz. Tanya sahaja mana-mana ‘orang dalam’ Pemuda, semua akan berkata bahawa taktik Mukhriz yang selama ini dilihat ‘underdog’ adalah untuk menabur wang terus ke perwakilan di setiap bahagian.

1 hour ago
Tagged:

* artikel umum

putra revolusi said...

Apabila wang bersabda
hitam jadi putih
putih jadi hitam

Apabila wang bersabda
tawa jadi air mata
senyum jadi murung
kebenaran lari bersembunyi

Hanya wang penentu segala
rakyat jadi saksi lawak jenaka
biarkan si-luncai terjun dengan labu-labunya
biarkan
biarkan

anonymous said...

Najib dan SMS
14 10 2008

Belumpun lagi sempat menggantikan Abdullah Badawi, skandal Najib muncul lagi. Kali ini Malaysia Today (walaupun RPK terpenjara) menggeluarkan petikan SMS diantara Najib Razak dan Shafee Abdullah seorang peguam.

Petang tadi apabila ditanya oleh wartawan, Najib tidak menafikan bahawa wujudnya SMS tersebut dan mengatakan bahawa tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Selain daripada mengeluarkan berita mengenai SMS ini, Malaysia Today turut menceritakan mengenai dosa-dosa Najib ketika menjadi Menteri Besar Pahang.

Sempatkah Najib melengkapkan teori R.A.H.M.A.N?

anonymous said...

http://motorcabok.blogspot.com/

Wednesday, October 15

beruk mula tinggalkan pokok dah nak "mampueh"!..
dalam post motor cabok yang lepas... motor cabok ada dapat "komen pedih telinga" buat geng keris karat. ada la sorang komentar dalam blog motor cabok ni... kerambit besi! huhhh... dia samakan "kaki ampu" keris karat dengan geng-geng binatang beruk. hahaha... motor cabok pikiaq-pikiaq balik... ada juga betulnya...

geng binatang beruk ni... di mana ada pokok yang berbuah lebat... di situlah yang depa pi "terpa". bila dah dok bergayut-gayut sambil makan... "hinggut" sana... "hinggut" sini... lama-lama mau mati pokok tu dibuatnya...

bila pokok dah nak mati atau dah habis buah... depa mula la "usya" pokok baru yang buah lebat. bila dah jumpa... depa tinggal la pokok yang nak "mampueh" tu... itulah yang diibaratkan dengan "kaki-kaki ampu" keris karat....

betul laa... di mana ada pemimpin keris karat yang nak naik.... yang boleh digayut... pemimpin tu lah yang depa pi ampu... pak lah sekarang ni dah jadi macam pokok nak "mampueh"... beruk pun dah tak mau..!

maka sang beruk pun terpaksa beralih kepada pokok yang bakal berbuah lebat untuk jaga "kelangsungan perut" masing-masing...

itulah depa... "kaki ampu" geng keris karat...
Posted by motor cabok at 6:53 AM

PKR Negeri Sembilan said...

Pendapat peribadi aku->lebih baik KJ jd ketua pemuda drpd Khir Toyo yg hiporkit ni...

KJ terang-terang tunjuk nak kuasa dan kedudukan. Khir Toyo suka bakar isu perkauman tanpa tujuan jelas....

Unknown said...

zali kata bebas politik wang dan rasuah? mukhriz tu anak mahatzir harta dia lagi melimpah jauh dari khairy. aku anak jerlun aku tau la mukhriz nak boeh menang pun banyak wang yang dia tabur kt jerlun sebelum pru12 lepas...

anonymous said...

dari: http://tukartiub.blogspot.com/

Rabu, 2008 Oktober 15

TERKINI ! TERKINCIT ! HOT ! PAK DOLAH STRIKES BACK

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawai akan memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada petang ini untuk meneliti hal ehwal jual beli Eurokopter.

Berita telah mula tersebar luas bahawa ada berlaku ‘ lintang pukang’ dalam kontrek pembelian Eurokopter.

Mengikut laporan berita, tanda tangan jula beli kontrek ini dilakukan tergesa-gesa dua hari sebelum Najib Razak meninggalkan Kementerian Pertahanan.

Najib Razak telah berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Jaga Duit.

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 4:59:00 PM ShareThis

TEKONG DARAT said...

zali yg masih gelap hatinya...
benar bahawa kini kebebasan bersuara dalam umno makin bagus...
bagus ini ialah kerana khairi tu menumpang pak lah utk apa saja jawatan dalam umono sebelum ni...
sekarang pak lah pun dah nak berundur(kata dia laa)...jadi bagi umno khairi ni makhluk yg tak perlu lagi diorang takutkan...
umno...umno...umno...dulu, kini sampai masuk kubur

zali said...

kepada semua ahli dan penyokong hindraf dalam blog ni...

tak payah la nak besar kepala lagi sebab mulai hari ni hindraf dah berkubur...

tujuan utama hindraf untuk menguburkan umno...tapi sayang mereka dahulu yang terkubur...

mayat hidup/zombie hindraf pasti berkeliaran di kg.pisang menanti sivaji boss datang membela...

syabas kdn atas tindakan yang tepat

zali said...

firdaus...

biar banyak mana pun harta mukhriz/mahadhir...tak mungkin dia tabur wang di seluruh malaysia...

secara logiknya...jika dia jerlun dia boleh tabur wang tapi bukan jerlun saja yang calon kan dia...cawangan di merata tempat calonkan dia...

berapa billion peruntukan mukhriz nak menabur duit satu malaysia?

tak apa la...dengar je la pendapat anak jerlun ni tapi percaya jangan.

yang penting pencalonan kali ini bebas rasuah...

slyderrose said...

Kalau Mukhriz menang, mahathir akan kembali masuk umno. Apa khabar Ezam Md Nor?.

Tapi tak apalah Ezam, sekarang dah loaded kan?....nampak isteri dah pakai BMW baru 3 series...murah rezeki..dulu Toyota Wish aje...

Aduka said...

Mukhriz,Khir Toyo atau Khairy, semuanya sama saja. Siapa pun jadi Ketua pemuda,bila dah ada kuasa, akan dipulun habis duit rakyat. Semua projek2 akan disapu habis.Kita juga yang akan terlopong. Zali & the gang lainlah, dapat juga dakinya, org kuat katakan..

anonymous said...

BPR Pahang Mahu Siasat Kes Politik Wang, Siasat Dulu Karung Wang Di Rumah MB !!....mcm mana rumah seorang MB boleh jadi sarang toyol berprofil tinggi...!!!
Tuesday, October 14, 2008

adnan yaakob dengan guni guni duit di kediaman rasmi MB...!!!....bagaimana pulak dengan guni guni duit di kediaman tak rasminya....mana tau berkali ganda banyaknya...sape tau..!!!!

aku ingat ler...toyol pun tak mampu nak bawak lari duit tu..pasal terlalu banyak dan berat plak tue....!!!!...



KUANTAN 14 Okt. - Badan Pencegah Rasuah (BPR) Pahang sedang menjalankan siasatan terhadap aduan dan laporan berhubung politik wang dalam beberapa mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian UMNO di negeri ini. Pengarahnya, Sutinah Sutan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes-kes tersebut sejak mesyuarat perwakilan cawangan berlangsung Julai lalu.

Beliau enggan menyatakan jumlah sebenar laporan yang diterima itu. Menurutnya, laporan atau aduan yang diperoleh berbentuk maklumat daripada individu serta surat layang. ``Memang benar kita ada terima aduan, namun saya tidak boleh beritahu maklumat terperinci mengenai kes-kes itu sebab kita masih siasat.

``Saya juga tak mahu orang ramai membuat pelbagai andaian atau persepsi serong berkaitan kes rasuah yang masih belum terbukti betul,'' katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka BPR di Wisma Persekutuan di sini hari ini. - Sumber: Utusan mampos
Sepatutnya BPR Pahang bukan sahaja menyiasat rasuah dikalangan puak-puak UMNO, sebaliknya juga perlu menyerbu rumah MB Pahang Adnan Yaakob kerana difahamkan terdapat banyak lagi karung guni duit yang bernilai jutaan ringgit yang disimpan di rumahnya itu. Kami tidak yakin BPR Pahang akan menyiasat dengan "telus", sebab dulu masa ke "guni duit" di syiling rumah Khalil Yaakob pun mereka lepaskan. Bahkan laporan polis dibuat terhadap rasuah Khalil Yaakok semasa menjadi MB Pahang ditutup begitu sahaja, sebaliknya Dato' Fauzi yang membuat laporan tersebut pula disiasat bertalu-talu. Maka selagi puak-puak UMNO ini berkuasa, jangan haraplah agensi berkaitan akan bersikap adil dan telus. Mereka akan berbuat demikian sekiranya melibatkan orang awam atau pun pemimpin pembangkang

Posted by people army at 6:34 PM

Unknown said...

bebas rasuah? abis merata tempat mesyuarat banyak reportnye oleh orang umno terhadap orang umno mengenai rasuah apa kes?

Unknown said...

tiap2 tahun adanya pemilihan umno mesti keluar berita pasal rasuah dan politik wang. hanya orang 'bodoh' saja yang tak tau dlm umno ada budaya rasuah sebab rasuah sudah macam darah daging mereka. maaflah kalau bahasa aku kasar sikit tapi tu la hakikatnya...

anjar said...

zali....

nampaknya kau dah mula bela mukhriz nampak? mentang2 la dia tu budak najis, tak nak bela khairy lagi ke? Abbodohlah dah tak releven lagike?

mentang2 la mukhruz nak mula berkuasa sekarang, memang la harta dia tak akan digunakan untuk beli semua perwakilan umno bahagian kalau cukup pun, tapi harus diingat dengan kuasa yang akan dimiliki oleh org2 kem najis mukhriz cenderung untuk menggunakan yang rakyat melalui projek untuk membeli perwakilan pemuda umno bahagian.

puak2 pemuda umno bahagian akan menyokong puak mana yang boleh memberi meraka makan, halal haram lain cerita yang penting kenyang,

apa la kau ni zali, tak kan tak boleh fikir, lembab betul, macam Abbodohlah je, tak pun kau buat2 tak tahu?

anonymous said...

dari: www.politictoday.blogspot.com/

Politik wang menguasai pemilihan Pemuda UMNO
PDF | Print | E-mail
Tuesday, 14 October 2008

(kpmu) Kita tentu masih ingat wayang kulit yang dimainkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan juga wayang kulit yang dimainkan oleh Mukhriz sendiri sebelum bermulanya pencalonan.
“Anak saya tak mungkin menang dan Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang bijak dan beliau pasti menang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO ini.” kata Tun.

“Saya tidak mungkin mendapat pencalonan yang cukup, perwakilan telah disekat ” kata Mukhriz, inilah permainan reverse saikologi oleh kedua anak beranak ini.

Tun terus bermain dengan kata-kata dengan sindiran sinis untuk membantu kemenangan anak beliau. Nampaknya beliau terlalu serious membantu kempen pemilihan pemuda ini dan mencampuri kempen-kempen pemilihan ini.

Suasana pemilihan pemuda kali ini berjalan dengan kotor sekali apabila lempahan wang dapat kita saksikan sendiri dicurahkan kepada perwakilan, cara pengagihan yang tidak lagi selindungi.

Wang diberikan secara terang-terangan. Perwakilan diberikan wang dipintu masuk dewan dan ini berlaku dibeberapa tempat seperti di Beufort, Tumpat, Sungai Siput dan dibeberapa tempat lagi.

Mereka telah menguhulurkan paket duit raya yang bernilai RM250 kepada setiap perwakilan. Jerung-jerung besar sanggup mengeluarkan berjuta ringgit hanya bagi memastikan Naib Ketua Pemuda UMNO tidak akan dapat pencalonan yang cukup.
Bukti-bukti telahpun dikumpulkan dan pasti perkara ini akan terdeah juga.

Dendam ketua bahagian juga ada memainkan peranan kerana tidak puas hati dengan Perdana Menteri menjadikan Khairy Jamaluddin sebagai kambing hitam untuk disembelih.
Antara bahagian yang mencampuri keputusan pencalonan Ketua Bahagian ialah Besut dan Kimanis dan beberpa tempat lagi. Namun ini bukanlah halangan kepada Khairy Jamaluddin untuk melayakan diri bagi merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Banyak perkara yang dirancang telah disabotaj dengan lempahan wang. Khairy perlu meyusun kembali strategi yang telah beliau susun ketika persidangan berehat sektika ini.
Jentera Khairy perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki “damage” yang telah berlaku pada minggu ini. Insyaalah keputusan pada minggu hadapan akan berubah. Benarlah kata orang-orang tua, politik tidak akan lari dari mainan wang, politik wang dalam UMNO tidak akan dapat dibasmi kerana kegilaan ahli mereka untuk mendapatkan jawatan.

atzmand said...

zali sini duduk suka simpul simpul punya. ini amuno dalam banyak vorang angguk2, kaji2, simpul2. surupa la itu.
aney suda baca punya itu maukeris menang kutua pimuda amuno pasai hanya bekas kutua pimuda saja ada keris. mahadey punya anak maukeris, itu hisham kasi la. bodohlah punya minantu bukan maukeris ma!

atzmand said...

aney mau kasi simpul sama zali.
tamby.. sini mari duduk dekat aney kasi aney tenggok itu ubun ubun ada keras ka tida. kasi tajam lu punya hujah. banya tumpol. itu saipol baukari saja suka tumpol2 punya..

anjar said...

calon yang ingin bertanding jawatan tertinggi umno akan menggunakan wang untuk membeli undi, calon yang kurang berduit dan tidak mampu membelanjakan wang yang banyak untuk membeli undi tidaka akan berpuas hati dan akan berkata

"si polan menang sebab guna politik wang dan cara kotor" tanpa menyedari mereka juga menggunakan wang untuk membeli undi dan mengamalkan cara politik kotor.

apabila keadaan ini berlaku maka mereka yang kecewa dan gagal ini akan melepaskan geram dan kecewa meraka dengan mengsabotaj calon yang menang, maka umno akan menjadi semakin lemah, apa lagi gaduh! jangan tak gaduh.. sukanya aku tengok puak2 gila kuasa ni.

atzmand said...

anjar..
politik wang ka.. beli undi ka.. itu biyyen/amuno punya vorang mana ada nampak itu suma. kalu nampak pown buat2 tada nampak.
itu taik pown, kalu rap baik2 reben taruk, kasi dorang pown diavorang suka, blakang kluvarlah itu perkataan "mengenang budi" pemimpin. diri tada sedar.. 51 tawwun makan hampas.

atzmand said...

aney dalam hati ada niat juga.
kalu itu kerry the ape kalah kalu, aney kapla mahu kasi botak.

atzmand said...

firdaus mengata:
maaflah kalau bahasa aku kasar sikit tapi tu la hakikatnya...

aney menjawab:
tada apa firdaus. ini amuno/bn vorang tada boley pelan2 cakap punya. pintu tutup suda. kasi hentam saja jangan kasi chance. lembut2 kalu diavorang blakang cucuk. tengok itu saipol baukari apa suda jadi.

anonymous said...

Pemimpin UMNO / BN - Macam Badut Sarkis
Dilulus terbit pada Wednesday, October 15 @ 23:00:00 MYT oleh TokBatin

Artikel Oleh setisab

" Pemimpin Barisan Nasional, khususnya UMNO memang tidak pernah belajar daripada banyak kesilapan yang telah mereka lakukan selama 51 tahun memerintah negara.

Satu demi satu kesilapan dan kesalahan dilakukan yang melibatkan bukan hanya kerugian berbillion ringgit wang rakyat dan beratus ekar bumi Malaysia tetapi mereka juga telah menghancurkan budaya bangsa.

Perpatah Melayu “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan” amat tepat ditujukan kepada kepimpinan UMNO.

Mereka hidup dalam serba kemewahan hasil kesempitan hidup rakyat yang ditindas dan dinafikan segala hak dan kebebasan. Kebebasan rakyat dinafikan. Harta negara digadai dan dilupuskan. Wang rakyat disamun dengan sewenang-wenangnya.

Sekarang tanpa rasa bertanggungjawab, maruah bangsa, kedaulatan kepimpinan dan martabat negara diperjudi dan diperlekehkan dengan tiada rasa silu dan malu.

Bukan satu, bukan dua. Bukan seratus, bukan juga seribu. Malahan majority rakyat berasa amat kesal atas tindakan ‘kurang cerdik’ dan memualkan yang diamalkan oleh kepimpinan negeri Melaka. Kekadang dirasakan pemimpin UMNO tidak ubah macam badut sarkis.

Ali Rustam, kau tolong baca di sini. Ini adalah lambang ‘kealpaan’ kamu yang amat hina dan menghinakan. Sekarang kamu cuba berdalih dan menolak kesalahan kamu kepada Tun Daim Zainuddin. Kamu adalah ketua negeri, adalah bidang kuasa kamu untuk menerima cadangan Tun Daim atau tidak. Apakah inipun perlu ajarkan?. Kalau inilah standard pemikiran kamu, maka layaknya kamu hanya menjadi pemandu atau tukang kebun kepada Tun Daim.

Dipetik dari:
http://kerajaanrakyat.com/"

roh_insan said...

Dulu Tauke Tempe ni bolih lah berkokok,dpt undi terbanyak dlm MT,mase tu jd 'broker selangor'lubuk emas m'sia,sememang nye lah jd tumpuan kpd juak2 pengampu,make dpt lah jd hero kat dlm MT tu.

Persoalan nye undi terbnyk tu dek kerena'ketokohan atau ketokehan'.

Make pentas kali ini lah yg membuktikn sama ade TOKOH atau TOKEH.

Mmg mcm tu lah sikap org umno,cium tangan sewkt berkuase,dah abis hilang sopan hilang lah adap.Skrg ni pun Khir ni pun msh MT gak,cume maksud berbeze,Mat Tempe.

Kite tengok la pulak ape nasib pak lah selepas besare ni,msh ade ke lg yg nak bekerje bersame pak lah.

bunga melati said...

en zali said:

"yang penting pencalonan kali ini bebas rasuah..."

apa ko melawak ke apa??? ko tak baca paper ke en zali??? bebas rasuah!!!! apa ko merepak ni en zali??? aduan sampai 4 ratus lebih tu ko kata bebas rasuah???

ko gile ke apa?? tapi aduan tu bkn rasuah tetapi politik wang... maklum lah politik wang bkn rasuah... biasalah org BN penjilat.. politik wang lain rasuah lain. bagi kain pelikat lain... dasar perompak dan penyamun...

zali...zali...

TEKONG DARAT said...

Zali bukan gila..dia gelap hati..org yg kononnya ada ilmu yg tk terjangkau oleh akal manusia lain,memandang kejahatan dn kezaliman sbg sesuatu yg baik..dn itulah yg terus dibela..belajar dulu fardhu ain..memg menuntut ilmu adalah fardhu,tetapi ada ilmu yg perlu diutamakn..jgn pulak fardhu ain tunggang langgang,nk plak sbrkan ilmu yg tk dpt ngko sndiri tk pham

anonymous said...

nampaknye semua pencacai2 UMNO sudah habis lari keluar bertempiaran dari laman SIASAH.

tak tahan kena lutu seluruh tubuh mereka oleh pejuang PR.

zali said...

pro pr...

pencalonan kali ni memang bebas rasuah...

yang report tu bila tahun punya daa...

sila tunjukkan saya mana-mana lapuran repot polis dalam pencalonan tahun ni...

mungkin saya terlepas pandang atau mungkin pro pr...biasala...zaman tok kaduk punya cerita ungkit lagi sebab nak cari salah orang...

nalapambu said...

Woooo azizahhh nalapambu suda mari,

mana awak suda pigi?

hari2 nala cari!


mana ini bn@umno, abe mie & Co.
Ismua suda sakit purut ka?

Itu la, Hari Raya ta usah makan banyak2, sebab aney tara posa!

Islamat Hari Raya kpd ismua pencacai2 UMNO dan penyokong PR.

putra revolusi said...

nalapambu,

Jangan risau tentang nenekku Azizah. Nenekku Azizah sedang tercari-cari binatang pujaannya yg berbadan gemuk gedempol, berkaki pendek, berhidung besar dengan badannya yg bewarna pink itu. Kabarnya binatng pujaannya yg sentiasa disebut-sebut dalam blog ini telah melarikan diri untuk menemui bossnya bernama Khir Toyol. Nenekku Azizah sedang mendapatkan kembali binatang pendek pujaannya itu dan dia pasti akan kembali ke dalam blog ini sebaik sahaja binatang pujaannya itu berada dalam dakapannya. Sabarlah menanti.....

TEKONG DARAT said...

Cita2 terbaru puak2 bn-umno utk meracun otak budak2 sekolah rendah dgn mengajar subjek sejarah yg telah diubahsuai..mata pelajarn tersebut akn dwajibkan..dgn ini terbukti bahawa puak2 ini lebih mengagungkn ketuanan kuasa mereka berbanding pembinaan akhlak melalui pelajaran agama..bg budak2 sekolah subjek bkaitan agama dn moral tidak perlu ditekankan kerana tidak ada dlm upsr,bukan subjek yg wajib dpt A dlm pmr utk kekal dlm SBP, dn bukan juga subjek wajib krdt utk masuk ke universiti..Allah,selangkah ku dekat padaMu,seribu langkah Kau dekat padaku

anonymous said...

Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah

BELUM pun selesai skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak terpalit dalam satu lagi skandal: kontrak perolehan Eurocopter menggantikan helikopter Nuri.

Merasmikan sesi terakhir penggal pertama Persidangan Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membongkar kecurigaan-kecurigaan serius dalam perolehan helikopter berdaya tinggi ini.

Anwar berkata demikian dengan merujuk kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, kepada Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Surat tersebut mendedahkan kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter, walhal pembida lain menawarkan helikopter berkeupayaan sama pada nilai yang jauh lebih menjimatkan.

Pada 26 September lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan akan menggantikan angkatan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Bagi tujuan tersebut, kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1.93 bilion untuk membeli 12 unit helikopter baru.

Helikopter Eurocopter Cougar EC725 adalah satu dari empat jenis helikopter yang disenarai pendek oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Keempat-empat syarikat terbabit dalam bidaan tersebut menawarkan spesifikasi memenuhi kehendak Kementerian Pertahanan (Mindef).

Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.

“Persoalan yang berbangkit adalah, syarikat Eurocopter adalah pembida tertinggi, berbanding pembida Rusia yang menawarkan RM1.4 bilion jauh lebih murah. Mungkin ini adalah dasar kerajaan memilih pembida paling tinggi, supaya komisyen yang mereka dapat pun tinggi.”

Sepanjang Dewan Rakyat bersidang, Menteri Kewangan Najib Razak dan Menteri Pertahanan Abdullah Ahmad Badawi serta timbalan mereka tidak hadir dalam sesi tersebut, lantas menggagalkan sebarang usaha menuntut penjelasan dari mereka.

Namun skandal kali ini tidak terhenti setakat itu. Cara pemilihan helikopter dibuat amat mencurigakan. Pengerusi Mentari Services, Kapten (B) Zahar Hashim, mempersoalkan kebijaksanaan Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan meluluskan perolehan Eurocopter tanpa melalui fasa percubaan sepenuhnya.

Dalam hal ini, kerajaan dilaporkan tergesa-gesa meluluskan tender Eurocopter walhal ujian penilaian ke atas keempat-empat helikopter belum selesai dijalankan. Bahkan, kerajaan enggan melakukan ujian penerbangan ke atas helikopter Kelowna dan Sikorsky.

Menurut Kapten (B) Zahar, Kelowna sudi menyediakan sebuah helikopter Mi-172KF secara percuma untuk tempoh ujian enam bulan namun kesudian itu ditolak kerajaan. Manakala wakil Sikorsky langsung tidak dihubu-ngi sama-sekali.

“Belum pun proses penilaian selesai dijalankan dengan tiba-tiba arahan diberi pihak tertentu supaya Letter of Intent (LOI) dikeluarkan kepada Eurocopter. LOI ini ditandatangani seorang pegawai menengah di Kementerian Pertahanan pada 15 September 2008, iaitu dua hari sebelum Najib Tun Razak berpindah ke Kementerian Kewangan,”

Dua unit Mi-17 telah dibeli dan digunakan oleh Bomba Malaysia yang dilaporkan amat berpuas hati dengan prestasi helikopter itu. Helikopter buatan Rusia itu digunakan secara meluas dalam konflik peperangan di merata dunia, dan ketahanannya terkenal di kalangan komuniti ketenteraan. Sebanyak 12,000 unit Mi-17 telah dijual dan digunakan di 60 buah negara.

Manakala S-92 buatan Amerika Syarikat pula antara yang terbaik dan termaju dalam kelasnya, menjadi pilihan negara-negara Barat khususnya Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta negara-negara Timur Tengah.

Hanya Perancis, selaku pemilik saham terbesar dalam syarikat Eurocopter, yang mengendalikan Eurocopter EC 725.

Meneruskan ucapan beliau, Anwar menegaskan unsur-unsur mencurigakan dalam pembelian Eurocopter ini menjustifikasikan penyiasatan menyeluruh. Kerajaan telah bersikap sangat tidak profesional, sangat tidak telus, dan tidak memikirkan beban ekonomi yang ditanggung rakyat.

“Secara logik, adalah tidak munasabah Kementerian Pertaha- nan membuat keputusan membeli helikopter pada harga dua ratus juga ringgit tanpa menemui wakil penjualnya dan melakukan ujian penerbangan.”

Tambah beliau, sikap tergesa-gesa Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan sememangnya luar biasa. Di saat negara diancam kemelesetan, sikap tidak bertanggungjawab Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan dalam perolehan aset tentera amat dikesalkan.

“Soalnya, apakah negara kita boleh terus menelan dan menerima kecurangan-kecurangan sedemikian yang cukup mengaibkan?” –SK

Maklumat lanjut:-

http://stephendoss.blogspot.com/

zali said...

belia...

la...tak habis lagi nak mempertikaikan 4 ilmu dalam islam ni...ni nak cerita sikit bagi faham...

setiap orang islam yang mengaku dirinya islam wajib bawa :

1.syariat : kulit-fekah,tauhid,usuludin,tasauf.
2.hakikat : isi
3.tarekat : jalan/path
4.makrifat : mengenal

semua ni berkait rapat dan tak boleh hanya bawa 1 atau 2 sahaja.

>>beramal tanpa ilmu - kosong.
>>berilmu tanpa beramal - pembohong

tak ada dalam islam kata menuntut ilmu tu ada yang perlu di utamakan dan ada yang perlu di abaikan...

yahudi saja yang buat propaganda mengatakan kononnya...belajar syariat saja dah cukup...belajar 3 yang lain nanti,tak boleh bawak...jadi gila...

awak cari la guru yang mursyid(mengetahui) lagi siddiq(benar) jika nak belajar.

awas :
mursyid tanpa siddiq - akan menipu
siddiq tanpa mursyid - akan di tipu

kalau tak nak belajar dan rasa dah cukup dengan fardhu ain awak tu...pegi mampus la...tu awak punya pasal.

zali said...

puisi kemaruk belia : Allah,selangkah ku dekat padaMu,seribu langkah Kau dekat padaku

ek eleh...habis selama ni Allah tu jauh dari awak la...ini memfitnah Dia la pulak...

tak tau ke...Dia tu berada lebih dekat dari mata hitam ke mata putih awak tu...

TEKONG DARAT said...

Tk pernah skalipun aku kata ilmu lain tk perlu blajar..cuba copy n paste blik kt mana ayat aku yg kata aku tlis tk perlu blaja..dn kalu ilmu ngko ada tu memandang kzaliman sbg bnda yg perlu dbela dn d sokong,aku rasa ngko patut blaja lg byak..

anonymous said...

ISA terhadap RPK untuk lindungi kebobrokan Najib

Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Oct 15, 08 | 5:26:49 pm MYT

SUNGAI BULOH, 15 Sept (Hrkh) - Penggunaan ISA terhadap pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin dianggap sebagai langkah menyekat 'kemaraan' blogger tersebut mendedahkan lebih banyak lagi kebobrokan pimpinan negara, khususnya berkaitan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah, berkata penahanan suaminya itu semata-mata menyekat Raja Petra berterusan menulis mengenai kepincangan Najib, khususnya menjelang peralihan kuasa tahun depan.

"Malah, dakwaan yang dikenakan terhadap beliau, sama seperti yang didakwa bawah Akta Hasutan sebelum ini. Kes itu masih dalam perbicaraan, tetapi sudah dikenakan ISA. Sebenarnya, penahanan itu bertujuan menyekat Raja Petra menulis," kata beliau ketika ditemui di kediamannya, di Sungai Buloh, hari ini.

Petikan dari: Harakah Daily.net

anakkancil said...

oi putra revolusi..azizah tu nenek hang ka..aku baru nak mengayat..ingatkan bergetah...
En,,zali...Allah akan dekat pada kita andai kiranya kita sentiasa mengingatinya dan kita tak kutuk para ulama yg mempertahankan agamanya.Allah akan jauh dan tak pandang pada kita diakhirat kelak andai sewaktu didunia kita bersekongkol dgn org tak baik (pemaksiat)dan kita dikira bersubahaat...Mengaji kena tgk juga tok guru..ada yg guna agama utk pangkat dan kedudukan dan ada yg betol takut pada allah..Jadi fikir-fikir laa..Banyak la dengaq lagu selimut putih en zali oi...sokong pemimpin pun kena tgk akhlak dia..jgn main sapu je..

putra revolusi said...

Sokong saranan Pak Lah agar sejarah dijadikan subjek wajib dalam UPSR. Tapi jika sejarah sebenar diajar, ia hanya seperti menggali kubur untuk BN, kerana sejarah sebenar negara telah mencatatkan pelbagai cerita kebobrokan pemerintahan UMNO/BN. Atau itu memang hasrat Pak Lah utk menguburkan UMNO/BN sebelum bersara?

Jika sejarah sebenar diajar, maka banyak fakta mengenai politik tanah air perlu dijelaskan kepada pelajar, antaranya:

- Pejuang sebenar yg memperjuangkan kemerdekaan bukannya UMNO yg cuma baru ditubuhkan pada 1946, tetapi Kesatuan Melayu Muda (KMM) yg ditubuhkan pada 1936 dan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (PKMM) yg ditubuhkan pada 1945. Demi memperjuangkan kemerdekan, pemimpin-pemimpin KMM dan PKMM seperti Ibrahim Hj Yaacob, Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Pak Sako dll rela keluar masuk penjara British. Tapi yg menuai hasil dari perjuangan KMM dan PKMM ialah pemimpin UMNO diketuai TARahman dan TARazak yg hanya merupakan penjilat penjajah dan tidak pernah seharipun meringkuk dlm tahanan British.

- Tragedi 13 Mei 1969 berlaku akibat hasutan UMNO dan komponen parti Perikatan yg tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dalam Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

- Tragedi Mamali yg mengorbankan 14 nyawa orang Islam yg sedang mengikuti kuliah agama berlaku pada 1985 hasil dari polisi anti-Islam UMNO/BN yg ketika itu dipimpin oleh Dr Mahathir dan Musa Hitam.

- Operasi Lalang telah dilancarkan oleh kerajaan BN pada 1987 bagi menghadapi kemelut perkauman yg diapi-apikan oleh Pemuda UMNO yg diketuai oleh Najib dan MCA yg diketuai oleh Lee Kim Sai. Yg menjadi mangsa tangkapan pula ialah pemimpin-pemimpin parti pembangkang yg tidak sedikit pun terlibat dalam pertelingkahan perkauman yg diapi-apikan oleh UMNO dan MCA itu.

Itu cuma setitik kecil sahaja dari fakta sejarah negara. Banyak lagi fakta sejarah yg jika didedahkan kepada pelajar sekolah hanya akan menambahkan kebencian mereka kepada UMNO/BN. Justru jika Pak Lah hendak mempercepatkan kejatuhan BN, memang wajarlah subjek sejarah diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah. Setidak-tidaknya mereka berpeluang melihat betapa kotor, betapa busuk dan betapa hanyirnya cara UMNO/BN mengemudi pemerintahan negara tercinta ini!!

zali said...

anakkancil kata : sokong pemimpin pun kena tgk akhlak dia..jgn main sapu je..

ya...betul la tu...pemimpin gelojoh,riak,gila nak jadi pm dan kuat menipu...boleh blah!

zali said...

putra & belia...

tak payah la bila tak ada isu lagi sampai ajar sejarah pun nak di pertikaikan...

tak payah la melatah cepat sangat...
buku sejarah yang akan di ajarkan tu pun awak tak tau sapa yang tulis...apa lagi isi kandungannya...

jangan sampai nampak terlalu dungu dengan komen bijak awak berdua tu...cover la sket...

adamharris said...

Belia Muslim,

ini ape ke hal nie, Majlis bandaraya Ipoh naik cukai pintu 500%?

Lah kata kerajaan Pakatan Rakyat perhatin kesulitan rakyat, yang hang pi naik sampai 500% ape ke halnya?

Memang sah orang Pakatan rakyan nie gila meroyan, janji turun cukai pintu, sekarang lagi teruk, ish..ish.ish.

kita orang Ipoh, akan undi bebas lain kali, tengok Datuk Ibrahim Ali...barulah hero, semua dia tibai, Anwar yang ucapan nya begitu hambar tanpa fakta-fakta pun Datuk Ibrahim Ali hentam.

Kalau bandingkan Anwar dengan Muhiyuddin, rasa-rasanya Muhiddin punya English lagi power..

TEKONG DARAT said...

Komen dungu?..lantak la..ngko copy n paste blik ayat aku yg aku mintak td..putra,msalahnya sejarah yg dah ditulis blik utk kepentingn politik la yg nk diajar..kalu sejarah btl dah lama lingkup..bukan skarang ,tp 40thn dulu..yg btl hanya sjarah org tasadey di sarawak dn perak man di lenggong..sjarah yg bmula 10thn sblm merdeka dh lama di ubahsuai..patut batu puteh lebur kt singapore..hehe..takda isu? Nak sembg isu apa?

anonymous said...

Thursday, October 16, 2008

Semua sudah berakhir buat BN , katakan cukup ?

Kerajaan 'kelakar' Pak Lah kelmarin mengumumkan 'cara mengejut' menurunkan harga minyak menjadi RM2.30 seliter kini. Hari semalam Pemuda UMNo terpaksa bercakap minta kerajaan pilihan mereka mengkaji harga minyak 14 hari sekali. Hal ini sebelumnya sudah dicakapkan dan didesak oleh kerabat mereka parti Gerakan supaya harga minyak dikaji lebih kerap ikut hara semasa bagi keperluan rakyat.

Semua nya sudah terlambat, kemarahan rakyat kali ini cukup 'klise' mereka menghukum keangkuhan UMNO BN yang bongkak dengan kekuasaan selama 51 tahun telah dikasi pelajaran. Keptusan luar jangka PRU 12 menghadiahkan pembangkang 4 negeri lain termasuk Kelantan kekal ditangan PAS, setidak-tidak menyedarkan mereka, tetapi mereka masih kekal dengan kedegilan dan keangkuhan.

Cuma suara-suara menghukum tersebut direncanakan dalam UMNo melalui usaha singkir Pak Lah melalui peralihan kuasa sahaja. Hal-hal lain tetap sama, yang bertukar orangnya sahaja. Sementelahan kaki kaki pengampu seperti para penganalisa, cerdik pandai menara gading sentiasa memberi ulasan meletakkan harapan kepada UMNO BN supaya bangkit.



posted by PERANTAUKITE.blogspot.com/ @ 12:59 PM

bunga melati said...

ALAMAK EN ZALI...

ko kata org pro PR wat isu lama?? apa ko mengarut ni, apa yg ko mkn, ko tak baca ke...

tak heran sebab tiap2 pemilihan UMNO mmg akan ade politik wang @ rasuah... jadi apa nak beza yg baru atau lama, yg kita org bincang kan ni, yg sampai 400 aduan tu yg baru lah en zali...

bkn lama, tv3 suku tak citer ke?? mmg lah takde kan tv3 suku pro BN... ko plak tgk tv3 suku jadi mmg tak nafi lah ko dungu tak tahu citer..dunia dah maju tapi ko duk pakai cawat lagi... bebas rasuah @ politik wang konon...bersih konon...

BN mana ade yg bersih... klu ade pun nenek2 atok2 kat kg2 tu aku yakin lah bersih...diorg mana lah tahu apa2... bersih konon!!! phuiihh.....

zali said...

melati...

kan saya dah kata...sila tunjukkan saya mana-mana lapuran/berita tentang report polis dalam pencalonan tahun ni..

mungkin saya terlepas pandang...

apasal pulak nak maki hamun tak tentu pasal?

darah kotor tengah keluar ke sawan babi?

Firdaus AMK PKR said...

salam...
hal hindraf..
mereka hantar memorandum tahun lepas government wat bodoh..alu mereka berdemonstrasi..Gov kata mereka pengacau,huru-harakan negara,berbaur perkauman,..
maka ditangkaplah mereka (Hindraf) iaitu penganjur yg mengadakan demonstrasi itu.
mereka(Hindraf) buntu cara camne nak luahkan masalah diorang.maka PRU-12 MIC kalah teruk tapi lepas PRU,MIC masih wat bodo dgn mesej rakyat lagi2 dari kaum india,mereka(Hindraf) masih lagi buntu.
maka openhouse PM dijadikan mereka untuk meluahkan masalah mereka ini kerana dengan kesempatan inilah mereka dapat berjumpa face to face dengan PM untuk mengutarakan masalah mereka yg dah bertahun ni,alangkah malangnya..
mereka sekali lagi ditudh membuat kecoh dan tidak menghomati majlis tersebut lantas mereka(Hindraf) diharamkan..oleh siapa mereka diharamkan?siapa lagi KDN or lbh senang Syed Botak iu sendiri.Syed Botak makin berani sekarang,sebelum raya ISA sana ISA sini..lpas raya HARAM sana HARAM sini..
kalo betul mereka(Hindraf) perkauman,apakah kenyataan UMNO Ketua BHG Bukit Bendera bkn berbaur perkauman?mengapa UMNO tak diharamkan?MEngapa tak di ISA kan?
Mengapa?
jawab BARUA2 umNO..
salam.
(firdaus-AMK-PKR-Kluang Johor)

bunga melati said...

buat tatapan en zali.....

"Sembilan ahli Umno telah digantung keahlian kerana didapati bersalah terbabit dalam rasuah politik dan sabotaj parti.

Mereka digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal bermula Isnin lalu.

Manakala seorang lagi daripada yang tertuduh, diberi amaran, demikian menurut laporan Bernama.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail hari ini.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata keputusan itu adalah hasil persidangan Lembaga Disiplin pada 22 hingga 24 September lalu.

Ahmad Rithauddeen berkata tertuduh yang terbabit terdiri daripada Umno Bahagian Kota Tinggi, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

Berdasarkan siasatan atau pendengaran pertuduhan, statistik aduan yang diterima secara keseluruhannya adalah sebanyak 475."

laporan dari bernama.....

ade ke kuar tv, tak pun utusan meloya ko!!!

jawapan nyer mmg lah takde, sebab tu aku kata ko dungu sebab ko tgk tv3 suku dgn utusan meloya....

tapi aku dapat agak ko akan cakap...."mana ko dapat sumber ni, tak boleh nak dipercayai"

hanya ko je yg tak percaya hal2 salah guna kuasa BN...

zali...zali....

bunga melati said...

skang ni saper yg sawan???....

kui...kui...kui... en zali agak2 saper???

Pok Nik Klate said...

Betul jugak kata Zali..perobahan telah berlaku dalam politik Mlaysia. UMNO telah mula kembali kepada akar umbi dalam memilih pemimpin. Kepada penyokong/pendokong pembangkang.. sila lakukan ajakan paradigma..spt yg dicadangkan oleh YB Salahuddin, Ketua Pemuda PAS.Mereka masih lagi dgn otak membangkang walaupun dah kuasai 5 negeri di Malaysia..
PAS nampaknya dah terbagi dua..Kumpulan Husam and the Gang( termasuk Pok Nik Aziz MB) dan kumpulan TG Haji Abd Hadi..Rugi tak berfaedah sungguh PAS. PKR akan tenggelam bila2 masa..bapa sekular Malaysia, Anwar Ibrahim pon dah jadi auta sangat tentang pertukaran kerajaan. 15 MP PAS tak menyokong Anwar Ibrahim..nasib la Anwar. Nampak gayanya Anwar kena masuk UMNO balik kalau nak jadi PM.. Tapi tak kan UMNO nak terima tong najis kot???

zali said...

belia kata : Tk pernah skalipun aku kata ilmu lain tk perlu blajar..cuba copy n paste blik kt mana ayat aku yg kata aku tlis tk perlu blaja..

tak habis lagi ke nak cover...

ok...ni ayat sapa nih?

>>..memg menuntut ilmu adalah fardhu,tetapi ada ilmu yg perlu diutamakn..

>>tk pyh la nk mrujuk ilmu otak tok batin senoi..dia pun tk tahu apa yg dia ckp..kalu stakat blajar tauhid mlalui internet,rentikan la..

>>kepada zali, kalau benda logik pun susah ngko tengok dgn mata ngko, takyah laa belajar yg tak nampak oleh logik ngko...

>>wei manusia sesat, bagitau aku nama dia...

>>MARAH NAMPAK ORANG ILMU SESAT NI...

>>KALAU YG FARDU AIN PUN KITA BELUM LAGI KUASAI JGN MIMPI UTK BELAJAR YG LEBIH TINGGI...

>>CUBA PAHAM...
KITA TAK PERLU BELAJAR ILMU LAIN KALU FARDU AIN MASIH TUNGGANG LANGGANG..

awak nak belit apa lagi belia?

ni belia muslim ke belia yahudi nih?

TEKONG DARAT said...

BPR Pahang siasat kes politik wang
14/10/2008 2:17pm


KUANTAN 14 Okt. - Badan Pencegah Rasuah (BPR) Pahang sedang menjalankan siasatan terhadap aduan dan laporan berhubung politik wang dalam beberapa mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian UMNO di negeri ini.

Pengarahnya, Sutinah Sutan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes-kes tersebut sejak mesyuarat perwakilan cawangan berlangsung Julai lalu.

Beliau enggan menyatakan jumlah sebenar laporan yang diterima itu.

Menurutnya, laporan atau aduan yang diperoleh berbentuk maklumat daripada individu serta surat layang.

``Memang benar kita ada terima aduan, namun saya tidak boleh beritahu maklumat terperinci mengenai kes-kes itu sebab kita masih siasat.

``Saya juga tak mahu orang ramai membuat pelbagai andaian atau persepsi serong berkaitan kes rasuah yang masih belum terbukti betul,'' katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka BPR di Wisma Persekutuan di sini hari ini. - Utusan


Lembaga Disiplin terima banyak aduan politik wang
KUALA LUMPUR 8 Okt. - Lembaga Disiplin UMNO memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin parti agar tidak menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan pada persidangan pemilihan bahagian yang bermula esok bagi melepasi kuota bertanding pemilihan Mac ini.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, Lembaga Disiplin telah menghantar ejen ke seluruh negara bagi memantau perjalanan persidangan pemilihan bahagian.

''Lembaga Disiplin amat bimbang dengan peningkatan aduan mengenai politik wang semasa mesyuarat cawangan yang baru berakhir dan paling menyedihkan ia juga membabitkan pemimpin-pemimpin yang ternama dalam parti.

''Saya tidak mahu menyatakan nama pemimpin terbabit tetapi memberi amaran bahawa Lembaga Disiplin telah menghantar ejen ke seluruh negara untuk merakam, mengumpul dan mencari bukti sebarang tindakan yang menyalahi tataetika parti termasuk politik wang,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan statistik aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin sehingga hari ini di sini hari ini.

Tengku Ahmad Rithauddeen menegaskan, pihak Lembaga Disiplin akan menggunakan segala sumber untuk mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pemimpin yang menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan.

Tegas beliau, pihaknya menerima banyak aduan politik wang dan ia adalah sesuatu yang membimbangkan.

''Pada pemilihan tahun 2004 aduan salah laku termasuk politik wang yang dilakukan oleh ahli hanya 480 kes tetapi pada pemilihan tahun ini, aduan salah laku pada peringkat cawangan sahaja telah mencecah 521 kes dengan sebahagian besar mengenai politik wang,'' katanya.

Beliau memberitahu, sebanyak 10 ahli telah didapati bersalah, sembilan kes belum diputuskan, 10 kes telah dipanggil untuk tunjuk sebab sementara 29 kes didapati tidak ada sebab untuk diteruskan siasatan.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, Lembaga Disiplin telah menerima 521 aduan dengan 116 kes telah disiasat dan 54 kes lagi dalam siasatan sementara sebanyak 49 kes memerlukan dokumen tambahan dan 87 kes tiada tindakan lanjut.

''Lembaga Disiplin juga menerima 110 kes baru. Sebanyak 101 kes bukan di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin dan diserahkan kepada Pejabat Perhubungan Negeri serta Ibu pejabat parti,'' katanya.

UTK TANTAPAN ZALI DAN KELUARGA YM

TEKONG DARAT said...

JADI ADA KER AYAT2 AKU YG KATER JGN TUNTUT ILMU LAIN?...AYAT MUDAH MACAM TU PUN TAK PAHAM KER?...MEMANG LAA NGKO NI BEBAL...
NAk KATER ORANG LAIN YAHUDI MEMANG SENANG BEB...NAK JADI SYIRIK PUN BUKAN PAYAH BEB...

zali said...
This comment has been removed by the author.
anonymous said...

Thursday, October 16, 2008

CERITA LUCU DAN ANEH PEMIMPIN UMNO
Oleh : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Tulisan saya kali ini akan memaparkan kisah-kisah lucu dan pelik yang
dilakukan oleh pemimpin UMNO di negara ini.

Mari kita mulakan dengan gelagat pemimpin UMNO Melaka. Siapa lagi kalau bukan Ketua Menterinya sendiri iaitu Mohd Ali Rustam. Pihak akhbar melaporkan kata-kata Mohd Ali Rustam ketika beliau menjustifikasi pengurniaan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan setalah aktor tersebut dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM )

“Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata keputusan mengurniakan gelaran ( Datuk ) telah dicadangkan kepada Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob oleh mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin baru-baru ini. Daim berkata ini adalah cara untuk mempromosi Melaka dan aktor tersebut telah merakam penggambaraan filem di negeri itu beberapa tahun yang lepas. Berapa adegan filem One 2 Ka 4 telah difilemkan di A Famosa Resort di Alor Gajah pada tahun 2001. Ini, kata Ali Rustam telah mengakibatkan ramai orang melawat Melaka. Gelaran ini diberikan di atas penghargaan kepada perkara tersebut” ( Terjemahan dari laporan akhbar the Star )

Lucu dan anehnya cara pemimpin UMNO Melaka ini berfikir . Hanya kerana ada satu adegan dalam filem Bollywood yang melibatkan Shah Rukh Khan di Melaka maka aktor tersebut layak mendapat gelaran Datuk. Kalau ini hujahnya betullah kata Y.B Lim Kit Siang kenapa tidak beri sahaja gelaran Datuk kepada pelakon Hollywood iaitu Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones yang juga ada melakukan adegan di dalam filem Entrapment berlatar belakang Twin Towers di Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Kalau inilah taraf pemikiran pemimpin UMNO bagaimana pula agaknya taraf pemikiran ahli-ahli UMNO di peringkat bawah yang telah mencalonkan Mohd Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO ?

Apabila melihat cara Ali Rustam memberikan alasan bagi menjustifikasi tindakannya saya teringat alasan bodoh yang diberikan oleh pemimpin Babylon, Namrud yang berdebat dengan Nabi Ibrahim a.s. Apabila Nabi Ibrahim berhujah bahawa Tuhan Nabi Ibrahim ( Allah s.w.t ) adalah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan maka Namrud mengatakan kalau itu hujahnya maka beliau juga adalah Tuhan. Lalu Namrud memanggil dua orang maka dibunuh seorang dan dibiarkan seorang lagi hidup ( tidak dibunuh ) . Lihatlah betapa dangkalnya hujah seorang pemimpin yang jauh dari nur Islam. Maka sebab itulah apabila Nabi Ibrahim mengatakan bahawa Tuhan beliau ( Allah s.w.t ) menerbitkan matahari di sebelah timur , silalah wahai “Tuhan Namrud” benamkan matahari tersebut di sebelah barat !! Maka tercenganglah Namrud yang bodoh dan angkuh tersebut !

Amat malang pemimpin UMNO Melaka ini tidak menyedari ( atau sengaja tidak mahu sedar ) betapa rapuhnya dan tidak betulnya menjadikan Shah Rukh Khan sebagai model yang harus dihargai dan dimanifestasi penghargaan tersebut dengan gelaran Datuk. Hujah pemimpin UMNO ini hanya berdasarkan prinsip madiyyah ( kebendaan ) semata-mata. Di dalam teori pemikiran , pemikiran sebegini dinamakan pemikiran “hedonistic utilitarianism” –pemikiran yang hanya memikirkan kesenangan duniawi semata-mata.

Sebagai seorang Islam apa yang boleh dan wajar kita hargai dari seorang aktor yang hanya mengaku Islam pada namanya tetapi tidak pada amalan sehariannya. Bukankah aktor tersebut berkhawin dengan seorang gadis yang bukan Islam ( yang bukan tergolong ahlul kitab ) dan melangsungkan perkahwinan tersebut mengikut upacara yang tidak selari dengan Syariat Islam ?

Bukankah banyak filem Bollywood yang menyiarkan lakonan aktor tersebut sering memaparkan adegan-adegan yang tidak sihat dan tidak bermoral yang bukan sahaja betentangan dengan Islam tetapi juga budaya orang-orang timur. Kalau inilah aktor yang harus kita sanjung tunggulah saat kehancuran kamu wahai UMNO !!!

Sekarang kita berpindah pula ke adegan lucu dan pelik yang kedua. Kali ini kita berpindah ke Daerah Gombak di Selangor. Barisan Bertindak Gombak yang dinaungi oleh UMNO telah melancarkan kempen menandatangani sokongan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus dikekalkan. Turut hadir di dalam pelancaran tersebut ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak, Said Anuar Said Ahmad dan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Selangor, Mohamad Mustafa Latif.

Penasihatnya, Datuk Ahmad Bujang berkata, ISA yang merupakan asas kepada pembinaan negara serta penting dalam memastikan keamanan tidak sepatutnya dihapuskan.

"Kami akan pastikan akta ini terus dikekalkan dan dalam tempoh sebulan ini, kami akan dapatkan seberapa banyak tandatangan daripada rakyat Malaysia untuk meraih sokongan supaya akta ini dikekalkan. Seterusnya, banner dan buku tandatangan ini akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar," katanya selepas melancarkan kempen berkenaan pada majlis hari raya di sini hari ini.

Lihatlah betapa pelik dan anehnya cara pemimpin UMNO berfikir ! Akta yang membenarkan seorang itu ditahan tanpa bicara selama enam puluh hari dan seterusnya penahanan tersebut boleh dilanjutkan tanpa sebarang tempoh masa dengan orang yang ditahan tersebut tidak dibenarkan sama sekali mencabar budibicara Menteri yang memutuskan penahanan tersebut masih mahu terus dikekalkan.

Bukan sahaja para pemimpin UMNO ini gagal membantah kezaliman Akta ini malahan ia mahu ia dikekalkan . Bukan sahaja mereka mahu mengekalkan Akta jahanam tersebut malahan sanggup pula berkempen untuk Akta zalim itu terus kekal. Mengekalkan Akta yang zalim hanya membawa satu makna iaitu kami ( baca pemimpin UMNO ) mahu mengekalkan kezaliman !!!

Mari lihat pula kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang memberitahu bahawa badan itu menerima banyak aduan politik wang sepanjang mesyuarat cawangan parti tersebut baru-baru ini.
Katanya, sehingga kini, sebanyak 521 aduan direkodkan di mana 116 telah disiasat, manakala 54 kes pula sedang disiasat yang kebanyakannya kerana politik wang.

Politik wang adalah rasuah. Ia adalah haram di sisi Islam. Pemberi rasuah ( Al-Rashi ) dan Penerima rasuah ( Al-Murtasyi ) akan berada di Neraka seperti mana maksud sebuah hadith Rasulullah s.a.w. .Rasuah juga satu kesalahan di sisi undang-undang .

Kepimpinan pula menurut Islam adalah satu amanah. Ia adalah satu perkara yang besar . Dalam sebuah hadith diriwayatkan antara lain bahawa Imam ( pemimpin ) itu adalah penggembala dan bertanggungjawab di atas gembalaannya.

Bagaimanakah mereka yang bersedia untuk menawarkan diri memegang amanah sanggup menggunakan kaedah yang haram ( rasuah ) untuk berjaya memegang amanah tersebut .
Hujah di atas mungkin berharga bagi seorang Islam di dalam parti Islam. Tetapi bagi UMNO ini pula hujah mereka :-

Politik wang adalah satu umpan manakalah kepimpinan adalah hadiah yang lumayan. Tidak kisah habis sedikit wang untuk membeli umpan asalkan umpan boleh membawa kepada hadiah yang lumayan. Persetan politik wang itu rasuah yang penting kami ingin menang meskipun menang dengan tidak bermaruah !

Lihatlah meskipun telah kehilangan lima negeri yang mereka kuasai sebelum ini, hubungan intim pemimpin UMNO dengan rasuah tidak pernah berubah baik dulu, kini dan tidak tahu sampai bila !!!

posted by hanipamaidin @ 1:00 AM

zali said...

melati,belia...

tetapi perlu diingat kata pengarah bpr sutinah sutan : 'saya juga tak mahu orang ramai membuat pelbagai andaian atau persepsi serong berkaitan kes rasuah yang masih belum terbukti betul'

walaubagaimanapun...kesungguhan orang umno menangani masalah rasuah tu juga perlu di ambil kira...

tak perlu la nak gasak mereka yang nak berubah...tunggu la sampai selesai...jangan gelojoh sangat...

Azizahns said...

BERITA BAIK

cukai pintu Bandar Baru Sri Klebang, Chemor naik 500%

cukai di kg-kg baru turun 80%.

TAPI SIAPA YEK YANG DUDUK KAT KG.BARU TU.

TEKONG DARAT said...

macam tu pulak...
tadi mintak laporan...bebal

TEKONG DARAT said...

nak tahu sapa dok kat kampung baru datang laa perak wahai azizah...
ni perak laa, bukan negeri 9...
asal kampung baru jer ada orang bela b***...

nalapambu said...

Kampung Plentong Tengah Mula Rebah Ke Bumi

October 16, 2008 | By Khairul Faizi |

Hari ini, Johor mencatatkan sejarah apabila sebuah perkampungan Melayu telah mula dirobohkan. Saya hadir bersama Ketua Penerangan DPPNJ, sdr Hamid Jamah dan sdr Zaaba Ibrahim (Exco DPPNJ) untuk bersama dengan rakyat melihat sendiri kedurjanaan UMNO terhadap rakyat d Johor.

Setibanya kami di sana, sdr Syed Osman Syed Abdullah @ Arab (exco DPPNJ) telahpun ditangkap dan ditahan di Balai Polis Johor Jaya. Di lokasi, saya bertemu dengan sdr Hasan Karim (Presiden PRM & Peguam penduduk Plentong) Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor) sdr Zabidi (Timbalan Ketua AMK Johor) Haji Kamaldin (YDP Kota Tinggi) sdr Rahim (YDP Pasir Gudang), sdr Syamsul (Exco DPPNJ) dan beberapa pimpinan PAS, PKR & NGO yang lain.

Apabila berada di lokasi, saya teringat kembali peristiwa Kampung Berembang yang rebah satu masa dahulu. Perasaan belas kasihan pihak berkuasa sudah tidak ada lagi dalam pertimbangan tetapi keputusan mesti dilaksanakan iaitu rumah-rumah mesti dirobohkan.

Walaupun perintah mahkamah sebenarnya telah menangguhkan perobohan rumah-rumah tersebut sehingga 29 Oktober yang akan datang tetapi jentera kerajaan yang terdiri daripada Polis dan FRU, TNB, SAJ dan agensi-agensi yang lain juga dikerah untuk terlibat dalam merobohkan beberap rumah yang telah ditinggalkan kosong.

Seramai 28 orang telah ditangkap termasuklah sdr Arab yang cukup terkehadapan dalam isu ini. Kami tidak dibenarkan untuk bertemu dengan mereka yang ditahan kerana proses siasatan sedang dijalankan.

Teringat saya peristiwa Kampung Berembang. Kemuncak daripada kezaliman ini telah menjatuhkan BN di Selangor/WP. Kampung Plentong Tengah akan menjadi bukti betapa zalimnya pemerintah UMNO/BN dan UMNO/BN juga akan ditumbangkan di Johor kerana kezaliman yang mereka lakukan.

PAS Johor akan terus memantau perkara ini. Sebentar tadi, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Tebrau, Encik Rajendran telah menghantar SMS kepada saya memberitahu bahawa beliau telah dapat berjumpa dengan semua yang di tahan dan keadaan mereka baik.

Berita terkini akan menyusul.
Related Posts:
Tagged:
Category: Ulasan Isu Semasa

TokBatin X said...

belia muslim'
Ngko ni masih juge na' ngusik2 aku ye. Ngko ni ta'ade kerja lain ke?

Aku ini jenis bukan pakai otak mcm ngko, Aku ni hanye gunakan kepala lutut jer. Jadi aku ni memang ta' pakai mane2 hukum.

Hari2 Aku bace komen ngko yang ta'mencerminkan intelektualmu.

Lain kali kalu na' sebut name tokbatinsenoi, kene mintak izin dulu ye!!!

Azizahns said...

Ramai yang berpendapat orang-orang Cina mendapat lebih banyak “habuan-habuan” dari kerajaan Pakatan. Lanjutan pajakan 99 tahun bagi kampung-kampung baru Cina, cukai pintu nominal bagi tokong-tokong, layanan khas bagi kilang-kilang haram dan yang terbaru pula, penganugerahan tanah oleh kerajaan Negeri Perak kepada sekolah-sekolah Cina boleh memastikan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan.

Masyarakat India juga mendapat perhatian khusus dari kerajaan Pakatan. Masalah kemiskinan orang India dan masalah sekolah-sekolah Tamil sedang diberi perhatian. Tidak ada lagi kuil yang akan diroboh seperti di Kg. Rimba Jaya.

Tanpa menafikan hak-hak orang Cina, orang-orang Melayu perlu juga mendapat “keistimewaan-keistimewaan” dari kerajaan Pakatan. Saya bimbang kerana ramai yang telah bertanya, “Apa yang orang Melayu dapat dari kerajaan Pakatan?”.

INI PETIKAN DARI
6 Ramadhan 1429 / 6 September 2008
Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan & ADUN Chempaka, Selangor D.E.

anonymous said...

Kampung Pelentong Tengah (Johor) Diroboh
October 16, 2008 | By Khairul Faizi |

28 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh - Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Oct 16, 08 11:51am

kemaskini 12:55pm

Seramai 28 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut.
kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 02Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk dua wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.
Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.
Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.
Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.
Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Sameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.
Bagaimanapun butiran lengkap kejadian ini masih belum jelas.
Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 03Menurut presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim, yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.
Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.
Menuru seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.
Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Sementara itu, tiga orang peguam sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan mereka yang ditangkap itu.

Ketiga-tiga peguam tersebut ialah John Fernandez, Kuna Nadesan dan Mathews George.

John memberitahu Malaysiakini sebentar tadi bahawa mereka tidak dibenarkan masuk menemui kumpulan yang ditahan.

Katanya, mereka juga tidak dibenarkan menemui pegawai penyiasat bagi kes tersebut.
Related Posts:
Tagged:
Category: Ulasan Isu Semasa

Unknown said...

media perdana banyak menyalurkan berita yang berat sebelah. salah satu contohnya terhadap kerajaan pr perak. media perdana memperbesar2kan pemberian tanah pada sekolah2 cina di perak tapi tidak ada pula berita yang lebih awal dari itu iaitu pemberian 1000 ekar tanah untuk sekolah agama rakyat yang langsung tidak masuk dalam akhbar arus perdana. tanggapan orang yang menganggap kaum cina mendapat lebih banyak habuan hanyalah dibuat oleh orang yang mendapat maklumat tidak lengkap atau disembunyikan oleh media dgn tujuan utk memburukkan kerajaan pr. kuota 50% bumiputera utk rumah di kedah apa cerita?

Unknown said...

bantuan kewangan terhadap sekolah agama rakyat di penang oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh dap dan pengecualian cukai apa cerita?

sebelum ni masa kerajaan bn bantuan utk sekolah agama rakyat disekat dan cukai dikenakan. nampaknya sekolah agama rakyat lebih terbela di bawah kerajaan pakatan daripada bn...

bn@umno said...

penyokong PR

hey apabila korang komen tu biarlah beradab sikit oooiii.jgn disebabkan terlalu taksub dgn PR, korang bertindak biadap dgn memberikan komen-komen yg boleh melukai hati orang lain.mmg orang bodoh macam korang ni mmg susah untuk diajar.

nalapambu said...

Thursday, October 16, 2008

MIC Usahakan Pembebasan Lima Pemimpin HINDRAF

MIC akan berusaha mendapatkan pembebasan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan mengikut akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Disember tahun lepas, kata presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu.

"Kami kesian kepada lima orang ini kerana keluarga mereka dan lain-lain telah membangkit perkara ini (berkaitan pembebasan). Sebagai (sifat) kemanusiaan kita ambil tindakan untuk (berusaha) mendapat pembebasan mereka," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Samy Vellu berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan semalam mewartakan Hindraf sebagai pertubuhan haram. Lima yang ditahan ialah R. Kengadharan, 41, M. Manoharan, 47, V.Ganabatirau, 35, P. Uthayakumar, 47, dan K. Vasantha Kumar, 35.

Samy Vellu juga berkata beliau akan membangkitkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa masalah termasuk kedudukan 22 sekolah Tamil yang dirancang dibina dengan kos RM30 juta tetapi kini menghadapi masalah akibat kenaikan kos mencecah lebih RM100 juta.

Katanya, MIC juga akan mengadakan Rumah Terbuka Deepavali pada 27 Okt di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Posted by Topengperak_Xinwugi at 5:48 PM

Aduka said...

zali said...
belia...

la...tak habis lagi nak mempertikaikan 4 ilmu dalam islam ni...ni nak cerita sikit bagi faham...

setiap orang islam yang mengaku dirinya islam wajib bawa :

1.syariat : kulit-fekah,tauhid,usuludin,tasauf.
2.hakikat : isi
3.tarekat : jalan/path
4.makrifat : mengenal

semua ni berkait rapat dan tak boleh hanya bawa 1 atau 2 sahaja.

>>beramal tanpa ilmu - kosong.
>>berilmu tanpa beramal - pembohong

tak ada dalam islam kata menuntut ilmu tu ada yang perlu di utamakan dan ada yang perlu di abaikan...

yahudi saja yang buat propaganda mengatakan kononnya...belajar syariat saja dah cukup...belajar 3 yang lain nanti,tak boleh bawak...jadi gila...

awak cari la guru yang mursyid(mengetahui) lagi siddiq(benar) jika nak belajar.

awas :
mursyid tanpa siddiq - akan menipu
siddiq tanpa mursyid - akan di tipu

kalau tak nak belajar dan rasa dah cukup dengan fardhu ain awak tu...pegi mampus la...tu awak punya pasal.
----------------------------------

Zali ni tak kurang hebat jugailmu agamanya. agaknya setaraf Dr.Mashitah jugalah. Tabik Spring

bn@umno said...

nampaknya pemimpin Keadilan telah menipu penyokong fanatiknya yg gila tu.Tadi di TV3 menyiarkan Ahli Parlimen Sri Gading dr BN telah memecahkan tembelang pemimpin PKR dgn mendedahkan bahawa beberapa pemimpin PKR ke Taiwan sebelum 16 Sept yg lalu bukannya bertemu dgn ahli parlimen BN bagi memujuk ahli parlimen BN lompat parti.Ini telah menunjukkan pemimpin PKR telah menipu penyokongnya.Disebabkan kegagalan pemimpin PKR memujuk ahli parlimen BN untuk lompat parti, skg ni pemimpin PKR membuat bermacam-macam alasan bagi menutup malunya.hahahhahahhahahahha

putra revolusi said...

Betul kata nenekku Azizah, ramai rakyat pelbagai kaum mendapat 'keistimewaan' selepas PR memerintah. Contohnya Penang, tanah tumpah darahku. Bila balik ke kampungku di Penang, orang-orang tua seusia nenekku Azizah yg dulunya begitu prejudis terhadap DAP kini telah berubah pendapat. Dulu mereka pernah berkata, "Habislah kita jika DAP memerintah". Namun kini mereka bersyukur kerana prejudis buruk mereka terhadap DAP ternyata meleset. Selepas 7 bulan memerintah, PR di Penang yang ditunjangi DAP telah membuktikan bahawa mereka jauh lebih baik dari BN. Bantuan kepada orang miskin, tambahan elaun kepada guru agama, kehidupan sederhana pemimpin-pmimpin PR menceritakan segalanya. Segala yg baik yg dilakukan PR telah begitu cepat merobah pandangan rakyat, dari was-was menjadi begitu yakin bahawa inilah kerajaan rakyat, inilah kerajaan masa hadapan, inilah kerajaan berpaksikan keadilan yang boleh mereka bergantung harapan.

anonymous said...

Thursday, October 16, 2008

Selamat tinggal 'sebahagian Melayuku'

"HOI tak malu, pakai kereta Umno buat!" jerit sekumpulan ahli Puteri Umno ketika sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki petugas PAS melepasi mereka pada hari pengundian tidak lama dulu.

Saya yang berdiri di belakang mereka, kebingungan dengan 'cara berkempen' itu. Jika ini mahu dijadikan ukuran tahap pemikiran dan 'budaya' anak-anak muda kita, alangkah malangnya bangsaku, bangsa Melayu.

Hari ini 'Melayu' menjadi tumpuan hebat daripada pemimpin tertinggi negara sampailah kepada anak-anak di bangku sekolah.

Macam-macam isu diketengahkan, antaranya 'ketuanan Melayu'. 'dilema baru Melayu' (new Malay dilemma), 'Melayu malas', 'pemikiran Melayu tidak berubah','Melayu mudah lupa' dan penggunaan bahasa Inggeris bagi menggantikan bahasa Melayu dalam pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik.

Sesudah negara merdeka lebih setengah abad, adalah manfaat untuk kita muhasabah (mengkoreksi) diri sama ada Melayu mengalami perubahan atau tidak.

Saya tertarik dengan kebimbangan seorang menteri kononnya Melayu kini menghadapi kemungkinan hilang identiti.

Katanya, perkara ini terjadi jika masyarakat Melayu berterusan hilang amalan budayanya disebabkan oleh pengaruh luar.

Beliau berkata sebahagian budaya Melayu tidak lagi diamalkan disebabkan paksaan menunaikan ajaran agama tanpa asas dan penggunaan bahasa Inggeris serta perdagangan antarabangsa.

"Apabila orang Melayu tidak lagi bercakap bahasa Melayu, tidak mengikuti ajaran Islam dan tidak mempamerkan budaya Melayu, mereka tidak lagi memenuhi kehendak Artikel 160 (Perlembagaan Persekutuan) yang memperincikan seseorang Melayu," katanya.

Artikel 160(2) menyatakan seseorang Melayu sebagai menganut ajaran Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu.

"Jika Melayu kehilangan jati diri, mereka tidak lagi termaktub di bawah Perlembagaan itu," katanya.

Berhubung ajaran agama dalam isu membabitkan budaya, beliau mendakwa ada pihak tidak menggalakkan permainan wayang kulit kerana ia tidak Islamik.

Dari segi budaya, orang Melayu sebenarnya sudah banyak berubah. Saya akan menceritakan pengalaman saya bagi membuktikan orang Melayu sudah banyak berubah ke arah kebaikan sekali gus meninggalkan budaya lapuk.

Ia diharap dapat melenyapkan pandangan kononnya orang Melayu perlu mengekalkan budaya mereka terutama yang bersangkut-paut perkara karut-marut.

Waktu saya kecil dulu (tahun 60-an), antara budaya orang Melayu negeri saya ialah 'pesta mandi tolak bala' yang diadakan di Tanjung Kling pada bulan Safar. Ia juga diadakan di tempat lain seperti Bukit Gedung.

Sebelum pesta bermula, berderet-deretlah kereta lembu dihias indah memenuhi jalan raya menuju Tanjung Kling. Bunyi gendang dan gong sudah cukup membuatkan saya teringin ikut sama.

Di Tanjung Kling, pelbagai acara diadakan. Lelaki perempuan bebas bergaul manakala joget lambak dan dondang sayang menjadi tumpuan.

Sambutan Maulidurrasul juga saya nantikan. Pada perayaan ini, diadakan perarakan 'kapal berhias' (yang dipenuhi bunga telur dan manggar) sepanjang jalan menuju masjid.

Kapal berhias tercantik mendapat hadiah manakala saat ditunggu kanak-kanak seperti saya adalah berebut mendapatkan bunga telur.

Pada majlis perkahwinan orang Melayu, amalan bersanding menjadi kemestian.

Sebelum 'hari berlangsung', ada hari berinai kecil, berinai besar dan sebagainya. Kecantikan (aurat) perempuan didedahkan kepada tetamu.

Pada malam hari 'berlangsung' dan 'bertandang' diadakan joget lambak.

Sesetengah penduduk di negeri saya memanggilnya 'cak kun cak'. Perempuan dan lelaki pun terkinja-kinja di laman rumah.

Mereka berjoget dan terus berjoget sehingga awal pagi. Pengantin yang 'sporting' turut berjoget.

Saya yang ketika itu masih 'berhingus', terlopong mulut memerhatikan gelagat itu. Suatu ketika, saya saksikan pergaduhan.

Seorang lelaki yang pasangan jogetnya diusik lelaki lain, bertindak menumbuk lelaki berkenaan, seterusnya berlakulah pergaduhan sehingga ke jalan raya.

Apabila orang suruh balik, saya pun balik, tetapi sempat juga mendengar siren kereta polis.

Meniti zaman kanak-kanak, saya sempat melalui pengalaman dirawat bomoh. Jika demam, selain klinik luar (out door - orang kampung saya panggil Odo), bomoh juga dipanggil.

Bomoh menyembur air sirih ke muka dan tubuh manakala tandan pinang muda dilalukan di badan pesakit untuk menghilangkan gangguan.

Saya juga difahamkan ada orang melepaskan ancak di sungai dan laut. Macam-macam benda diletakkan di atas 'perahu kecil' seperti pulut kuning, telur dan ayam golek untuk makanan penunggu. Di tepi busut pun ada orang letakkan benda-benda ini.

Memikirkan kenangan ini, menginsafkan bahawa bangsaku sudah banyak berubah. Kebanyakan orang Melayu sudah menolak budaya sia-sia ini.

Hakikatnya perubahan ini bukan berlaku dalam masa singkat tetapi membabitkan beberapa generasi.

Seorang ustaz di surau kampung saya memberitahu perubahan masyarakat Melayu ini adalah atas daya usaha guru-guru agama yang tidak mengenal erti jemu dalam berdakwah.

Hari ini, kata ustaz itu, jika seseorang tuan rumah mahu buat majlis joget lambak atau kugiran pada malam perkahwinan, imam-iman dan pegawai syarak tidak akan menikahkan anak mereka.

Usaha menghapuskan budaya kurafat bangsa Melayu berjalan terus. Malangnya hari ini ada pihak mahu mempertahankannya dengan alasan ia sebahagian budaya dan adat resam bangsa Melayu.

Contoh jelas adalah perarakan burung petalawati di Kelantan tidak lama dulu dan adat bersanding, menepung tawar dan teater serta nyanyian puja semangat seperti Puteri Santubong atau Puteri Ulik Mayang.

Sesetengah kesenian Melayu ditolak kerana ia membabitkan percampuran lelaki perempuan serta mendedahkan aurat seperti mak yong, rodat dan menora serta wayang kulit.

Saya amat bersyukur kerana banyak daripada budaya dan adat resam Melayu yang menyeleweng daripada ajaran Islam sudah terkubur.

Saya tidak kesal untuk mengucapkan 'selamat tinggal' kepada budaya Melayu ini. Tiada sebab untuk kita mempertahankannya atas alasan tidak mahu budaya dan adat resam Melayu pupus!
Posted by Lanh Sr. at 4:47 AM

dipetik dari:http://lanh14.blogspot.com/

TerajuCorp said...

Tabik...aura dan karisma Anwar Ibrahim hebat tak terbanding dengan pemimpin umno dan bn.

Syabas..kelibat hebat ini dalam parlimen sangat memukau.

Teruskan agenda pr.....dan ganyang isa zalim.

bn@umno said...

putra revolusi

alahai, jgnlah disebabkan oleh hanya satu perkara yg dibuat oleh PR tu baik maka ko dah buat kesimpulan yg PR tu baik.Takkanlah pemimpin PR nak tunjuk benda yg tak baik depan rakyat.kalau pemimpin PR tunjukkan perkara yg tak baik depan rakyat,bodohlah namanya tu.aku rasa di belakang rakyat, banyak penyelewengan telah dilakukan oleh pemimpin PR, cuma penyokong PR je yg tak tahu penyelewengan berlaku.sebab tu pemimpin BN berusaha berusaha bersungguh-sungguh bagi mengelakkan PR membentuk kerajaan, sebab pemimpin BN tahu jika PR ambil alih maka Malaysia akan hancur.

anonymous said...

Peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah

Posted on Oktober 16, 2008.
Filed under: Angkatan Muda, KeADILan, Media, Politik |

Kronologi peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah:


1985 Penduduk meneroka tanah.
Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tanah tersebut tiada pemilik.

1986 KBPT terbentuk. Penduduk memohon hak milik tanah. Pejabat Tanah kata tanah dimiliki Syarikat Mosbert.

1987 Tanah ditukar tangan kepada Jet Ace Co. dan seterusnya kepada Oakfield.

1989 Penduduk kalah kepada Oakfield di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong.

1990 Dalam usaha mendapatkan ehsan DYMM Sultan Johor, penduduk ditipu sebanyak RM 18,000.00 oleh ‘orang tengah’.

1991 Atas cadangan wakil rakyat, penduduk membentuk tabung bertujuan membeli tanah daripada Oakfield.

1993 Pembayaran pendahuluan penduduk dari wang tabung sebanyak RM 417,307.93 digelapkan oleh peguam.

1993 Oakfield melakukan perobohan rumah. Atas suruhan wakil rakyat, penduduk melarikan diri ke dalam hutan. Selepas itu, penduduk membelanjakan RM 22,000.00 untuk membebaskan seorang penduduk yang tidak sempat lari dan ditahan oleh polis.

1993 Atas cadangan peguam, penduduk menanggung kos menghantar wakil untuk memohon wang kebajikan atarabangsa di Filipina.

1993 Penduduk menang kepada Oakfield di Mahkamah Rayuan KL dengan ketepikan perintah kommintal Mahkamah Tinggi JB.

1994 Oakfield setuju menjual tanah kepada penduduk. Perundingan pembelian tanah dimula.

1994 Penduduk ‘menghilangkan’ RM 820,000.00 kepada Oakfield melalui peguam J. Sing & Co.

1995 TNB membekalkan elektrik ke KBPT.

1996 Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. ambil milik tanah KBPT. Pemaju menawarkan pampasan kepada penduduk yang berpindah. Penduduk tidak setuju kerana rasa nilai pampasan tidak setimpal.

1997 Penduduk buat aduan polis terhadap Oakfield yang jualkan tanah sedangkan proses jual-beli dengan penduduk tengah diproses.

1997 Bukit Lenang saman penduduk. Bukit Lenang menolak cadangan tuntutan ganti rugi penduduk.

1997 Penduduk membuat kempen tandatangan dan hantar surat kepada MB Johor atas sokongan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar (JSPB).

1998 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB dengan perintah milikan kosong tetapi terus merayu.

1999 Kerajaan Johor mengurniakan tanah Kg. Bukit Dagang kepada penduduk.

2000 Bukit Lenang menjalankan operasi pengusiran secara paksa. Penduduk turun sama-sama dan berjaya mempertahankan rumah.

2000 Penduduk menang kes di Mahkamah Rayuan KL.

2002 Penduduk kalah di Mahkamah Tinggi JB.

2007 Penduduk kalah di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

2008 Bukit Lenang mendapat notis perintah mahkamah.

2008 Oktober : Hakim telah memberi surat kepada peguam yang menyatakan beliau cuti dan akan memulakan sebutan kes pada 29 Oktober 2008.Bukit Lenang Development tidak menghirau surat daripada hakim dan menetapkan pengusiran secara paksa pada 16 Oktober 2008 dengan alasan ingin merobohkan rumah-rumah yang telah kosong.

2008 Oktober 16: Penduduk Kg Baru Plentong Tengah mula berhinpun secara aman seawal 8 pagi. Pihak berkuasa telah membuat sekatan di jalan masuk utama kampong dan cuba berbincang dengan wakil penduduk. Peguam yang mewakili penduduk kampung tiba dan membantah perobohan rumah berlaku kerana sikap Bukit Lenang Development yang tidak menghormati perintah mahkamah supaya menunggu sehingga tarikh sebutan kes. Bailif Bukit Lenang Dev. Menyatakan yang beliau mendapat perintah daripada mahkamah tanpa notis bertulis untuk masuk ke kampung dan melaksanakan perobohan. Kekecohan berlaku dimana Pihak Berkuasa (FRU & PDRM) memaksa penduduk untuk bersurai. Penduduk enggan bersurai dan kekerasan telah digunakan oleh Pihak Berkuasa untuk menyuraikan penduduk. Pihak berkuasa masuk ke kampung untuk mengiringi jentera-jentera perobohan untuk melaksanakan perobohan rumah-rumah yang tidak berpenghuni lebih kurang 11.45 pagi.

putra revolusi said...

Banyak lagi pertubuhan tidak berdaftar di Malaysia, selain Hindraf. Akhir-akhir ini timbul beberapa NGO yg kononnya memperjuangkan Melayu, tetapi bila disoroti isi pendapat pemimpin-pemimpinnya ternyata mereka ini tidak lebih dari hanya kaldai tunggangan UMNO saja.

Nama NGO-NGO ini agak hebat - Barisan Bertindak Perpaduan Melayu, Barisan Pembela Islam dll. Namun kehebatan nama NGO-NGO ini gagal diterjemahkan dalam misi perjuangan mereka yg penuh dengan unsur prasangka ras (race prejudice) yg nampak begitu dangkal, gersang, kosong, seperti hampas kelapa. Gaya berbicara pemimpin-pemimpin NGO ini pula begitu melucukan yg memalukan tahap keintilektualan Melayu saja. Layakkah NGO yang BONGOK ini mengaku mereka NGO Melayu? Atau mungkin lebih tepat mereka digelari NGOK Melayu kerana sifat bongok mereka itu?

Saya tidak tahu sama ada NGOK-NGOK Melayu ini berdaftr dengan Pendaftar Pertubuhan. Tapi rakan saya dari Pendaftar Pertubuhan mengesahkan tidak menemui nama kebanyakan NGOK-NGOK ini dalam senarai di agensinya. Jadi jelaslah NGOK-NGOK ini juga bersifat haram yg setaraf dengan Hindraf. Seperti Hindraf yg dikatakan menunjangi beberapa demonstrasi, NGOK-NGOK ini juga telah memimpin beberapa perhimpunan haram di beberapa negeri. Berdasarkan justifikasi itu dan jika KDN telus dan jujur, mereka mempunyai alasan yg sangat kukuh utk mengaharamkan NGOK-NGOK Melayu ini.

Soalnya, Hindraf telah diharamkan dan bila pula NGOK-NGOK kaldai UMNO ini akan diharamkan juga? Kepada Pak Menteri bertanggung jawab (Syed Hamid Albar), tepuk dada tanya selera, tepuk kepala tanya rambut!!

putra revolusi said...

bn@umno,

Bukan aku yg katakan PR itu baik, tapi ia kata-kata orang kampungku di Penang. Jangan hina orang kampung yg telah mulai terbuka mindanya itu. Anda juga berkata tak kanlah pemimpin PR itu bodoh nak tunjukkan perkara tak baik di depan rakyat? Soalnya pemimpin UMNO dulu telah banyak menunjukkan perbuatan yg tak baik di hadapan rakyat, jadi bodohkah mereka? Gaya hidup mewah berlebihan, merampas tanah orang kampung untuk projek yg cuma menguntungkan kroni, rasuah yg menjadi budaya dll pelakuan negatif telah dipertonton pemimpin-pemimpin ini sewenang-wenangnya di hadapan rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO ini telah menunjukkan begitu banyak perbuatan yg tidak baik, jadi mengikut andaian anda bodohlah mereka.

Jika anda nak katakan pemimpin-pemimpin UMNO Penang ini bodoh, katalah. Bukan aku yg kata, anda yg kata. Rakyat Permatang Pauh juga telah membuat penyataan yg sama seperti anda dlm pilihanraya kecil baru-baru ini!!

Unknown said...

dr. mashitah?

http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g

cuba korang tgk sendiri mcm mana seorang ustazah hadhari mempertikaikan hukum Allah swt...

Unknown said...

Peristiwa Kampung Baru Plentong Tengah langsung aku tak heran langsung sedangkan rumah Allah pun diorang berani robohkan seperti kt kemaman terengganu iaitu masjid bujal. tak percaya tgk sini...

http://www.youtube.com/watch?v=JRc0LQsO3fU

anjar said...

KENAIKAN CUKAI PINTU 500% RELITI DAN MANIPULASI

Pagi tadi sebelum masuk pejabat sempat aku minum kat gerai berhampiran, ketika membelek2 utusan meloya 16 oktober percuma terpampang tajuk "Penduduk Terkejut MBI Naikkan Cukai Pintu 500%" selain isu Hindarf diharamkan.

Kebetulan aku minum dengan pengawal keselamatan bekas SB pencen, bukan main lagi komen dia pasal isu ni, kutuk PR tak ingat semuanya buruk, saling tak tumpah macam komen pencacai2 umno kat blogni, percaya sangat dia apa yang di tulis dlm utusan meloya tu, maklumlah dia ada jawatan ajk cawangan umno, ajk cawangan je tu, hidup mati dlm umno katanya.

memandangkan dia org tua dan aku tak nak berhujah tanpa fakta, hal yang aku tak tahu lebih lanjut maka aku dengar je la sumpah seranah dia tu, siap kutuk aku lagitu "encik ni berpelajaran kenapa la bingai sangat sokong puak PR tu" dah namanya org tua aku senyum je la, dan kerana dia tiada duit kecil katanya aku seperti biasa bayar semua apa yang dia makan. (dah kutuk aku rapat mintak aku belanja) biarlah hormat org tua...

dalam usaha mencari kebenaran aku teringat kat waris yang kebetulan tinggal di Bandar Baru Klebang, raya tadi baru je aku beraya rumah dia, aku hubungi la dia, bila diajukan soalan sepontan mamat ni cakap "kau dah bingai ke percaya apa yang utusan meloya tu tulis? sekali lagi kena kutuk," sabar demi kebenaran.

Setelah di terangkan dapatlah aku maklumat sebenar, memang cukai pintu dinaikkan di kawasan itu, tapi hanya melibatkan kawasan komersal dan premis perniagaan sahaja, itupun kerana semenjak PR memerintah pembangunan di kawasan itu begitu pesat membangun, semakin banyak kemudahan yang telah disediakan seterusnya nilai hartanah di kawasan tersebut meningkat dengan mendadak sehingga mencecah jutaan ringgit.

Kalau begitu rasanya tidak menjadi kesalahan kerana pemilik2 premis perniagaan ini akan mengaut keuntungan yang berlipat ganda hasil kepesatan pembangunan yang di bawa oleh PR ke kawasan itu.

Esok, sekali lagi aku akan datang awal untuk minum di warung tersebut, dan aku pasti org tua itu juga akan datang untuk minum free bersama aku, mintalah, makan dan minum apa saja aku akan bayar, tapi berselerakah dia bila mendengar hujah aku, "apa la pak cik ni bingai betul percaya membabi buta utusan meloya, udah2 la pak cik".....

adakah pak cik pencacai umno ni akan berselera makan free? cuba teka? esok aku bagi jawapan!

kiraziku said...

dah la zali......
time ni la kou nak tahu ...kalu tak tahu atau pura2 tak tahu...perwakilan nak buat duit....sebab setiap cawangan akan hantar wakil untuk beri undi nanti kat perwakilan ....dia orang ni la yang akan dibele oleh wakil2 yang dapat pencalonan.....tu cerita kawan aku ketua pemuda umno ....bohong dia ,bohong la orang umno.....aku tak !

Hamba Miskin said...

kah..kah..kah..begitulah jua yang ku dengar dari saudaraku yang tinggal di situ,anjar. Pun diriku nyaris terkena 'bingai'...sabar sajalah,,,

zali said...

lapuran polis di buat atas munir yang salah guna kuasa...

sebelum berkuasa...saya telus,membela rakyat...
sudah berkuasa...saya manusia biasa,nak juga membela kroni...

sama macam kes zina rasuah...kena fitnah je tu...orang pr tak buat macam tu...

lastnya...mengaku sendiri orang bagi sedekah zina...

munir tak bersalah...itu fitnah...pr telus...membela rakyat...salak anjing pr

zali said...

anjar kata : Kalau begitu rasanya tidak menjadi kesalahan kerana pemilik2 premis perniagaan ini akan mengaut keuntungan yang berlipat ganda hasil kepesatan pembangunan yang di bawa oleh PR ke kawasan itu.

pr memang bagus...buat pembangunan sikit...cukai kasi naik berlipat kali ganda...

memang tak salah anjar...pr tak salah menaikkan cukai...utusan malaysia yang salah sebab membongkar ketamakan/kerakusan pr melalui sedikit pembangunan...

pembangunan apa sangat yang pr buat kalau memerintah semua dah ada...semua dah cukup...masuk cuma tinggal basuh kaki je...

oh ya anjar...dengar cerita anak murid awak sudah kasi penendang pada guru sekolah...

awak berjaya mendidik pelajar jadi pembengkang anjar...tahniah!

bapa dap/pr
mak dap/pr
anak...terajang cikgu kerajaan.

putra revolusi said...

Bercakap bab kenaikan cukai di Perak itu, teringat saya akan kenaikan cukai tanah di Kedah semasa Kedah diperintah BN/UMNO di bawah kepimpinan Mahathir Khalid dulu. Naiknya cukai tanah ketika itu bukannya sikit tapi hingga 120%. Jika di BB Sri Klebang yg menanggung kenaikan cukai rata-ratanya golongan hartawan dan korporat yg mendiami pusat komersil, tetapi di Kedah kenaikan cukai juga membabitkan petani, nelayan dan golongan berpendapatan rendah. Yang paling aneh walaupun rakyat Kedah merungut sakan namun berita kenaikan cukai ini tidak sedikitpun diberi sorotan khas di TV, termasuklah TV3 Suku yang gemar memanupulasi berita gempaq itu. Mungkin yg paling terkesan dengan kenaikan cukai di Kedah ialah orang-orang kampung yg rata-ratanya miskin, maka berita mengenainya dibakul sampahkan oleh TV 3 Suku. Berbeda dengan kes kenaikan cukai 500% di Sri Klebang, TV3 memberi sorotan istimewa kerana maklum saja kebanyakannya membabitkan golongan hartawan berpendapatan tinggi yg perlu diberi pembelaan istimewa!

Namun syukurlah, sebaik sahaja kerajaan rakyat berjaya dibentuk di Kedah dalam PRU lepas, cukai tanah diturunkan kembali kepada kadar asal yg tidak membebankan rakyat. Terima kasih Ustaz Azizan yg memahami aspirasi rakyat!!

zali said...

blog nuar huru hara bila ada yang mempertikaikan nuar dalam menangani krisis ekonomi dahulu...

terkemut-kemut penjilat nuar mempertahankan dan menyalahkan umno (biasa la tu)...tak kurang dengan cacian dan maki hamun dari mereka.

tapi sayang...hanya sedikit post pro kerajaan yang di siar menyebabkan hanya post dari badut-badut pr je yang banyak...

jangan percaya cakap saya tapi baca lah sendiri...pasti lebih seronok dari menonton tv3.

saya tabik pada blogger yang hantar post berkenaan dengan fakta dan hujah yang baik yang membuka mata sesetengah penjilat yang selama ni hanya tahu nuar bagus,nuar telus...

tabik juga buat badut-badut pr yang mencacai dengan jayanya...

blues untuk rakyat said...

KENYATAAN PASAI SALAH GUNA KUASA MISBA>>>>






Berikut adalah kenyataan akhbar Setiausaha Politik kepadA Menteri Besar Perak Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki
16HB OKT 2008

Dukacita saya melihat dakwaan atau tuduhan yang sengaja dibuat-buat dan dilemparkan oleh UMNO iaitu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman. terhadap saya pada hari ini dengan melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah kononnya saya telah menyalahgunakan kuasa.

Sayugia diingatkan bahawa tindakan itu hanya sekadar satu gimik politik murahan Umno, khususnya untuk mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat hatta sebesar zarah sekalipun, jika boleh dimanipulasikan untuk kepentingan diri.

Ia dibuat sekadar untuk menunjukkan beliau tidak berdiam diri (tetapi bekerja) dan sebagai manipulasi untuk menonjolkan diri semasa persidangan pemilihan Umno yang sedang berlaku sekarang.

Sesungguhnya dalam kes surat saya kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, saya sesekali tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru.

Dukacita saya dapati YB begitu lemah penguasaan dan pemahaman Bahasa Malaysianya sehingga tidak dapat membedakan antara perkataan ‘arah’ dan ‘dipohon’. Secara lateralnya, jika ‘arah’ berert ia mesti diikuti, manakala 'dipohon'bermakna merayu jika tidak menjadi halangan. Jadi ia terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengarah berkenaan untuk membuat keputusan.

Jika didapati ia salah dan bertentangan dengan etika, maka ia tidak harus dilaksanakan oleh pengarah berkenaan.

Saya juga hairan mengapakah ahli JKKK lama masih ingin mempertahankan kedudukan dan harta atau perkakasan atau tugasan yang bukan menjadi milik mereka tetapi milik kerajaan negeri.

Yang terbukti salahguna kuasa ialah Umno, dengan menggunakan kedudukan sebagai Exco meminta JPN negeri menukarkan 4 orang guru keluar daripada Daerah Perak Tengah hanya kerana mereka dianggap penentang kuat parti Umno.

zali said...

sri klebang...500% naik...

apa orang kat situ bukan rakyat malaysia ke?

kaya ke miskin ke...pemerintah kena adil dan bukan nak mengaut untung dari rakyat...bukan nak merompak rakyat...

bukan ke badut pr kata umno perompak...sekarang ni sapa pulak yang merompak?

tapi...pr tak salah...
naik 120% salah...
naik 500% tak salah...

ni semua salah utusan...salah tv3 kerana menyiarkan cerita sri klebang...

badut tak salah...perompak yang salah...

zali said...

blues...

munir tak bersalah...
itu semua fitnah...manipulasi...

pengarah jabatan pengairan yang salah sebab baca surat tu...

biar kita tengok apa kata bpr setelah siasatan di jalankan...

munir pun ada pakai badut jugak...

blues untuk rakyat said...

aku tau zali....

memang lepas punye.....

depa tak dapat cari bukti pon...

kalu kene tahan jugak....

bpr pon sama bodoh macam umno perak tak tau bahasa malaysia..... tak tau perkataan 'ARAH' dan 'POHON'.....

bunga melati said...

en zali...

nape ko senyap plak??? aritu nak laporan @ berita pasal politik wang @rasuah dalam pemilihan umno...

aku dah bagi beli amuslim pun dah bagi so apa plak ko nak???

alih2 ko cakap tunggu lah klu dah sabit kesalahan baru lah kire politik wang@rasuah???

mcm tu plak..masalah nyer aku tak heran mana ade ahli2 umno kena penjara klu di tangkap mengamalkan politik wang@rasuah... sebab dah tahu apa hukuman nyer.. biasa lah apa hukuman nyer... 'gantung keahlian'

aku mmg dah tahu...tu telus??? tu ke hukuman??? siap ade yg dah abis 'idah' boleh trus masuk bertanding jawatan dalam umno....

syabas zali...truskan menyokong umno yg korup...

Perawi said...

KULI lawan Najib, jawatan President. Dulu Najib pernah kata pada mu diKijal > kotel mu tak
naik dihadapan 300 orang pendengar, dalam ceramahnya dekat Klinik tepi pantai Kijal (semasa
S46 dulu) dalam jam: 10.00 Malam.

Perawi said...

Pok Loh pulak marah ke chedek & Mahyuddin, dalam berita TV3 mlm tadi. UMNO calon Mahyuddin lawan president, baru dia tahu

Perawi said...

Untuk renungan apa boleh kita buat, layari web ini:

http://wtv8.tv/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=154

anakkancil said...

APALA HANG NI ALI..DOK ASYIK MAKAN IKAN BAWAL APA SALAH NYA UBAH SELERA SESEKALI MKN IKAN TEMENUNG LAK...SETIAP ORG YG MAIN POLITIK NI SEMUANYA GILA NAK JADI PM...CUMA MASA JE YG MENENTUKAN...
SO KITA KALU NAK PILIH PM PUN TAK MAU LA AHLI POLITIK YY KAKI BETINA..SAT GI HABIS ANAK DARA ORG DI SAPUNYA...BETOI DAK EN ZALI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...